Saya dan biras menumpang rumah mertua. Tapi biras menantu kesayangan. Mertua selalu bawak anak biras saya beli makanan, mainan

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Hari Sabtu lepas, mak mertua ajak biras dan anak – anak dia keluar berjalan, beli mainan. Saya dan anak – anak disuruh jaga rumah, tengok kain dekat ampaian takut hujan. Saya dah tak tahan burnout. Saya hempas barang – barang dalam rumah…

#Foto sekadar hiasan / AI. Hello, nak meluah sikit ya. Baca sahaja, nak bagi pendapat pun boleh. Terima kasih admin luluskan. Saya ini isteri bekerja, duduk dengan mertua. Suami kadang – kadang pergi kerja luar 5 – 6 hari baru balik. Dalam rumah itu ada ipar duai dengan biras sekali.

Mak mertua, ayah mertua, adik ipar, abang ipar setakat ini okey, membantu walaupun kadang – kadang ada benda yang tak adil perlakuan mak mertua terhadap kami yang ada anak. Cerita saya ini berkaitan dengan si biras. Perempuan yang sama menumpang di rumah mertua.

Ceritanya macam ini, saya menantu baru dalam keluarga itu dan biras itu menantu yang sudah lama lah, macam itu. Saya ini asalnya sejak lahir memang introvert tapi lepas masuk dalam keluarga mertua, saya cuba bawa diri saya dengan baik sampai saya lupa yang saya tak jadi diri sendiri.

Mertua, mak mertua, ayah mertua, ipar perempuan ya semua okey sahaja, cuma abang ipar lah saya jarang bercakap dengan dia sebab tiada benda nak dicakap, kedua jaga jarak kita lah kan. Kecuali si biras itu. Dulu saya cuba nak bina hubungan baik dengan biras, terutama sekali tegur dia, cuba nak berbual dengan dia lah.

Kadang – kadang dia okey sahaja berbual, tapi kadang – kadang saya tegur, tiada ribut tiada angin itu kalau saya tanya dia, dia tak jawab sambil bawa muka masam dia itu. Kenapa ya? Ada benda yang dia tak puas hati dengan saya ke? Sudah banyak kali macam itu. Dengan adik ipar (suami saya) pun cerita benda sama.

Kakak ipar dia itu tak jawab waktu dia tegur, kemudian bawa muka masam dia itu walaupun kami tak tahu apa salah kami. Semalam okey, hari ini tak okey. Sehingga saya terfikir, “Oh, kalau macam ini lebih baik kalau dia tegur saya dulu, baru saya tegur dia balik lah. Mungkin mood dia tak baik.”

Saya pun jaga nilai saya sendiri. Tunggu – tunggu dia tegur, tak ada juga. Kadang – kadang sampai satu bulan tak bertegur (silent treatment). Hingga perkara itu menjadi satu kebiasaan untuk saya. Saya sudah tak mencari dia lagi. Saya sudah tak kisah hal si biras itu lagi.

Saya pun sudah jadi diri sendiri (introvert), bukan lagi yang suka jaga hati orang dengan dia. Saya sudah malas nak mulakan perbualan dengan dia. Kadang – kadang waktu hujung minggu itu (semua kami ada dekat rumah), saya masak untuk saya dan anak – anak, kemudian terus masuk bilik, tidur.

Sebelum ini kalau tiada orang masak, saya masak untuk seisi keluarga tetapi semenjak ini saya pilih jaga perut saya dan anak saya sendiri. Sebab apa? Kalau saya masak pun tak ada orang sentuh. Makanan saya masak tak sedap ke? Mak mertua, ayah mertua, adik ipar, biras dengan suami dia pilih makan dekat luar kalau saya masak.

Banyak kali terjadi macam itu, banyak saya sudah perhati. Yang kerap kali makan apa saya masak ayah mertua, anak dengan suami saya sahaja. tak tahu lah mak mertua itu. Mak mertua itu memang hebat memasak. Kalau memasak itu memang macam katering lah. Saya ini jenis masak biasa – biasa sahaja.

Okey, berbalik ke si biras itu. Sebelum ini kami kongsi masak untuk anak – anak. Sup ayam ke, goreng ayam ke. Tetapi satu hari itu saya tengok dia sudah asingkan makanan. Saya sudah masak sekali untuk anak dia tetapi saya tengok dia masak lagi untuk anak – anak dia (tak sentuh apa yang saya masak).

Semenjak itu saya masak untuk saya dan anak – anak sahaja. Kalau anak makan awal, saya pun ikut makan sekali. Lepas itu sudah makan, apa semua kami terus masuk bilik lah. Saya sangat malas nak keluar bilik tengok muka biras sangat masam, tak tahu apa punca.

Makanan pun kami beli sendiri. Dulu kongsi sahaja, sama beli, sama makan. Tetapi saya tengok dia sudah asingkan apa dia beli dekat peti sejuk. Okey, saya pun asingkan saya punya. Saya tak makan apa orang beli lagi. Puncak kepanasan berlaku bila mak mertua tak suruh saya dengan anak keluar pergi pasar sedangkan mereka (mak mertua dengan biras, anak – anak biras) keluar makan.

Saya dengan anak termenung dekat rumah, disuruh jaga rumah, jaga pakaian kalau hujan. “Kalau hari berehat, rehat sahaja dekat rumah. Jangan pergi pasar.” Itu yang mak mertua cakap dekat saya sebab setiap hari Sabtu sebelum ini saya akan keluar bawa anak jalan. Saya pun layan burnout.

Macam tak adil untuk saya. Kemudian hari itu saya sudah tak tahan layan burnout, saya marah hempas – hempas sahaja barang dekat rumah. Saya pun nak jaga kesihatan mental saya sedangkan mak mertua bawa biras dengan anak – anak pergi makan lah, beli permainan lah.

Anak saya? Berbaloi ke saya jaga hati orang macam itu? Tak pernah mak mertua bawa saya dan anak saya macam itu. Tak pernah ya. Kalau kami ada duit lebih, kami akan bawa mak mertua pergi makan, tetapi si biras dengan suami dia tak pernah saya tengok buat macam itu.

Tapi tak mengapa, mungkin si biras ini menantu kesayangan dia kot. Mak mertua ini sangat suka jaga hati si biras itu. Saya pun tak tahu apa istimewanya si biras itu. Kerja pun biasa – biasa macam saya, guru tadika swasta sahaja. Kadang – kadang kalau angin mereka tak baik, mak mertua akan tarik muka dengan kami suami isteri juga, sedangkan dia berg4duh dengan si biras itu.

Dah okey angin mereka, baru mak mertua ini akan baik dengan kami. Kenapa ya? Tak faham saya. Mak mertua ini sangat menjaga hati si biras itu dan sanggup jadi ‘bibik’ si biras itu ya. Kadang – kadang sudah masak, si biras ini tinggal sahaja kuali periuk dekat dapur.

Si mak mertua akan kutip tolong cuci. Lepas itu kalau si biras nak keluar dengan kawan – kawan dia, si mak mertua ini akan tolong jaga anak sambil membebel, meluah per4ngai biras macam itu. Kenapa ya? Kalau tak suka, pergi tegur sahajaIah si biras itu, tapi mak mertua ini tak sampai hati nak tegur dia.

Anak – anak biras itu kerja menangis sahaja, boleh naik pening kepala dengar. Okey, berbalik kepada saya burnout hempas – hempas barang itu tadi, biras dengan mertua pun terasa. Peduli apa. Saya pun malas nak bercakap dengan mereka, apatah lagi si biras itu memang berbulan – bulan saya tak cakap dengan dia.

Saya perap diri sendiri dalam bilik sahaja. Anak pun saya kurung dalam bilik. Panas betul hati saya. Kemudian si mak mertua pun ketuk pintu, cakap dia nak bincang kenapa kami jadi begitu, tak bercakap sesama sendiri. Saya, mak mertua dengan biras pun bincang.

Biras cakap saya sudah tak nak tegur dia, tanya apa masalah saya tak tegur dia. Macam dia pula m4ngsa dalam semua ini. Saya cakap dia jaga hal dia sendiri, tak ada kacau hidup saya. Mungkin dia ingat saya marah dengan dia kot sebab saya tak tegur dia macam dulu.

Hakik4tnya saya sudah jadi diri sendiri. Prinsip saya, kalau orang tegur, saya tegur. Kalau tak tegur, diam. Mudah. Saya tak nak tegur orang, lepas itu teguran saya tak berbalas macam dulu. Macam saya ini terhegeh – hegeh nak tegur orang. Umur nak menginjak 30 ini, saya banyak berdiam.

Dekat pejabat pun saya buat hal sendiri. Masalah dari belah keluarga saya, kemudian suami pula kerja luar, urus anak seorang diri buat saya penat dan suka menyendiri sekarang ini. Anak saya ada asma ya. Sangat penat. Saya tak kuasa nak layan per4ngai orang.

Kenaikan pangkat dekat tempat kerja satu rezeki, tapi kerja saya m4kin bertimbun. Saya buat kerja serentak, balik kerja memang s4kit kepala. Biras pula tak puas hati lepas balik kerja saya akan duduk diam dalam bilik. Memanglah saya duduk dalam bilik, saya nak rehat, s4kit kepala sebab kerja saya tak macam dulu. Nak urus anak lagi.

Dua manusia ini tuduh saya buat suasana dalam rumah panas sebab saya tak nak tegur si biras itu. tak bercakap macam dulu. Siap nasihat, lepas ini “kalau ada masalah cakap sahaja, jangan pendam. Jangan buat suasana rumah ini tak hidup. Jangan duduk dalam bilik sahaja. Jangan macam katak bawah tempurung.” Helooooooo, ingat saya nak perbaiki keadaan lagi ke?

Sekarang ini saya bawa kepala saya sendiri ya. Mungkin saya cuba berbaik lah, tapi tak macam dulu. Saya lebih suka buat hal sendiri sekarang ini. Biras itu nak saya jadi ‘please please’ dia lagi ke macam dulu? Pergi m4mpus lah. Hutang dengan dia pun tak ada.

Kalau minta tolong abang ipar itu tengokkan kereta sebab dia pomen, kami akan bagi upah juga. Lagi satu, sebelum ini saya menumpang kereta mereka nak pergi kerja sebab saya pun masih takut nak pandu masa itu. Itu pun saya bayar minyak RM200 – RM50 seminggu untuk kami pergi kerja.

Tempat kerja bukannya jauh pun dari rumah mertua. Kadang – kadang si biras itu akan tarik muka, tak nak bercakap dengan saya kalau saya menumpang dengan mereka. Hingga saya beli kereta sendiri dan beranikan diri untuk pandu, dan saya tak harapkan sesiapa lagi. Mungkin biras tak suka atau tak selesa.

Kes tak nak tegur bertegur itu saya buat macam biasa sahaja. Kalau dia tegur saya dulu, maka saya tegur dia balik. Kadang – kadang sapa dengan benda mudah sahaja lah. Saya nak berbual macam dulu saya sudah malas. Saya nak jadi diri sendiri.

Saya sudah berhenti jadi orang yang terlalu jaga hati orang. Kadang – kadang berbual – bual macam dulu, si biras ini siap menyelit perkataan menyindir. Itu lagi saya tak berapa berkenan nak rapat dengan dia. Dia bercakap macam tak ada otak, tak ada common sense, siap tegur dahi anak saya besar dan luas. Saya terasa sangat masa itu. Tapi saya pilih senyum dan sabar sahaja.

Lepas ini hujung minggu saya akan keluar pergi pasar seharian dengan anak. Malas saya berbual dengan sesiapa. Sekarang ini saya juga tengah cari bilik sewa untuk berehat waktu hujung minggu. Saya nak jaga jarak. Saya nak jaga kesihatan mental saya sendiri. Pasal rumah, ya saya dengan suami tengah rancang nak buat rumah sendiri tahun depan. Terima kasih dengar luahan hati saya.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5163 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.