Anak berlari dalam kIinik, suami buat tak tahu. Bila aku tegur suami, dia tengking. Malu aku. Aku dengar orang belakang mengata

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku terus bangun pergi kat suami, aku kuatkan volume aku dengan muka sekali. Aku cakap, “pergi ambil anak!! Jadi bapak tolong cerdik sikit!” Lepastu tangan aku kutil – kutil lengan dia. Biar sama – sama malu. Puas hati!

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Sedikit pengenalan. Usia pertengahan 20-an. Manakala suami pertengahan 30-an. Dah berkahwin 4 tahun. Ada sorang anak lelaki nak masuk 3 tahun. Aku suri rumah dan berbisnes dari rumah. Buat makanan dan jual online. Suami provider 100%.

Aku nak tanya pendapat. Aku dah hampir 3 tahun pakai perancang implanon. Sebab aku pakai, aku ada sejarah anxiety dan depression sebelum kahwin dan masa pregnant. Suami memang nakkan anak lagi tapi aku masih belum bersedia. Sebab:-

Kerja rumah semua aku buat kecuali buang sampah memang kerja dia. Kalau rumah bersepah, baju bertimbun tak basuh pun dia okay je. Tak marah tak suruh. Dia memang boleh duduk dalam keadaan macam tu. Baju bersepah atas lantai, tandas tak pernah tolong cuci. Banyak lagi lah. Pokoknya memang dia tak membantu dalam kerja rumah.

Bagi aku suami tak mampu nak didik anak dengan baik. Dia hanya pandai jaga. Bagi makan cukup, pakai cukup. Suami bagi nafkah semua cukup tapi bagi aku dia tak pandai nak didik anak. Semua kepala aku je fikir nak didik anak. Dia lagi lah ajar anak bukan – bukan. Bagi makan jajan banyak – banyak takpe, tidur lewat takpe.

Kadang – kadang aku rasa taw4r hati dengan suami dan terasa nak berpisah cuma tunggu anak besar. Dia bukan pendengar dan pembimbing yang baik pada aku. Kadang – kadang aku rasa macam takde tempat nak luah apa – apa sebab macam aku cakap dia tak mampu nak penuhkan tangki emosi aku. Dia ibarat nonchalant husband.

Jadi ibu dan isteri kadang – kadang meletihkan aku. Sampai kadang – kadang aku meng4muk sebab burn out urus rumah, anak dan bisnes aku. Aku buat kuih dari rumah. Makan tenaga dan masa. Lepas buat kuih nak kena kemas rumah lagi sebab anak buat sepah.

Suami bagi nafkah cukup cuma aku saja nak lebih lagi duit poket jadi aku cari sendiri dengan meniaga dari rumah. Tapi.. sekarang aku rasa nak ada baby pulak. Bab anak, suami sama – sama jaga. Waktu newborn pun dia sama – sama bangun malam susukan baby.

Bergilir dengan aku walaupun esoknya dia kena pergi kerja awal pagi pukuI 7. Aku sekarang berbeIah bagi sama ada nak buang implant awal atau tak. Sebab expired implant aku bulan 10 tapi aku ingat nak buka awal dan cuba untuk conceive.

Tapi sungguh rasa berbelah bagi. Sebab nanti kalau dah ada baby, aku mungkin tak dapat lagi buat kuih dari rumah. Cuma meniaga barang orang tu pun mungkin terbatas. Dan aku takut aku akan m4kin penat dan burn out nanti bila ada baby.

Aku pun takut terfikir andai satu hari nanti kami berpisah apa jadi dengan nasib anak – anak. Sebab mak ayah aku pun berpisah. Aku taknak anak aku kena nasib yang sama. Kalau anak masih sorang aku mungkin boleh handle lagi. If lebih dari tu aku takut tak mampu.

Aku mintak pendapat dari akak otai semua. Valid ke untuk tambah anak lagi? Mohon jangan kecam aku. Aku tengah berbeIah bagi. Antara keinginan nak baby lagi dengan beban tanggungjawab menguruskan semua. – Liziy (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Hi salam semua. Aku nak sambung sikit lagi tentang dilema aku nak tambah anak kedua. Aku baca komen ada yang kecam dah nak berpisah buat apa nak tambah anak? Ok macam ni. Kami tak pernah bincang untuk berpisah cumanya jauh dari sudut hati aku, kadang – kadang aku rasa nakkan perpisahan tu disebabkan hati yang kadang – kadang dah takde rasa buat suami.

Dan aku fikirkan masa depan anak if terus dengan suami. Dia tak mampu jadi pembimbing yang baik. Untuk aku mahupun anak kami. Aku letih dengan sikap dia yang sentiasa ambil mudah dalam semua benda. Bagi dia semua small matter tak perlu diperbesarkan.

Contohnya tadi anak buat bising berlari – lari dalam kIinik kerajaan yang ramai orang tu pun takpa. Aku bagitahu suami suruh tengokkan anak. Time tu macam biasa dia dengan dunia telefon. Bila aku bagitahu kali kedua, dia kuatkan suara macam nak tengking aku depan orang ramai. Dah la time tu memang penuh kerusi. Malu muka aku Allah je tahu.

Lepastu aku biar je anak lari – lari sampailah aku dengar ada suara merungut bisingnya budak tu. Aku terus bangun pergi kat suami, aku kuatkan volume aku dengan muka sekali aku cakap pergi ambil anak!! Jadi bapak tolong cerdik sikit. Lepastu tangan aku kutil – kutil lengan dia.

Then aku terus dukung anak blah tinggal dia situ. Puas hati aku dapat maIukan dia balik walau muka aku pun malu tapi takpa. Sama – sama malu. Dahlah pergi kIinik dengan selipar penuh selut pasir yang dah kering. Aku tegur suruh dia basuh baru dia pergi basuh. S4kit hati jangan cakap ye.

Macam budak – budak nak kena bersuruh semua benda. Benda basic pun tak reti nak urus. Entah la sekarang aku banyak letih nak urus semua benda sorang diri. Urus anak, rumah, dia lagi. Nak didik anak lagi. Nak cut off didikan dia kat anak lagi.

Kepala aku kadang – kadang tu berserabut fikir. Kalau aku biar, anak m4kin tak tentu per4ngai sebab macam takde border line dalam hidup dia. Sekarang ni pun dia lebih suka dengan ayah dia dari aku sebab dengan ayah semua benda boleh dia buat.

Selain tu, suami aku jugak sejenis nonchalant husband kot. Aku tak dibenarkan menangis ye. Dia tak suka tengok aku nangis. Kalau aku down, aku rasa berat d4da ni, aku cakap nak nangis kejap boleh tak. Dia cakap tak payah nangis – nangis lah. Benda kecik je.

Aku rasa macam dah takde sape aku nak luahkan beban emosi aku. Aku tak boleh nak meluah sebab dia taknak dengar dan cuba faham. Dia tak pernah nak comfort aku. Tak pernah sepanjang 4 tahun lebih kahwin. Sedih bukan kepalang hati ni.

Aku buat bisnes dari rumah. Buat makanan. Yang perIukan tenaga. Biasa lepas settle semua, kena kemas rumah lagi sebab anak buat sepah. Masak kadang – kadang tu aku tapau je. Aku pastikan sebelum dia sampai rumah semua dah keadaan bersih. Takkan aku nak biar dia tengok rumah macam tongkang pecah.

Dia tak tahu sebalik rumah bersih anak dah mandi, aku macam nak putus nafas bertarung. Tapi nak cerita kat dia? Mana dia nak dengar. Aku tahu dan yakin takdir Allah itu terbaik. Kalau perkahwinan ni yang terbaik bagi aku, semoga Allah jadikan suami aku jodoh yang terbaik untuk aku. Kalau bukan, aku redha.

Sebab aku pun dah taw4r hati nak jaga sesiapa. Sebab aku penat dan letih nak urus semua benda dah. Badan aku tak macam orang lain. Cepat letih. Tapi laki aku mana nak faham. Dia heret aku keluar jalan dengan family abang dia dari pagi sampai lepas isyak baru ajak balik.

Aku dah macam sotong lembik nak m4ti dah takde tenaga. Aku dah puas ajak balik sebab penat dengan cuaca panas giIa. Tapi mana dia nak faham? Aku cuma mampu nangis dalam hati.. – Lizy (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Medina Hannan : Saya tengok macam tak sekufu cara berfikir. Mungkin juga berbeza latar belakang pendidikan. Boleh jadi juga berbeza cara didikan ibubapa masing – masing. Sangat besar dugaan ni pada saya kerana susah nak ubah per4ngai orang yang dah terbiasa dengan pemikiran macam tu. Kalau puan bertahan kerana Allah, semoga ganjaran syurga buat puan.

Adlina Aziz : Saya dah baca yang pertama dan kedua. Nasihat saya, jangan tambah baby. Untuk anak – anak membesar dengan baik perIukan ibu yang sihat mental dan fizikal. Tapi awak sendiri mengaku awak sangat letih, rasa nak meng4mok, depressed, anxiety.

Jadi tak sesuai tambah baby sekarang sebab 3 tahun still kecik dan perIukan perhatian. Nanti bertambah – tambah tak stabil emosi awak anak – anak pula jadi m4ngsa, kesian mereka. Better pulihkan diri dan semangat awak dulu baru tambah anak. Takpe lambat, yang penting mental health kita as ibu. Ibu jantung rumahtangga, role ibu sangat penting, jadi ibu kena sihat dan stabil. Saya doakan yang baik – baik untuk awak.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.