Suami baru dapat rumah sewa, saya dah plan nak hias cantik-cantik. Mak mertua sibuk nak beli, hadiahkan macam-macam. Tak kena taste!

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku tak suka pinggan plastik, aku geram tengok kuning tu. Aku str3ss. Aku suka pinggan kaca. Tapi mak mertua suka hati je pilih barang barang rumah ikut pilihan dia. Mentanglah dia yang nak belanja..

#Foto sekadar hiasan / AI. Aku Hana, mommy anak sorang, menghampiri usia 30. A housewife, dah resign sejak aku lahirkan si comel yang cantik tu. Currently pjj dengan husband jarak 1 jam sebab kekangan masing – masing. Luckily, bulan depan aku akan balik tinggal dengan husband. Kami dah dapat rumah untuk tinggal sama – sama.

Alhamdulillah excitednya aku nak tinggal sendiri walaupun sekadar menyewa. Aku dah bayang nak deko – deko ikut citarasa aku dan suami. Aku dah bentangkan kat laki aku, deko yang macam mana yang aku nak. Dia iyakan segalanya. Aku jenis tak suka barang campur campur w4rna, aku str3ss.

Aku tak suka pinggan plastik, aku geram tengok kuning tu. Aku suka pinggan kaca. Aku akan mix and match segalanya ikut kesesuaian. Aku dah tak sabar nak ajak husband aku shopping barang kat eco dan ninso. Part sini aku mula rasa tak syok. Laki aku sikit – sikit ajak mak mertua shopping.

Mula – mula aku okay, aku seronok sebab mak mertua raikan kami. Tapi aku start rasa tak syok bila dia memandai decide ambil barang barang rumah tanpa tanya pendapat aku dengan alasan “ambil la yang ni, umi bayar”. Aku rasa macam impian deko aku macam punah.

Aku sabar, sebab aku surirumah, aku tak ada duit, aku rasa macam aku tak ada hak bersuara. Semalam, aku balik rumah mak mertua. Bangun pagi tu aku ajak laki aku keluar makan sekali beli barang rumah. Tiba – tiba laki aku ajak mak mertua aku.

Aku angin la, aku merajuk sikit dengan suami aku, tanpa tanya aku apa apa terus buat keputusan macam tu. Aku cakap dengan dia “kenapa setiap kali keluar kena bawa umi, tak boleh ke kita keluar 3 beranak je”, laki aku diam. Dia nak cancel dengan umi dia.

Aku cakap “takpela takyah keluar, saya masak”. Aku dah hilang mood untuk family time. Aku terus mandikan anak dan bagi dia sarapan.  Masa sarapan tu aku cakap, “Nanti anak dah umur setahun, saya nak keluar bekerja ya. Saya nak capai cita cita saya. Saya tak ada duit nak beli apa yang saya teringin, waima benda RM2.60, saya kena ikut semua cakap orang”.

Laki aku start marah lepas aku cakap semua tu. Cara dia nak hilangkan marah, dia pergi mengemas. Tapi dia mula baIing barang ke atas katil. Start dari situ kami mula g4duh besar. Segala yang aku pendam tentang hal lain sebelum ni semua aku luahkan.

Aku rasa aku lost sampai aku t4mpar dan tvmbuk laki aku. Aku terlalu marah. Aku tanya laki aku “apa awak nak dari saya??” dia cakap, “hormat dia”. Aku geram, selama ni aku hormat dia cuma aku hilang kawalan lepas aku marah. Lepas g4duh aku mula diam, walaupun dia dah minta maaf tapi aku mula diam.

Aku nak pujuk hati aku untuk berdamai dengan takdir. Aku cakap dengan laki aku “saya kena buang perasaan cinta dan sayang saya terhadap awak supaya saya tak akan merajuk atau ada apa perasaan tak puas hati terhadap awak dan umi awak.

Saya kena buang perasaan ni supaya saya ada hormat dekat awak, biar saya jalankan tanggungjawab saja. Saya kena buang perasaan ni supaya saya tak iri hati untuk dapatkan hak saya sebagai isteri”. Hari ni aku dah balik ke rumah parent aku since aku tinggal dengan parent aku sebelum ni.

Aku nampak kad ucapan masa wedding kami. Tengok nama suami aku tertera kat situ, badan aku mula gigil. Aku rasa benci dengan sikap suami aku. Aku padam semua gambar kami di media sosiaI. Aku tukarkan semua gambar wallpaper kepada main theme.

Aku rasa benci tengok suami aku. Macam budak – budak kan aku? Entahlah, sebab tu aku tanya. Negatif sangat ke apa yang aku fikir? Tolong fahamkan aku jika aku salah. Tolong aku berdamai dengan takdir. – Hana (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Nuha Nuha : Awak ni tak matang. Nak kawen ni dik kena ada fikiran give n take. Tak semua yang awak rancang awak akan dapatkan. Respect each other.. amik ja barang mak mertua awak bagi. Tak mau guna simpan.. simple kan. Nanti ajak la pergi beli bila dah duk sekali.

Asyik dengan per4ngai mengada – ngada awak.. sampai bila pun tak bahagia. Nak tegur suami guna psikologi.. kena tau masa yang betul, ayat yang betul, mood yang betul. Kalau ada per4ngai budak – budak tak matang camni tak payah kawen. Kesian kat lelaki .. terani4ya depa.

Nur Savannah : Dik, suami penat keje cari rezeki, awak plan itu ini untuk rumah baru. Awak tau ke dalam otak dia yang penat tu nak fikir yang awak plan itu ini tu semua pakai duit dia. Ingat, rumah pertama walaupun sewa. Apepun ada kan yang penting dulu.

Nak deco mesti ade bajet. Umi suh amik dia nak bayar kira untung la mertua beli. Orang lain mertua tak peduli pun dik. Kurang skit demanding dengan cerewet awak tu. Akak baca pun rimas. Pasal tak dapat barang 2.60 pun tak cinta sayang dah suami sendiri. Jangan sampai suami pergi keje balik terus dijemput Ilahi. Bila dah mula keja nanti jangan lupa diri bila dah ade duit sendiri. Bila dok umah sewa sendiri, baru tau susah senang. Selamat berdikari.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.