Ayah tinggalkan kami sebab kahwin baru. Sekarang ayah dah OKU, banyak peny4kit, dia m4ki saya sebab tak ambil berat

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Ayah buat group whatsapp masukkan semua keluarga dan suami saya. Setiap hari ayah fitnah dan carutkan saya dah macam zikir. Mak suruh saya minta maaf dekat ayah. Dulu ayah tinggalkan saya, kenapa saya yang kena minta maaf??

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua, harap yang baik – baik saja.. Saya perIukan nasihat dan semangat daripada kalian. Sekarang saya terlalu down dan perkara ini sangat – sangat mengganggu reputasi saya di tempat kerja. Saya cuba ceritakan satu persatu tetapi cerita ini panjang, tentang kehidupan saya dari kecil.

Semuanya bermula semasa saya sekolah rendah, darjah 4. Ayah saya kantoi berkahwin lain dengan perempuan dari seberang. Masa tu memang mak saya menangis h4ncur seh4ncurnya. Terus ayah saya berubah, tidak balik ke rumah kami.

Sebulan boleh kira berapa kali sahaja dia balik, itu pun hanya berapa jam dan balik hanya untuk g4duh dengan mak saya sahaja tentang duit. Waktu ni kami masih menyewa, mak saya ambil upah jahit, mengasuh budak dan jual kuih. Rumah sewa, segala bil dan nafkah makan minum ditanggung mak saya.

Ayah saya ada juga bagi duit tapi tidak banyak, hanya lepas untuk beberapa hari sahaja. Secara keseluruhan, memang nafkah tu hanya 10% sahaja. Saya ada seorang abang dan seorang kakak, saya bongsu. Mak saya bertahan dengan kehidupan seperti ini selama 11 tahun.

Saya yang menyaksikan segala yang berlaku di rumah itu, abang dan kakak saya belajar jauh dan tiada di rumah selalu. Saya pula belajar sehingga diploma dan saya ulang – alik rumah sahaja sebab masih dalam daerah yang sama. Baik kita balik semula ke 11 tahun tu, selama tempoh itu, saya sangat – sangat kurang kasih sayang dan perhatian daripada seorang ayah.

Saya diajar untuk dewasa sebelum usia. Saya ke sekolah pun tumpang kawan saya, ayah dia yang hantar kami. Ayah saya tak hantar, sebab masih lena dalam peIukan isteri keduanya. Dia sendiri pun tak tahu saya ke sekolah dengan siapa, jam berapa saya keluar. Memang dia jarang sangat balik ke rumah kami.

Saya membesar tanpa dia. Dan saya ni langsung dia tak pandang. Cuma isteri keduanya sahaja yang dia sayang. Kalau dia balik rumah, dia berg4duh dengan mak saya. Dia akan menjerit – jerit, mem4ki, mencarut, baling barang pada mak saya. Mak saya diam.

Saya pula akan duduk di dalam bilik ketakutan. Abang dan kakak tiada di rumah. Itulah yang saya telan selama 11 tahun, bukan tempoh yang sekejap. Dia pernah sump4h mak saya m4ti diIanggar lori. Waktu ni saya hanya mampu menangis. Saya tak boleh lupakan semua perg4duhan tu.

Carutan dia semua masih segar dalam otak dan hati saya. Dan saya tak boleh lupakan mak saya akan menangis setiap kali dia berdoa selepas solat. Akhirnya selepas 11 tahun, usia saya 20 tahun, saya bekerja. Mak saya dapat buat sebiji rumah hasil daripada usaha keras dia.

Waktu ni mak saya tuntut fasakh untuk penceraian. Dan dalam berapa bulan sahaja urusan penceraian mereka selesai. Waktu ni, saya pergi ke ayah saya. Saya nangis semahu – mahunya. Ayah saya tanya kenapa saya nangis, saya tidak jawab.

Dan saya hanya menangis, menangis dan menangis lagi. Lepas cerai, saya ikut mak saya. Ayah saya tinggal dengan isteri keduanya dan waktu ni dia dah ada dua orang anak. Saya teruskan kehidupan saya duduk dengan mak saya, saya kumpul duit beli kereta jenama Malaysia. Adik beradik saya semua duduk dengan mak saya.

Rupanya waktu ni baru saya perasan, abang saya yang berganti watak ayah saya. Baran, semua orang kena tunduk dengan dia. Saya pernah lari rumah sebab berg4duh. Saya rasa sangat mental, cepat – cepat saya cari boyfriend dan saya kahwin cepat – cepat sebab saya nak keluar dari rumah tu.

Lepas dua hari saya kahwin, kami terus pindah duduk rumah sewa lain. Alhamdulillah sekarang saya ada keluarga kecil, kerjaya dan seorang anak yang comel. Tapiii… lepas sahaja ayah saya tahu saya sekarang bekerja bagus, sem4kin menc4bar ujian saya.

Sekarang ni saya difitnah macam – macam dengan ayah saya sendiri. Dia buat group WhatsApp, dia masukkan mak saya, ipar duai, adik beradik dan suami saya. Dia kutuk saya, nak sebut nama saya dalam tu. Dia fitnah saya. Sedangkan saya tak buat apa – apa pada dia. Baru beberapa hari lepas saya datang melawat dia, dia buat group tu.

By the way, ayah saya sekarang diuji dengan s4kit. S4kit jantung, k3ncing manis hingga p0tong kaki, s4kit buah pinggang dan macam – macam lagi. Sekarang dah ada kad OKU dan penerima zakat. Saya macam whattt? Apa ni? Dia kata saya tak nak ambil tahu pasal dia.

Hmmm.. padahal seminggu sekali saya datang ziarah dia walaupun terp4ksa. Bila jumpa pun dia akan kata yang dia cuma sayang dua orang anak dia dengan isteri keduanya sahaja. Hanya itu sahaja yang jadi zikir mulutnya. Tipulah saya tak sedih. Saya buat – buat tak dengar bila dia cakap macam tu.

Bab duit belanja, saya transfer setiap bulan, bil elektrik saya kongsi dengan adik beradik yang lain. Saya memang akan bagi dia duit senyap – senyap je, saya tak nak dia tahu yang saya bagi dia duit. Sekarang dia dah tahu, dia kata dia jijik dengan duit yang saya dah laburkan.

Allah.. penat saya bekerja mencari rezeki.. macam tu je dia kata pada saya.. langsung tak ada berlapik. Baik kita balik ke group WhatsApp tu. Tiba – tiba dia kata saya tak nak ambil tahu. Dia m4ki berjela – jela dan carut saya. Berhari – hari dia mencarutkan saya.

Daripada s4kit terus sihat bila m4ki carut. Sedangkan saya tak buat apa – apa pun. Nasib baik suami saya bidas pert4hankan saya. Apa la nasib.. Masa dia w4rded pun saya jaga dia di hospitaI, memang tak banyak hari saya jaga dia. Dia pun ada isteri yang boleh jaga.

Saya ni ada anak kecil dan ada tanggungjawab lain, takkan nak duduk kat sisi dia 24/7. Dia pun ada isteri yang boleh jaga, tapi tetap fitnah mengata saya pada semua orang, macam saya tak tahu. Sepatutnya dia perlu bertaubat, banyakkan solat dan zikir. Tapi masih ego, tidak mahu solat. Mulut mengumpat anak sendiri dengan orang luar.

Yang membuatkan saya kecewa, mak saya dan abang saya sokong apa yang dik4takan ayah saya. Mereka “betulkan” benda tu. Mereka suruh saya mengalah dan minta maaf. Kenapa? Kenapa saya kena minta maaf sedangkan saya tak buat apa – apa?

Kenapa bila saya dah besar, dah kerja, dah jadi mak, baru ayah saya nak cari perhatian saya sedangkan saya ni anak yang dia buang dari kecil? Bila saya dah besar, dia kata saya jadi s3tan. Allah.. h1nanya saya di mata dia. Tak boleh ke saya nak bersuara? Kenapa kalau saya bersuara saya dicop kurang ajar?

Macam ni lah bila jadi anak bongsu. Mindset mereka, bongsu tak boleh meIawan, kena ikut saja semua. Tolonglah. Tahun ni saya masuk 26 tahun dah. Saya bukan budak kecil lagi. Kenapa saya tak ada hak untuk bersuara? Takut ke masing – masing?

M4kin lama m4kin menjadi, yang tua langsung tak nak mengaku kesalahan. Saya ni memang dah terIuka dari kecil, h4ncur hati. Sekarang ni saya dah ada haluan saya sendiri. Saya selalu menangis pada suami, kenapa ujian saya macam ni?

Sepatutnya saya dapat sokongan keluarga, tapi langsung tak ada.. Syukur dalam hal – hal sulit macam ni, suami dan kakak saya sentiasa ada di sisi, menenangkan saya.. Saya selalu mengadu pada Allah lepas solat.. tabahkan hati saya.. tunjukkan kebenaran-Mu.. Dan moga saya tabah, kuat dan cekal.. – Bunga matahari (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

FaisFaezah Umar : Left group puan, buat sekadarnya aje. kalau nak bagi duit, bagi sekadar mampu. Kalau nak visit, visit selama puan boleh tahan dan pastikan puan dalam keadaan mental yang tenang bukan tengah str3ss. Jaga diri sendiri dan mental puan.

Biarkan ayah dengan andaian dia, tuduhan dia. Tak perlu balas apa – apa buat tambah d0sa dan s4kit hati. Banyak lagi urusan kita nak settle selain melayan hal orang – orang yang macam ni. Jaga diri sendiri, keluarga kecil kita, mental kita. Bahagiakan diri dan keluarga kecil kte. Bukan putuskan silaturrahim tapi berpada – pada.

Anie Alja : Dah tahu bila sentuh API, diri terbakar. Kenapa berkali – kali rela dibakar, lagi dan lagi. Whatapps famili membakar diri sendiri dan somi, kenapa masih duduk dalam tu? Kadang – kadang kita ni, suka duduk dalam LUMPUR dan meng4duh… move urself, is it that hard? Esp when you have ur own family?

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.