Takut nak balik raya rumah mak. Mak akan complain baju raya kami anak beranak. Mak kata baju saya macam baju pengemis, baju sedekah

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Sekarang ni femes fabrik baju yang ironless tu. Tu baju basahan saya. Kata mak, baju tu hodoh berkedut sejuta. Tiga bakul saya kena bebel. Serabai, macam baju pengemis yang pakai baju orang sedekah…

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam guys. Hi guys. Hari Raya hampir tiba, dan kepala saya pun mula resah. Patutnya orang lain Rasa gembira, tak sabar nak balik kampung beraya, lain pulak dengan saya, suami dan anak – anak. Walaupun setahun saya cuma balik tiga kali, tapi rasa penat tu lain macam. Penat nak hadap mulut mak.

Kalau saya berbunyi, ramai la kata nanti mak dah tak ada baru nak nangis. Saya bukan minta mak meninggaI pun, cuma minta ketenangan je, minta faham apa saya lalui. Mak saya ni seorang pesara cikgu. Jadi mak saya sangat strict tentang pakaian.

Bila kami anak beranak balik raya ni, memang banyak la bunyi sampai saya penat, suami penat, dan anak – anak saya pun penat. Anak – anak saya sampai cakap, kenapa nenek tu? Semua baju yang kami pakai tak kena. Tiap tahun pakaian raya kami sekeluarga pasti tak pernah kena di mata mak.

Apa yang saya minat mesti tak kena di mata mak. Baju basahan saya dan keluarga pun kena bebel. Pertama. Bagi mak, orang gemuk tak sesuai pakai w4rna cerah – cerah. Nanti akan nampak lagi besar. Saya pula ok je asalkan menutup aurat.

Suami saya ni agak besar, kalau baju raya w4rna muda – muda, confirm mak bebel tiga bakul, tiga hari, tiga malam. Mak bukan bebel dekat saya je tau, suami dan anak – anak sekali kena direct. Kedua. Bagi mak, orang kulit gelap ni tak boleh pakai w4rna putih atau krim.

Anak – anak saya ni gelap sikit ikut bapaknya. Banyak la mulut mak berbunyi sampai anak – anak saya ni kurang dah keyakinan diri mereka. Sampai anak – anak saya ni suruh saya beli krim pemutih. Memang beri kesan pada anak – anak saya.

Ketiga. Jenis fabrik. Sekarang ni femes fabrik cey yang ironless tu. Tu baju basahan saya la kat kampung. Ye, saya kena bebel sebab baju tu. Kata mak, baju tu hodoh berkedut sejuta. Tiga bakul saya kena bebel. Padahal saya pakai baju tu kat rumah je, bukannya pergi majlis formal bersama Perdana Menteri.

Keempat. Cutting pakaian. Sekarang ni juga femes cutting freesize yang muat M sampai XXL tu kan. Bagi saya, baju macam tu tersangat la jimat ye. Baju tu saya pakai masa berat 40kg sampai la berat saya naik 75kg masa mengandung. Lepas tu saya kurus balik, masih boleh sarung baju tu.

Eh, tapi di mata mak saya, baju baggy freesize tu macam baju pengemis yang pakai baju orang sedekah. Serabai kata mak. Aduh la mak, bukannya pakai pergi majlis bersama kedutaan Jepun pun. Pendapat aku, selagi bukan event formal, pakai la apa yang suka asalkan menutup aurat.

Saya tak pernah ajar anak – anak yang gemuk kena pakai w4rna gelap je, yang kulit gelap kena pakai w4rna sekian – sekian. Belum masuk tentang corak halus, corak besar, lace atau sulam. Dah sepuluh tahun saya tahan je. Cuma tersangat la penat setiap kali balik kampung.

Anak  -anak saya yang dah besar ni sampai tak nak balik kampung, mereka rela tumpang rumah jiran kami. Saya pun tak boleh salahkan anak – anak sebab saya pun hampir tak nak balik juga sebenarnya. Sepanjang sepuluh tahun saya pernah luah sekali je, tu pun saya kena cop tak bersyukur mak masih hidup.

Aduhai, padahal saya cuma penat je nak hadap mulut mak. Pernah tak jumpa orang yang kuat bebel sampai tiga bakul, sampai tiga hari tiga malam non-stop untuk SATU ISU? Penat tau. Pagi, tengah hari, petang sampai malam mak bebel pasal baju satu tu.

Breakfast, lunch, dinner pun kena hadap. Faham tak penat tu macam mana? Macam @str0 yang ulang – ulang cerita sama. Tu je la luahan saya sebagai seorang anak yang penat. – Anak (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Sherri Hazmi : Dah takde isu lain nak marah, marah pasal baju. Takpe TT. Walaupun orang tak setuju dengan ko, tapi aku paham masalah sebegini. Setiap kali dia membebel, kau tinggal je dia. Kalau kat dapur, terus pergi depan. Kalau kat depan, terus pergi dapur.

Pak mertua aku sepesen membebel macam ni. Tah hapa – hapa cerita 30 tahun sudah pun masih nak bebel, sampai cucu tak nak balik dah. Mak kau pun ada personaliti disorder ni. There must be something yang tr1ggered dia pasal isu pakaian. Maybe dia ada tr4uma lampau yang tak terungkap. Cuba kau psiko dia sikit. Mesti lepas tu terbukak ceritanya.

Zainab Zinnirah Abdullah : Faham. Saya pun pelik dengan orang yang kalau kita ngadu pasal orang tua kita ni tak habis modal dia nanti mak dah takde baru nak nyesal. Masalahnya mak bapak yang baik – baik, selalu pergi dulu, mak bapak yang gini pulak umur dia panjang. Ni based on my observation jela banyak dah macam tu. Saya pun tak suka orang jenis suka nak complain, kalau ikut saya, kok suka mung la nak macam mana pun takpe.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5171 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.