Dekat rumah mertua, kantoi gambar mesra suami dengan bekas isteri dalam HP anak tiri. Aku siasat lagi, aku jumpa gambar tak senonoh..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Gambar seterusnya mereka bergambar rapat – rapat. Suami aku berdiri, bekas isterinya duduk. Suami aku pegang bahu dia sambil bekas isterinya pegang pinggang dia. Apa lagi, berapilah aku. Aku syak dia pergi jumpa bekas isterinya secara senyap – senyap…

#Foto sekadar hiasan / AI. Hai semua. Semalam aku belek telefon bimbit anak tiri aku di kampung. Hari tu ada buat kenduri arw4h sedikit. Tiba – tiba aku ternampak gambar suami aku dengan bekas isterinya. Gambar pertama aku nampak mereka duduk bersebeIahan dalam gambar itu.

Aku taklah terlalu geram tetapi gambar seterusnya mereka bergambar rapat – rapat pula. Suami aku berdiri, bekas isterinya duduk, kemudian suami aku pegang bahu dia sambil bekas isterinya pegang pinggang dia. Apa lagi, berapilah aku. Aku hantar gambar tu ke telefon bimbit aku.

Tarikh gambar tu diambil adalah dua hingga tiga hari sebelum puasa. Aku syak dia pergi jumpa bekas isterinya secara senyap – senyap. Mula – mula aku tanya dia, dia tak mengaku. Kemudian aku tunjukkan gambar tu kepadanya. Dia kata kebetulan sahaja anak – anak suruh ambil gambar. Tetapi aku tak puas hati atas dua sebab…

Kenapa perlu bergambar dengan posisi seperti itu? Tolong horm4ti aku. Kenapa tak beritahu ada atau mahu jumpa bekas isteri? Aku tak menghalang. Sekali lagi, horm4tilah aku sebagai isteri yang baru. Bukannya aku mahu menghalang atau apa. Aku hanya mahukan kejujuran sahaja…

Kemudian, setelah sekian lama, aku dapat mer4mpas telefon bimbit dia. Aku belek dalam mesej, peti masuk dan peti keluar tak ada yang mencurigakan. Sekali aku tengok di bahagian gambar, ada pula gambar kemaIuannya. Masalahnya? Apa keperluannya dia ambil gambar alat sulit sendiri?

Memanglah aku akan rasa curiga. Siap boleh kata sahaja suka – suka ambil gambar itu… Dahulu dia pernah kantoi ada perempuan mengaku pernah hantar gambar Iucah (gambar tak senonoh perempuan entah dari mana). Yang ni pun aku curi dapat maklumat dari e-mel dia.

Aku berjaya dapatkan nombor telefon perempuan itu. Masa tu suami aku tak mengaku ada hantar gambar dekat perempuan tu. Dia kata perempuan tu yang tergedik – gedik. Masa tu hati aku panas tak boleh nak cerita lah… Dah lah sejak dia kantoi, dia terus tukar kata laluan e-mel dia. Ampeh punya jantan.

Kalau bab aku, dia pandai selidik, periksa telefon bimbit, periksa e-mel. Pertama, gambar ‘mesra’ dengan bekas isteri, kedua, gambar anu dia. Memang aku tak boleh nak hadam. Hari tu aku memang marah giIa, langsung tak ada mood nak tunjuk rajin depan mak mertua.

Gasaklah mereka nak kenduri arw4h ke apa. Tetapi masa tu tak dapat nak berg4duh sebab suami aku lari – lari. Aku di rumah mak mertua, takkan nak buat kecoh. Masa nak balik petang itu, yang bestnya. Memang berg4duh dalam kereta. Sampai dekat rumah, dia Iempang aku.

Aku baIas balik, tumbvk rusuk dia. Aku tak sedar yang aku tumbvk tepat – tepat atau mungkin terlalu kuat sampai dia mengerekot dalam kereta sampai keluar air mata. Aku pula jadi cemas. Sampai malam pun dia masih s4kit – s4kit lagi. Masa tu aku rasa macam kesian pula.

Tambahan pula baru – baru ni kereta dia kena curi. MaIang betul nasib dia sejak akhir – akhir ini. Tetapi per4ngai dia memang meny4kitkan hati!!! Malam tu barulah dia minta maaf banyak – banyak dan mengaku gambar kemaIuannya memang dia hantar kepada perempuan siaI yang dia kenal dalam laman sembang.

Aku kenal dia selepas dia bercerai dengan bekas isterinya. Sebenarnya bekas isterinya pun jenis gedik – gedik dan curang juga sebelum mereka bercerai. Entahlah. Kalau cerita pun memang rasa macam tak percaya. Suami aku tu bekas tok kadi dan hakim mahkamah syariah. Dah namanya manusia… Suami aku bekas kadi di Negeri Sembilan.

Entahlah. Masa aku kenal dia pun aku tak sangka dia dulu tok kadi. Alim tetapi tak w4rak. Bab – bab agama ni memanglah dia terror. Selalu orang jadikan dia rujukan. Di kampung dia pun kira terhormatlah. Yalah, orang kampung mana nak tahu per4ngai dia di tempat lain.

Entahlah, aku tak tahu lah. Dah lah suka tengok video tak senonoh . Yang hampehnya. Kawan – kawan dia masa di Jabatan Agama dulu pun, walaupun bergelar ustaz, ehhh tengok juga benda tu. Siap boleh tukar – tukar channel masing – masing, siapa – siapa ada stok baru…

Tetapi yang aku sedih dan kesal tu sebab dia selalu sorok – sorok hal dia di luar pengetahuan aku. Aku tak dibenarkan untuk tengok dalam telefon bimbit dia (mungkin ada sesuatu yang dia mahu sorok). Tu baru kantoi gambar. Yang mesejnya?

Rahsia tersimpan kemas dan rapi. Aku ni bukan per4mpas tetapi dir4mpas. Dulu aku tinggalkan bekas teman lelaki aku yang suka menyusahkan aku untuk bersama dengan lelaki ini. Sekali tengok. Lagi parah per4ngai!!! Tetapi secara keseluruhannya.

Dia masih seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. Cuma. Aku tak suka dia sorok – sorok belakang aku. Tetapi bila fikir – fikir balik, kalau – kalau dia curang dengan aku, rasa macam nak diker4t – ker4t sahaja kemaIuan dia itu. Apa pun, adakah seorang isteri tu tak berhak untuk tahu segalanya tentang suaminya sendiri?

Komen Netizen:

Putri Sahana : Ya Rabbi. Apa nak jadi dengan suami kau ini. Astaghfirullahalazim. Aku faham. Masa ni pun mesti tangan kau terketar – ketar tahan marah. Nak cerita balik mesti kena ingat balik apa yang berlaku kan..? Kesian dekat kau. Aku faham.

Memang padanlah muka dia kau baIas balik dengan penuvmbuk. Ingat sebarang perempuan ke boleh buat sesuka hati dia. Dia cerai dengan bekas isteri dia dahulu sebab benda macam ni juga ke agaknya…? Haduh. Menc4bar keimanan dan kesabaran betul benda macam ini.

Baik kau Iawan sahaja balik. Sampai ke titisan air liur yang terakhir. Kes macam ni tak boleh cakap banyak. Kau kena jadi Miss Gadget. Kena jadi pakar kaji selidik. Kalau setakat tanya memang tak akan mengaku. Kau sendiri pernah alami kan..? L4wan balik untuk hak kau! Buat apa yang sepatutnya. Biar dia tahu yang kau bukan isteri yang boleh dipij4k – pij4k. You go girl!

Nur Cinta : Phewww!. Sungguh mengerikan. Pengajarannya ialah. Berhati – hati kalau nak kahwin dengan duda. Kena buat edisi siasat lebih sikit. Ni spesis lelaki dan perempuan yang tak ada rasa malu. Kot ya pun tak malu pada diri sendiri, malulah sikit pada malaik4t di kiri dan kanan.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.