Mak mertua halau saya dari rumah, saya peIuk dia untuk minta maaf. Raya baru ni, saya pergi rumah mertua tapi tak dibenarkan masuk..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Kami menumpang di rumah mertua tapi suami saya bayar sewa. Kereta pun suami bayar tolak gaji. Masa mak mertua halau kami, dia ambik rumah, dia ambik kereta suami. Suami saya OKU, saya pes4kit kronik..

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam admin, mohon hidekan profil saya… Saya ingin meluahkan rasa di hati. Saya dah berkahwin tapi belum mempunyai cahaya mata. Walaupun saya dan suami belum dikurniakan zuriat, kami tiada masalah rumahtangga.

Cuma banyak perkara saya pendam dan mendiamkan diri. Kami berkahwin dah hampir 3 tahun. Keluarga suami dari keluarga yang berada. Saya dari keluarga yang biasa – biasa. Suami ada kereta dan bekerja dengan keluarganya dari umurnya 18 tahun.

Kereta atas nama bapa mertua sebab nak letak namanya tak lepas. Sebelum kami berkahwin, suami tak ambil gaji, tolak duit kereta katanya. Saya pun tak tahu cara suami saya dengan family-nya. Selepas berkahwin, gaji suami hanya dibayar 800 sebulan sebab katanya tolak rumah sewa yang kami duduk.

Jadi saya tak kisah la… Saya ok je… Sebab tolak sewa rumah sewakan. Suami saya ada masalah pendengaran, sebab tu bekerja dengan keluarganya. Saya pes4kit kr0nik. Dari kecik memang ulang alik hospitaI setiap bulan. Permulaan saya kahwin, 1 bulan sekali check up hospitaI.

Lama kelamaan, kesihatan saya merosot. Jadi 2 minggu sekali kena pergi hospitaI. Saya bekerja sendiri. Bila saya tak sihat, saya memang akan duduk rumah.. cuti. Bila mak mertua saya tahu saya tak bekerja, dia berborak dengan pekerja dia, akan cakap duduk rumah terkangkang. Sedangkan mertua tahu saya tak sihat ketika tu.

Padahal sebelum saya kahwin, saya dah beritahu keadaan saya kat suami dan mertua. Perbualan mak mertua dan pekerjanya didengari oleh kakak saya sendiri, bukan saya. Tapi dia tak sampai hati nak sampaikan kat saya. Yang sampaikan kat saya pekerja saya.

Selepas saya tahu, saya diam, pendam, tak cakap apa – apa. Walaupun hati sedih… Boleh pulak dia cakap macam tu. Keluarga mertua saya tak memahami keadaan saya langsung. Suka cakap ikut sedap mulut. Pernah sekali suami teman saya pergi hospitaI jumpa doktor pakar.

Keluarga suami saya pertikaikan waktu suami teman saya. Sedangkan suami saya kerja dengan mertua saya, tak ada cuti. Time antar saya pergi hospitaI pun lepas balik terus kena masuk kerja. Dah la saya jumpa doktor, doktor bagitahu keadaan kesihatan saya m4kin merosot.

Kakak saya bekerja dengan saya. Bila dia terdengar mak mertua saya bising – bising tentang hospitaI saya. Dia pun berbunyi tapi mak mertua saya tak terima. Saya pun cakap baik – baik dengan mak mertua saya. Kan mak tahu saya memang perIukan rawatan 2 minggu sekali. Kenapa pertikaikan…

Mak mertua saya terus marah – marah dan tak terima. Sedangkan saya minta maaf. Saya cakap maaf saya menyusahkan anak mak. Dia marah – marah, cakap semua bagitahu kat kakak saya. Sedangkan saya tak bagitahu, kakak terdengar sendiri.

Bukan atas pemberitahuan saya. Mak mertua marah – marah saya. Cakap saya tak hormat dia. Dia terus cakap “kau boleh keluar dari keluarga ni”. Saya sedih waktu tu. Saya dakap mak mertua saya, minta maaf, sedangkan saya tahu saya tak silap.

Mak mertua saya menolak saya. Suami saya peIuk saya dari belakang dan menolak ke depan untuk dakapkan ke maknya untuk niat nak mendamaikan nya. Tapi semua tak menjadi… Atas katanya, tiada noktah untuk saya. Saya dibuang dari keluarganya.

Saya tak putuskan silaturrahim. Saya diam beberapa hari. Tiba – tiba saya dikeluarkan dari group family suami. Saya di-block oleh mertua. Kakak dia tahu… Dia pun update status “tak semua memahami keadaan kita dik, bertabahlah adikku dengan dugaanmu… tak semua orang pandai jaga lisan”.

Kakak hanya update begitu… Tapi dianggap masuk campur hal saya. Salahkah seorang kakak mempertahankan hak adiknya. Walaupun saya dah dibuang dari group family suami, suami masih bekerja dengan maknya. Sebelum suami berhenti kerja dengan maknya, family suami dah ambil semua kemudahan yang diberi.

Contohnya diambil semula kereta dan rumah. Kalau ambil rumah saya fahamla sebab dah tak bekerja kan. memang hak dorang nak ambil tapi kereta, bulan – bulan suami saya bayar pakai gajinya dari bujang sampai la habis bayar. Dorang ambil… Saya kesian kat suami.

Alhamdulillah sekarang suami dah dapat kerja lain. Ada 1 biji motor cash saya belikan pakai duit saya, dia bayar sikit – sikit kat saya. Dah habis bayar dah. Dapat la dia 1 harta atas nama dia sendiri hasil titik peluh dia. Walaupun kami belum ada kereta sendiri., saya tengah usaha nak kumpul duit dengan suami sikit – sikit nak keluar kereta.

Sekarang saya menetap dengan ayah saya dan suami sebab ayah saya duduk sendiri. Hari raya saya cuba balik rumah mertua, saya tak dibenarkan masuk. Raya ke-5, raya saya datang lagi… Pun sama… Saya tak dibenarkan masuk. Saya cuba sedaya upaya untuk menjernihkan keadaan ni. Sampai la sekarang saya dengan mak mertua masih tak bertegur sapa. Saya terserempak pun mereka buat tak nampak. Kadang – kadang siap tarik muka… Apakah patut saya buat???

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.