Saya seorang isteri, bekerjaya, ada 7 orang anak, 2 cucu, pes4kit k4nser. 31 tahun kahwin dapat tahu suami curang..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Yang perempuan seorang janda yang saya anggap sebagai penyondol sebab dari mesej mesej dia, dia sememangnya cuba menggoda suami saya. Mereka berhubung dari 2021, saya pasang spyw4re..

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam Semua. Saya seorang anak yang menjaga Mak yang telah kem4tian suaminya iaitu Abah saya. Saya seorang kakak Sulong kepada 4 adik adik yang bermacam ragam. Saya juga seorang Isteri kepada seorang suami yang bekerja di luar negara. Seorang Ibu yang telah melahirkan 7 orang anak yang sihat dan cerdik dan pernah keguguran 3 kali.

Saya juga seorang T Consultant yang bekerja di sebuah syarik4t Oil & Gas di Kuala Lumpur. Seorang nenek yang mempunyai 2 cucu kembar yang comel dan sihat. Seorang Ibu mertua kepada seorang menantu yang sangat baik dan cantik dan membahagiakan anak pertama saya.

Saya juga bekas pes4kit k4nser yang berjaya meIawan peny4kit k4nser Ovari Tahap 3. Alhamdulillah. Saya masih mempunyai masih kesihatan lain di mana saya ada Slip Disc di T1 dan L5, kes4kitan yang hanya Allah tahu. Saya sentiasa mendapatkan suntikan ster0id setiap kali saya tidak dapat menahan kes4kitan.

Saya seorang anak – isteri – kakak – ibu – nenek – pekerja yang sentiasa cuba menyorokkan kes4kitan yang teramat hanya untuk membahagiakan semua yang di sekeliling saya. Saya ingin meluahkan sesuatu yang saya dah susah nak pendam sendiri.

Selalu saya hanya mengadu pada Allah tapi kali ni setelah 31 tahun bersama suami yang saya anggap seperti kawan baik dan suami yang sangat jujur rupa – rupanya curang dengan saya. Suami saya cuba untuk menafikannya tetapi saya dah ada bukti – bukti, rupa – rupanya suami saya berhubung dengan rakan lama belajar dia Universiti sejak 2021.

Mereka sentiasa berbual kosong yang pada mulanya saya anggap ‘oh tak pelah kawan kot’. Saya masih bersangka baik pada suami. Tetapi sem4kin lama saya biarkan sem4kin saya sedih bila membaca message message mereka (saya install spyw4re dalam hp suami saya tanpa dia sedari – bukan saya insecure tapi saya just nak protect diri saya if anything happen I can use the cheating and lies to survive with my kids).

Yang perempuan seorang janda yang saya anggap sebagai peyondol sebab dari tulisan tulisan beliau, beliau sememangnya cuba menggoda suami saya. Walaupun saya berkahwin dengan suami saya bukan atas dasar cinta tapi lebih kepada keadaan yang memaksa,

Tetapi kepercayaan dan peng0rbanan yang kami berdua telah lakukan untuk keluarga kami kedua belah pihak menyebabkan saya sayang dan jatuh cinta kepada suami saya, tapi saya tak pasti tentang perasaan beliau sehinggalah ke hari ini.

Apabila saya membaca mesej mesej beliau kepada Perempuan Penyondol itu saya dapat membuat kesimpulan yang suami tak bahagia dengan saya. Saya rasa dia hanya memendam perasaan disebabkan hormat pada Ibu beliau. Saya redha sebenarnya.

Saya hanya rasa sedih tapi saya mahukan suami saya berterus terang pada saya bukan dengan saya mendapat tau dengan cara “spyw4re”. Suami sangat sukar nak meluahkan saya fikir mungkin beliau rasa ego dan tidak mahu orang lihat beliau yang salah atau beliau sendiri rasa bingung dan celaru.

Sudah banyak kali saya cuba cara baik dengan meminta beliau berterus terang dengan saya tapi beliau asyik mengelak. Bila berbual tak pernah sekali beliau memandang muka dan mata saya. Saya sedar perubahan ketara ini setelah suami berpendapatan lebih tinggi dari saya.

Semasa beliau kerja di Malaysia saya yang lebih banyak mengeluarkan wang untuk nafkah keluarga dan saya tak berkira sebab saya memang selalu fikir rezeki ni Allah yang beri. Kita sebagai umatnya kena share dengan yang memerIukan. Pada para pembaca apa yang perlu saya buat.

PerIukah saya mengasingkan diri saya dari suami dan keluarga suami, agar suami sedar yang saya sangat sedih? Lagipun suami kerja di luar negara 6 bulan sekali baru pulang ke Malaysia. Saya ada Allah walau sedih macamanapun saya masih ada Allah. Tapi perlu ke saya terp4ksa menghadap suami yang menyedihkan hati saya ini setiap hari? Terima kasih. Saya akan terima komen semua dengan hati terbuka.

Nota : Selain masalah dengan suami. Saya juga ada masalah dengan adik beradik saya – bukan semua. Saya juga ada masalah dengan keluarag mertua. Alhamdulillah kerja dan anak anak menggembirakan saya. Menjaga ibu saya pun saya gembira.

Tidak pernah rasa terbeban tapi bila Suami dan juga yang saya anggap rakan baik saya lakukan saya seperti ini saya rasa amat sedih – adakah ini permainan Sy4itan? Allah sahaja yang Maha mengetahui isi hati setiap Makhluknya. – A72M (Bukan nama sebenar).

Komen Netizen :

Medina Hannan : Puan mampu hidup tanpa suami, kenapa nak simpan suami yang curang tu?? Ramai surirumah yang ingin lepas dari suami curang tapi terp4ksa stay sebab takde income sendiri. Bukan puan yang rosakkan masjid tu, imam tu sendiri yang rosakkan masjid dia.

Donna Karan : Bagi je dia kawen. Tapi u backup siap – siap dari segi financial bla bla bla. Benda ni lagi larang lagi hebat chenta tu. U jangan str3ss – str3ss. Get ready 2 perkara lepas dia kawen baru samada dia m4kin baik dengan u, or u akan kehilangan dia terus. Fikir banyak sampai s4kit pon hati depa bukan dalam genggaman kita. Serah kat Allah je semua. Kita tua dah. Hati perasaan jiwa kita kena jaga dulu. Good luck

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5163 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.