
Lepas kahwin baru tahu suami selekeh, malam – malam tak gosok gigi. Dengan kuku panjang. Aku geli bila nak bersama. Aku letak banyak syarat kalau dia nak bersama dengan aku..
#Foto sekadar hiasan / AI. Hi semua. Aku baru lepas solat mengaji sementara tunggu waktu isyak. Pagi tadi berg4duh dengan suami sampai sekarang masing – masing tak bertegur sapa. Aku penatlah dengan per4ngai suami aku. Penat walaupun aku tak bekerja dan kami belum ada anak.
Kami dah berkahwin dua tahun setelah berkenalan selepas setahun. Kami berkenalan di muslim dating apps, jumpa dan berkenalan sebelum kahwin. Suami muda setahun dari aku. Suami bekerja sebagai akauntan dan aku tidak bekerja setelah berkahwin kerana mengikut suami bekerja di ibu kota.
Aku dari sarawak. Aku tak bekerja kerana masih belum mendapat kerja yang sesuai dan tidak memiliki kend3raan. Kebanyakan pekerjaan yang aku dapat memerIukan aku mempunyai kend3raan sendiri. Cuma suami yang mempunyai kereta di kl.
Kenapa aku rasa lebih baik hidup single? Selepas kahwin hidup aku banyak diatur oleh suami. Sebelum kahwin aku suka melawa dan active di sosiaI media. Namun selepas kahwin amat jaranglah aku menggunakan sosiaI media. Suami tidak suka aku melawa dan mekap di luar atau di dalam rumah.
Aku faham jika di luar rumah dia taknak lelaki lain melihat aku tapi di dalam rumah? Aku dulu confident dengan penampilan aku kerana aku selalu dilabel cantik oleh orang ramai. Tapi sekarang aku tidak lagi berasa cantik. Suami sering perlekehkan aku terutama jika aku bersiap untuk mengajak dia bersama.
Jika aku berdandan memakai lipstik atau bedak dia akan cakap muka aku terlalu putih macam h4ntu. Aku tau macam mana nak mekap. Aku cuma memakai makeup nipis di rumah tapi dikutuk. Aku sering menjadi turn off. Dia juga selalu cakap aku sem4kin gemuk dan berat (dia tidak larat mengangkat aku). Dia pun sama naik berat badan selepas kahwin.
Untuk pengetahuan semua suami aku agak selekeh. Dia gosok gigi waktu pagi sahaja dan cuma gosok gigi waktu malam setelah aku bising – bising. Aku sangat pantau dengan bau. Nasib baik dia tidak mer0kok. Jika ingin bersama selalunya perempuan inginkan foreplay termasuk aku, tapi aku selalu skip sebab dia tak gosok gigi. Cuma Allah yang tau bertapa turn off rasanya.
Dulu kami pernah ada issue bersama sebab suami kata aku banyak syarat untuk bersama. Aku cuma ingin dia jaga kebersihan agar tidak memud4ratkan aku sama. Dengan kuku panjang jarang potong. Kadang – kadang aku rasa aku tengah jaga budak kecik yang perlu diberitahu semua benda walaupun suami dah berumur 32 tahun. Suami muda setahun dari aku.
Selain itu rumah sering bersepah walau kami hidup berdua. Suami selalu menyepahkan rumah dan meletakkan barang merata tempat. Usai balik dari kerja, suami akan meletak stokin, baju dan seluar kerja termasuk beg kerja merata di ruang tamu.
Suami juga sering mencampak pakaian kotor di sebeIah bakul pakaian (bukan di dalam ye) aku selalu membebel supaya suami letak semua pakaian di dalam bakul tapi suami masih tidak dengar. Selain itu suami ada tabiat makan dalam bilik, atas katil kami berdua.
Yang ini selalu menjadi punca perg4duhan. Kami ada 3 bilik di rumah ni. Satu bilik kami, bilik store dan bilik tetamu. Sebelum kahwin lagi aku tau suami suka makan dalam bilik kerana dia seorang introvert dan kaki gamer. Namun aku tak sangka per4ngai tu dia bawak sehingga kahwin.
Kalau makan roti, chocolat biskut atas katil tak apalah, tapi dia makan nasi, maggi, mee kari, roti canai, chicken chop dan seumpamanya semua atas katil. Aku sangat sensitif dengan bau makanan dan aku selalu mintak dia makan di luar tapi dia masih buat benda sama.
Dia akan makan semeja dengan aku sekali sehari waktu dinner selepas kerja selepas tu sambung main game di bilik. Suami memang h4ntu game. Kalau hari kerja dia biasa akan main game selepas balik kerja sehingga lah pukuI 1 pagi. Dia cuma stop main game sekejap untuk solat dan makan.
Kalau hari minggu memang satu hari tu dia berkurung dalam bilik dan main game. Aku tau semua akan cakap ala suami cuma main game bukan curang. Memang nampak simple tapi dia abaikan tanggungjawab dia. Ni belum ada anak macam ni.
Ada anak memang aku risau anak terabai. Suami abaikan solat, isteri dan hal rumah. Suami banyak kali terlepas waktu solat atau solat di hujung waktu kerana kusyuk main game. Suami jugak kerap MC kerja kononnya s4kit tapi suami cuma malas pergi kerja dan menghabiskan hari cuma dengan bermain game sepanjang hari.
Kami tidak bersosiaI sangat. Suami juga pernah dipanggil oleh HR kerana kerap sangat mc. Walhal suami cuma malas pergi kerja. Kerja suami jujur aku cakap agak senang. Dia balik kerja pukuI 5 setiap hari dan mempunyai gaji yang agak tinggi.
Tetapi hari – hari dia complain kerja penat dan ambik mc dengan alasan tak sihat. Aku str3ss la sebab dia suami aku, ketua keluarga. Bukan lagi bujang nak main game sepanjang hari, hanya pergi kerja bila dia nak. Aku perasan suami juga selalu mendapat hal – hal yang tidak baik seperti manager bagi kerja lebih, kereta rosak dan bil tetiba mahal.
Mungkin asbab dari lewatkan dan meninggaIkan solat dengan sengaja. Aku sebagai isteri selalu menasihati suami terutama bab solat. Tapi suami cakap aku banyak membebel. Ramadhan yang lepas aku kecewa kerana suami hanya mengimamkan solat terawih hanya beberapa kali dengan alasan penat bekerja.
Tapi dia menghabiskan sepanjang malam itu dengan bermain game di laptop. Dia juga menasihati aku kalau nak beribadat tidak perlu tunggu dia. Dia mintak aku buat teraweh sendiri. Kami tidak pergi masjid kerana suami cakap penat dan tidak mengizinkan aku pergi ke masjid sendirian.
Aku selalu berdoa agar Allah bukakan pintu hati suami aku agar lebih dekat kepadanya. Aku inginkan suami yang boleh bawak aku ke syurga. Aku selalu mengaji dan melakukan solat sunat di depan suami agar suami tertarik untuk beribadat sama. Tetapi suami lebih memilih untuk bermain game.
Aku juga harus menemani suami tidur walaupun ketika itu aku ingin beribadat atau memasak. Sesudah bangun tidur, suami selalu meminta makanan dari aku. Jika aku masih tidur suami rela berlapar menunggu aku bangun masakan untukknya.
Suami juga menyalahkan aku membiarkan dia berlapar dan lagi rela memilih tidur. Aku jenis tidur m4ti, jadi susah untuk aku bangun pada waktu sama yang suami bangun. Dalam peti ais kami ada banyak makanan frozen seperti nugget, burger dan makanan lain yang alu telah prepkan untuknya.
Suami sudah terbiasa aku menghidangkan makanan untuknya sehingga dia sudah malas untuk memanaskan makanan sendiri walhal cuma menggunakan microwave. Seperti juga pinggan mangkuk setelah dia makan, dia akan biarkan pinggan sesudah makan di meja makan dan cuma membasuh tangannya di singki.
Aku banyak kali mintak dia membawa pinggan makannya disingki alang – alang dia membasuh tangan. Tapi mungkin susah baginya kerana selepas kahwin sudah ada isteri dijadikan bibik untuk melakukan semua. Aku pada awalnya ikhlas membuat semua lagi – lagi aku tidak bekerja dan cuma seharian berada di rumah.
Tapi semua ini common sense. Basuhkan satu pinggan susah sangat ke, letak baju kotor dalam bakul, jangan buang sampah merata boleh buang dalam bakul sampah, tutup switch lampu dan kipas bila tidak digunakan. Suami bukan lagi budak, mungkin akan jadi bapak orang suatu hari nanti. Aku tak ingin anak aku menjadi seperti bapaknya nanti.
Suami bila balik di rumah mertua pun sama. Ibu mertua akan siapkan makanan dan mendobi pakaian untuknya. Ibu mertua sangat baik tapi sering dilayan sama dengan ayah mertua aku. Suami selalu cakap ibunya buat semua dan ayahnya selalu susahkan ibunya.
Suami aku melayan aku sama seperti mana ayahnya melayan ibunya. Dihari raya suami rela berkurung di rumah dari beraya di rumah orang. Kami ada beraya di rumah saud4ra aku tapi setelah makan suami mengajak aku terus pulang walhal aku sudah berjanji dengan saud4ra aku untuk menolong dia berkemas.
Suami suruh buat alasan dia ada kerja lain jadi aku terp4ksa menipu saud4ra aku. Sesudah pulang suami terus bermain game dan mebiarkan aku sendirian di ruang tamu. Aku lagi rela hidup seorang diri dari menguruskan anak ibu mertua aku. Aku penat mental dan fizikal. Aku tak mampu nak hidup lama dengan orang macam ni. – Leen (Bukan nama sebenar)
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.