
Anak 2 orang, 11 tahun dan 6 tahun. Saya rasa tak ikhlas nak main dan layan anak sulung sebab dia slow, tak pandai nak bercakap. Tak macam anak kedua saya, sweet. Tadi anak sulung dating, saya tercakap, ‘nak apa??’..
#Foto sekadar hiasan / AI. Saya mak, anak dua. Umur 36 tahun. Anak umur 6 dan 11 tahun. Dua – duanya lelaki. Saya sedar tentang ilmu – ilmu parenting yang mengajar supaya tidak membezakan kasih sayang pada anak. Tapi saya nak minta pendapat. Macam mana nak ikhlaskan hati dan menyayangi seikhlasnya?
Masa anak sulung saya kecil, dialah satu – satunya yang saya peluk cium. Cuma anak sulung saya ni, dia bukan jenis touchy person, dia tak suka berborak banyak topik, tak fokus, nak berpeluk – peluk pun tak sangatlah. Walaupun dulu masa kecil.
Kadang – kadang kita baru nak mula berborak, peluk dia… dia dah nak blah. Per4ngai ni sampai sekarang. Saya pernah banyak kali ajak dia “dating”. Kami makan, lepak sama – sama. Tapi contohnya, lepas makan ais krim, dia terus muka restless, ajak balik, atau minta fon. P0tong mood saya. Tapi kalau saya dating dengan adik dia, kami makan, borak… macam real dating.
Saya faham setiap orang berbeza. Disebabkan dia anak saya, selain nak catch up feeling sayang kat dia, saya pun nak ajar dia cara terbaik untuk bergaul dengan betul. Contoh bergambar, bila saya ajak bergambar, dia buat muka buruk, kadang – kadang tak nak bagi kerjasama.
Bila kita surrender, for sure dia akan tanya, “Kenapa dia tak ada dalam gambar?” Bila anak kedua saya lahir, dia membesar dengan sangat sweet. Very gentlemen. Bayangkan, kami boleh borak banyak hal (cerita fantasi budak – budaklah). Dia aw4re dengan semua keperluan saya.
Saya ni jenis silau, dia boleh tolong tutupkan mata saya, “Mama silau kan?” Bila si adik ni lepak ruang tamu dengan abangnya, layan TV, dia akan kerap datang bilik saya just to catch up with me. Borak – borak tentang satu dua topik… peluk – peluk, kiss – kiss.
Saya cakap yang adik ni sweet, kan? Dia selalu puji saya, “Cantik mama hari ni.” Tanya saya tidur lena ke tak? Bila kami nak keluar, dia akan atur selipar saya cantik – cantik menghadap saya, supaya senang nak sarung. Sweet dia kalah suami saya. Haha…
Masalahnya, bila mereka berdua, bila adiknya datang bilik untuk catch up, abang dia akan ikut sekali. Tapi kalau adik dia tak datang, tak ada pun dia nak datang dekat saya. Saya tulis ni selepas saya terkeluar ayat, “Nak apa?” Dia follow adik dia datang bilik saya, baru sampai muka pintu, saya dah tertanya soalan tu.
Maaf, saya tak sengaja. Selepas segala struggle saya lalui, akhirnya terkeluar ayat tu tanpa sempat fikir. Saya nampak dia senyum dan cakap, “Tak ada…” Then pusing balik ke ruang tamu. Ya Allah, sumpah hati saya s4kit bila saya s4kitkan hati dia, bila dia senyum dan berlalu.
Maaf cakap, saya cuba sangat – sangat untuk layan kedua – duanya sama, walau kadang – kadang saya rasa tak ikhlas. Saya sendiri sengsara bila saya tak mampu layan dua – duanya sama, walau hanya dalam hati. Bila saya nampak abangnya datang, saya tarik nafas panjang, sorok muka yang saya “buat muka” tadi, dah senyum untuk ambil mood layan abangnya.
Saya peluk abang, belai rambut dia, borak sikit – sikit, geletek, cium dia… saya buat semua tu. Saya dengar betapa ikhlasnya dia ketawa bergurau dengan saya. Tapi saya benci bila saya rasa saya tak ikhlas. By the way, yes… anak sulung saya ni agak slow berbanding adik dia. Adik dia selalu datang dengan macam – macam cerita untuk catch up.
Tapi dia, setiap kali datang dengan skill yang sama. Dia akan bergurau kononnya zombi yang nak menggigit… Gurauan yang sama, buatkan saya rasa menyampah dan bosan, malah dah tak ada spark. Benda ni buatkan saya menolak untuk tambah anak.
Saya cakap pada suami, saya tak mampu nak bahagi kasih sayang saya banyak – banyak. Saya takut. Don’t get me wrong, saya tunaikan semua kewajipan saya pada anak sulung. Cuma bab hati ni, saya takut. Saya risau andai dia besar sikit, dia sedar saya tak sayang dia. Tapi saya sayang dia. Bukan benci, bukan tak sayang.
Saya faham, saya bertuah sebab anak lelaki umur 11 tahun masih nak berpeluk dengan saya. Tapi… macam mana nak ikhlas, nak happy? Adakah faktor masa? Perlu ke saya cakap dengan dia, jangan datang masa adik dia datang? Sebab saya tak boleh fokus, kasih sayang saya pun tak cukup tangan nak dibahagi? Korang, boleh bagi pendapat? – Rani (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Cik Ros : Kesian anak tu. Mesti sentiasa rasa tersisih. Ada ke pula nak beritahu si anak jangan datang sekali dengan adik dia kat ibu kandung sendiri? Maaf cakap, aku rasa s4kit hati sangat baca ibu yang ada per4ngai pilih kasih malah tak ikhlas sayang anak sendiri. Apa benda yang susah sangatnya.
Dah dua – dua datang. Layan la sama rata. Buat benda yang sama kat si abang apa yang dibuat pada si adik. Contoh, peluk si adik dan cium dia. Ha pastu turn si abang pula walaupun dia kayu pun. Buat gilir – gilir benda yang sama. Pasal layanan anak kat diri kau memang la tak boleh nak sama sebab dua manusia yang berbeza karakter.
Tapi layanan seorang ibu boleh je nak buat yang sama kat semua anak. Dah lahir pun dari rahim kau. Soal hati ikhlas ke tak letak tepi. Dah anak kau kan. Bukan budak tu tau pun kau tak ikhlas. Jangan sampai Allah ambik anak sulung kau barulah nak rasa ikhlas dan sayang.
Masa tu menyesal dah tak berguna. Yela dia ada pun bukan kau ikhlas pun. Kau belek je la sorang anak je. Dah itu je kau mampu dan ikhlas sepenuh hati. Ingat, anak tak minta dilahirkan. Dan dia tak ada pilihan pun nak pilih ibu yang sayang dia sepenuhnya. Kau yang nak beranak dan ada anak masa dah kawin. So itu amanah dan tanggungjawab. Anak slow ke apa ke bukan alasan.
Nurul Wahidah Gooners : Ingatlah…. yang sulung tu yang mengajar awak menjadi ibu. Yang sulung tu yang awak excited awal – awal masa mengandung. Dia dah 11 tahun, dah nak baligh, malu mungkin. Anak sulung saya baru 6 tahun. Memang sweet keje nak menempel je. Masalahnya saya jenis nak ada personal space.
Dia memang jenis nak dekat betul – betul dekat menyendeng. Adik dia baru nak masuk 2 tahun. Tapi perempuan. Sweet pun sweet jugak tapi dia tak banyak menempel. Selalu saya doa dan tengok gambar yang sulung masa kecik – kecik dan ingatkan diri saya yang dia tak sentiasa besar ni.
Nanti dah besar those hugs and kisses will stop. Dia akan masuk alam remaja yang akan mula buat hal sendiri. Saya rasa anak sulung awak pun dah start masuk alam remaja. Cuba cari apa yang dia suka. Lepas tu mungkin dia rasa jealous dengan adik dia kot. Dia nak bemesra dengan awak tapi dia tak pandai, jadi dia guna adik untuk cuba approach awak.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.