
Mak ayah mertua selalu berjalan – jalan, pergi Thailand, naik Kuala Lumpur shopping sakan. Bila adik ipar nak kahwin, dia suruh suami aku sediakan duit setiap bulan untuk cover majlis..
#Foto sekadar hiasan / AI. Dah seminggu berlalu kejadian ibu mertua telefon maklumkan pada anaknya (suami aku) untuk minta duit bulanan bagi menjayakan majlis kahwin adik ipar penghujung tahun ini. Suami aku ada dua beradik lelaki dan tiga beradik perempuan.
Tapi dalam pengetahuan aku, ibu mertua pasti minta duit majlis kahwin pada anaknya lelaki saja sebab dia memang ada rasa malu dengan menantu lelaki, jadi dia tak akan usik kewangan anak perempuannya. Lagi pula kedua ibu bapa mertua seorang yang rajin ke kelas agama, jadi aku dah biasa dengar ayat bahawa tanggungjawab anak lelaki lebih besar pada ibu bapa berbanding perempuan.
Anak perempuan nak buat apa – apa kena mintak izin suami, anak lelaki tak payah bla bla bla. Berbalik pada topik asal, lepas kejadian ibu mertua aku minta suami transfer duit RM200 setiap bulan untuk majlis tu, aku mula rasa tak ada mood dan h4mbar dengan suami.
Suami masih layan baik dan lembut, cuma aku terkilan sikap ibu mertua yang tak tanya dulu tentang kewangan kami. Yang buat aku kecewa ni sebab, suami aku dah pernah bayar duit majlis kahwin abang ipar pada tahun 2017. Masa tu kami belum berkahwin lagi.
Abang ipar aku minta suami buat personal loan RM10 ribu dan memandangkan suami bekerja kerajaan (gred rendah jer), jadi semestinya suami harapan dia untuk lulus loan. Aku tahu perkara ni ketika sebulan lagi nak berkahwin yang suami aku ada buat beberapa personal loan termasuklah majlis abang dia.
Kalau aku tahu daripada awal mungkin aku tak teruskan hubungan sebab family aku pula orang yang sangat tegas ajar kami bab kewangan (berjimat cermat) apatah lagi kalau sampai kena buat personal loan. Dan seperti diduga, sehingga kami kahwin tahun 2021, abangnya tak pernah bayar atau bertanya status hutang berkenaan.
Gaji suami aku pula yang dip0tong setiap bulan melalui ANGKASA. Sehinggakan tahun 2024, kesabaran aku memuncak apabila kereta kami rosak. Sebenarnya tu kereta aku yang dibeli oleh arw4h ayah sebaik aku dapat kerja pertama. Lepas dah lama guna, kerosakan kereta m4kin teruk dengan minyak pula memang kuat.
Aku tak tahan dan aku decide jual. Suami berat hati sebab kami tak ada kereta lain. Aku tegas katakan pada dia mintak abang bayar ansur – ansur hutang kahwin dan kita guna duit tu untuk beli kereta. Memandangkan masa tu abang ipar aku dah dapat kerja stable dan selalu cerita elaun serta gaji di tempat kerja baru besar, kalau nak sewa rumah mahal di KL pun dia mampu (dia cerita).
Tapi itulah, dah kahwin 7 tahun, namun 1 sen pun tak pernah bayar hutang. Mulanya suami keberatan tapi terp4ksa juga mintak. Maka setiap bulan si abang decide hulur RM200 dan duit tu juga kami buat tambah bayaran bulanan kereta yang kami kongsi berdua.
Sekarang dah hampir setahun hutang dibayar, tiba – tiba abang ipar aku minta tangguh pula kerana nak pakai banyak duit. Bulan lepas dia kata nak settle kan bil tertunggak, bulan sebelum tu kata nak repair kereta. Jadi ada beberapa bulan dia dah tak bayar.
Suami masih mampu respond “ok terima kasih bagitahu bang.” Serious aku tak marah pun abang ipar aku mintak tangguh sebab pada kiraan aku dia mungkin tengah sesak. Maka, beberapa bulan kami agak struggle p0tong mana yang tak perlu.
Kini, ibu mertua aku pula mintak suami bagi duit bulan – bulan untuk majlis adik bongsu. Mertua tahu tentang pinjaman si abang untuk majlis kahwin dulu, namun dia pun tak pernah tanya mengenai tu. Yang aku buntu, sekarang dah nak raya, aku pula bakal bersalin anak ke-2 pada Julai ini, suami aku dulu sambung belajar peringkat ijazah bakal konvo pada Mei ini. Semuanya perIukan duit.
Aku bekerja sektor kerajaan tapi sebagai myStep gred 29. Mana ada bonus raya, elaun dan sebagainya. Aku dah rancang untuk mintak suami hulur sikit keperluan raya aku nanti. Untuk pengetahuan dahulu masa kerja lama, gaji aku agak lumayan, keperluan raya, duit raya untuk budak – budak termasuklah bekas kuih raya pun semuanya guna gaji aku.
Suami aku hanya mintak duit beli kuih muih dan lauk untuk masak raya. Sekarang bila gaji tak berapa banyak, aku dah cakap suami tolong belikan baju raya untuk aku tahun ni. Tapi bila suami dapat tanggungjawab baru, aku rasa terkilan dan tak ada mood dahh nak mintak duit suami lagi.
Untuk pengetahuan, adik ipar aku tu dah tunang daripada tahun lepas dan rancang kahwin tahun ni. Tapi bila aku tanya bulan berapa majlis, ibu mertua aku jawab tak tahu lagi, duit tak ada. Walhal masa dia cakap tu, dia tengah bercuti ke rumah kami di Johor Bahru.
Mertua aku ni orang pantai timur. Bayangkan daripada tarikh adik ipar aku tunang bulan Februari 2024, beberapa bulan lepas tu mertua aku sempat ikut rombongan group mengaji dia ke Thailand. Dia bayar untuk suaminya sekali yang aku dengar cecah RM3,000 juga.
Tak lama kemudian, dia berjalan di Kuala Lumpur pergi ke Zoo Negara, shopping macam – macam, dan terus ke Johor bercuti di rumah kami. Yang terbaharu bulan 12 hari tu, mereka sempat datang lagi rumah kami. Bila ke sini confirm ada waktu mereka keluar shopping sampaikan ada hari pergi jalan – jalan di Melaka.
Kemudian baru – baru ni aku dengar ibu dan bapa mertua aku nak jalan ke Hatyai lagi ikut group ngaji yang sama. Aku kata pada suami, “Dia tahu adik nak kahwin, kenapa mak abah boleh jalan ke sana sini tapi duit majlis tak ada? Sayang tak kisah kalau memang mak abah tengah serba kekurangan mintak abang topup duit majlis.
Tapi yang ni, diorang boleh jalan, hari tu cuti kat Johor sampai shopping sakan di Melaka, bila tanya majlis kahwin, terus cakap nak kahwin apa, duit tak ada.” Aku kata pada suami kenapa semudah tu ibu bapa dia rancang kewangan. Ntah laa aku cakap pada suami, keluarganya tahu aku mengandung, nak pakai duit, tak lama lagi raya, abang ipar aku pula tak tahu masih bayar hutang ke tak lepas ni, suami nak konvo, semua guna duit banyak.
Hari tu masa cuti di Johor mertua sempat tanya nanti konvo kat KL mak abah nak kena datang tak? Suami aku cakap mesti datang, nanti kita kumpul di KL dan jalan – jalan. Mertua aku excited dan rancang boleh cuti ke sana sini. Tapi bila keadaan dah berubah macam ni, aku pun rasa tak ada mood nak ikut konvo suami.
Apa pandangan pembaca? Adakah aku yang negatif dekat keluarga mertua aku sendiri? Kalau ya, berilah nasihat atau kata – kata yang menyejukkan hati supaya aku tak pendam lama – lama pada suami. Aku tak boleh control untuk layan h4mbar dengan suami sejak kebelakangan ni. Kami tak berg4duh, cuma aku kurangkan eye contact dengan dia kerana aku tak ada mood disebabkan isu ni. – Menantu (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Ezd Airaniez : Minta suami tahu turutan nafkah. Bila turutan tu tak ikut, utamakan orang lain berbanding isteri dan anak, memang rezeki tak berapa nak ok. Kita isteri pun bila suami buat baik atau bagi duit, kena selalu doakan suami terus murah rezeki. Insya-Allah bila turutan nafkah tu diikut, akan ada lebih duit untuk bagi orang lain. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin
Rafiqah Khairuzan : Bini nak bersalin, tapi dibaginya duit dekat mak. Mak tu ada bapak lagi yang sepatutnya tanggung nafkah dia. Laki ni memang, sejenis ego tak reti nak cakap “no” bila takde duit. Mak mintak, jadi kena bagi walaupun anak bini tak diberi nafkah.
Bini kan kerja so bini boleh bantu. Mak tu tak kerja jadi kena bantu mak. Gini la mentaliti. Suruh suami you set his priority right. Abang pun gatal nak kahwin duit takde, orang dah buatkan loan bayar jelah. Suami tu tegas sikit cakap no dekat parents dan suruh abang bayar hutang. Settle masalah u sis.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.