
Bapak jenis apa yang tak ambil tahu pasal anak – anak. Anak – anak selalu cakap rindukan papa tapi bekas suami sedang hangat bercinta. Satu hari, saya dapat panggiIan sekolah, anak s4kit..
#Foto sekadar hiasan / AI. Saya sekadar ingin meluahkan. Sebabnya saya memang tak terluah apa yang terbuku di hati. 24 jam sehari, 7 hari seminggu, saya kena kuat. Mungkin nanti kawan – kawan yang senasib boleh beri saya kata – kata semangat, kita sama – sama menyokong satu sama lain.
Ya, ini luahan hati seorang ibu tunggal. Saya ibu tunggal kepada 3 orang anak. Seorang di sekolah menengah, seorang di sekolah rendah dan seorang di tadika. Saya berumur awal 40-an dan berkerja sendiri. Saya masih baru lagi menyandang gelaran ini.
Bekas suami telah ceraikan saya kerana kehadiran insan ketiga dan beliau tak mampu untuk berpoligami, maka beliau memilih perceraian. Takpelah, setakat itu sahaja jodoh kami, siapalah saya untuk mempertikaikan ketentuan Allah. Semasa proses perceraian, bekas suami sedikit pun tidak mempersoalkan tentang hak jagaan anak – anak, beliau terus menyatakan yang anak – anak akan ikut saya.
Mungkin saya bertuah, tidak perlu berebut anak – anak. Tapi jauh di sudut hati saya rasa terkilan kerana beliau tak ada rasa peduli kepada anak – anak. Sepanjang menggalas tugas sebagai ibu tunggal, saya memang terp4ksa redah dan pura – pura kuat. Tambahan pula bekas suami langsung tak memberi nafkah.
Bayangkan lah saya kena mencukupkan makan pakai anak – anak sendirian. Saya berniaga sendiri dan pendapatan tidak menentu. Saya telah berniaga sendiri sejak dari awal perkahwinan lagi. Dan dengan umur yang sudah 40-an, tak mungkin saya ada pilihan untuk makan gaji dan dapat pendapatan tetap.
Jadi saya memang struggle untuk mencukupkan makan pakai anak – anak. Kenapa ya ada kaum bapa yang tidak bertanggungjawab macam ni? Bayangkanlah, para suami di luar sana pun kebanyakannya tak mampu menanggung keluarga secara sendirian dan perIukan isteri turut berkerja dan sama – sama membantu menyara keluarga.
Bayangkan lah kami ibu – ibu tunggal ni yang terp4ksa bekerja sendirian, menanggung anak – anak. Makan, tempat tinggal, pakaian, ubat – ubatan, keperluan sekolah, hiburan dan macam – macam lagi. Alhamdulilah, saya memang jenis tidak berputus asa, rezeki anak – anak sentiasa ada.
Saya memang sedaya upaya memberikan mereka yang terbaik supaya mereka tak rasa apa – apa kekurangan. Tapi ada masanya saya serabut. Ke hulu ke hilir mencari duit untuk besarkan anak – anak. Perit jerih yang terp4ksa saya lalui bukanlah hanya sudut kewangan sahaja.
Sebenarnya lebih kepada “tiada back-up” atau “tiada teammate” dalam menguruskan anak – anak. Sebagai contoh, anak – anak terp4ksa ponteng sekolah jika saya jatuh s4kit atau saya perlu ke luar kawasan atas urusan kerja kerana tiada siapa yang dapat uruskan anak – anak ke sekolah.
Jika ada bapanya, sekurang-nya bapa boleh ambil alih tugas sekiranya saya s4kit. Pernah saya sedang berurusan kerja di luar kawasan, tiba – tiba mendapat panggiIan telefon anak s4kit di sekolah dan saya kena segera pulang ambil anak.
Perjalanan nak ambil anak tu makan masa lebih 2 jam kerana saya ketika itu berurusan di Ipoh (anak – anak sekolah sepanjang hari dan transit di taska). Sepanjang memandu pulang, saya dalam keadaan tergesa – gesa dan hati pun risau. Sekiranya ada pasangan, sekurangnya kita boleh minta ayahnya yang tolong jemputkan anak.
Belum cerita hal anak s4kit kan? Kita lah kena hadap sendirian. Kadang – kadang, kerana padatnya dan terges a- gesa, hal simple seperti nak buang air pun mama terp4ksa tahan sebab tak sempat! Bekas suami? Sedang gembira bercinta. Tinggal jauh dari anak – anak.
Sesen pun tak beri kepada anak – anak walaupun saya berbuih – buih minta wang dari beliau ketika anak – anak mahu mulakan sesi persekolahan baru – baru ini. Tapi semuanya sia – sia, dia dah block saya di whatsapp. Tahukah anda, belanja membesarkan anak – anak ni besar.
Anak yang dah di sekolah menengah, perIukan barang – barang peribadi. Seluar dalam, pakaian dalam, tuala wanita, semua mama terp4ksa cukupkan. Saya tak faham macam mana seorang bapa boleh tutup mata terhadap keperluan anak – anak.
Anak bongsu akan masuk darjah 1 tahun hadapan. Urusan daftar sekolah mama lah kena uruskan. Dan mama jugalah yang kena hadir ke sekolah untuk submit semua dokumen – dokumen sokongan. Sama juga dengan urusan masa cuti sekolah tempoh hari.
Mama lah yang perlu beratur di kedai buku, beratur di kaunter bayar yuran… Mama lah yang beratur di kedai membeli baju sekolah. Semua mama. Dan yang paling teruk sekali antara semua perit perih ini ialah SAYA PENAT. Dan saya hanya lah manusia biasa. Kadang – kadang saya terlepas perasaan pada anak – anak.
Dan apabila saya penat, saya susah nak happy. Muka tak happy saya ni, kadang – kadang tertunjuk dekat anak. Risau saya kalau anak – anak terkesan dengan mama yang sentiasa “takde mood” ni. Otak ni serabut memikirkan nak cukupkan belanja, dan badan juga penat uruskan A-Z.
Teruk sangat saya ni kadang – kadang saya terasa seperti anak – anak menjadi beban pada saya. Saya tahu saya tak patut rasa macam tu. Tapi kadang – kadang saya rasa macam tu sebab saya terlalu letih. Inilah isi hati saya yang tak terluah selama ini.
Kadang – kadang hanya terzahir melalui riak wajah sahaja. Kadang – kadang anak bongsu akan cuba buat lawak – lawak dia sebab nak “mama senyum”. Wahai lelaki, walaupun berakhir sudah jodoh anda dengan bekas isteri, hubungan anda dengan anak – anak adalah kekal. Tanggungjawab menyara anak – anak adalah atas bahu anda.
Lelaki jenis apakah anda sekiranya makan pakai anak – anak pun anda tak tanggung. Sudah la mama kena uruskan anak – anak sendirian, kena menyara semua keperluan anak – anak tanpa bantuan bapa, mama juga perlu merawat emosi anak – anak yang selalu menyebut “rindu papa”.
Saya berdoa anak – anak perempuan saya tidak menerima nasib seperti saya dan saya sedang menyiapkan anak lelaki saya supaya menjadi lelaki yang bertanggungjawab. Doakan, ya. Luahan ini saya tulis sekali lalu sahaja, tanpa baca semula. Maaf sekiranya ada salah ejaan, salah perkataan atau berbelit – belit. Terima kasih sudi baca. – Mama (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Sya Nysya : Assalamualaikum puan, saya pernah menghadapi apa yang puan hadapi. Saya menjadi ibu tunggal di usia 39 tahun, anak 4 orang. Seorang di menengah, 2 sekolah rendah dan 1 tadika ketika itu. Saya bekerja di KL anak – anak urus diri sendiri di rumah 60 km dari tempat kerja saya.
Nafkah hanya sekejap yang lain semua saya tanggung sendiri. Mungkin beza saya ada support group dari adik beradik dan ayah. Saya tak tau bagaimana saya lalui, semua kepenatan dan kesusahan saya dulu telah saya lupakan dengan apa yang Allah beri saya sekarang.
Anak – anak yang baik dan berjaya, menantu – menantu yang menyayangi saya dan cucu yang comel. Bekas suami pun dah jadi arw4h. Lalui lah dugaan Allah ini dengan sabar InsyaAllah akan datang puan lupa sume penat lelah puan. Saya doakan puan akan berjaya membesarkan anak – anak menjadi anak yang berjaya dan sentiasa mengingati ibu mereka.
Rad : Puan mama, minta lah bantuan keluarga suami untuk menasihatkan si papa supaya menafkahi anak sewajarnya; failkan juga di mahkamah syariah (dengan bantuan Biro Guaman) walau prosesnya panjang dan sukar. Saya cuma boleh turut mendoakan supaya si papa dikurniakan hidayah, dibukakan pintu hati untuk ada perasaan belas kasihan pada anak – anak yang seolah – olah diyatimkan. Saya doakan juga semoga puan diberikan rasa keringanan dan kegembiraan dalam meneruskan kehidupan bersama anak – anak insya-Allah aaamiiinnn.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.