Aku kahwin dekat siam, 4 tahun kami sembunyikan dari keluarga. Suami kata tunggu aku kurus baru dia bawak aku jumpa keluarga dia..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Punca pergolakan rumahtangga kami adalah aku jadi cepat marah dan sebab badan aku besar. Aku sering diugvt untuk kurus dulu baru aku dibawa jumpa keluarga. Lagi, suami kata kalau aku kurus baru dia akan buat kenduri kali kedua. Aku berusaha…

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua, hanya ini tempat yang aku mampu luahkan. Jadikan pengajaran atas kisah keb0dohan aku ini. Seperti tajuk di atas, coretan ini hanya untuk meluahkan isi hati sebenar aku kerana aku tahu tiada siapa mampu aku luahkan hal ini.

2016 aku berkenalan dengan A kemudian kononnya aku percaya Allah telah hadirkan the one untuk aku berg4ntung harap dan kasih. Ye… aku dari br0ken family, punca aku lapar kasih sayang. Perhatian dan kasih sayang yang aku terima dari A buat aku bagai hilang akal.

Akhirnya, 2017 kami buat keputusan untuk berkahwin di seberang setelah berfikir panjang tentang keluarga masing – masing yang pasti menghalang kerana aku masih lagi belajar ketika itu. A pula baru sahaja bekerja setelah tamat belajar. Aku sanggup hadap segalanya kerana terlalu sayangkan A dan ketika ini A juga begitu sayangkan aku mungkin.. Aku takut kehilangan A… A ibarat segalanya untuk aku ketika itu.

Kemudian, m4kin lama hubungan kami m4kin nampak ke arah yang tidak baik. Lebih banyak berg4duh. Hal yang remeh, mungkin bagi aku atau mungkin bagi dia. Tiada kesefahaman. Aku kongsikan ini berdasarkan apa yang aku fikir dan rasa.. punca pergolakan hubungan kami adalah aku jadi cepat marah.. dan aku gemuk.

Ye aku dipinta kurus oleh A sebelum berkahwin sekali lagi, kahwin dengan pengetahuan dan izin dua keluarga. Usaha aku untuk kurus sentiasa diperlekehkan sedangkan sudah ramai yang menegur aku sudah kurus namun tidak di mata A. Aku sering diugvt untuk kurus dahulu baru aku dibawa jumpa keluarga.

Hal ini yang menyebabkan aku berubah jadi pemarah. Aku memendam rasa sudah lama dengan sikapnya yang terlalu obses untuk aku kurus. Sedangkan dulu dia mula menyayangi aku saat aku sudah buruk asalnya. Selama aku usaha kurus, aku juga sabar menunggu dia stabil kewangan. Aku memahami kerana dia juga bukan orang senang.

Setiap kali date hanya menggunakan motor. A katakan akan beli kereta bila dah nak kahwin nanti. Aku sokong kerana aku cuba memahami. Aku bersama A dari dia kerja biasa hingga kerja yang lebih elok. Sedikitpun aku tak merungut. Aku guna konsep susah senang sama – sama.

Nafkah bulan – bulan aku halalkan, tidak dihulur kerana aku fikir A perlu simpan duit untuk majlis kami nanti. Sudah lama aku sedar A berubah hati tapi aku terlalu sayang. Terlalu takut kehilangan maka aku layankan sikap acuh tak acuhnya.

Tapi aku juga manusia.. mungkin punca itu dari aku.. (sampai hari ini aku tak tahu kenapa kau begitu kejam dengan aku. Puas aku tanya tapi tiada jawapan kau berikan..) Wahai pembaca semua, jujur aku katakan. Aku tak pernah hidup tenang sepanjang aku berkahwin diam – diam tanpa pengetahuan keluarga.

Aku rasa bersalah dan berd0sa dengan ibu bapa kami. Aku ingin cepat – cepat akhiri penipuan ini tapi A m4kin tahun m4kin str3ss bila aku ajukan hal nikah kali kedua ini. Meminta aku bersabar dan mohon aku tidak mendesaknya. 2020, lain yang aku atur lain yang Allah susun.

Kerana perg4duhan dan aku yang b0doh menc4barnya.. maka terlepas talak dari mulut A. Takut.. itu perasaan yang aku rasakan bila tersedar dengan apa yang jadi tapi A seolah – olah tidak terkesan dengan apa yang jadi. Seolah dia sudah lama bersedia untuk berpisah dengan aku.

Pujuk dan rayu puas aku lontarkan untuk kembalikan hubungan kami namun dia tetap berkeras meminta aku berhenti dan mencari orang lain kerana hubungan kami sudah tidak boleh diselamatkan. Namun aku tetap tidak mengalah, masih memujuk kerana terlalu sayangkan A hingga A kata aku tidak boleh hidup tanpa dia.

Aku masih memujuk rayu untuk teruskan perkahwinan ini kerana aku rasa tak mungkin mampu mencintai orang lain sehingga satu masa.. dia katakan sesuatu yang buat aku tersedar dari keb0dohan sendiri.. – Nzahra (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalamualaikum semua, aku sambung kembali coretan terdahulu.. kali ini kisah aku boleh dijadikan pengajaran dan bukti bahawa Allah itu Maha Adil dan benar apa yang kita rancang tidak sebaik apa yang Allah rancang. Kata – kata A buat aku terpaku.

Aku tersedar dari mimpi yang lelaki itu benar – benar sudah tidak inginkan aku sehingga dia begitu yakin dia tidak akan bahagia dengan aku. Seolah segala kasih sayang selama ini bagai tiada makna. Hubungan suami isteri yang 4 tahun ini, kasih sayang, usaha dan penungguan aku selama hampir 4 tahun ini dipandang h1na oleh A.

Dengan nada yang begitu meny4kitkan untuk aku dengar.. zapp… terasa datang satu perasaan yang tiba – tiba buat aku kuat untuk lepaskan lelaki ini. Lelaki yang selama ini aku junjung dan sayang sepenuh hati. Yang aku fikir aku akan m4ti tanpanya.. akhirnya aku bebaskan diri aku.

Takdir Allah… saat hati aku kosong dan s4kit dengan apa yang terjadi. Allah masih sayang aku.. Hadir lelaki yang kini suami aku sebagai penyembuh Iuka di hati. Dia tahu segalanya tentang status aku. Namun masih sudi menjadikan aku sebagai isteri dan menyayangi aku seperti permaisuri.

Jujur semuanya berlaku dalam masa singkat menyebabkan aku rasa hidup dalam mimpi. Lama untuk aku sedar yang ini adalah realiti bukan kisah yang ditulis penulis novel. Takdir Allah… A juga berjumpa pasangan baru dan menikahinya selepas 4 bulan aku berkahwin.

Oh ya, aku yang galakkan dia berkahwin supaya masing – masing boleh bahagia. Yelah aku dah kahwin jadi tak salah dia pun ada kehidupan sendiri tapi terk3jut juga sebab masa singkat A mampu berkahwin. Sedangkan dengan aku pelbagai alasan yang dia berikan.

Mungkin dia cantik kurus, dia kerjaya hebat dan mungkin dia juga punya kend3raan oleh itu mudah untuk kau merancang perkahwinan dengannya. Sedangkan dengan aku dulu banyak kurangnya.. gemuk, kerja biasa dan tiada harta, maka layaknya aku menunggu bertahun lamanya ters4kiti…

Aku redha dengan apa yang terjadi, pasti ada hikmah yang Allah dah susunkan untuk aku. Dan aku juga sudah lama maafkan A dan aku fikirkan aku terima segala apa yang terjadi… tapi kini aku kembali gemuk (sebab pregnant dulu), kenangan yang A berikan dulu tr1ggered perasaan aku.

Kini aku rasa takut.. sentiasa menangis diam takut aku akan kehilangan suami aku kini kerana aku gemuk, aku tr4uma dengan apa yang terjadi. Terfikir perkara yang negatif dan melemahkan diri. Kata – kata untuk A, sebaik mana pun kau kini sebagai suami dia tetap kau lelaki paling teruk dalam hidup aku.

Kini hari – hari aku berdoa supaya aku sentiasa maafkan kau atas apa yang terjadi. Aku taknak jadi pend3ndam tapi nak melupakan sama sekali tidak atas pengalaman hidup yang kau bagi. Untuk isteri A, awak baik dan sangat baik. Maafkan saya andai awak baca luahan saya. Saya ingat kita boleh berkawan tapi saya lupa saya manusia biasa.

Rupanya hati saya sentiasa berbolak balik untuk memaafkan A. Mungkin sebab awak jodoh hakikinya, maka Allah jadikan dia lelaki terbaik untuk awak. Pengajaran hidup aku, jangan belakangkan ibubapa walaupun seteruk mana kau diIukakan oleh mereka. Allah baIas cash atas dunia.

Kedua, jangan terlalu sayang pada manusia kerana manusia ini hatinya berbolak balik. Ketiga, Allah dah susun kisah yang lebih baik untuk kita, maka kita perlu sentiasa redha dan bersangka baik dengan perancangan Allah. Itu sahaja dari aku, sekarang ni aku dalam proses nak kurus balik, suami tak kisah gemuk tapi sebab aku sendiri nak, aku dah sedar banyak kebaikan kalau kurus. Doakan aku kuat ye Iawan perasaan negatif ini. Bye – bye. – Nzahra (Bukan nama sebenar)

Sambunga selepas hampir 3 tahun… Assalamualaikum semua, berkenaan apa yang aku kongsikan. Benar, bagi aku hubungan yang dulu tidak diberkati kerana kami menipu ibubapa kami sendiri dan meletakkan kepercayaan pada orang yang baru kenal.

Tapi kerana dulu kami b0doh, umur masih muda jadi kami berfikiran singkat dan melakukan hal yang tidak wajar sebegini. Alhamdulillah sebelum aku kahwin dengan suami aku kini. Allah bagi aku kesed4ran tentang kefahaman status aku maka aku berterus terang dengan abah tentang apa yang aku sembunyikan.

Sebelum ni aku fikir padan muka abah sebab aku jadi begini punca dari penceraian abah dan mama. Tapi saat aku lihat betapa kecewanya abah namun masih sudi menerima kesilapan aku. Aku menyesal dan menangis kerana sanggup menipu abah mama begitu lama.

Jadi semua jangan risau, aku kahwin dengan suami dan abah aku tahu status aku sebenar. Dan A, dia tak jahat tapi aku bukan terbaik untuk dia. Kerana itu Allah pisahkan kami. Dan Allah bagi dia pasangan yang terbaik untuk dia. Dan A bukan terbaik untuk aku sebab itu aku jumpa suami aku kini.

InsyaAllah moga kali ini hubungan ini berkekalan hingga syurgaNya. Dan aku juga sedar, apa yang jadi adalah pilihan aku dulu dan takdir hidup aku. Sebab itu aku maafkan dia. Cuma aku terkilan aku seolah – olah kabur dalam punca kenapa A bersikap begitu pada aku. Biarlah dia, mungkin aku yang punca segalanya.

Kesimpulannya semua ini hanya satu pengajaran dan hikmah dari Allah. Setiap orang ada kisah tersendiri dan ini kisah aku yang aku akan tanam sedalamnya. Terima kasih semua yang memberi komen positif. Kisah aku panjang mana mungkin aku mampu singkatkan dengan sedikit penulisan. Tapi sekadar luahan aku tanpa sesiapa tahu. – Nzahra (Bukan nama sebenar)

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5172 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.