Isteri kuat main Tiktok rupanya dah berpapa mama dengan jantan lain. Tadi aku ajak bersama, dia tolak sebab sibuk dengan laptop

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku ajak isteri untuk bersama dia bagi alasan. Tapi bila aku jenguk bilik, tengok dia buka balik laptop.. Aku pun pergi ambil beg, suruh dia kemas kain baju. Aku halau dia keluar rumah..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum… Tak tahu mana nak cerita. Kalau ikut tajuk, memang bini aku dah kena halau keluar rumah dan dia pun dah keluar. Ceritanya macam ni, aku dah kahwin 4 tahun, aku ada anak umur 2 tahun lebih.

Setengah tahun lepas, bini aku mula aktifkan diri dalam internet. Dia aktif dalam Tiktok. Mula – mula aku tak ada masalah dia nak berkawan, tapi lama – lama dia banyak habiskan masa kat situ. Nak makan aku kaut sendiri, makan pun sorang – sorang, tengok TV berdua je dengan anak. Kecil hati juga.

Aku tidurkan anak dalam bilik, dia busy chatting. Selalu tidur berdua je. Aku buat freelance job, jadi kadang – kadang anak dah tidur pukuI 11 malam baru aku start buat kerja sampai pagi. Tapi 4 bulan lepas dia kantoi. Aku ni jarang cek handphone, sekali terjumpa mesej ada berbau cinta, bahasakan diri mereka “papa & mama”, siap ayat sayang – sayang.

Aku cek tiktok dia pun banyak dah mesej macam tu. Setiap kali nak tidur siap bagi tahu lagi kat kawan dia tu. Aku angin sebab dengan kawan ambil berat tapi biar laki tidurkan anak sendiri. Alasan dia diam, kurang kasih sayang. Aku busy dengan kerja aku.

Tapi pengetahuan korang, aku buat kerja kat rumah. Dia kerja on-call. Seminggu 4 hari dia on-call. Aku tak kisah pun tapi kesian kat anak. PukuI 8 malam mama dia dah tidur, dia nak main pun tak sempat. Tapi kalau ber-chatting, sanggup tidur pukuI 3 pagi, bangun pukuI 5 pagi menghadap PC.

Dia nak aku sayang dia tapi kebanyakan kerja rumah aku dah tolong. Balik kerja bawa anak jalan, mandikan anak, bagi anak makan, tidurkan anak, anak terjaga aku bangun, kain hujung minggu aku basuh jemur. Bila dapat tahu, aku angin. Aku bagi 2 pilihan:

Kalau dia sayangkan keluarga, tinggalkan aktiviti dia tu. Aku suruh dia buang semua gambar – gambar dia yang tak bertudung tu sebab aku yang tanggung d0sa. Tidurkan anak bersama – sama (anak aku dah tak kisah kalau mama dia tak ada, kalau abah dia tak ada dia nangis).

Kalau dia lebihkan kawan, boleh keluar dari rumah aku. Bukan aku tak bagi dia berkawan, tapi aku limitkan setakat internet je. Tak boleh call atau whatsapp, sekali pun. Jadi dia mengaku salah dan minta maaf. Aku pun fikir anak aku, maafkan.

Ok la kejap, lepas sebulan kantoi lagi. Dia dah buat ID baru dan masih contact mamat tu. Tak cukup internet, call, whatsapp. Sekali lagi aku bagi option yang sama. Kali ni dia yang cakap akan buat apa yang aku suruh sebelum ni. Tapi benda ni berlaku lagi minggu lepas.

Aku cek, gambar tak dia buang pun, bertambah ada la… Aku masih sabar je.Mula abaikan famili… Kalau mamat tu call, macam tak bersalah je jawab depan aku. Satu malam tu aku repair kereta sendiri. Repair pun sebab aku kesian kat dia. Kalau dia bawa kereta, dia minyak RM20 sehari.

Aku repair la axia supaya jimat. Aku pergi kerja naik motor je. Sebelum repair, aku seperti biasa tidurkan anak dulu, pukuI 10 baru tidur. Dia menghadap PC. PukuI 10 aku start repair kereta, pukuI 12:30 malam baru siap. Frust aku, segelas air sejuk pun tak ada untuk aku. Sabar lagi.

Esok dapat bil handphone… Tengok dia call mamat tu 3 kali ganda dari dia call aku. Aku tanya dia… Dia tak mengaku. Aku tunjuk bil, dia buat dek je. Sabar lagi. Paling aku tak boleh sabar bila Sabtu malam aku nak make love (dia juga yang goda – goda aku time anak tak tidur), dia suruh aku tidokan anak dulu.

Entah malam tu anak aku susah betul tidur. PukuI 11 lebih baru dia lena. Bini aku duduk dengan laptop dia la. Jadi anak dah tidur, aku minta la. Aku shut down laptop dia. Dia marah aku, cakap tak mahu… Sabar lagi. Aku pergi tengok TV, tunggu dia tak muncul juga.

Nak minta maaf ke, nak bagi tahu kenapa dia tak boleh ke… H4ram. Dah setahun kalau aku minta tak pernah terus dapat. 2, 3 hari time dia nak baru dapat. Aku jenguk bilik, tengok dia buka balik laptop. Aku pun pergi ambil beg, suruh dia kemas kain baju.

Aku dah bagi beg baju, baru dia bagi tahu yang dia on-call takut tengah make love orang panggil. Lor… Buat tu bukannya lama benor. Malam tu juga dia kemas kain baju, esoknya dia bla dari rumah. Malam ni aku tidur la berdua macam biasa dengan anak aku.

Aku pun bukan baik. Chat juga dengan kawan perempuan tapi habis kat ofis la. Tak ada la nak call atau mesej bila balik rumah. Fikir balik rumah ada anak bini… Aku suruh dia keluar bagi dia insaf dan sedar. Kalau dia nak sedar la. Aku bagi peluang sampai minggu depan, kalau tak aku nak pergi pejabat agama.

Dia tak ingat anak.. Pernah masa baby umur 6 bulan dia keluar rumah macam tu je sebab aku kena pergi meeting kat Terengganu. Dia tak bagi plak aku pergi kerja, dia terus keluar rumah macam tu tinggal anak. Aku sayangkan perkahwinan ni dan kesian kat anak aku. Patut ke aku suruh dia balik ke rumah atau biar saja?

Komen Netizen :

Abuun : Kesian kat kau kan.. Pada aku dah banyak sangat kau bagi dia peluang, kalau dia nak berbaik biar dia yang mengalah (memang patut pun dia yang mengalah) dan berjanji takde apa – apa hubungan lagi dengan mana – mana jantan lain. Kau tak perlu risau tentang anak sebab dah memang rapat dengan kau. Jadi kuatkan ego kau sebagai suami, lelaki. Kalau perlu carikan je anak kau mama baru.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.