
Isteri aku kuat mengongkong. Kalau nak pergi mana – mana aku kena bagitahu dia. Hari tu aku nak balik lambat sebab ada majlis perpisahan. Isteri langsung tak bagi, dia ugut buat dekat anak – anak kalau aku lambat…
#Foto sekadar hiasan / AI. Tujuan aku tulis di sini hanya nak meluahkan apa yang terpendam dan terbuku. Aku dah berkahwin dengan isteri hampir 3 tahun. Aku kenal wife masa tahun akhir di IPTA tetapi berbeza course. Kami tak pernah berjumpa masa di universiti, hanya di media sosiaI sebab kenal pun hujung – hujung degree.
Sepanjang perkenalan, benda yang aku suka dengan dia ialah aku boleh bersembang dengan dia macam – macam topik. Cuma bagi aku, dia suka mengongkong. Kahwin pun belum lagi. Kalau nak keluar mana – mana perlu inform dia dulu. Aku tak boleh terima sebab aku bukan jenis mengongkong macam tu, jadi awal – awal perkenalan tu aku tak bagitau kalau keluar dan kami kerap g4duh.
Tapi lama – lama aku cuba terima per4ngai dia tu normal untuk seorang wanita sebab aku tak banyak pengalaman bercinta. Lepas dekat setahun bekerja, aku ambil keputusan untuk berkahwin dengan dia sebab bagi aku walaupun dia mengongkong, tetapi aku boleh sembang dengan dia dan dia tak berkira pasal duit.
Di awal perkahwinan, aku dah set in mind, akan ada banyak dugaan dan aku perlu banyak bersabar. Sikap dia okay cuma tetap mengongkong dan aku boleh handle benda tu. Cuma ada masa kami berg4duh, puncanya sama ada aku atau dia.
Setiap kali g4duh memang akan teruk – teruk. Dia akan jerit – jerit terpekik sambil menangis, aku akan diam dan baIas sikit – sikit sebab aku cuba bersabar. Aku bukan jenis suka berg4duh. Tapi dia akan pr0voke untuk dapatkan reaction dari aku.
Dia cakap dah tak sayang dia, aku dah ada orang lain. Bila dia tuduh macam – macam, aku pun akan naik suara jugak. Aku bukan jenis meminta maaf kalau bukan salah aku. Tapi last – last dia akan tak puas hati dan ugvt nak buat yang bukan bukan, ced3rakan diri, malah lebih teruk dari itu. Dia akan ambil benda benda t4jam, ugvt depan aku.
Dia ada jugak menjerit nak terjun dari rumah (rumah apartment). Dia akan keluar dari rumah tanpa pakai tudung dan akan keluar nak pergi terjun. Terp4ksa la aku halang dan pujuk walaupun kadang – kadang bukan salah aku. Bila kami ada anak yang sulung, dia kurang sikit buat per4ngai macam tu sebab dia sibuk.
Tapi bila kami ada anak kedua dia buat balik per4ngai yang sama. Aku rasa dia letih sebab nak handle anak dua orang. Tapi bukan dia handle seorang. Kalau dia handle anak, aku akan basuh lipat baju, masak, cuci bilik air, sapu rumah. Aku pun akan benarkan dia keluar sorang – sorang kalau nak pergi healing kejap.
Ada satu hari, masa tu aku nak balik lewat sebab ada makan – makan office sebab ada officemate nak pindah, dia marah – marah dan tak bagi aku join walaupun aku nak pergi after 5, balik before maghrib. Dia siap ugvt akan buat yang bukan – bukan dekat anak – anak kalau aku tak balik.
Memang masa tu aku rasa marah sangat – sangat. Aku dah nekad nak t4mpar dia bila dah sampai. Sampai – sampai, aku terus marah. Kalau nak marah sekali pun kenapa nak keluar ayat macam tu? Aku memang hampir – hampir nak t4mpar dia tapi aku bukan jenis macam tu. Entah la. Mungkin aku suami yang lemah.
Baru – baru ni kami g4duh lagi, puncanya dia penat kemas rumah dan nak keluar sekejap. Aku bagi je pergi sebab faham dia letih. Masa dia keluar tu dia wasap cakap nak pergi tempat jauh sikit nak tengok barang. Aku cakap kat dia, kalau setakat nak tengok barang tu tak perlu la. Sebab bagi aku benda dia nak cari tu tak penting.
Dia terus marah – marah, persoalkan aku boleh main game dan tidur. Padahal haritu aku yang bangun mandikan anak, cuci tandas, kemas dapur, kemas stor, keluar beli barang. Aku letih, mestilah aku nak tidur. Aku main game pun sambil – sambil tengok anak.
Aku keluar beli barang rumah, takda pun nak pergi tempat lain. Padahal dia keluar siap pergi Family Mart beli macam – macam. Aku taktau la. Aku tak faham. Aku keliru. Aku tau aku tak perfect. Tapi aku cuba yang terbaik. Aku tengok ramai lelaki yang tak tolong uruskan anak, tak kemaskan rumah.
Memasak memang aku dan aku tak kisah pun sebab aku suka. Aku pun bukan jenis keluar melepak pun. Aku suka duduk rumah. Apa lagi dia nak entah. Ada lagi benda lain yang aku cerita memang tak akan habis. Normal ke perempuan macam ni atau aku seorang je? Sejujurnya aku nak tahu. – Suami Keliru (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Nadira Baharudin : Wife tt ni macam narsistik. Suka playvictim, gaslight. Tak bagus untuk anak – anak kalau dia selalu jerit – jerit macam tu. Toksik marriage. Cuba bincang, nasihat minta dia berubah. Semoga dipermudahkan
Vieonnylea Jhudielle G : Uishh saya marah atau burnout tak pernah sekalipun keluar perkataan bvnvh. Saya faham usia perkahwinan masih awal, tapi sebagai isteri seharusnya jadi lebih matang selepas kahwin. Suami sudah cuba buat yang terbaik, kenapa masih peningkan kepala suami.
TT cuba bawa dia pergi kaunseling. Memang kena keras sikit tapi jangan sampai naik tangan, cuma tu cara suami saya la. Saya awal kahwin pun tak matang dan suka provok suami, tapi lama – lama berubah sebab fikir ada anak – anak dan usia m4kin tua takkan per4ngai buruk nak tunjuk depan anak. Semoga semua urusan dipermudah.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.