
Bekas isteri suami selalu gunakan anak – anak. Sibuk je nak join bila kami makan kat luar, p0tong mood betul aku penat – penat balik kerja.Tau – tau je dah sampai kedai! Aku tengah menahan sabar je, baru ni..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum. Aku, Farhana, bukan nama sebenar, si bujang yang telah berkahwin dengan duda anak 3. Aku nak taip ni banyak, tapi aku ringkaskan dengan cerita yang aku nak tanya pendapat korang semua, macam mana cara yang betul nak handle janda tak faham bahasa ni.
Aku kahwin dengan suami aku selepas diorang cerai (maksudnya aku bukan penyondol ya). Dan penceraian mereka ni Janda yang minta cerai dan banyak sumber yang kata dia kantoi curang. Lantak kat situ, aku malas nak ambik tahu banyak pasal hal suami aku yang lepas.
Cuma sekarangnya, dia masih belum kahwin dan peranan dia ni dah macam langau.. Annoying sebab masih tergedik dan terhegeh dekat suami aku. Kadang – kadang aku geram, sebab aku tahu husband aku ni memang penyayang orangnya tambah lagi kalau hal anak – anak.
Si Janda ni memang tahu kelemahan suami aku ni jadi banyak benda yang dia idam – idamkan nak buat bersama, disampaikan melalui anak atau guna alasan anak. Antaranya:
1. Pernah dia gunakan anak – anak untuk sibuk ja nak join bila kami nak makan kat luar, p0tong mood betul aku penat – penat balik keje, tiba – tiba si anak cakap nak ajak mama, yang abinya dah serba salah, terus jawab, tanya ummi. Aku yang tengah beng4ng, terus buat tak tau ja dengan soalan anak, tau – tau je dah sampai kedai.
2. Dia gunakan anak suruh anak – anak cakap nak pergi lost world of tambun dengan mama, abi dan ummi. Mula aku dengar dari mulut anak, aku biarkan ja sebab aku harap abinya boleh jelaskan bagi anak faham, tup – tup 1 hari tu lepas subuh, abinya tanya aku, terus naik angin aku.
Aku kata patutnya dia tu sebagai mak bapak bolehlah explain elok – elok dekat anak, ada benda boleh terima, ada benda tak boleh. Bagi aku, kalau nak berjalan sekali, memang aku tak nak, sebabnya dia belum berkahwin. Nanti kang tak pasal – pasal orang yang tak tahu dan kenal diorang, kata aku penyondol atau madu dia. Sorry sikit.. Ada batas – batas yang aku jaga. Jangan nak cross the limit.
3. Weh baru – baru ni aku menahan sabar weh tengah bulan puasa, tetiba dia mesej kata ajak bergambar sekali gambar raya kat studio dengan anak – anak sekali dengan suami. Atas alasan katanya nanti cikgu sekolah akan minta untuk aktiviti. Aku tengah sibuk kat dapur mertua masa tu, bersabar supaya tak emosi.
Dalam hati memang menyumpah wei… Tapi aku rujuk ustaz juga. Adakah ustaz setuju dengan apa yang aku rasa. Ustaz setuju dan ustaz cakap memang patut elak sebab tak nak jatuh fitnah. Satu sebab dia tak kahwin lagi, nanti cakap saya penyondol atau madu dia plak..
Cuma saya reply dekat dia cakap maaf tak dapat komit dan hal aktiviti sekolah tu saya cakap, saya pasti cikgu – cikgu sekolah dah tahu yang korang dah bercerai, dan kami akan bergambar juga masa raya nanti untuk family photo. Dia boleh proceed je dengan anak – anak.
Wei korang.. Aku tak tau la dia ni spesis yang terlalu open ka apa tapi memang pada aku, tak semua benda aku boleh terima bulat – bulat kalau guna alasan anak. Ye, aku kesian tengok anak – anak yang terp4ksa hadap kesan cerai mak ayah, tapi tak boleh juga nak Ianggar ja semua, sebab kita ada agama.
Ada benda yang kita buat boleh jatuh fitnah dan saya pun ada perasaan. Tak selamanya saya boleh telan ja. Korang komen sikit macam mana cara nak handle orang macam ni. Jenis kadang – kadang aku rasa muka tebal dan tak malu pun ada..
Aku ni da selalu makan hati sampai da start makan ubat d4rah tinggi, s4kit macam – macam, plus baru ni aku keguguran. Aku rasa letih dan penat nak hadap. Kadang – kadang dia ni main psyco. Untuk sekarang, aku selalu doa semoga suami aku kuat dan jodoh kami panjang.. Aamiin.. Tolong la share dengan aku macam mana nak handle Janda macam ni dan kalau dia ada baca, tolong la faham, jangan ganggu hidup kami. – Farhana (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Leo Grip : Suami tu tunggul ke? Macam tak main peranan je. Nampak macam janda tu nak try lagi. So suami kenapa bagi ruang dengan alasan anak? Tak boleh cakap tak ke? Tak boleh bagi alasan ke? Dia memang ibu anak – anak tu tapi dah takde kaitan lagi pasal hubungan. Tak perlu nak gambar studio, luang masa semua tu. Amendelah…
Suria Garden : 1. Nyatakan boundary dengan jelas, do and dont to ur husband and children. Tell them why. Ajak ustaz to sebagai mediator. 2. Jumpa dia dan husband and repeat the same thing. Tegaskan, lepas ni awak akan adukan ke pejabat agama atas dasar ganggu rumah tangga orang. Masa ni baca ayat 18 surah Al Baqarah.
3. Amalkan ayat pendinding diri. Pasang ayat rukyah kat umah sentiasa. Jangan amik apa bentuk makanan baik untuk husband dan sendiri. 4. Tahajud doa untuk korang sekeluarga dilindungi dan agar dijauhi dari kejahatan manusia.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.