
Mak saya dapat tahu ayah saya curang dekat dia dengan kawan sekolah dia. Diorang jumpa balik waktu reunion dan perasaan waktu muda kembali berputik katanya. Ayah salahkan nenek dan berd3ndam selama 46 tahun…
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam, saya sekadar nak luahkan perasaan. Sekitar tahun 2019, mak saya dapat tahu ayah saya curang dekat dia dengan kawan sekolah dia. Diorang jumpa balik waktu reunion dan perasaan waktu muda – muda kembali berputik katanya.
Mula – mula ayah bagitau yang diorang tu kawan je, lepas tu adik saya nampak Whatsapp chat diorang waktu dia tengah main telefon ayah saya so dia bagitau mak saya. Mak saya sedih and keluarga kitorang berubah lepas tu. Lepas tu, bila kovit, ayah cuba berbaik balik dengan mak.
Dia minta maaf, luangkan lebih banyak masa dengan mak tapi jujur saya cakap saya rasa benda yang dia buat tu tak cukup untuk mak saya maafkan. Saya simpan je dulu apa yang saya rasa ni sebab clearly mak masih sayangkan ayah, jadi saya fikir biarlah diorang betulkan hubungan diorang sebab saya anak je, apa yang saya boleh buat?
Lepas PKP yang kedua diangkat, ayah mula rajin balik ke kampung. Ayah kata dia rindu nak makan makanan kat kampung dia and so on. Kadang – kadang kami sekeluarga pergi sekali tapi sebab ayah pergi setiap hujung minggu, bukan semua orang boleh ikut sebab kami adik beradik masing – masing dah mula sambung belajar ke universiti.
Kadang – kadang mak ikut, tapi selalunya dia pun tak boleh pergi sebab dia kena kerja on the weekend. Mungkin itu silap kami sebab biar dia pergi tanpa ada orang ikut. Raya tahun seterusnya, kami balik kampung ayah dulu. Mak pun tak kisah sebab lama tak beraya kat kampung dia.
Tapi petang raya pertama tu, ayah kata ayah nak pergi ke pekan nak beli makanan. Mak saya kata nak ikut dan minta dia tunggu sebab nak pakai tudung. Tapi ayah laju je naik kereta tinggalkan mak. Bila mak dah siap pakai tudung, mak nampak kereta kami laju tinggalkan halaman rumah nenek.
Mak saya terduduk dekat tangga depan rumah tu dan air mata mak pun jatuh. Itu bukan pertama kali saya nampak mak saya menangis tapi jujur saya cakap saya rasa sedih sangat bila mak kena layan macam tu dengan ayah. Suami dia sendiri. Bukan orang lain.
Malam tu, adik saya curi – curi ambik telefon ayah dan bagitahu saya yang ayah buat plan nak jumpa perempuan tu. Dia tunjuk saya Whatsapp conversation ayah dengan perempuan tu. Saya kecik hati, marah, benci, kecewa, semua lah tapi saya paling sedih sebab apa kurangnya mak saya sampai dia sanggup buat mak saya macam ni?
Sebenarnya, nenek saya dapat tahu apa jadik dan tegur la anak lelakinya tu. Tapi ayah saya salahkan nenek saya pulak sebab katanya ni salah nenek sebab tak restukan hubungan diorang dulu. Dia cuba ceritakan kat saya yang apa dia lalui tu “sangat perit” dan katanya, “ayah berd3ndam dengan nenek selamat 46 tahun sebab benda ni”
Maknanya ayah tak pernah cintakan mak saya la? Memang mak saya ni rumah singgah je untuk dia? Rasa jijik saya dekat ayah meluap – luap sampai saya rasa saya tak boleh tengok muka dia pun. Setiap hari saya balik rumah, saya terus masuk bilik sebab saya rasa macam saya physically tak boleh berada berdekatan dengan dia.
Kalau tak, rasa macam tangan ni nak hinggap je kat leher dia tu. Saya ada tanya mak nak cerai tak dengan ayah, kalau mak nak, saya akan sokong mak saya sebaik yang boleh dari segala segi. Mak saya kata kalau boleh, mak saya nak tunggu kami adik beradik semua dapat lesen kereta.
Tapi sekarang ni semua dah dapat, tapi mak masih lagi tak nak cerai. Katanya kesian ayah tinggal sorang. Habis tu, mak? Mak tak kesian ke kat diri mak? Hari tu, ayah masuk hospitaI dalam 2 minggu. Setiap hari, saya yang terp4ksa jaga ayah sebab saya tak bekerja lagi.
Balik dari hospitaI tu, ayah bagitau yang kawan – kawan dia nak datang melawat. Saya pun okay saja la, tapi diorang sampai immediately after kitorang jejakkan kaki kat rumah. Rumah dengan huru – haranya, saya yang tak sempat nak kemas lagi wheelchair ayah lepas tu nak kena cepat – cepat buat air pulak.
Bila ditanya ni kawan dari mana, katanya semua kawan dari sekolah menengah dulu. Dan perempuan yang ayah masih sukakan tu di kalangan mereka. Saya tak tau macam mana nak luahkan rasa ni tapi bila mak saya balik, saya terus bagitau mak yang “perempuan tu” datang melawat.
Mak saya mintak tengok rupa perempuan (ayah ada mintak tangkap gambar orang – orang yang melawat supaya boleh letak dalam group Whatsapp sekolah) dan jujur saya cakap, mak saya lagi lawa dari perempuan tu. Muka mak kelat bila dia dapat tau, tapi dia tak cakap apa – apa.
Raya ni, mak saya kata “belajarlah maafkan ayah tu.” Makcik – makcik (adik – adik ayah) pun kata benda yang sama sebab apa – apa dia masih lagi ayah saya. Kenapa semua orang senang sangat nak lepaskan benda ni? Sampai saya rasa macam saya yang overreacting sebab tak boleh maafkan dia. Benda ni benda remeh ke bagi diorang semua? – Myra (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Zawani Mohd Zabidi : First love yang berlalu tak sepatutnya jadi alasan nak h4ncurkan keluarga sendiri. Dah tua pon masih tak sedar diri. Cukup baik anak – anak masih anggap pakcik ni ayah diorang, sanggup jaga dekat hospitaI lagi . Padahal terang – terang dah tahu per4ngai pakcik. Orang tua kalau dah angau, lagi teruk dari orang muda. Bezanya, yang muda tu belum ada tanggungjawab, yang tua ni sepatutnya lebih tahu jaga maruah sendiri.
Salina Gunawi : Masa reunion sekolah rendah saya ada juga kes kawan perempuan saya yang dah bercerai jadi second wife kawan sekolah menengah dia tapi tak lama sebab ended bercerai juga. Jangan risau Myra doakan yang baik – baik saja sebab bukan semua perempuan tu baik. Ada tu dah macam trade mark suka kacau suami orang. Kalau ayah you baik mesti dia boleh fikir siapa yang lebih baik buat diri dia. Ada je yang saja nak test market!
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.