
Hari tu jugak aku dah tak boleh tahan sangat. Aku print borong perceraian untuk hantar ke Mahkamah. Tapi aku rasa macam bukti tak cukup. Malam tu juga aku siasat semula, rupanya dia ada telefon kedua.
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamulaikum nak cerita sikit, tak tahu laaa ni luahan atau minta pendapat. Aku dapat tahu yang bini aku curang pada 21.01.2025 yang lalu. Memang aku tak sangka langsung dia tergamak buat macam tu. Kisahnya bermula 2 bulan sebelum tu, aku dapat mimpi pelik.
Bermula di situ lah aku dah mula syak. Jadi aku pun mula check telefon bini aku. Tapi tak ada mesej yang mencurigakan. Ada satu hari tu, aku check gallery video dia, ada video dia tunggu dalam kereta di depan rumah seseorang pukuI 1 pagi.
Bini aku memang kerja balik lambat kalau dia shift petang. (Shift petang 1 minggu pukuI 4 – 12 pagi) Tapi bila dah tengok video tu aku dah rasa tak sedap hati. Aku cuba bersangka baik, mungkin dia hantar kawan dia balik rumah, tapi terjadi g4duh besar.
Bukan sebab video tu. Takde kaitan dengan curang, G4duh tu memang betul – betul lama, hampir sebulan. Dalam hampir sebulan tu lah banyak benda yang berlaku. Kereta kami kena Ianggar. Masa ni tengah g4duh, jadi aku tinggikan ego aku, aku buat tak tahu je pasal kereta tu, biar lantak dia urus sendiri.
Dalam masa sama dia minta tolong temankan dia pergi hospitaI untuk checkup anak. Masa ni pun aku tak berbaik lagi. Aku terlampau marah sebabnya aku banyak pendam benda lain yang aku tak boleh cerita kat sini. Perkara kecil jer, tapi bila asyik simpan, lama – lama macam jadi b4rah.
Itu sebab g4duh kali ni memang besar dan lama. Aku hanya silent treatment je. Nafkah dia pun aku simpan dan tangguh dulu supaya dia minta maaf dengan aku. Tapi benda tu tak terjadi. Dalam masa ni lah aku dapat semula mimpi pelik tu kali kedua dan ketiga sampai lah sebulan lepas tu, bapa saud4ra bini aku tumpang rumah sebab baru balik dari kampung.
Dari Kelantan nak balik ke Johor, rumah kami dekat Pahang. Diorang dapat tangkap yang kami ni berg4duh dan tak bercakap. Mak mertua aku pun pecah rahsia dekat diorang. Mak mertua duduk sekali dengan kami, jadi dia tahu yang kami ni tengah berg4duh.
Diorang nasihatkan supaya berbaik semula, menggunakan mak mertua aku sebagai orang tengah. Aku pun rasa bersalah dan aku pun bagi semula nafkah pada bini aku. Tambahan waktu tu nak cuti sekolah seminggu waktu tu. Aku kena balik kampung untuk urusan kahwin adik aku.
Jadi aku perIukan kereta untuk balik dengan anak dan tinggal di kampung selama seminggu. Dalam tempoh seminggu tu lah kami macam dah berbaik semula, mood dia pun macam dah ok sebab aku yang jaga anak sendiri. Masa ni dia duduk di rumah adik dia, rumah yang kami tinggal sekarang sebab bini aku tak berapa baik dengan family aku.
Habis je cuti sekolah, aku pun balik ke rumah macam biasa, kami berdua pun dah mula rapat kembali. Tapi lepas beberapa hari tu, bini aku minta keluar waktu malam. Katanya nak pergi lepak ngeteh dengan kawan perempuan dia. Aku pun izinkan.
Sebelum keluar tu dia ada tanya, “Raya tahun ni nak tema w4rna apa?”Aku senyap, tapi jadi g4duh. Dia siap tengking cakap “Baik aku tanya jantan lain!”. Ayat tu betul – betul pedih. Malam itu juga aku dah rasa tak sedap hati bila teringat mimpi sebelum ni.
Dia pun balik lewat jugak malam tu. Dekat pukuI 1 pagi. Aku tunggu je dia balik. Dia masuk bilik, aku ajak bersama tapi dia betul – betul dingin malam tu. Aku rasa beng4ng jadi tak boleh tidur. Tiba – tiba aku rasa nak check telefon dia. Jadi aku tunggu dia tidur dan curi – curi ambil telefon dan check di tandas.
Nahhh..Rupanya dia bukan pergi mengeteh, tapi pergi karaoke berduaan dengan lelaki lain. Malam tu aku rasa tersangat down. Banyak lagi video dan gambar yang aku jumpa dalam telefon dia. Video dia berdua dengan lelaki tu dalam kereta kami, siap berkaraoke.
Serius memang sedih giIa. Kereta tu memang kereta kami. Tapi tergamak betul dia buat benda tu. Gambar diorang berdua berdating. Dah macam pasangan bujang. Aku pun hantar semua gambar dan video ke telefon aku untuk bukti. Malam tu memang aku tak boleh tidur.
Pagi tu aku berlakon macam takde apa yang terjadi, tapi aku tak boleh tahan sangat, aku perli – perli dia. Masa tu dia dah mula syak yang dia dah kantoi. Hari tu jugak aku dah tak boleh tahan sangat. Aku print borang perceraian untuk hantar ke Mahkamah.
Tapi video dan gambar tu rasa macam tak cukup. Aku mula siasat kawan – kawan dia. Aku tanya pendapat mak mertua aku, dia tak boleh nak jawab, tapi dia nasihat selesai cara baik. Aku pun setuju. Malam tu juga aku siasat semula, rupanya dia ada telefon kedua untuk berhubung dengan lelaki tu.
Yang lagi bertambah sedih, dia simpan no lelaki tu dengan nama “Abiy”. Ya Allah, memang terk3jut besar. Tapi telefon tu berkunci, aku tak boleh buka sebab tak tahu no pin. Jadi aku buat keputusan untuk bawa ke tempat kerja pada keesokannya.
Dalam pada aku tengah bawa waktu motor untuk pergi ke kerja pada pagi tu. Dia berjaya kejar dan pintas aku, tahan aku tepi jalan. Dia minta semula telefon kedua yang aku curi tu, masa tu lah terjadi perg4duhan besar. Aku ugvt untuk bercerai dengan dia.
Aku mengalah, pulang semula telefon dia dan pergi kerja semula. Tetapi nasib baik aku berjaya dapat no lelaki tu dan berjaya siasat apa yang dah berlaku. Balik kerja, aku macam dah tekad untuk bawa ke mahkamah, tapi sebelum tu, aku tanya dia dari hati ke hati, apa yang dah berlaku.
Dia kata sebab aku abaikan dia. Ya, memang aku abaikan dia, tapi aku abaikan dia waktu kami berg4duh je. Sebenarnya, dia yang lagi banyak abaikan aku. Aku duduk di rumah adik ipar aku macam dalam penjara, duduk di bilik sorang – sorang, sambil bini layan mak dia.
Kadang – kadang pukuI 12 pagi baru masuk bilik kalau waktu tak kerja. Aku tak berapa suka sangat layan TV sebab tu aku banyak duduk dalam bilik. Aku ada tanya dia, ada sampai atas katil tak?. Dia kata tak sampai tahap tu. Aku percaya sebab bini aku memang tak suka benda gitu. Tapi Allah sahaja lah yang tahu, terjadi ke tak.
Lepas berbincang tu, aku mengalah, anggap kami berdua bersalah. Aku abaikan dia, dan dia bersalah sebab curang. Tapi satu perkara yang aku perasan, dia tak pernah minta maaf. Jadi aku desak dia untuk minta maaf, tapi terjadi g4duh dan makan hati.
Dia duduk di bilik lain sambil menangis. Aku pun tak tahu lah nak buat apa. Aku tanya dia kenapa menangis, tapi dia senyap. Aku minta maaf pun dia buat tak tahu. Hari demi hari, aku dah tak tahan, asyik berg4duh je, aku buat keputusan untuk beri dia tempoh sampai raya ni, betulkah dia dah taw4r hati.
Aku desak dan tanya dia, betul ke nak terus kekal dalam perkahwinan ni. Aku nak buktikan yang bukan aku yang abaikan dia tapi sebab g4duh dan kurang berkomunikasi. Tak tahu lah mana silapnya, bila tanya sikit mesti berg4duh. Mesti ada yang makan hati. Mesti dia kata aku nak siasat lagi.
Betul, aku memang susah nak lupakan apa yang dia buat, aku maafkan dia, tapi tulah, boleh kata setiap hari aku akan teringat apa yang dah dilakukan. Ni dah bulan 2, hampir sebulan dah berlalu. Betul – betul Iuka di hati aku. Aku ajak bersama, tapi sampai sekarang dia tak bagi. Alasannya sebab dia tak nak.
Macam – macam cara dah aku buat untuk pujuk balik hati dia. Aku p4ksa dia untuk solat sekali bersama semula, makan sekali semula, keluar sekali semula tapi tetap juga kesudahannya berg4duh. Mesti aku akan ungkit yang dia curang. Sampai ke tahap aku nak hantar je borang penceraian tu senyap – senyap.
Masalah ni macam takde penyelesaian, tetap berulang. Aku macam susah dah nak percayakan dia. Boleh ke perhubungan kami bermula semula? Ada je waktu baik, contohnya macam dia belanja makan, berborak dengan dia sampai subuh. Tapi tulah, bila duduk sorang – sorang dalam bilik, mesti akan teringat semula perkara lepas.
Nak je aku lepaskan dia, tapi bila fikir, kesian sangat kat anak. Anak pula baru umur satu tahun. Tapi kalau aku bertahan, sampai bila?? Anak tu dah pasti aku tak dapat hak, habis kuat dapat nafikan hak nafkah iddah. Aku pun perlu lunaskan batin aku. Masuk bulan ni dah 6 bulan aku tak dapat.
Perlu ke aku lepaskan dia hanya kerana sebab kehendak batin aku?? Tapi aku akan kehilangan anak lelaki yang aku sayang tu. Aku dah alami macam – macam dalam tempoh alam perkahwinan hampir nak masuk 5 tahun. Tapi perbuatan dia ni yang sekali ni lah paling aku tak boleh terima.
Aku pun bukannya berduit sangat untuk kahwin semula dalam tempoh yang singkat, kalau aku nak kahwin semula pun mungkin aku kena tunggu dua tahun untuk stabilkan semula kewangan aku. Tapi kalau aku teruskan perkahwinan ni, boleh ke tahan dari segi mental?
Sekarang ni pun aku kerja pun tak tenang, bila memikirkan masalah ni. Nak tunggu sampai raya dalam 1 bulan lebih lagi. Tapi penantian tu rasa macam 1 tahun perasaanya. Kalau aku pilih untuk bertahan, aku boleh rasakan yang kami sudah tidak bermesra dah seperti dulu seperti sebelum dia curang.
Kalau bercakap, berborak pun macam tunggul kayu rasa, tak ada perasaan. Aku tanya sepatah, dia jawab sepatah. Aku je yang banyak tanya. Duduk je di rumah sekali, tapi macam tak ada isteri. Kosong.. Aku rindu sangat waktu kami tiada masalah dulu, bergurau senda, duit tak berapa ada, kereta pun tak ada, tapi kami berdua happy.
Kalau g4duh pun, solat mesti bersama. Mesti tak jadi nak g4duh lama – lama sebab kena civm sesama kami. Tapi itu duluuu… Sekarang nak ajak solat sekali mesti kena g4duh dulu.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.