Saya baru je dapat duit OT, tiba2 Ain mesej bagi list senarai bil bulanan dia yang saya kena bayar

Ain kawan yang baik selalu ada dengan saya. Sampailah dia kena buang kerja. Dia mengadu minta saya bayarkan bil bulanan. Belanja harian pun dia suruh saya bayarkan. Emak dia nak beli barang dapur pun minta saya RM500. Dia pergi kedai emas, teringin nak beli pendant bernilai RM1300 pun suruh saya bayar..

#Foto sekadar hiasan. Hi kawan – kawan, terima kasih admin jika siarkan. Tulisan ini hanya sekadar minta pandangan dan pendapat. Ada kawan saya seorang ni, saya namakan dia sebagai Ain. Dia bukan kawan zaman sekolah ataupun kolej.

Tapi saya kenal dia dari salah satu sosiaI media. Walaupun Ain ni perempuan tetapi ada gaya fizikaI, muka yang cukup menunjukkan dirinya sebagai lelaki. Saya kawan dengan dia dah 2 tahun lebih dan selama 2 tahun dia menjadi kawan rapat setia yang boleh kongsi semua, baik dan buruk, apa – apa nasihat, motivator dan lain – lain.

Semuanya Bermula selepas pengumuman PKP. Ain ini kerja dekat negara jiran kita. Disebabkan pandemik dia dan pasukan dia telah ditamatkan kerja, jadi Ain kembali ke sini. Untuk makluman pembaca, adik beradik Ain ni ada 5 orang. Dan dia merupakan anak bongsu.

Disebabkan menganggur, tiada pendapatan Ain dah ada hutang skeliling pinggang. Duit kereta, duit sewa rumah, duit bil telepon semua dah tertunggak dan Ain minta pertolongan saya. Demi menjaga persahabatan kami saya pun tolong selesaikan segala hutang dia.

Background saya bukan kaya. Saya bekerja, pendapatan saya tetap tetapi cukup – cukup untuk menampung keperluan saya dan keluarga saya. Bila dah sekali tolong, maka bab minta duit ni dah m4kin menjadi rutin bagi Ain.

Ain kata dia telah memohon kerja di banyak tempat tetapi tidak berjaya. Bebanan bayar hutang dia jatuh atas bahu saya untuk beberapa bulan. Sedikit demi sedikit, tangungan bayaran bil bulan – bulan, berubah kepada tanggungan segala urusan harian dia.

Duit potong rambut, isi minyak, duit untuk makan, minum, duit beli barang dapur, segala barang yang dia minat online seperti baju, biskut makanan, phone cover, semua dia minta saya yang bayarkan. Makan kat foodpanda saya bayarkan.

Pernah sekali kereta dia kemaIangan. Nak cat balik RM800 saya bayarkan. Service kereta dia saya bayarkan. Alasan dia tiada kerja, tiada duit. Ada sekali rumah dia paip pecah, dia minta saya bayarkan RM500. Emak dia hendak beli barang dapur pun minta saya RM500.

Dia pergi kedai emas, teringin nak beli pendant bernilai RM1300, masa tu gaji belum masuk. Saya dah puas cakap tidak boleh buat masa sekarang, sampai dia pujuk untuk bayar separuh. SAYA BAYAR. Setiap kali saya bagi dia duit, Ain ini turut akan menyatakan rasa kesal dan bagitahu dia menyusahkan saya.

Tetapi saya akan menafikan, mengapa? Saya pun tidak tahu. Saya tidak mahu Ain tahu saya juga kesempitan wang. Hampir setiap hari duit saya keluar. Dan paling k3jam hutang saya m4kin bertambah. Sampai dengan adik saud4ra dan kawan kerja sekali saya berhutang.

Saya mula str3ss setiap kali mereka minta duit balik. Saya kehabisan duit simpanan dan duit untuk perbelanjaan saya pun tiada. Salah saya tidak beritahu hal ini kepada mak ayah atau mana – mana kawan. Saya sanggup gadaikan emas, pecahkan tabung untuk bagi dia duit.

Pernah sekali duit tabung cecah RM180, baru siap tukar duit kertas, mesej dari Ain masuk. Minta topup RM30, speaker kereta dia rosak RM150. Sungguh patah hati, marah, str3ss semua ada! Saya dah faham semua ni tak betul.

Saya kena buat sesuatu. Ada suatu masa saya dapat duit over-time, masa tu dua minggu sebelum hari jadi saya. Ain ni dah siap bagi list apa yang saya kena bayar. Saya kira semua dan itu dah cecah lebih dari duit Over-time.

Saya doa dekat Tuhan, minta petunjuk. Semua perasaan yang pendam selama ini, meIetup. Terus saya kata ‘maaf saya tidak boleh bayar selepas ini sebab tidak mampu.’’ Terus seminggu dia senyap, block saya kat sosiaI media.

Malah masa hari jadi saya pun dia wish paling last, tu pun dia labelkan saya sebagai orang yang mungkir janji. Dia mula layan saya macam tidak wujud di dunia dia. Masa tu hati saya kucar kacir. Saya kekosongan dari segi wang. Kena tinggal kawan.

Family tidak tahu hal ini, saya keseorangan. Hari – hari saya nangis, macam orang giIa saya menanti hari gaji.  Dalam keadaan ni saya tetap pergi kerja, kuatkan semangat. Ain ni dah m4kin jauh. Seriously that’s huurts. Saya tolong dia dalam apa jua keadaan, bila saya dah tidak larat dan tak mampu, dia tinggal saya.

Saya ambil ikthibar, saya slow – slow settlekan semua hutang kawan – kawan, saya mula balik buat simpanan, saya mula untuk hargai beli untuk diri sendiri tapi tr4uma tu masih ada. Pernah sekali ada duit dalam RM2300 pergi jusco untuk shopping.

Puas 4 jam dalam tu, balik rumah kira balik, barang saya yang beli hanya untuk RM80 sebab setiap kedai yang saya masuk, tangan autom4tik akan gegar, jantung laju, rasa takut duit akan habis. Ada satu hari Ain email saya meminta maaf, minta jadi kawan balik, hampir setiap hari saya terima email.

Saya unblock dia, elok seminggu lalu, dia mula balik isu hutang dia. Dia kata hutang dah banyak minta settlekan. Macam gelombang kedua. Saya dah penat. This is t0xic. Soalan saya, adakah dia betul – betul kesempitan wang?

Adakah saya je kawan yang boleh tolong? Atau dia mempermainkan saya? Dia tak boleh hidup ke tanpa saya? Minta pendapat dari semua.. – Anonymous (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

MasNiza Smize : Uishh.. baca pun sesak lagiIah mengalaminya. Jangan takut unfriend or buang kawan dalam hidup. Simpan orang macam nie boleh jadi sel k4nser yang akan bvnvh kita dalam diam. Banyak – banyak doa mintak dijauhkan dari si A ni.

Ini bukan kawan. Ni s3tan namanye. Carilah kawan lain, sis banyak – banyak mengadu dengan Allah. Sesungguhnya Allah itu maha mendengar dan mengasihani. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Natasha Ramli : Ko dipergunakan dik oii. Simpan sikit kurang bijaksana ko tuh. Tak pasal – pasal ko bela “biawak idup” watpe. Penat – penat ko keje pastu kena setel hutang “kawan” ko tu. Kalau dia bebetul kawan yang sejati dia takkan menyusahkan ko dik oii.

Daripada duit gaji ko bayor hutang dia baik ko gi sopink sampai Iebam. Puas hati.. better ko solat tobat minta ampun salah silap kat Allah. Then ko buat solat istikharah supaya Allah tunjuk jalan kat ko dik. Kalau ko taktau nak buat. Ko search kat google cemane nak buat solat nih. Ko pandai tulis confession nih takkan ko tak reti search google kann.

Nik Suryati Ibrahim : Apa yang saya faham, kisah ni kawan makan kawan. Sebenarnya salah besar bagi pinjam duit pada kawan walaupun dia hidup penuh hutang. Tidak sepatutnya bagi pinjam dan selesaikan masalah hutang dia.

Apa yang perlu adalah bagi nasihat untuk dia urus sendiri semua hutang tu. Kalau dia pinjam dengan awak maka hutangnya m4kin besar. Jadi jangan bagi. Oleh sebab dia dah minta lagi. Bagi tahu dia kena bayar balik semua hutang yang awak dah bagi secara ansuran.

Sem4kin banyak seseorang tu berhutang maka sem4kin sempit rezeki yang Allah akan bagi dia. Sebenarnya dia memang pisau cukur. Dia bukan kawan tapi musvh sebenarnya. Dia tahu awak ada tabungan maka dia guna alasan yang macam – macam. Nasihat saya bagi tahu kepada keluarga dan minta mereka bantu awak dapatkan balik wang yang kawan awak telah pinjam tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.