
Adik beradik ada 10 orang, bapa kerja biasa je, ibu pula tak bekerja. Ibu bapa saya suka marah dan tengking anak – anak tak tentu pasal, kesilapan yang kecil pun boleh marah macam nak telan anak. Pantang nampak anak, mesti nak marah..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Terima kasih admin kerana sudi siarkan penulisan ini. Saya bukan nak buat confession tapi saya nak share saja apa kesilapan yang ibu bapa saya buat dalam mendidik anak – anak semasa saya kecil dan kesan buruknya yang kelihatan sekarang.
Saya tulis di sini supaya tiada sesiapa yang mengenali saya, ibu bapa atau adik beradik saya. Tiada sekelumit pun niat mahu memaIukan atau menyalahkan kedua ibu bapa saya atas apa yang mereka lakukan. Zaman dulu bukan macam zaman sekarang, ilmu parenting tu mungkin tiada langsung.
Mereka juga mungkin dibesarkan dengan cara yang lebih teruk lagi. Adik beradik kami hampir 10 orang, bapa hanya bekerja biasa sahaja, ibu pula seumur hidup tidak pernah bekerja makan gaji. Kedua – duanya hanya berpendidikan rendah sahaja.
Kalau ikut kategori sekarang, rasanya taraf B40 atau mungkin rendah lagi. Bila anak berg4duh, respon mereka bukan meleraikan perg4duhan, memujuk atau abaikan saja tetapi dengan ‘nasihat’ yang berbunyi, “padan muka siapa suruh kawan dengan dia”..
Masa anak kecik, ‘nasihat’ tu memang seolah – olah tiada kesan. Selepas beberapa jam, anak – anak akan elok bermain semula macam tiada apa yang berlaku. Tapi kesannya bila dewasa adalah, memang betul – betul mereka tak berkawan. Ada adik beradik kami yang terus mengasingkan diri daripada keluarga kerana kecil hati atas perkara yang remeh – temeh.
Ibu bapa saya juga suka marah dan tengking anak – anak tak tentu pasal, kesilapan yang kecil pun boleh marah macam nak telan anak. Marah anak tertumpah air, marah anak gelak kuat, marah anak duduk saja tak buat apa – apa. Pantang nampak anak, mesti kena marah.
Kadang – kadang dengan pakej bahasa kesat. Mak saya boleh membebel 3 hari 3 malam atas 1 kesalahan yang sama. Kesannya adalah anak – anak jadi tiada keyakinan diri, semua adik beradik saya tidak berani bercakap di hadapan khalayak ramai. Jadi semua pun punya pekerjaan yang biasa – biasa saja..
Saya yang paling terkesan kerana pekerjaan saya memerIukan saya selalu bercakap di khalayak ramai. Di hadapan bosses yang berjawatan penting, saya sangat struggle untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi saya.
Sehingga sekarang, saya rasa keyakinan diri saya masih belum mencapai tahap yang sepatutnya. Kami juga jadi tidak pandai meluahkan perasaan dengan cara yang betul. Majoriti adik beradik saya bermasalah dalam rumah tangga, bercerai berai. Saya pasti salah satu sebabnya adalah masalah komunikasi.
Saya sendiri sangat struggle nak luah perasaan kepada pasangan bila ada masalah. Akhirnya hanya mampu silent treatment dan pendam segala rasa tak puas hati tu. Ibu bapa saya juga suka pukuI dan beIasah anak.. Pantang silap sikit, paling minimum pun mesti kena cubit, kadang – kadang tak pasal – pasal pun kena cubit. Kami tak tau salah apa pun. Kalau kesalahan yang besar lagi la, memang kena beIasah.
Alat beIasahan paling standard adalah ranting jambu. Bayangkan ranting jambu yang baru diambil kat pokok, yang masih liat dan basah tu, boleh h4ncur bila hinggap dekat badam kami. Tali pinggang, h4nger, getah paip dan r0tan buluh pun memang semua pernah merasa.
Perkara ni pun memberi kesan kurang keyakinan diri pada adik beradik kami dan menurun macam peny4kit keturunan. Semua adik beradik saya memang kaki pukuI anak tapi tidaklah kronik macam mak ayah. Mujur saya tersedar awal daripada peny4kit ni.
Kesian juga kat anak – anak masa kecik – kecik walaupun tak seteruk mak ayah saya dulu, setakat cubit dan h4nger tu pernah juga mereka merasa. Saya stop bila anak sulung mula masuk sekolah rendah. Yang bongsu langsung tak pernah merasa.. selamat dia.. haha..
Jadi nasihat saya untuk ibu bapa muda, kawal perasaan dan emosi anda daripada marah atau pukuI anak, benda tu sangat tak bagus. Tak bagus untuk anak dan tak bagus untuk kita. Budak – budak zaman sekarang lagi tak sama macam kita dulu, nak kuatkan semangat mereka, bukan dengan cara macam ni lagi. Banyak cara lain yang lebih elok.
Nama pun budak, beri mereka ruang untuk mereka belajar membetulkan kesilapan mereka sendiri. Ibubapa belajar ilmu parenting.. jangan malu mengaku kita tak pandai. Tak nak anak buat salah, jangan ada anak, bela anak patung sudah. Cikgu – cikgu pun sama, sudah – sudahlah marah dan denda anak orang sebab tak ikut cakap cikgu.
Mereka takkan jadi baik pun dengan marah cikgu tu. Buat penat je, lagi boleh jadi peny4kit nanti. Saya ada kenal 2 orang bekas guru disiplin, kedua – dua guru ni kena k4nser. Ini yang saya kenal ye, mungkin ramai lagi. Belajarlah ilmu psikologi yang asas untuk urus emosi sendiri dan macam mana nak buat anak murid dengar nasihat kita. – lily (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Sherri Hazmi : Aku setuju. Aku selalu cakap, kalau mak ayah kau treat kau badly, kau tak boleh guna ayat defense, sebab mak ayah aku garang aku boleh berjaya. Sebenarnya orang macam ni kalau berjaya pun selalu ada attitude problem.
Cut the cycle. Kalau mak ayah kau besarkan kau macam PATI, macam orang asing, jangan buat macam tu. Anak kau boleh berjaya, tapi anak kau membesar jadi orang yang biadap, ada attitude problem, less of emphatic, takde rasa kesian pada orang lain.
Kalau jadi bos, jadi bos yang jahat pada orang bawahan. Kalau jadi suami, jadi suami yang takde belas kasihan pada anak dan isteri. Again. Aku menentang jenis – jenis hukvman kekasaran dan tiada kompromi.
Nurul Zety : Betullll. Saya dah lama tak marah anak – anak murid. Riso nokkk ada d4rah tinggi.. ni cara saya buat. Cikgu: Kalau ada tambah dan d4rab dalam satu soalan, apa operasi yang perlu buat dulu? Murid: Emang boleh? Kamu nanyak?
Cikgu: kamu bangun. Berdiri depan. Zikir Emang boleh, 500 kali. Kamu nanyak 500 kali. Sampai sekarang tak ada siapa buat gurauan tu ya. Kalau murid suka buat hal, saya ambil gambar terus hantar personal kat penjaga. Eh , tapi ada jer yang cakap.
Bapak saya dan mak saya pun tak kisah, cikgu yang lebih sibuk. Senang jerrr, buka whatsapp call terus , buat loud speaker. Terus tanya, Encik betul ke? Encik tak kisah yang… Tapi sila call AYAH , jangan call MAK.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.