Aku tinggi suara, marah dekat suami sebab dia tipu, kahwin dua. Dia kata aku nusyuz, suruh civm kaki dia. Aku civm kaki suami tiga kali

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami suruh aku civm tapak kaki dia. Aku pun tak tahulah macam mana aku boleh macam b0doh lagaknya, aku terus civm tapak kaki dia. Bukan sekali tau, tiga kali. Dia cakap dengan aku, itu syurga di tapak kaki dia. Tiba – tiba aku tersedar..

#Foto sekadar hiasan / AI. Sanggup ke korang civm tapak kaki husben korang macam aku??? Hari ini aku rasakan aku telah meletakkan maruah diri aku di telapak kaki suami aku. Sebenarnya aku and husben dah banyak kali jugalah bert3ngkar pasal dia kahwin lagi satu tanpa pengetahuan aku. S4kit hati, tertipu dan macam – macam lagi perasaan aku ni.

Aku suruh dia buat pilihan, dia tak nak. Dia kata pilihan dia ialah dua – dua, aku dan 2nd wife dia. Biasalah dalam pert3ngkaran, mestilah ada naik suara dan sebagainya. Jadi, aku pun meninggikan suara kat dia. Itu yang dia kata aku nusyuz. Dia suruh aku civm tapak kaki dia.

Aku pun tak tahulah macam mana aku boleh bertindak spontan, macam b0doh lagaknya aku terus civm tapak kaki dia. Bukan sekali tau, tiga kali. Dia cakap dengan aku, itu syurga di tapak kaki dia. Pastu baru aku tersedar. Kadang – kadang perempuan ni boleh jadi b0doh disebabkan terlampau sayang.

Aku hantar mesej kat perempuan tu. Aku tak m4ki hamun pun. Aku tulis elok – elok ajer. Aku ucapkan tahniah pada dia sebab dapat memecahbeIahkan rumahtangga aku dan suami aku, tu je. Kalau kena dengan perempuan lain, kena m4ki hamun, aku tak tahulah apa tindakan laki aku kat aku.

Aku memang percaya habis kat laki aku. Memang aku tak sangka dia boleh berbini satu lagi. Memang tak tercapai dek akal aku nak mempercayainya. Tapi sungguh aku tak sangka. Yang paling aku terguris sebab dia tipu aku. Dah lah dia gatal memadukan aku, ni aku tinggikan suara kat dia sikit, dia kata aku nusyuz. Sedih betul aku.

Laki aku ni, aku tak boleh cakap kuat sikit dengan dia. Dia kata aku menengking dia. Bila aku cakap lemah lembut, dia marah aku pula. Dia kata aku buat – buat. Tak tahulah, setiap solat mesti aku nangis mohon Allah beri aku petunjuk. Aku sedih betul dia buat aku cam tu.

Dahlah masa dia marah, dia nak buang laptop aku. Nak hempas telefon bimbit aku. Tapi aku berjaya menahannya. Dahlah semua tu aku yang beli sendiri. Memanglah aku b0doh sebab aku sayang sangat kat husben aku. Entahlah. Aku berdoa agar Allah beri aku petunjuk. Apakah ini jodoh terbaik untuk aku.

Aku kahwin dah 10 tahun, sebelum aku dapat tahu dia ada isteri lain. Aku memang tak pernah berg4duh dengan dia. Hidup kami aman damai. Dia marah sangat dengan aku bila aku mesej 2nd wife tu. Aku bagi tahu perempuan tu, dia adalah penyebab dan pencetus masalah dalam rumah tangga aku.

As usual, 2nd wife mengadu dengan laki aku. Apa lagi, ng4muk giIer lah dia. Pastu aku pun tak baik jugalah, aku key in nama perempuan tu dalam telefon bimbit aku sebagai BJ. Betina Jalang. Punyalah laki aku hangin dengan aku. Aku sayang sangat kat perkahwinan aku ni.

Bukan aku takutkan title J tu. Tapi aku kesiankan anak – anak aku yang masih kecil lagi. Yang belum mengerti apa – apa tentang kehidupan. Aku rasa kalau aku seorang, aku boleh harungi hidup ini tanpa husben, aku kesian nak tengok anak – anak aku membesar tanpa ayah.

Sebelum tembelangnya pecah, husben aku ni jarang marah – marah. Dan merupakan ayah yang penyayang. Dia sayang sangat kat anak – anak. Tapi bila tembelangnya pecah, barulah aku nampak hanginnya. Sampai aku tak kenal siapa laki aku ni.

Sepanjang hidup dan mengenali dia, belum pernah dia marah – marah aku dan naik tangan kat aku. Itulah sebab aku tak percaya bila aku dapat tahu dia ada bini lain. Selepas per4ng dunia beberapa kali, aku dapati memanglah dia teramat sayangkan madu aku.

Dalam apa hal, dia akan backing madu aku giIer – giIer. Aku ni lembik. Aku ni tak independent. Itu yang payah sikit. Aku memang mengharapkan laki aku. Aku pernah cerita kat kawan aku pasal masalah ni. Dia tanya aku satu soalan ajer. Aku sanggup tak berpisah dengan laki aku.

Tapi bila aku jawab tak, dia kata memang payahlah. Aku memang atas semua urusan selalunya berg4ntung pada dia. Tolonglah bagi aku tips atau idea nak bina kekuatan diri. Itulah sebabnya aku jadi b0dos sangat. Ini adalah cerita benar. Nighthvnter, jangan bias sangat. Aku tak bikin cerita…

Komen Netizen :

Cik Puteh : Suami jenis apa ni. Patutnya, pujuklah isteri tu, dah lah dia tu kahwin senyap – senyap. Siap suruh civm tapak kaki bagai. Apa kes..?? Boleh tahu tak apa motif dia suruh awak civm tapak kaki. Adakah supaya dia maafkan awak yang kononnya nusyuz tu?

Citra : Kalau aku jadi kau. Jangan harap aku akan civm tapak kaki dia yang sudah menduakan aku. Baik aku pergi civm tapak kaki mak ayah yang melahirkan aku. Kasih sayang antara kita dan suami belum tentu kekal ke syurga. Bukan aku nak ajar kau jadi derh4ka.

Tapi setahu aku, kalau suami tu memang berniat baik, dia tak akan suruh kita buat benda macam tu. Banyak lagi cara lain yang dia boleh minta kita buat sebagai bukti kasih kita. Kita dapat mengandung dan melahirkan anak – anak dia pun dah kira suatu peng0rbanan yang besar tau!!!!!

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.