Suami belajar setakat sekolah rendah, tak pandai menulis. Aku penat kena plan semua sebab suami semua benda dia cakap ‘tak tahu’

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami cuma beli susu pampers, beras telur, gula, itu saja. Nafkah aku RM10 pun jangan mimpi. M4kin lama, aku tengok duit suami kain habis. Aku check HP, rupanya main jvdi online, kaki minum dan hisap..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Aku tahu dalam kehidupan rumahtangga ni semestinya ada pasang surut, ada naik turunnya. Begitu juga lah rumahtangga aku. Nama aku Zira, sudah 28 tahun dan sudah mempunyai anak berusia 6 tahun dan baby 8 bulan.. Usia perkahwinan aku dah cecah 7 tahun.

Aku diuji dengan kewangan dan suami. Suami aku ni kenal sejak waktu aku sambung belajar lagi. Aku dah kenal dia 3 tahun sebelum kami berkahwin. Dia bukanlah seorang yang berpelajaran hanyalah setakat sekolah rendah saja. Jadi disebabkan dia anak peneroka felda, dia pun bekerja sebagai pekerja ladang sebelum berkahwin sehingga anak sulung kami berumur 4 tahun.

Kami tak ada kend3raan, duduk menyewa dalam 300 sebulan. Cuma harapkan motor ayah mertua untuk pergi check up anak ke kIinik dan urusan harian. Masa tu baru lepas pkp, jadi aku seorang suri rumah sepenuh masa. Suami aku ni hanya boleh membaca, menulis tu tak pandai, jadi segala urusan berkaitan dokumen aku yang tulis dan uruskan dari A – Z.

Pada peringkat awal aku okay je kalau dia tak pandai. Tapi lama – lama aku minta dia praktis menulis, sebab dia seolah lepas tangan tak nak ambil tau terus kalau aku start tolong dia. Jadi aku yang kena fikir apa jalan penyelesaian, apa akibatnya semua aku yang fikir, bila ditanya jawapan dia sentiasa “tak tahu”.

Dia seorang peminum k3tum yang tegar. Kalau tak capai dos yang dia nak, memang dia akan meng4muk kalau ada sesiapa ganggu dia walaupun anak sekali pun. Dia akan tidur sepanjang hari. Masatu duit harian dapat dalam rm50 – rm100. Tapi yang dia spend untuk keluarga macam susu pampers atau makan dalam rm 30.. selebihnya habis pada benda tu dan r0kok. Kadang – kadang bil rumah api air tertunggak.

Jadi bila dah jadi macam tu aku nekad untuk cari kerja. Aku kerja kantin sekolah menengah sebab anak aku masih kecil, dan itu adalah sementara aku nak kumpul semangat nak cari diri aku. Aku ingatkan bila aku kerja boleh aku buat simpan untuk aku dan anak aku.

Tapi duit dia m4kin tak cukup. Kesudahannya aku yang kena beli barang keperluan rumah. Dia fokus pampers susu. Baju anak pun aku beli, baju raya dia, anak dan diri sendiri semua atas duit upah aku kerja. Nafkah jangankan mimpi, rm10 pun takkan dia bagi.

Di mulut dia, aku yang boros. Walhal alas tidur selimut bantal tempat dia tidur semua atas simpanan upah aku. Aku banyak diam sebab tak nak panjang cerita. Selepas 1 tahun aku bertahan kerja kantin, aku nekad nak berhijrah, suami mestilah tak setuju, tapi aku berkeras demi kelangsungan hidup masa tu.

Kami berg4duh besar sampaikan aku bagi kata putus kat dia sama ada dia nak ikut ataupun tak.. Tapi akhirnya dia ikut, jadi kami berpindah ke Johor bekerja dengan resort, aku sebagai housekeeping dia sebagai mantainance. Bilik disediakan oleh majikan, majikan sangat baik bantu dari segi keperluan, dan sangat memahami keadaan kami anak beranak.

Kami bekerja di situ hampir 6 bulan. Tetapi suami masih tak boleh terima kerja tu, dia buat masalah masuk lambat, berg4duh dengan kawan sekerja dan akhirnya dibuang. Aku terp4ksa akur ikut berhenti kerja tak kan sorang timur sorang selatan.

Jadi aku berhijrah ke ibu negeri Pahang. Walaupun asalnya dia nak balik kampung tapi aku memujuk untu mencuba nasib di bandar pula.. Alhamdulillah sehari selepas pindah dia terus dapat kerja di bengkel kereta. Dan dia setuju sebab dia minat katanya. Aku pun lega. Di sini aku menumpang rumah adik sementara mencari rumah sewa untuk kami beranak.

2 bulan selepas itu aku pula yang ditaw4rkan kerja sebagai kerani di sebuah company yang agak dikenali. Aku bersyukur sebab dalam fikiran aku. Aku boleh menyimpan untuk beli kereta sebagai kegunaan harian. Suami aku buat loan motor semasa baru pindah ke sini, jadi itulah satu – satunya kend3raan kami.

Walaupun hujan dengan anak kecil, kami sekeluarga redah saja. Janji selamat sampai. Selang berapa bulan selepas tu aku jumpa rumah sewa yang murah dan agak selesa untuk kami 3 beranak. Masa tu aku pun tengah mengandung anak kedua.

Mungkin rezeki anak aku. Tapi apa yang menyedihkan aku lepas je kami pindah, dia cuma bagi aku 250 – 300 saja setiap bulan. Itu lah rumah itulah duit ngasuh itulah makan. Selebihnya aku yang tanggung. Motor pun aku kena bayar. aku struggle, all out gaji aku untuk bayar rumah, pengasuh, bil api air dan simpanan untuk beli barang baby.

Dia cuma beli susu pampers, beras telur, gula, itu saja. Dia selalu minta advance duit pada bos dia, tapi advance untuk beli untuk kegunaan diri sendiri. Baru ni aku check handphone, dia main no ekor dan jvdi online. So aku detect semua duit dia pergi mana.

Aku penat fizikal mental. Kalau orang lain buat salah, paling habis pun akan diam tapi bukan dia, dia akan salahkan aku sebab menyusahkan dia dan keluar dari kampung dia. Dia selalu cakap aku yang nak keluar sangat jadi aku kena tanggung semua benda.

Itu ayat yang selalu dia ulang – ulang. Bila aku ajak slowtalk bincang, lastly yang aku dapat cuma cacian m4kian yang tak berkesudahan. Kebanyakan ibu ayah dan adik beradik aku yang datang tolong. Tapi dorang pun tak tahan jugak sebab dia terus lepas tangan bila dorang tolong.

Masa aku berpantang rumah mak aku satu sen pun dia tak hulur untuk duit makan dan keperluan anak – anak.. betul – betul 100% duit gaji aku dan bantuan mak ayah aku.. Bila dia balik dia tidur je, bila aku tegur dia menengking aku ugvt nak balik rumah.

Serabut duduk dengan aku.. sampai sekarang hubungan kami m4kin lama m4kin retak. Dia banyak berkurung dalam bilik lain, main hp, minum k3tum, mer0kok. Depan anak – anak pun dia buat benda – benda tu. Aku sejujurnya penat fizikal mental ya.

Aku dah macam babu dalam rumah. Aku jadi taw4r hati. Aku doakan Allah buka jalan untuk aku.. Aku nak kumpul sikit – sikit untuk beli kereta yang murah sebagai kemudahan aku dalam uruskan anak-anak aku. Dan mungkin sebagai penguat semangat aku ke langkah seterusnya.. terima kasih – Zira (bukan nama sebenar)

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.