
Aku larang suami keluar malam tadi. Dia beng4ng dia bukak fon kuat – kuat, speaker dia pasang kat ruang tamu dengan tv terpasang. Suara fon lagi kuat dari suara tv. Anak nak apa tak dilayan. Dia masuk tidur hempas pintu kuat – kuat 3 4 kali tanda tak puas hati..
#Foto sekadar hiasan / AI. Kadang – kadang terfikir, isteri lain di tempat aku ni sesabar apa ye mereka? 5 tahun usia perkahwinan dah. Suami dari melepak berhari – hari dah bertukar dari melepak 2 – 3 kali seminggu. Tapi hujung minggu mesti akan jadi lepak wajib.
Bila lepak, kadang – kadang kawan ajak ride tempat yang 2 jam lebih dari rumah pun on je. Takda pun nak bagitahu bini ke apa. Alasan dia kalau bagitahu bini, bukan bini bagi pun. Ye, tak dinafikan memang tak bagi lah. 2 jam pergi, 2 jam balik, dengan keluar rumah jam 11 malamnya nak tunggu balik pukuI berapa?
Lepas subuh? Kalau lah kata suami ada otak, waktu pagi – pagi buta ni wajib la si suami ni kena ada kat rumah. Isteri dah mengandung 8 bulan kot. Tapi takpelah malas nak isukan yang tu. Mungkin dalam hati dia memang rasa, ko nak beranak nanti pepandai lah ko.
Dengan anak yang lagi sorang 3 tahun nanti lah kot kena bawak sekali pergi hospitaI. Ceritanya, malam ni tadi pukuI 10 malam tiba – tiba cakap nak keluar. Lepastu aku cakap lah minggu lepas Sabtu pun keluar jugak. Cakap sambil gelak – gelak tau. Bukan marah – marah.
Dia baran dia boleh cakap, bila? Bilanya keluar? Sedangkan minggu lepas memang dia keluar. Tapi dia cuba buat – buat macam yang dia tak pernah keluar. Lepastu dia dah siap dalam pukuI 10.20 macam tu dia salam nak keluar dia macam tak puas hati lah muka aku masam dia nak keluar.
Terus dia tanya, kenapa muka macam ni? Kenapa muka macam ni? Apa masalahnya? Dah tu aku cakap lah, tak kan lah aku nak bersenyum ketawa bila suami nak keluar melepak jam 10 lebih pastu balik nanti tak tahu pukuI berapa. Bila tanya nak balik pukuI berapa, dia kata dia bukan pergi kerja ada timing.
Dia pergi jumpa kawan; baca lepak. Beramai – ramai kawan lepak sembang kosong bodoh semua tu pun kena fikir timing balik pukuI berapa. Aku selalu halang sebab kalau aku tak halang, lama – lama dia akan hanyut macam dulu yang setiap malam nak kena keluar.
Kalau esoknya kerja balik jam 12 lebih ke 1 pagi. Kalau esoknya tak kerja balik jam 3 – 4 pagi. Sebab tu lah aku kadang – kadang bising. Sekarang balik paling lewat pukuI 2 pagi. Ni dah boleh dapat duit kwsp dah ada niat nak beli motor bawak pergi ride malam – malam, dah bajet dah dalam 8k nak beli motor.
Sekarang motor 125z yang dia ada ni tersadai. Tak dapat lah nak ride jauh. Dulu sebelum kahwin takda pulak nak obses nak spend duit ke motor. Ni semata – mata nak nampak hebat di mata kawan sanggup spend duit ke motor. Umur dah 36 tahun ni.
Memang lah ada yang akan fikir kalau sekarang aku halang nanti bila anak – anak dah besar macam mana pulak? Aku tak tahu. Selagi aku boleh halang, banyakkan masa dia kat rumah spend time dengan anak bini aku akan cuba. Tapi tulah lepak Sabtu malam ni memang dia macam dah nak mula tampal kat dahi dia; jangan ganggu aktiviti Sabtu malam aku.
Kalau keluar Sabtu malam tu pun memang str3ss dia akan push balik cepat – cepat sebab nak pergi ke aktiviti lepak dia tu. Ni tadi bila aku dah buat muka masam dia beng4ng dia bukak fon kuat – kuat speaker dia pasang kat ruang tamu dengan tv terpasang. Suara fon lagi kuat dari suara tv. Anak nak apa tak dilayan. Aku tanya pun tak dilayan.
Per4ngai merampus dah start. Bini buat muka masam suami nak keluar lepak, suami tak boleh terima. Ni mulalah tu nanti silent treatment dia, tak nak ambik kisah apa – apa yang berlaku kat rumah. Aku pun tak faham manusia jenis ni. Tak tahulah berapa lama silent treatment dia yang ternyata memang akan buat aku emotionally drained.
Susah ada suami jenis tak nak lekat kat rumah. Waktu malam kalau tak ke rumah mak dia akan ke rumah kawan. Jenis yang memang susah nak duduk rumah sendiri. Bukan jenis yang boleh duduk rumah tengok tv sama – sama dengan anak bini.
Waktu ni berpuasa pun dia nak buat per4ngai. Selalu sebab dia memang nak menangkan kawan – kawan dia lah dari segala apa pun. Kawan lebih berharga dari bini. Kawan susah kawan cari dia, bila dia susah dia cari kawan, tapi aku tengok kawan dia buat dia macam sampah je. Takda pulak kawan dia nak bersusah payah macam dia bersusah payah tu.
Muka dia tadi dah macam nak datang belasah aku dah. Lepastu dah cukup time, dia masuk tidur dia hempas pintu kuat – kuat 3 4 kali tanda tak puas hati. Kuat tau. Sampai aku pun takut lah nak masuk tidur sekali. Aku duduk depan tengok tv, bila dah yakin dia dah tidur baru aku masuk bilik dalam pukuI 3 pagi macam tu.
Aku pun tak tahu la tindakan aku ni betul ke tak? Tindakan bermasam muka tu bila dia nak keluar melepak tu. Tak kan aku nak suka? Bila aku macam cakap aku tak suka dia keluar, dia akan duduk rumah tapi dia buat per4ngai. Mengadap je fon lama – lama dan tak kan cakap dengan aku dan anak.
Anak buat apa semua dia tak nak involve. Kalau aku bagi dia lepak kerja rumah ada lah tolong sikit – sikit, tapi kalau asyik bagi je setiap malam pun dia akan hilang dari rumah nanti. Belum lagi cerita setiap hari raya, waktu malam pukuI 8 malam dah nak keluar melepak sampailah 4 – 5 pagi pun boleh.
Benda ni berlarutan sampailah ke 3 – 4 raya, alasan kawan semua balik. Nak jumpa dan lepak. Tapi yang sebelum – sebelum ni lepak dia tak nak kira tau. Aku? Anak? Waktu raya beIah malam kami takda aktiviti ke? Jiran – jiran lain semua ibu ayah main bunga api depan rumah dengan anak – anak.
Tengok pulak status adik keluar beraya malam raya tu dengan keluarga dia. Aku dengan anak je berdua yang macam tak bersuami dan berayah setiap kali raya waktu malam. Bila waktu malam dia nak melepak kadang – kadang dia marah kalau waktu siang tu aku ajak beraya terlalu lama. Dia akan cakap nak tidur petang malam karang nak keluar. S4kit tak hati?
Seingat aku, campur tahun ni dah kira 4 kali raya waktu malam aku macam takda suami time raya. Sampaikan aku siap pasang niat, nanti anak dah besar – besar aku nak bercuti dengan anak – anak je time raya nanti. Takdalah nak menjeruk rasa kat rumah.
Bila dah balik lambat, esok pagi tu dah tentu lah liat bangun. Bila orang push – push suruh bangun tidur nak ajak pergi beraya mulalah nak start g4duh. Patutnya kalau untuk kawan ko boleh bagi masa, untuk anak bini pun boleh lah bagi masa jugak.
Kejadian ni berlaku semalam, harini pagi seperti yang telah dijangka. Dia bangun tidur siap – siap memang tak bagitahu langsung keluar mana, tiba – tiba terus keluar. Masih lagi hempas pintu kuat – kuat macam nak tercabut 3 – 4 kali. Aku kunci pintu.
Lambat bukak, sempat mulut dia mencarut B4BI, CEL4KA, H4NJING betul. Macam aku menyusahkan lah kunci pintu, dia nak masuk lambat. Mana lah aku tahu dia nak keluar sekejap je. Aku ingat dia keluar lama. Aku kat dapur, bah4yalah kan kalau orang masuk.
Tak tahu lah kalini berapa lama nak g4duh. Aku dah penat. Aku senyap je. Senyap senyap senyap. Minggu ni berderet appoinment dengan doktor, semua ni memang aku lah pergi sendiri. Dia akan bawak, sebab hospitaI tu sejam dari rumah, tapi kalau dia ikut aku tak tahu apa fungsi dia kalau buat muka depan orang macam tak sudi je nak ikut. Belum lagi dengan silent treatment nya.
Ye tahu, aku tulis tiada solution pun. Hanya mengenang nasib je. Mungkin belum sampai lagi limit angkat kaki. Cuma tulah, apa lah aku kena buat ye kalau setiap kali dia ni semua pintu barang pun dia hemp4s. Mentalnyaaaaaa lah aku nak hadap. D
ulu masa kecik bapak aku suka main hemp4s – hemp4s barang kalau meng4muk. Ni dah kahwin tak sangka lah laki pun jenis hemp4s – hemp4s pintu dan barang kuat – kuat. Memang dalam hati rasa nak jerit kuat – kuat. Tapi semalam dia dah jeling aku macam nak t4mpar. Jadi memang aku kena senyap.
Buat pembaca mohon doakan kelahiran anak kalini dapat mudah, baby tak songsang, normal supaya mudah nak jaga lepas bersalin nanti. Anak first ceaser memang azab sangat tak tahu nak cakap. – Puan Malang (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Atiq Azhar : Balik lewat malam, nak tanya suami ni solat subuh tak? Dah lewat macam tu keluar lagi. Siap merentan hemp4s – hemp4s pintu. Anak pun buat tak tahu je. Baran, tak solat, anak sendiri tak peduli. Red flag sangat. Kesian puan dan anak. Sampai bila nak hadap? Puan bangun solat malam.. minta Allah bagi jalan keluar.
Erin Mustafa : Pelik betul lelaki yang kahwin dengan orang yang dibenci ni. Benci betul dengan bini sendiri. Dah dapat anak benci anak pulak. Orang macam ni panjang umur betul ek keluar malam tu takde pulak benda pelik jadi.. selamat je sampai rumah.
Nonie Nuralia : Buat tantrum itu sebenarnya cara suami mengawal dan mengugvt. Kalau kau mengalah dia akan rasa berkuasa tetapi kalau Iawan dengan mengabaikan dia akan rasa lemah dan terancam. Cuba biarkan dia melepak sepanjang masa, hari – hari tanya jam berapa keluar lepak dan s4kit pun hantar melepak.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.