Anak sulung 2 tahun, yang kecik umur 8 bulan. Tapi suami suruh dahuIukan dia. Anak menangis ke n4zak nak m4ti ke, suami lagi penting

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Suami suruh aku beri perhatian pada dia berbanding anak – anak. Pada dia, lantak la anak nangis ke, janji aku layan kehendak dia dulu. Prinsip dia, suami tetap nombor satu walaupun anak tu dah n4zak nak m4ti. Betul ke prinsip macam tu?

#Foto sekadar hiasan / AI. Tak tau la dari mana aku nak mula… Sebabnya dah lama sangat aku pendam rasa, boleh kata hampir 3 tahun memendam rasa. Aku kawin tahun 2020. Aku kenal hubby aku ni masa majlis perkahwinan kakak aku… kira orang sebeIah abang ipar aku la. Kitorang kenal tak lama… kenal 3 bulan, tunang 3 bulan terus kawin.

Hubby aku ni ok sebenarnya, tapi mungkin sebab dia anak bongsu, segala kemahuan dia mesti diturutkan dan seboleh – bolehnya dipenuhi. Aku pun anak bongsu gak, tapi aku yang banyak mengalah, dah macam aku ni husband dan dia lak wife. Tapi aku tak kisah, untuk suami aku sanggup berk0rban.

Tapi kejadian pertama yang buat aku kecik hati sangat masa aku pregnant anak pertama, dalam keadaan aku yang sarat, dah masuk 8 bulan, hubby aku boleh membebel marahkan aku. Kata rumah bersepah, lantai kotor, tak mop, tak bersihkan, bla bla bla.

Hubby aku kalau dah membebel kalah makcik – makcik kat kampung… macam mak nenek mulut dia. Sepatutnya dia faham dalam keadaan aku yang tak larat tu, manalah aku nak mop rumah dan kemas lawa – lawa. Aku kemas ala kadar je lah.

Tapi disebabkan dah s4kit dan kecik hati… aku mop juga rumah. Bayangkan la masa tu dah tengah malam dan aku dah tak larat sangat – sangat. Aku berdoa pada Allah sepanjang aku mop lantai tu, jangan la aku pengsan atau jatuh sebab lantai licin. Hubby aku boleh pandang je tanpa cakap apa – apa.

Bila aku dah mop tu, barulah dia cakap yang dia bukan suruh aku mop tengah – tengah malam tu. Tapi bukannya nak pujuk aku ke apa ke… dia biarkan aku tidur sambil menangis sampai ke pagi. Aku rasa kecik hati sangat – sangat diperlakukan macam tu, tak pujuk aku langsung. Aku yang kena kuatkan hati dan pujuk diri sendiri.

Beberapa minggu lepas tu aku bersalin secara operate. Bila dah habis pantang, aku balik ke rumah sebab masa pantang mak mertua yang jaga aku. Itupun atas arahan hubby aku yang nak mak dia jaga aku walaupun hakik4tnya aku tak selesa. Tapi aku ikutkan juga sebab dah kata suami, isteri kenalah ikut.

Bila dah balik KL, urusan rumah aku buat macam biasa. Tapi yang aku terasa sangat tak dihargai, bila nak angkat benda – benda berat, hubby aku boleh tengok je. Bila aku minta tolong barulah dia nak angkat, padahal dia tahu aku baru lepas operate dan tak boleh angkat benda berat. Kecik lagi hati aku…

Bila anak menangis malam nak susu, boleh dikira berapa kali dia bangun buat susu. Itupun setelah aku p4ksa dia bangun dan pujuk dia 5 ke 10 minit barulah dia bangun. Kadang – kadang tu aku bangun sendiri, dah malas nak gerakkan dia… daripada aku s4kit hati, baik aku je yang bangun buat susu walaupun hakik4tnya aku tak larat sangat.

Untuk pengetahuan semua, aku ni bekerja. Bayangkanlah, siang penat kerja, malam pulak kena jaga anak sorang – sorang. Luluhnya hati aku… aku je bertungkus lumus jaga anak sorang – sorang. Kejadian macam ni berlarutan sampai la aku dapat anak kedua.

Rezeki aku awal, aku pregnant balik bila baby sulung baru masuk 5 bulan lebih. Per4ngai hubby aku masih sama. Bayangkan la macam mana aku nak bawa perut, layan anak yang m4kin aktif, penat dan letihnya hanya Tuhan je yang tahu. Kalau aku tak minta hubby tolong urutkan pinggang, jangan harap la dia nak buat sendiri.

Itu pun banyak alasan dia, nanti kejap la, penat la, nak tengok TV dulu la. Tapi kalau dia nak aku urutkan badan dia, tak kira aku larat ke tak, dia suruh juga, sampai dia puas. Tapi kalau dia urut pinggang aku, nak tak nak je. Bukannya melegakan, tapi m4kin s4kit hati.

Kadang – kadang tu aku urut sendiri bila dah s4kit sangat, dia boleh tengok je. Sekarang ni bila dah lahir baby kedua, aku dah tak larat sangat dengan per4ngai dia. Dia suruh aku duIukan perhatian pada dia berbanding anak – anak. Pada dia, lantak la anak nangis ke apa, janji aku layan kehendak dia dulu.

Prinsip dia, suami tetap nombor satu walau apa pun terjadi walaupun anak tu dah nazak nak m4ti. Betul ke prinsip macam tu? Dia pernah cakap dia nak support moral dari aku dan nak bincang masalah dua hala. Tapi bila aku cuba bagi semangat, dia kata kalau setakat cakap “abang boleh buat tu”… “good luck”… “try the best”… baik tak payah. Dia kata motivasi macam tu dia boleh bagi sendiri.

Kalau bab bincang dua hala pulak… bila aku bagi pandangan je, dia tolak mentah – mentah. Pendapat dia je yang kena diterima. Jadi, apa gunanya bincang kalau keputusan pun dah tetap? Hubby aku suka cakap “apa ntah yang dia buat kat rumah”… boleh dik4takan tiap – tiap hari dia cakap ayat tu.

Dia tahu tak yang aku ni bekerja? Balik kerja, ambil anak dari pengasuh, sampai rumah seboleh – bolehnya nak masak… sambil masak tu, layan anak… pastu terkejar – kejar nak solat… basuh baju… tidurkan anak – anak. Tu dikira tak buat apa – apa ke?

Yang ada anak kecil mesti faham… kadang – kadang anak ni nak kita duduk dengan dia, main sama – sama. Kalau kita hilang dari pandangan, mula la dia menangis. Bila anak nangis, kerja kita pun tergendala. Aku rasa aku lagi str3ss dari hubby sebab dari pagi kerja, balik kena urus rumah, anak – anak lagi. Tak campur kalau anak meragam, meng4muk, merajuk… str3ss sangat – sangat.

Aku dah luahkan kat hubby, cakap terus terang apa aku rasa. Tapi dia boleh cakap, memang tu tugas isteri. Memang la tugas isteri… tapi kalau aku ni suri rumah sepenuh masa, takpe la. Aku tak harap pun dia tolong. Tapi aku kerja ni pun sebab nak bantu dia. Bukan kata sebahagian gaji aku, tapi 100% aku salurkan untuk family.

Kadang – kadang nak beli keperluan diri sendiri pun fikir 10 kali. Aku pun dah cuba tulis surat bagi dia baca sebab aku memang tak boleh luahkan depan – depan. Tapi bila aku buat macam tu, bukan perubahan yang aku dapat, tapi sindiran dan perli je yang aku terima.

Sampai aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Umur aku 27 tahun, ada dua orang anak. Yang sulung nak masuk 2 tahun dan yang kecil 8 bulan. Satu lagi, sikap hubby aku suka mengungkit benda – benda lama… Contohnya selalu cakap masa belum kahwin dulu dia yang sara aku, banyak duit dia habis kat aku. Sedih sangat bila dia ungkit macam tu. Nampak sangat selama ni dia tolong aku tak ikhlas, walaupun dia kata dia ikhlas.

Sekarang ni aku rasa aku dah sampai limit, rasanya dah tak tertanggung lagi perasaan aku. Bila dia dah mula cakap “buatlah sesuatu kalau nak kena talak”, rasa hati aku ni macam kena hempas kat batu tajam, menusuk – nusuk. Aku nak tanya pendapat korang semua. Patut ke aku bertahan, ataupun buat keputusan nekad berpisah dengan hubby? Tolong la aku… aku dah buntu sangat – sangat dah ni.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5163 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.