
Patut la bila aku ajak kahwin, dia minta masa 5 bulan. Dia nak tunggu eddah habis! Tak guna! Terasa b0doh oh. Kaw kaw kena tipu. Sekarang bila tengok muka isteri je aku rasa panas. Setiap hari aku akan sengaja marah, m4ki dia..
#Foto sekadar hiasan / AI. Boleh ke kalau laki yang nak meluah, tak tahu nak kata kesal ke apa..? Atau bla je. Aku bercinta dengan isteri aku yang sekarang. 4 tahun bercinta sebelum kami plan kahwin. Dalam tempoh bercinta kami jarak jauh. Tapi takda la jauh sangat. Tapi jarang jumpa la masa tempoh bercinta tu. Aku Taiping, dia Ipoh.
Dalam tempoh bercinta dulu, dia kata kat aku dia janda anak 2. Dia duduk dengan family yang kuat agama. Dia cakap kat aku kalau bapak dia ada rumah, kami tak boleh bergayut sebab bapak dia tak bagi dia bercinta dengan lelaki sebab family kuat agama. So aku hanya bergayut dengan dia pun bila bapa dia kerja je la.
Tapi WhatsApp, any time boleh. So malam – malam aku WhatsApp saja, just chat. Dalam tempoh kahwin 4 tahun tu, macam – macam la dia cerita pasal family dia, yang membuatkan aku rasa bakal isteri aku ni perempuan yang dijaga ketat oleh family yang kuat agama.
Pastu dia cerita plak pasal nenek dia bagi dia harta la, apa la, cerita pasal saud4ra mara nak r4mpas hantar dia la… Eh banyak… sangat banyak benda dia cerita kat kau berkaitan family, saud4ra mara dia. Gaya dia macam perempuan baik – baik.
Walaupun pun janda, nampak solehah. Nampak macam kaki solat. Sebab kalau keluar dengan aku pergi mall, memang waktu Zohor, Asar dia akan cari surau. Dia keluar dengan aku bawa anak dia 2 orang. Tengok dia layan anak, nampak macam ibu yang sangat penyayang.
Dia cerita kat aku, dia orang susah. Mak bapa dia susah. So kalau aku tanya dah makan ke belum, mesti dia jawab belum. Katanya kat rumah takda apa. Bapak tak beli barang dapur. So akulah yang transfer kat dia duit nak bagi dia dengan anak – anak cukup makan pakai.
Kira pendek cakap aku dah niat nak jaga dia dan anak – anak dia sebab memang aku nak buat dia jadi isteri aku. Dalam masa yang sama aku kumpul duit kahwin. Aku boleh cakap dia sangat pro menipu tentang status dia. Rupa – rupanya dalam tempoh bercinta, dia sebenarnya isteri orang!
Cuma suami dia dulu jenis lelaki kaki k3tum dan tak bertanggungjawab. Dia takda FB atau apa – apa media sosiaI. So aku tak boleh la nak dapat tahu tentang dia sangat untuk siasat ke apa. Kalau ada FB pun bukan letak gambar. Yang fake account punya… sekadar untuk tengok info semasa je.
Sebab tu aku percaya dia kuat agama. Sebab dia tak main apa – apa media sosiaI. Pernah try cuba cari media sosiaI dia, tapi takda. So aku percaya dia kuat agama sebab jarang perempuan tak main media sosiaI. Sampai la aku dah cukup duit nak kahwin.
Aku cakap, “Jom kita tunang, terus nikah.” Dia minta aku masa 4 bulan ke 5 bulan, tak ingat dah. Masa ni aku pelik la. Kenapa nak minta masa? Dia cakap ada perkara dia nak kena selesaikan dengan family dia. Pastu kami pun kahwin la, nikah la macam biasa.
Awal – awal starting nak kahwin masa urusan pertama kali jumpa family dia tu… dah lain sangat – sangat berdasarkan dia cerita tentang family sebelum ni. Tipu yang paling ketara: dulu dia kata dia ada abang. Sekarang mana abang dia tu?? Tup kantoi kali pertama.
Dia takda abang pun sebenarnya. Lelaki yang aku ingat abang tu, rupa – rupanya ex suami dia dulu. Pada awal – awal nak kahwin sangat dah. Tetamu pun dah jemput. Bila sah je nikah… bocor habis semua rahsia. Yang sebenarnya 4 tahun kami bercinta tu, 4 tahun tu la dia masih isteri orang!!
Dengan duduk dengan suami, bukan dengan mak bapa. B0doh kan aku? Licik kan dia? Kuat berlakon… lakonan dia mantap giIa. Rupanya bila aku kata aku nak kahwin, dia baru la terhegeh – hegeh nak fail cerai dengan suami dia lama tu. Patut la minta masa 5 bulan… nak tunggu eddah habis. B4bi betul… terasa b0doh oh… percaya bulat – bulat. Kaw kaw kena k3ncing.
So memang kami g4duh besar la sekarang. Dia menangis, dia merayu kat aku. Dia cakap dia sayang aku, sebab tu dia sanggup failkan cerai dengan suami lama dia sebab dia nak sangat jadi isteri aku. Nak jadi isteri aku tapi tipu banyak perkara… reka – reka cerita pasal keluarga hanya untuk nampak baik.
Aku ikut hati, nak lepaskan dah. Tapi dia merayu, melutut jangan lepaskan dia… ada kala tak tergamak. Mungkin sebab aku pun adanya perasaan sayang kat dia. Tapi jika tak lepaskan dia, hati ni s4kit. Geram giIa dengan dia. Aku sekarang tak berapa nak layan dia.
Memang saja aku balik lambat. Lebih baik lepas kerja aku pergi mancing kolam. Tenangkan fikiran. Lewat malam baru aku balik rumah. Itu pun dia dah tidur. Dia selalu minta aku jaga dia dengan anak – anak dia. Ex dia tak ambil tahu pun pasal anak.
Buat masa sekarang la. Aku bab anak aku okay je. Takda hal. Ya aku nampak usaha dia jadi yang terbaik lepas kahwin. Tapi s4kit hati tak hilang. Dia buat aku macam aku ni laki paling b0doh dan paling senang kena tipu. Sekarang aku layan dia kasar sangat.
Diri aku antara dua, nak teruskan je perkahwinan kami atau lepaskan… Sebab setiap kali aku cakap isu “Jom kita pergi mahkamah.” atau bagi hint macam nak lepaskan dia, sungguh – sungguh dia merayu jangan tinggalkan dia. Sampai dia melutut kat aku.
Bila dia sampai melutut, aku auto rasa tak tergamak. Aku lemah time tu. Tapi bila ada dengan dia, s4kit je hati tengok dia. Dan setiap kebaikan dia sekarang, aku jadi was – was dengan dia dan anggap dia berlakon baik je. Tapi dia cakap kat aku, bagi dia peluang untuk jadi isteri yang terbaik.
Dia cakap kat aku kita buka buku baru. Tapi aku s4kit hati tak hilang. Sehari kalau dia tak kena marah dengan aku, tak sah. Sebab asal aku tengok dia je, menyirap rasa. Entah la… tapi dia tak meIawan. Dia diam dan menangis je. Macam – macam aku tanya dia.
Aku korek rahsia habis. Aku nak sangat tahu kenapa dia curang dengan suami lama dia. Dia cakap kat aku dia curang sebab suami lama dia tak bagi nafkah. Tapi aku hadir dalam hidup dia. Patut la dengan aku, dia minta aku duit untuk beli makanan, untuk bagi anak duit belanja sekolah.
Aku pula jenis takda hal bab duit, bagi je. Itu yang dia tekad nak cerai dengan laki dia dulu dan kahwin dengan aku. So sekarang… aku pun tak tahu… Fuhh, satu keputusan yang aku pun tak tahu apa patut aku buat. Nak stay cuba maafkan… atau lepaskan… Kalau maafkan, kira dayus ke aku..? Kalau lepaskan, kira k3jam ke aku..?
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.