
Suami berubah lepas kantoi tu. Saya ada bagitau suami. Kalau bayar gaji bibik pun jauh lebih banyak daripada apa yang suami bagi. 10 sen pun saya berkira. Saya akan suruh suami jaga anak – anak sebab saya nak pergi spa, facial..
#Foto sekadar hiasan / AI. Part 1 >> Sepanjang kahwin, suami tak bagi nafkah, tak buat kerja rumah, tak jaga anak-anak. Rupanya ada skandal dekat pejabat, isteri orang, tengah mengandung. Selepas kantoi suami beroffice wife dengan MM, suami admit dia buat salah danminta maaf.
Suami cakap dia takkan rapat lagi dengan MM. Saya pun tak pasti sejauh mana kejujuran suami. Macam mana nak control suami di ofis kan? Tapi saya perasan suami dah jarang dengan fon bila kat rumah. Kalau team keluar makan ramai – ramai, MM duduk jauh sikit dari suami.
Kalau sebelum ni, setiap kali keluar makan beramai – ramai mesti MM yang akan duduk sebeIah atau berhadapan dengan suami. Kalau keluar berdua tu tak tau la macam mana. Tak lama lepas tu MM pun tak lagi kerja kat situ lepas department diorang diletakkan under management baru.
Tapi after some time saya ada dengar – dengar tempat kerja baru suami cari staff. Suami ada tanya – tanya siapa yang berminat boleh hantar resume. Salah sorang officemate lama tu tanya. Kalau MM nak apply job tu boleh ke? Aikkk.. Pulak dahhh.
Tapi so far MM masih kekal kerja di tempat yang sama, bukan in the same office dengan suami. Tak tau la dia apply ke tak. Hmmmmm… Suami berubah lepas kantoi tu. Memang saya terus terang tentang dia tak jalankan tanggungjawab sebagai suami.
Dia mula bagi monthly allowance. Walaupun ciput tapi sekurangnya suami ada commit something. Tapi sebab marah tak habis lagi, saya ada bagitau suami. Kalau bayar gaji bibik pun jauh lebih banyak daripada apa yang suami bagi. Rasa macam tak patut juga cakap macam tu. Tapi susah nak control marah.
From that moment, saya akan buat list semua perbelanjaan anak – anak dan claim setiap hujung bulan. 10 sen pun saya kira. Hahaha. No more pakai duit sendiri. Even allowance yang suami bagi pun saya simpan untuk diri sendiri. Makanan dan barang dapur memang saya minta suami setelkan semua.
Kalau saya penat uruskan anak – anak, saya akan order je makanan. Tak nak lagi bersusah payah masak sebab nak jimat. Sekali sekala saya akan minta suami bayarkan part time cleaner untuk bersihkan rumah. Nampak macam jahat kan.
Nampak macam nak baIas d3ndam atas apa yang suami culas sebelum ni. Tapi saya fikir biar la dia tau and ambil balik tanggungjawab yang saya galas sebelum ni. Jangan tau seronok, pergi ofis balik ofis je. Barang sekolah anak pun saya minta dia sendiri yang pergi setelkan.
Biar dia tau banyak mana saya habiskan duit sebelum ni untuk anak – anak. Kadang – kadang terdetik juga rasa kesian kat suami. Tapi bila teringat balik apa yang suami buat sebelum ni, saya tutup mata je. Saya bukan jenis yang boros berbelanja.
Jadi allowance yang saya dapat tu walaupun sikit tapi jarang – jarang saya pakai. Saya kumpul dan mula beli barang – barang yang saya suka. Bila ada free time saya mula pergi spa and facial balik untuk me time kononnya. Biar suami yang handle anak – anak sekejap. Allowance tu memang saya spent semua untuk diri sendiri.
Bila kita kesian dan tolong suami dulu, dia senang – senang buat hal dengan perempuan lain kan. So no mercy dah lepas ni. Ada orang yang salahkan isteri bila jadi macam ni. Tu la kau baik sangat kat suami. Tu la kau baik tak bertempat. Tu suami buat macam tu sebab dia senang sangat. Biasa dengar orang cakap macam tu kan.
Isteri buat baik pulak disalahkan. Sepatutnya suami tu yang kena lebih – lebih lagi hargai isteri bila isteri mudahkan urusan suami. Patut suami baIas lebih lagi dengan kebaikan. Ini tidak. Semacam jadi satu kesalahan bila isteri tolong suami. Macam isteri tu pula buka jalan as ticket suami untuk berskandal di luar.
Bila isteri terutamanya suri rumah ni selalu minta duit dari suami, dik4tanya pulak boros. Tak tau jaga harta suami. Jadi point pulak untuk suami bercerita mengadu dengan office wife. Tolong suami salah, tak tolong pun salah. Semacam apa pun yang isteri buat, akan jadi alasan suami ni berskandal.
Tapi saya tau bukan semua suami macam ni. Ada je suami yang betul – betul baik jalankan tanggungjawab dan sayangkan family. Ramai je suami yang betul – betul hormat isteri. Isteri orang pun apa kurangnya. Sama je. Bertepuk sebeIah tangan takkan berbunyi.
Macam MM, dia memang ada maid di rumah. Mungkin banyak sangat masa lapang yang terluang, tu yang balik dari ofis pun masih berchatting dengan suami saya. Tambah pula tengah pregnant. Mesti banyak berehat kan. Saya bukan nak kata saya ni isteri yang terpaling baik, apalagi isteri yang sempurna. Tapi takde la sampai layan lelaki lain.
Dulu masa saya bekerja tak pernah ada budaya office husband wife ni. Kami memang berhati – hati di ofis. Bertuah saya dapat kerja dalam environment yang bersih macam tu. Kalau nampak ada bibit – bibit negative tu, kita akan tegur secara baik.
Ini tidak, ada pulak yang mengusik menggalakkan lagi dengan anggapan cuma nak bergurau. Masing – masing mak dan bapak orang pulak tu. Sepatutnya jangan la normalisasikan benda – benda macam ni. Ntah laaa. Kebetulan selepas tu tiba – tiba saya dapat beberapa taw4ran kerja dari client – client lama. Macam tau – tau je.
Client – client tu memang ada yang cuba rapat dengan saya. Masa ni la saya tunjuk dan cakap kat suami, saya pun boleh buat apa yang suami buat kalau saya nak. Takde niat pun nak buat macam tu tapi biar la, dengan harapan suami sedar diri.
Tapi suami memang tak izinkan saya kerja dah. Saya ok je uruskan rumah dan anak – anak as long as suami jalankan tanggungjawab dan tak curang belakang saya. Untuk pengetahuan semua, saya memang tiada sebarang hutang atau commitment.
Semua saya dah setelkan sebelum berhenti kerja. Itu yang saya berani berhenti kerja dan plan nak mulakan business. Saya pun ada fund sendiri. Cuma plan terhenti bila saya pregnant. Gaji saya dulu pun ok juga. Jadi memang saya betul – betul independent dan tak pernah pun minta duit dari suami.
In fact saya yang top up mana – mana yang kurang. Tak pernah berkira pun sebab dah namanya hidup bersama dan saya memang percaya suami. Rumah dan kereta suami memang dia yang bayar. Tu yang bila dah berhenti kerja tu saya rasa janggal nak minta suami duit belanja, further tak nak susahkan suami.
Pada saya apa salahnya saya tolong suami sementara nak cari income sendiri. Tapi lain pulak jadinya. So lepas kejadian tu saya memang minta je everything dari suami. Lagi pun suami yang tak izinkan saya kerja.. Mungkin ada yang setuju dengan saya, mungkin ada yang kecam.
Masing – masing ada pendapat sendiri. Masing – masing ada cara untuk handle masalah sendiri. Ujian setiap orang berbeza. Orang yang melaluinya je boleh faham apa yang saya rasa. Saya pun mungkin ada salah and silap di mana – mana.
So far Alhamdulillah suami tunaikan nafkah saya dan anak – anak. Saya hanya doa yang baik – baik dan buat yang terbaik untuk family. Kita usaha then tawakal. Tapi jujur cakap rasa curiga tu masih ada. Takut benda yang sama berulang. Dah tak percaya sepenuhnya dengan suami. Normal ke tu?? – Mysara (Bukan nama sebenar)
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.