Lepas ayah meninggaI, aku nekad berhenti belajar. Aku tanggung keluarga. MaIangnya, kami dihalau keluar dari rumah pusaka

Aku baru nak bernafas sebab adik baru mula kerja. Tapi maIangnya, kami diminta untuk keluar dari rumah yang sekarang. Sebab rumah ini sebenarnya dari awal terbina atas tanah keluarga arw4h ayah..

#Foto sekadar hiasan. Dulu aku seperti remaja lain yang selalu berangan. “Habis SPM ni nanti aku nak sambung belajar, nak kejar cita – cita aku, nak buat ibu ayah bangga dengan aku, nak tunaikan apa sahaja permintaan mereka”.

Masa tu berangan setinggi langit, lupa aku ni manusia biasa. Manusia yang hanya mampu merancang. Allah dah aturkan jalan lain untuk hidup aku rupanya.. Aku lahir dari keluarga yang sangat biasa. Anak kedua dari 3 adik beradik. Ayah aku s4kit jadi dia duduk di rumah sahaja.

Aku membesar dari titik peluh ibu aku bekerja seorang diri demi kami. Segala penat lelah dia, akulah saksi. Tak pernah nampak ibu mengeluh walau sedikit. Bagi aku, ibu bukan sekadar ibu. Ibu juga ayah buat kami. Masih segar dalam ingatan, ayah dijemput Ilahi semasa aku ‘trial’ SPM.

Anak mana yang tak terkilan.. Aku belum sempat menabur bakti. Dan kerana itulah, aku tak nak menyesal lagi. Aku nak jaga ibu. Aku nak tengok dia depan mata. Tak dapat sambung belajar pun tak apa. Aku tak nak rasa terkilan sebagaimana aku terkilan dengan pemergian arw4h ayah. Jadi aku nekad lepas SPM, aku cari kerja.

Aku juga ada adik yang masih bersekolah ketika itu. Aku dah kubvrkan segala angan angan dan impian aku dulu. Aku suruh ibu berhenti kerja. Aku tak nak menyusahkan ibu lagi. Cukup dia tanggung terlalu banyak selama ini.

Aku banyak ‘try error’ kerja juga ketika itu. Almaklum, untuk seorang yang tidak ada apa – apa kelayakan, faham – faham sahaja lah kerja yang aku boleh buat pun. Tapi tetap bersyukur aku banyak dapat pengalaman kerja juga.

Dan yang paling aku bangga dengan diri sendiri, aku mampu tanggung adik sampai dia habis sekolah. Dan walaupun tak mampu bahagiakan dengan wang ringgit, makan pakai mereka cukup pun aku dah bersyukur. Terlalu besar nikmat Allah bagi kat diri ni sebab dapat peluang berbakti untuk ibu dan adik. Dapat tengok mereka gembira depan mata satu rahmat buat aku. Aku bahagia.

Sehinggalah sekarang aku masih bekerja. Adik juga dah bekerja. Adik memilih untuk tidak sambung belajar, katanya tak nak menambah beban buat aku lagi. Aku ikutkan sahaja tak mahu mem4ksa. Adik sangat membantu.

Aku bersyukur Allah hadirkan seorang adik yang bertimbang rasa, sentiasa dahuIukan aku dan ibu dalam apa jua keadaan. Tak pernah pentingkan diri sendiri, dia sangat menghorm4ti aku dan ibu. Aku menyangka kebahagian dan ketenangan yang aku dapat rasa sekarang ini kekal untuk jangka masa panjang. Tapi aku silap.

Baru – baru ni, kami diminta untuk berpindah dari rumah yang sekarang. Sebab rumah ini sebenarnya dari awal terbina atas tanah keluarga arw4h ayah. Jadi mereka meminta untuk kami keluar. Aku faham hak mereka. Cuma waktu sekarang yang tak berapa tepat.

Dengan gaji aku yang cukup – cukup makan ini jika dicampur dengan gaji adik yang biasa juga, aku tak rasa kami mampu untuk sewa rumah. Dengan kos barang rumah lagi.. Aku juga masih ada pinjaman kereta yang aku guna untuk pergi dan balik ke tempat kerja.

Yang aku fikirkan hanya keadaan ibu yang lutut dah tak kuat mana. Boleh sahaja aku cari rumah flat yang bertingkat – tingkat itu, cuma aku tak rasa ibu mampu untuk melangkah. Aku kasihankan ibu. Jadi kami perlu cari rumah sewa ‘landed’ biasa.

Mungkin perlu masa untuk mencari dan juga mengumpul duit untuk deposit. Aku harap Allah akan hadirkan tuan rumah yang baik yang tak mengenakan caj deposit yang tinggi seperti orang lain. Doakan urusan kami dipermudahkan..

Aku tak minta lebih. Aku hanya ingin bahagia dalam besederhana di samping ibu dan adik sahaja. Mereka nyawa aku dunia akhir4t. Aku percaya setiap orang juga pasti ada ujian masing – masing. Aku doakan urusan semua orang juga dipermudahkan Allah. Aaminn..

P/s: untuk yang ‘curious’.. Ya, aku cakap aku anak kedua dari 3 adik beradik. Aku akui aku ada seorang abang. Cuma dalam kamus hidup aku, dia tiada. – Arra (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Abang? Ada. Tapi macam tak ada. Sejujurnya aku cemburu tengok kawan – kawan ada abang yang sentiasa pentingkan adik – adik.. bantu keluarga. Lebih – lebih lagi selepas arw4h ayah tiada, orang luar nampak seolah kami ni dijaga makan pakai dengan baik sepenuhnya oleh dia.

Tapi orang tak pernah tahu apa yang kami lalui sendiri. Aku juga bukan sejenis nak bercerita perihal keluarga kepada orang luar. Jauh sekali nak memburukkan abang kandung sendiri. Aku bukan begitu walaupun aku benci dia.

Aku akui, dia pernah bantu ibu menguruskan keluarga dulu. Hanya sehingga aku tamat persekolahan. Selepas aku mula bekerja, perlahan – lahan dia ‘hilang’.. hilang yang dah tak ada bantu apa – apa lagi. Mungkin dia rasa dah lepas tanggungjawab sebab aku dah mula bekerja waktu itu.

Atau mungkin juga dia rasa dah cukup peng0rbanan dia selama itu. Aku selalu mempersoalkan kenapa dia sudah tidak mahu membantu keluarga ini. Mana tidaknya, gaji aku sangatlah biasa untuk tanggung semua benda. Ibu pula aku memang tak nak dia bekerja lagi. Adik masih bersekolah.

Dan aku juga tahu dia langsung tidak ada komitmen. Motor dia juga dibelikan secara ‘cash’ oleh ibu aku dulu. Jadi apa salahnya berkongsi gaji dia dengan aku untuk perbelanjaan rumah dan lain – lain? Kenapa perlu biarkan aku terkontang – kanting uruskan semua sendiri?

Sehingga sekarang saving aku masih tunggang langgang. Banyak keluar dari menyimpan. Banyak perkara yang memerIukan aku ‘mengorek’ tabung. Kos hantar ibu ke kIinik dan hospitaI setiap kali ‘appointment’.. kos ubat ibu.. barang dapur.. segala bil – bil.

Kadang – kadang nak bagi ibu setiap bulan pun bersukat. Memang ibu faham masalah aku, tapi aku kesiankan ibu. Rasa tak berguna betul sebagai anak tak dapat mewahkan ibu sikit macam mak ayah orang lain. Aku dan dia kerap berg4duh juga dulu.

Mana taknya, dia hanya berkongsi bil elektrik RM30 setiap bulan sehingga sekarang. Padahal bil elektrik setiap bulan takpernah kurang dari RM100+. Dan sebenarnya yang dia bagi memang suku sahaja dari amaun-nya. Dia juga tak pernah bertanya. Yang dia tahu, dia ada berkongsi juga.

Wajarkah aku panggil dia abang lagi kalau sekecil perkara ini pun dia tidak pernah nak ambil tahu? Aku tak k3jam nak dia tanggung kami semua lagi. Aku juga bekerja. Aku hanya seorang adik yang teringin ada abang yang mengambil berat perihal keluarga. Tidak pentingkan diri sendiri. Ibu tu ibu kandung dia. Aku ni adik kandung dia. Kami bukan orang luar.

Tipulah aku tak penat. Jujur aku penat. Lama kelamaan aku ambil keputusan berhenti mempersoalkan apa – apa. Aku mula menganggap dia seperti tiada walaupun kami duduk serumah. Dia ada atau tiada sama sahaja bagi aku. Seperti tidak wujud. Sampai satu tahap aku pernah berdoa Allah tarik nyawa dia je.

Sekurang – kurangnya aku dah tak perlu hadap dia di rumah hari – hari lagi.. Tak perlu buat d0sa mem4ki, menyumpah seranah dia dalam hati ni. Aku nak hidup tenang sahaja dengan ibu dan adik.. Tanpa dia. Untuk sekarang, aku terlebih bersyukur adik dah bekerja jadi ringan sikit beban aku selama ini.

Semua perkara aku banyak berbincang dan ikhtiar bersama adik sahaja. Adik sangat memahami orangnya. Seperti mana aku tak pernah berkira apa – apa dengan adik, adik juga begitu. Walaupun gaji dia juga biasa seperti aku, tapi aku nampak adik tak pernah berkira dengan aku dan ibu. Dia juga seperti aku, berusaha bahagiakan ibu.

Kalaulah arw4h ayah ada lagi, pasti dia bangga dengan adik yang banyak membantu aku lebih dari abang sendiri. Kini impian aku hanya satu. Bawa ibu dan adik keluar dari rumah ini. Cuma aku, ibu dan adik. Aku rela pert4ruhkan seluruh hidup aku hanya untuk mereka sahaja.

Doakan aku kuat dan mula menyimpan duit semula. InsyaAllah mungkin aku akan update kalau dah berjaya pindah rumah nanti. Tak sabar rasanya nak mula hidup baru tanpa dia. Terima kasih semua yang mendoakan. Semoga doa kalian berbalik pada kalian semula.. aamiin.. – Arra (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Salina Gunawi : Jahatnya sebahagian manusia walaupun rumah itu dibina di atas tanah keluarga ayah bukan ke ayah itu juga ada anak lelaki. Alhamdulillah ipar saya suaminya meninggaI ketika rumah mereka sedang dibina di atas tanah suami.

Ipar saya tidak berkahwin lain walaupun ketika itu dia masih muda. Sekarang dia masih tinggal di rumah itu tanpa gangguan bersama anak – anaknya yang sem4kin dewasa. Tamakkan harta tidak bawa ke mana sebab ke kubvr kita semua akan berbalut hanya kain kapan… Insyaallah.

Norsafarah Fadzil : Biasa terjadi sebab wasi4t mulut dari ibubapa kepada anak – anak. Anak bina rumah atas wasi4t sedangkan adik beradik masih ada hak atas tanah tu.. Tak boleh buat apa kalau main dengan hak ni. Semoga family tt dapat cari rumah yang sesuai dengan ibu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.