
6 bulan saya tanggung suami yang tak kerja, dengan beban hutang belajar, hutang kad kredit. Bila dah dapat kerja, dia bersekedudukan dengan janda. Dia tak tahu yang saya letak gps dalam keretanya jadi saya tau ke mana saja dia pergi. Suami dah berani tunjal..
#Foto sekadar hiasan / AI. Dari awal perkahwinan lagi dah dimulakan dengan penipuan. Suami atau saya kenalkan sebagai Mat menipu mempunyai title Dr (phd) dan bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti awam. Semua penipuan terbongkar selepas berkahwin.
Mat rupanya gagal dalam phdnya dan terp4ksa bayar balik tajaan kepada kerajaan sebanyak RM220k dan juga diberhentikan kerja kerana masalah disiplin. Mat juga mempunyai hutang peribadi dan kad kredit sebanyak RM202k. Mat sekarang hanyalah bekerja sambilan sebagai jurugambar.
Usia perkahwinan baru sebulan, saya sudah mendapat call dari seorang janda yang mengatakan dia kekasih Mat. Saya kenalkan janda tersebut sebagai Minah. Minah juga bekerja sebagai pensyarah di universiti awam. Saya terangkan ke Minah bahawa saya isteri Mat dan saya harap hubungan mereka putus masa tu.
6 bulan awal perkahwinan Mat banyak pinjam duit saya untuk bagi kepada orang tuanya dan bayar hutangnya sehingga mencecah RM28k. Selepas 6 bulan Mat sudah dapat kerja sebagai pensyarah juga di sebuah akademi di Kuala Lumpur. Di situlah bermulanya titik hitam dalam hidup saya.
Mat menghubungi Minah semula, malah hubungan mereka sem4kin teruk apabila sudah berani bersekedudukan. Minah selalu mengeluarkan surat rasmi kepada Rektor Mat untuk membawa Mat keluar atas urusan kerja. Minah juga membawa Mat sampai ke Indonesia berdua bersama.
Sedangkan Akademi Mat tidak terlibat dalam event di Indonesia tu. Mereka pergi Indonesia berdua sahaja. Hati isteri mana yang tak sedih bila suami sendiri tidur dengan perempuan lain. Sejak dari hari tu, Mat sudah mula keluar awal pagi dan balik lewat malam.
Kadang – kadang langsung tak balik rumah 2-3 hari. Bila balik terus rasa penat dan tidur. Mat tak tahu yang saya letak gps dalam keretanya jadi saya tau ke mana saja dia pergi. Mat sudah mula berani menunjal – nunjal kepala saya, menolak saya menggunakan badannya sehingga saya jatuh.
Dia selalu mengatakan saya tak guna, tak mampu bagi macam mana Minah bagi. Sedangkan dari awal perkahwinan saya banyak berk0rban untuknya. Semua tu dia tak nampak. Saya di brainwash seperti semuanya salah saya dan saya isteri tak berguna.
Dan akhirnya saya di sahkan anxiety oleh hospitaI. Terp4ksa makan ubat str3ss dan ubat tidur jika perlu. Sekarang Mat dah keluar dari rumah dan bawa baju – baju dia tinggal di rumah Minah. Banyak kali saya cuba untuk tangkap basah mereka tetapi gagal. Alasan JAIS kerana mereka tak nak bagi kerjasama.
Tak ada orang akan bagi kerjasama semasa tengah buat maksi4t. Hal ni membuatkan anxiety saya sem4kin teruk. Selepas gagal untuk tangkapan JAIS Mat sem4kin berani malah persendakan saya kerana gagal menangkapnya. Perkahwinan saya yang baru masuk setahun.
Sedih kedua ibubapa saya bila anaknya dizaIimi sebegini. Saya kahwin dengan Mat semasa Mat berada di titik terendah dalam hidupnya. Tetapi apabila sudah kembali bekerja saya dibuang begitu sahaja. Saya diminta untuk berhenti kerja dan akhirnya dibuang macam tu sahaja.
Sekarang saya ditinggalkan g4ntung tak bertali tanpa sesen nafkah. Mengharapkan episod duka saya berakhir dengan cepat dan mudah. Semoga Allah tunjukkan kebenarannya. – Hani (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Aniswahbah Shukri : Hani, saya sangat bersimpati dan saya faham apa yang hani lalui. Mental hani sekarang tengah lemah. Hani perlu segera jumpa psy. Hani stuck sebab hani tak dapat gunakan akal dengan baik. Kerana sudah di manipulate oleh mat.
Hani tidak berada dlm keadaan normal. Tapi hani, keced3raan mental awak tidak sangat teruk. tidak perlu masa yang lama untuk sembuh. Wire tak putus banyak lagi tu. Kalau mental hani okay nanti, hani pastu semudah abc meninggaIkan mat.
Hani tak perlu berusaha tangkap mat. Hanis cuma perlu selamatkan diri hani. Hani, saya dimanipulasi bekas suami selama 6 tahun.. saya faham bila kita stuck. Hani tak perlu tunggu “ macam mana nak keluar..” hani boleh keluar sendiri.. cuma hani kena sihat sepenuhnya..
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.