Masa raya hari tu, ayah aku maIukan suami depan semua orang. Ayah ungkit suami anak yatim, tak pandai jaga anak

Ayah bekas k0mando, bengis, baran. Aku nampak suami masuk bilik, kemas baju. Hari ni aku call ayah meng4muk giIa – giIa. Ayah aku cakap, hujung minggu ni dia nak datang ambil anak aku. Dia kata dia ada hak, d4rah daging dia..

#Foto sekadar hiasan. Aku rasa str3ss giIa weh. Cerita dia macam ni. Kan ada open house raya rumah ayah aku. Adik beradik aku semua balik la. Termasuk family aku. Antara adik beradik aku, aku sorang ja ada anak kira baby lagi la.

Anak aku baru nak masuk 10 bulan. Jadi ramai macam nak la bagi perhatian kat dia. Anak – anak sed4ra yang lain dah besar jugak. Lepas tu bapak aku memang sayang giIa kat anak aku. Ye la macam cucu kecik lagi kan.. Setiap minggu ayah akan datang ambik anak. Anak aku pulak bambam. Semua pakat gomol la.

Suami aku memang suka jaga anak. Sentiasa ikut anak.. Sebab anak aku dah meniti so suami rajin layan. Tapi dia jenis main kasar. Mai geram tu dia akan gigit – gigit paha anak, tangan anak. Lepas tu peIuk kuat – kuat. Bapak aku pulak tak suka suami main macam tu.

Lepas tu macam tak suka suami jaga anak. Orang tua tau ja la. Overprotective. Semua cara suami aku tak kena kat mata dia. Lepas tu anak ambik apa – apa ka, suami macam aipp, tapi macam suara keras. Saja nak acah dia..

Kadang – kadang anak macam nak nangis. Ye la anak aku ni manja. Pantang tegur sikit dia mencebik. Terus ayah aku marah. Dia kata budak terk3jut. Banyak kali ayah tegur. Tapi suami diam ja, suami tak pernah baIas atau  cakap apa.

Ayah tak tegur dengan suami.. Ayah dan suami memang tak bercakap. Tapi dia tegur depan suami gunakan orang lain. Contoh dia panggil aku atau mak aku. Dia akan cakap bagitau dia jangan buat macam tu macam ni..

Tapi aku la risau sebab tak tahu suami rasa apa. Dia tak pernah cakap apa – apa. Suami aku jenis diam dan buat hal dia. Aku ada la suruh mak tegur.. Tapi ayah aku jenis ikut kepala dia ja. Dia tak peduli apa dah. Bagi dia cucu yang penting.

Masa open house tu, suami main dukung – dukung anak. Macam nak lambung – lambung. Tapi dia tak lambung. Dia angkat tingi, pastu gosok – gosok muka dia kat perut anak. Lepas tu masa turun tu laju. Mungkin ayah aku perasan anak aku macam gayat kot.

Sebab masa suami gosok – gosok kat perut, anak aku gelak. Tapi masa turun dia macam gayat. Ayah aku ni terus macam jerit panggil nama aku. Dia kata suami aku ni takde otak. Main dengan anak macam tu. Segala b0doh kata – kata kesat keluar.

Aku memang tercengang. Aku pun secara spontan, ayah apa ni. Cakap bukan – bukan. Tu kan anak dia. Biar la dia. Ayah aku m4kin naik giIa. Ayah aku memang jenis baran dan cepat panas. Tapi suami aku pun jenis panas jugak.

Tapi suami tak cakap apa. Dia letak anak kat bawah, dan terus masuk bilik. Masa tu memang kecoh la. Mak aku, adik beradik aku semua marah la ayah aku. Sebab tak jaga harga diri dia. Semua orang macam terk3jut dan terpinga  -pinga dengan keadaan tu. Sebab tiba – tiba ja ayah aku meng4muk.

Tapi ayah aku tak rasa apa dia buat tu salah. Dia tak rasa dia maIukan suami aku pun. Tapi aku rasa sangat malu dan bersalah. Mak aku suruh pergi tengok suami. Aku masuk bilik. Suami tengah kemas barang dia. Aku macam takut nak tegur apa pun.

Tapi aku cakap jugak la.. Tak tahu kenapa ayah tu. Aku mintak maaf dari pihak ayah. Tapi suami diam ja.. Lepas pack baju – baju dia. Dia cuma cakap, sekarang ni awak nak duduk kalau duduk la. Tapi saya tak kan jejak kaki sini lagi dah.

Aku macam tercengang. Aku kata aku memang la nak ikut dia. Tapi barang aku mana pack lagi. Bagi masa nak pack barang.. Tapi dia terus keluar. Tapi masa keluar tu, suami cakap kat ayah. Kalau tak fikir orang tua, dah lama jadi cerita lain. Jangan tunjuk muka dekat saya lagi kalau nak selamat.

Ayah pun terus berdiri nak berg4duh. Dia cuma cakap mai la kalau jantan. Lari kenapa. Tapi mujur la suami terus masuk kereta tak peduli kata – kata ayah. Ayah macam tu la.. Masih pr0voke. Kata tak reti jaga anak la. Macam – macam la.

Orang lain pun tak mampu nak buat apa dah. Ayah aku kan bekas k0mando. Gaya bengis dia menantu – menantu lain pun takut jugak. So diorang diam ja la. Lepas tu siap ungkit sebab tu la dia tak bagi aku kahwin dengan suami. Katanya orang takde mak bapak bukan reti hidup berkeluarga.

Memang dulu ayah tak setuju aku nak kahwin dengan suami. Tapi dah aku tergiIa – giIa kat suami. Aku berkeras nak dia jugak. Tapi tak sangka ayah masih tak boleh terima dia.. Sejak kejadian tu aku sedih giIa. Petang tu aku dok call dia suruh ambik aku.. Tapi dia off hp.

Terp4ksa suruh adik laki aku hantar. Masa tu bapak aku cakap, tinggalkan cucu kat sini la. Aku kata mana boleh. Aku rasa marah dekat ayah sebenarnya. Walaupun memang teguran dia ada betul. Tapi cara dia salah. Aku balik tak salam dia. Pandang pun tak. Ada la dia bising – bising, tapi aku tak focus dah.

Smpai kat rumah suami ada ja kat rumah tengok tv. Aku diam ja.. Aku sebenarnya tak berani nak cakap dengan dia time dia marah. Aku takut kalau dia jadi aggressive. Lagipun suami jarang marah. Dan marah untuk situasi ni adalah first time. So aku buntu nak handle mcam mana.

Aku tinggalkan anak. Tapi dia tak tengok pun. Kira tak melayan sangat la. Sekadar tengok – tengok macam tu ja. Anak pergi kat dia pun, dia tak layan sangat. Aku sekarang ni buntu la. Macam mana nak pujuk suami. Aku ada la cakap – caka[ biasa. Tanya nak makan ke apa ke.. Dia hanya diam ja.

So aku tak berani nak tegur or cakap lebih – lebih. Aku risau dia naik angin. Lagipun aku tak tahu la nak pujuk macam mana. Lagi satu, suami memang membesar sebagai anak yatim. Maksu dia yang jaga dari kecik. So aku risau suami sedih dengan kata – kata ayah aku tu.

Ni dah dekat seminggu dah dia masih macam tu. Takde tido kat bilik, takde bercakap dengan aku. Cuma mungkin dia dah gaji. Dia ada tinggal duit atas meja solek aku. Cuma aku masih takut nak petik hal tu. Nak cakap pun aku takut.

Cuma kalau aku nak apa – apa aku text dia balik nanti belikan barang ni ke apa. Walaupun dia tak reply, tapi dia belikan ja benda tu. Aku cuba bersikap biasa. Tapi dari cara dia, aku tahu dia masih belum move on dari kejadian tu.. Sebab dia masih dingin.

Tapi benda ni bukan salah aku. Di luar kawalan aku. Aku mana tahu akan jadi macam ni. Kalau tak, dari awal tak payah balik dah. Dulu teguran ayah aku takde la biadap sangat. Tapi sekarang aku dah tak tahu nak handle situasi ni macam mana.

Suami tak pernah bantah kalau aku nak balik rumah mak. Dia memang ikut ja. Aku dulu fikir nak bagi family kat dia. Tapi tak sangka kerana aku dia dapat malu. Adik beradik aku semua ok ja.. Kecuali ayah aku ja. Aku kesian kat suami, sedih. Macam – macam la perasaan aku ni.. Tapi aku masih tak mampu nak berhadapan dengan dia.

Hari ni aku call ayah aku meng4muk giIa – giIa. Aku persoal banyak benda.. Tapi ayah aku masih macam tu.. Bagi dia, dia tak salah. Tetap dengan pendirian dia ja. Siap cakap hujung minggu ni dia nak datang ambik anak.. Aku kata jangan datang. Jangan keruhkan keadaan aku kata.

Tapi dia kata tu cucu dia d4rah daging dia. Mak dia bagi ke tak bagi ke, dia tetap akan datang dia kata. Entah la.. Serabutnya rasa. Kenapalah berat betul ujian aku ni. Orang tua m4kin tua sepatutnya m4kin menunduk. Tapi per4ngai ayah aku ni tah apa – apa ja la. – Zaty (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Miera Wahab : Don’t ever let the family you come from destr0y the family you’ve created. The family you create is always number one. Ketua keluarga awak sekarang ialah suami. Ketaatan awak perlu pada suami, bukan lagi ayah. Pujuklah suami jangan takut dimarahi sebab memujuk tapi takutlah suami kecil hati sebab awak seperti tak ambil kisah pada dia (pada pandangan dia).

Zieyla Aida : Ayah awak seperti cuba menc4bar dengan nak datang ambil cucu pula. Bawak anak dan suami awak keluar weekend ni. Jauhkan dulu mereka buat sementara waktu. Untuk suami, cuba la pujuk dan bercakap dengan dia.

Lelaki, tak macam kita perempuan asal marah merajuk nak minta dipujuk. Mereka lebih kepada memendam rasa. Kalau dibiarkan, ianya akan menjadi b4rah pada perhubungan nanti. Semoga semuanya pulih seperti sediakala buat awak sekeluarga.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.