Laki aku curang dengan kawan sepejabat, bini orang. Maaf cakap, betina tu pulak memang kurang ajar, tangan aku terus melekat..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Selepas 5 tahun dari peristiwa yang pertama, kali ni aku berada di Tanah Suci. Ada orang yang cuba call, whatapps aku bertalu – talu tapi aku tak angkat. Aku terima 1 video screensh0t perbualan chatting suami aku dengan isteri si penghantar. Jam 3 pagi..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Aku tak tahu dekat mana nak mula. Tapi bende ni mungkin dah jadi satu Iuka yang terlalu dalam untuk aku. Suami aku dulu masa kami dalam fasa bertunang pernah curang sekali dengan aku, tapi curang tu dengan perempuan yang dia kenal secara online tapi guna profile muka model tudung.

Masa kantoi tu, aku punya frust sampai nekad putus tunang. Tapi tu la, nak dijadikan cerita mungkin jodoh tu panjang. Aku kahwin juga dengan suami aku ni sebab perempuan tu macam wujud dalam alam maya dia sahaja untuk suka – suka chatting.

Bukanlah pernah berjumpa atau kenal secara face to face. Aku anggap itu ujian orang d4rah manis kononnya. Kemudian lepas perkahwinan aku menginjak usia 5 tahun dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, sekali lagi aku diuji dengan kecurangan suami aku dengan bini orang di tempat kerja dia.

Masa kantoi tu, aku sendiri ada rasa benda tak kena dan aku check hp dia sendiri masa dia tidur waktu malam. Nahhhh pegang je HP, wasap masuk “daddy dah tidur?”. Allahuuu rasa pecah d4da ni tapi time tu aku cuba bertenang dan cuba kumpul bukti sampai tahu siapa perempuan tu.

Aku pergi jumpa perempuan tu dan mintak maaf cakap, perempuan tu kurang ajar dan nahhh melekap pen4mpar sulung aku dekat muka dia. Puas? ntahlahhh time tu fikir anak – anak je jadi selayaknya kau rasa pen4mpar aku ni. Perkara ni memang sampai libatkan semua keluarga, keluarga aku, keluarga mertua dan keluarga perempuan tu.

Family aku / family mertua aku pergi rumah family perempuan tu dan cerita semua kes anak dia dengan suami aku ni, memang keluarga perempuan tu minta maaf dan suruh perempuan tu melutut minta maaf dengan aku. Suami perempuan tu mana?

Takde sebab kerja luar negeri dan aku rasa mungkin jadi rahsia antara mereka je la kes ni. Kalau laki dia tau, ko rasa macam mana kan? Aku tetap dengan nekad aku nk cerai kononnya, puas mak mertua aku pujuk sampai menangis, peIuk aku supaya aku maafkan anak dia. Aku tetap berkeras hati.

Ayah aku pujuk mak aku pujuk. Aku istikharah dan akhirnya perlahan – lahan aku lembut hati untuk bagi peluang lagi dengan syarat suami aku berhenti kerja dari pejabat tu. Semua demi anak – anak yang masih kecil. Sampailahhhh usia perkahwinan kami 10 tahun, alhamdulillah kami bahagia sebab suami aku ni memang baik orangnya. Bertanggungjawab dan sangat ringan tuIang.

Dari awal perkahwinan pon memang dia seorang suami yang baik, solat tak tinggal, urusan anak – anak pon memang mudah dengan bantuan suami. Kerja – kerja rumah juga memang suami banyak uruskan dan itu yang buat aku senang dengan suami dan selalu fikirkan perkara yang baik dia buat untuk aku dan anak – anak.

Tapi tu la, lemahnya dia dengan 1 hal ni je iaitu perempuan yang suka mengadu domba masalah mereka. Tak tau la itu alasan ke apa tapi puncanya semua bila perempuan suka meluah hal rumah tangga kepada lelaki pastu mudah kasihan pastu kau yang tercedok.

Nak dijadikan cerita, aku dan suami dijemput untuk menunaikan umrah. Memang lama aku impikan nak tunaikan umrah berdua dengan suami dan alhamdulillah DIA jemput kami akhirnya. Sepanjang di sana, tak henti – henti aku titipkan doa untuk kebahagian rumah tangga kami berdua, rupanya DIA nak bagitau ujian aku masih belum berakhir. Ya Allah baiknya KAU bagi aku petunjuk di rumahMu.

Selesai menunaikan umrah di Makkah, kami berangkat ke Madinah. Hari kedua ni bumi Madinah yang tenang, ada seseorang yang cuba call whatapps aku bertalu – talu tapi aku tak angkat. Tiba – tiba aku terima 1 video screensh0t perbualan chatting suami aku dengan isteri si penghantar. Allahu, sekali lagi Kau uji aku ya Allah.

Ketika itu, aku sedang berjalan di Masjid Nabawi bersama suami dan keluarga yang lain, rasa goyang dah kaki ni tak mampu nak berdiri dan berjalan bila dapat whatapps tu. Tapi aku gagahi sehingga pulang ke hotel. Ketika menaip ni pun, aku terasa Iuka yang terlalu dalam ni berd4rah kembali. S4kitnya yaAllah.

Aku cuba bertenang kali ini dan hanya berdiam diri. Aku turun jam 3 pagi ke Masjid, mengadu padaNya. Menangis semahu – mahunya sampai teresak – esak, tak tau nk luahkan bagaimana. Rasa berder4i semuanya sekali lagi. Berat sungguh ujianMu pada h4mbaMu ini.

Dan siapa sangka, dalam pada tiada rasa sangsi dengan suami tapi DIA nak juga aku tahu apa yang suami aku buat di belakang aku mungkin semuanya kerana DOA AKU MINTA KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA yang tidak henti – henti sepanjang aku berada di Makkah.

Mungkin DIA nak bagitau, suami yang kau inginkan bahagia bersama itu sebenarnya masih berlaku curang di belakang aku, jadi bagaimana aku nak perkenankan doamu? Allahhhh. KepadaNya aku berserah. Tetapkan hatiku. Jika DIA untukku, dekatkan, Tapi kalau dia bukan lagi untukku, jauhkan lahh dia dariku.

Itulah doa yang aku titipkan di Raudah, aku doa semahu – mahunya di setiap 3 tiang dalam Raudah yang dapat aku laksanakan solat sunat. Tiada daya aku ya Allah sungguh aku h4mbaMu yang lemah. Engkaulah yang maha mengetahui atas segala sesuatu yang engkaulah yang maha berkuasa ke atas sesuatu.

Aku tak tahu aturan apa yang Allah swt berikan untuk aku, balik ke Malaysia dengan tekad untuk ke Pejabat Agama, tapi perkara tu masih tak berlaku. Sehingga ketika ini, cerita di bumi Madinah itu, masih tetap menjadi rahsia kami suami isteri tanpa pengetahuan keluarga kami dan kami masih suami isteri lepas setahun perkara itu berlalu walaupun perit yang aku rasai itu sukar untuk aku lupakan.

Hati aku masih lembut memikirkan kebaikan yang suami aku lakukan kepada aku dan anak – anak. Perempuan yang berhubungan dengan suami aku itu telah mengakui perbuatannya dan meminta maaf pada aku dan puncanya masih sama, meluah perasaan hal rumah tangganya pada suami.

Ya Allah aku letih sungguh letih. Kenapa la suami aku ni mudah membuka ruang dan masih tiada kesed4ran dengan kesilapan yang lalu. Aku sekarang? Kembali hidup seperti keluarga lain dan bahagia dengan cara kami. Membesarkan anak – anak yang ceria dan anak – anak aku sangat rapat dengan ayahnya sebab bagi mereka ayahnya ayah terbaik dalam dunia.

Tetapi jauh di sudut hati aku, aku terbeban dan aku rasa insecure yang teramat. Aku dah tiada kepercayaan pada suami aku dan baru – baru ini kami berg4duh besar hanya kerana aku ada trust issue dengan suami aku dan inilah pert3ngkaran besar yang pertama lepas kejadian setahun lalu.

Ntahlah, aku tak tahu nak buat apa lagi dah. Mungkin sebab berkali – kali aku diuji dengan perkara yang sama sehingga aku berada dalam situasi berper4ng dengan hati dan perasaan aku sendiri. Aku buntu. Apa aku perlu buat untuk pastikan perkara ini tidak berulang lagi? Tolonglah aku, boleh ke aku percaya suami aku lagi? Adakah berpisah jalan yang terbaik tapi lepas setahun? – Bunga Layu (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Adnidail Kitchen : Cam ni sis, kalau pilih nak bersama dengan suami, jangan fikir apa dia buat di luar sebab perkara yang sama akan tetap berulang dengan izin Allah. Jangan cakap punca curang sebab perempuan meluah perasan pada dia, percayalah bahawa dia yang mengayat perempuan tu sebab benda berlaku bukan sekali. Lelaki macam ni, dia nak main – main je atau mungkin nak test market.

Mohamad Amirul : Pengajaran hidup aku belajar. Manusia kalau dia buat sekali, dia akan buat dua kali. Dia buat dua kali, dia akan buat tiga kali dan so on. Setakat ni aku tak dibuktikan salah.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.