Pertama kali naik kapal terbang, mak terpisah duduk dari aku. Mak minta susu dekat pramugari muka garang, langsung tak bagi

Mak tak tahu baca tulis. Mak tak pernah sekolah. Mak memang harapkan aku. Tapi entah macam mana dalam kapal terbang tempat duduk kami terpisah jauh. Mak terpinga – pinga. Aku tengok pramugari pun garang, tak layan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sekadar meluah isi hati yang lama terpendam. Maaf andai luahan ini menganggu masa tuan puan. Tahun lepas mak saya nak pergi umrah. Dia tengok ramai kawan – kawan dia pergi. Dia pun rasa teringin nak pergi.

Lepas tu dia ajak saya jugak la. Mak tak berani nak pergi mana – mana pun seorang diri. Mesti saya kena ada jugak.. Jadi mak sponsor saya la. Sebenarnya saya ni tak pernah keluar dari malaysia termasuk la mak. Al maklum la kami ni orang kampung dengan kehidupan yang sangat sederhana ja.

Nak pergi mana – mana pun tak pernah ada dalam mind. Melainkan ada urusan. Kami pergi umrah ni pun ngam – ngam dengan duit 20k peninggalan arw4h ayah. Sebab mak rasa nak sangat pergi sebab mak pun dah tua. Nak tunggu panggiIan haji pun tak kunjung tiba.

Untuk pengetahuan semua, mak saya tak tahu baca tulis. Mak tak pernah sekolah. Jadi mak saya sangat berg4ntung pada saya dan sangat takut masa nak pergi tu. Masa nak naik flight tu, memandangkan saya pun tak pernah naik kapal. Saya memang ikut arahan mutawif saja la.

Tak tahu kenapa, orang lain semua dapat seat kapal dekat – dekat dengan family. Tapi saya dan mak dapat jauh – jauh. Tapi zone yang sama. Masa tu jemaah – jemaah lain pun kami tak kenal sangat. Saya ada bagitau mutawif, tapi dia kata cuba minta tukar dengan sapa – sapa.

Mak masa tu sangat cuak dah. Sebab kapal arab. Kalau kapal mas boleh la cakap bahasa melayu. Mak dah takut sangat masa tu. Takut dia perIukan apa – apa macam mana nak mintak.Mujur kebetulan ada jemaah sanggup nak tukar seat.

Walaupun bukan row sama, tapi mak dapat seat sebeIah saya yang bahagian tengah tu. Ok la settle bab tu. Lega la sikit saya. Masa kru kapal tanya pasal makanan, mak memang kena tanya saya tu makanan apa. Masa tu saya terfikir la, nasib baik mak dapat tukar seat.

Kalau tak, macam mana dia nak pilih dia nak makan apa. Mak pulak jenis slow sikit nak faham apa orang cakap. Kalau orang tak de kesabaran, pasti hilang sabar kalau nak terangkan satu satu perkara kat mak. Dah tu, kru kapal macam garang – garang.

Mintak air pun dia kata nanti. Tapi tak bagi pun. Mujur jugak saya tahu english sikit – sikit. Dapat la bantu – bantu mak sikit. Kalau tak, pasti saya pun akan blur jugak. Ok la settle bab nak pergi. Sampai sana mak mungkin tak dapat sesuai dengan suhu.

Dia kena selsema dan batuk. Selsema sampai hidung sumbat susah nak nafas. Kesian sangat kat mak. Dia tak dapat tidur sangat pun. Tapi alhamdulillah, dapat jugak kami buat umrah 4 kali. Walaupun mak kerap kena pergi tandas sebab nak k3ncing. Mak ada k3ncing manis.

Tandas kat mekah tau – tau la, semua jauh – jauh. Nak ambik wuduk, nak masuk balik. Menc4bar betul. Dah tu keluar pintu tu, tak dapat masuk pintu yang sama. Rasa struggle jugak time tu dengan nak pimpin mak jalan. Sebab mak slow sangat berjalan.

Mujur masa umrah first, Allah bantu saya supaya saya ingat setiap jalan-jalan. Lagipun hotel kami jauh jugak. Masa umrah first mutawwif walaupun jalan sekali, tapi sebab mak lambat. Kami memang tertinggal. Masa nak saie saya memang tak pasti arah ke mana, tapi alhamdulillah jumpa.

Lepas tu next – next day saya pergi sendiri dengan mak. Sebab kesian dekat jemaah lain nak kena tunggu mak. Lagipun umrah kan ada slot. Kami pilih slot yang kami nak. Masa tu saya perhati segala pintu, dan tandas. Untuk kemudahan mak.

Mak agak lemah kat sana. Saya memang tak focus umrah sangat pun sebenarnya. Hanya fikir keselamatan dan keselesaan mak ja. Tak berhenti – henti saya mohon ampun Allah dan bantuan dari Allah. Dekat madinah, mak banyak kat hotel ja…

Makan pun saya hantar kat bilik. Dia jadi sangat tak larat kerana selsema dan batuk. 2 kali kami pergi kIinik tapi tak lega – lega. Mujur Allah bagi saya kekuatan dan kesihatan. Saya ja la pergi beli barang – barang keperluan apa semua seorang diri. Saya mudah hafal jalan kat sana dikala orang lain ada yang sesat. Segala puji bagi Allah.

Hari nak balik, kami naik kapal arab lagi.. Kali ni tak tahu kenapa, kami dapat zon tak sama. Saya kena masuk dulu. Lepas tu mak. Saya agak panik jugak masa tu. Lepas tu mutawwif pulak asyik panggil – panggil, zone saya suruh masuk cepat.

Saya masa tu pergi tanya satu – satu jemaah yang sama zone dengan mak saya. Nak mintak tolong diorang uruskan mak. Mujur ada jemaah tu kata takpe nanti dia tolong. Masa tu saya pulak period tiba – tiba, dengan sangat banyak.

Sebab kat sana saya makan ubat untuk stop period. Hari nak balik saya lupa makan. Tak sangka dekat airport tiba – tiba period. Rasa nak pitam pun ada masa tu sebab perut rasa sangat s4kit. Tapi hati lagi bimbangkan mak. Mak nampak la agak takut tanpa saya.

Saya kata jangan takut. Ikut kakak tu ja. Berulang kali saya remind kakak tu.. Rasa bersalah sangat sebab terp4ksa menyusahkan orang. Dalam kapal, kan saya masuk dulu.. Hati saya berdebar debar ja kenapa mak tak masuk lagi..

Seat saya agak jauh kebelakangan jugak. Seat sebeIah saya semua jemaah group saya. Tapi nak tukar, diorang dah sebeIah family sendiri. Diorang tak nak tukar. Masa tu satu jemaah cakap. Kenapa tak mintak seat sebeIah – sebeIah.

Saya tanya nak mintak macam mana. Bukan ke tiket kapal semua ustaz yang urus. Dia kata masa chek in luggage tu boleh cakap nak seat sebeIah. Cakap satu family. Demi Allah, saya memang tak tahu pun. Patut la ramai yang duduk dekat – dekat dengan family. Saya tanya mutawif tu.

Dia tanya saya balik, la tak tahu ke. Kenapa tak cakap masa bagi beg tu. Memang saya tak tahu. Kalau tak mesti saya dah mintak. Masa tu hati rasa sebak jugak, tapi saya kuatkan hati fikir ni ujian. Ustaz cuma cakap, tak pe. Duduk ja mana pun. Nak balik dah pun kan. Saya diam ja. Orang tak akan faham kerisauan kita. Mak saya istimewa, tak macam orang lain.

Masa tu nampak mak masuk, terkulat – kulat jugak dia cari seat. Kakak tu pun tak nampak ke mana dah.. Saya terus pergi ke arah mak di kala jemaah lain sedang masuk kapal. Memang agak kelam kabut jugak la. Sebab saya berjalan laluan bertentangan nak pergi kat mak. Tapi tak de la saya halang orang, just berhenti – henti macam tu la.

Kru datang tanya, dan suruh duduk. Saya cakap saya nak pergi dekat mak. Masa tu otak hanya fikir mak ja. Tapi lepas tu ada orang tunjuk seat kat mak kot. Saya nampak mak dah duduk. Tapi sebeIah semua lelaki. Jemaah tu pun macam tak selesa.

Saya pergi kat mak lepas orang dah kurang. Saya kata saya cuba – cuba tanya untuk tukar seat. Saya kata kalau nak apa – apa pusing ja belakang. Sebab mata saya hanya perhati mak ja. Mak masa tu selsema teruk. Hingus dia asyik meleleh ja.

Tisu kami semua habis. Mak tanya tisu. Entah macam mana time tu saya pergi masuk toilet, saya ambik tisu banyak – banyak. Air mata ni tumpah jugak la satu dua sebab sedih tak tau kenapa. Mak pun kalau batuk tak boleh henti. Sampai termunt4h – munt4h.

Saya tak mampu nak tengok mak keadaan macam tu. Saya berdoa mintak mak sihat, tak pun tukar ja s4kit tu pada saya. Sampai tak boleh nak fikir apa dah. Lepas tu orang suruh saya duduk. Mak pun lepas tu tukar tempat. Lagi depan. Sebab jemaah lelaki tu tak selesa duduk dengan mak. Diorang atur seat lain.

Saya pesan kat mak, nanti makanan tu kalau tak faham tanya orang sebeIah. Tak pe, orang akan bantu saya kata jangan takut. Walaupun mak nampak sangat takut. Saya pesan jugak dekat orang sebeIah. Yang sebeIah – sebeIah mak semua group dari company lain. Mak tak kenal, dia macam kurang selesa jugak nak tanya apa – apa.

Saya pesan kat mak kalau nak pi tandas datang kat saya. Sebab tandas depan saya. Saya tunjuk seat saya apa semua. Tandas dalam kapal tu, lock pintu baru lampu menyala. Dah lama lepas tu, mak pusing tengok saya.

Sepanjang dalam kapal, saya hanya perhati mak ja. Nak tido ke, rehat ke, apa pun saya tak mampu buat. Otak ni hanya rungsing fikir mak. Lepas tu saya tanya kat mak, nak pergi tandas ke.. Dia kata ye. Saya pesan dah kena lock pintu.

Entah la mak buat macam mana. Saya tengok kenapa lampu luar tak menyala pun. Maksudnya dalam pun gelap la. Hati saya gelisah lagi. Mak keluar, dia kata tak de lampu. Saya ajar dia kata pintu tu kena tekan. Ye la pintu kapal tu jenis lipat macam mana tah. Tapi agak susah jugak nak tutup. Tapi mak dah tak nak pergi dah.

Masa kru hantar makan, saya tak tahu la mak cakap apa. Saya dah susah hati sangat dah. Ada la nampak dia makan. Lepas saya pi tanya mak. Mak kata orang tu bagi, mak makan ja la. Mungkin orang tu tengok mak tak tahu jawab.

Tapi mak kata ada bagitau orang sebeIah mintak kru bagi susu. Tapi kru tak bagi pun.. Orang sebeIah ada mintak tapi kru kapal arab macam tak nak layan ja. Lepas tu kami pun dah selamat sampai Malaysia. Tapi setiap kali tengok muka mak sampai sekarang pun. Saya selalu rasa bersalah sangat. Sebab rasa saya tak jaga mak dengan baik.

Kadang – kadang saya menangis terkenang segala kesusahan mak kat sana. Mak saya walaupun kurang banyak benda dari orang lain, tapi sejak kecil dia jaga saya dengan baik. Tapi saya tak mampu nak jaga dia macam dia jaga saya. Rasa sedih sangat.

Sebelum pergi umrah, orang pesan banyak kali jaga mak baik – baik. Tapi tu la. Walaupun peristiwa tu nothing untuk orang lain, tapi untuk saya sangat meninggaIkan kesan. Moga – moga Allah terima ibadat kami dan ampunkan segala d0sa dan kekurangan saya. Terima kasih buat semua yang sudi baca. – N (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Izzuewana Darias : Semua benda ada first time kan, TT dah buat semampunya dah tu. Faham je rasa ralat terkilan sebab ada benda boleh dapat / buat lebih baik tapi tu la pengalaman. Semoga mak TT dikurniakan kesihatan yang baik, inshaAllah panjang umur ada rezeki lain kot dapat pergi kali kedua sama – sama dengan mak jugak.

Afiqah Musa : Sebak dan menangis baca malam – malam ni. In shaa Allah, moga Allah menerima amal ibadah TT dan emak. TT anak yang baik. Moga Allah sentiasa lindungi TT dan mak ya

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.