
Masa mak ayah aku berduit, pandai suami aku nak duit dorang. Suami marah bila aku tak ambik duit pemberian mak ayah aku. Sekarang bila ayah aku s4kit, macam ni dia cakap..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum, sekadar nak luah… Aku sebenarnya agak terasa hati dengan sikap suami. Salah ke aku kalau nak balik kampung tengok keluarga sendiri? Kadang – kadang aku tertanya – tanya kenapa bila kita dah digelar seorang isteri, suami nak pertikai kalau isteri nak balik kampung tengok mak ayah.
Baru – baru ni adik beradik aku berg4duh, A dan B. Mak aku cerita dekat aku… Diorang berg4duh sebab kend3raan. Yang A nak pergi kerja dah lambat, yang B pula ada hal dekat luar. Hanya satu motor je yang kami ada. Jadi hari tu motor ada masalah tak boleh hidup.
Yang B ni pergi lah baiki. Yang A ni pula minta B hantar dia kerja, tapi B tolak sebab katanya ada hal. Jadi lah pert3ngkaran antara A dan B. Lepas tu mak tegur lah. Terus dari situ diorang tak tegur mak. Selang beberapa hari, ayah aku s4kit. Ayah aku tu ada k4nser, kerap sangat s4kit. Masa tu kena tahan wad.
A dan B masing – masing tak nak bantu, sebab masing – masing sibuk dengan urusan sendiri. Masing – masing keras kepala. Jadi aku kononnya nak balik lah tengok keadaan ayah aku. Tiba – tiba suami marah aku. Dia cakap dia tak faham lah dengan per4ngai aku ni, sikit – sikit balik kampung.
Dia bukannya tak tahu yang ayah aku s4kit, dia juga bukannya tak tahu per4ngai adik – adik aku dari sebelum kahwin lagi. Tapi suami aku cakap itu bukan tanggungjawab aku. Sepatutnya yang urus semua tu adik – adik aku yang ada dekat rumah tu. Tanggungjawab aku sekarang terhadap suami dan anak – anak.
Aku cakap dengan suami, diorang bukan peduli pun. Mak ayah aku sendiri pun tahu per4ngai diorang macam mana. Terus suami cakap, lantak lah nak jadi apa pun, itu salah diorang. Aku dah tak ada apa – apa lagi. Terus mengalir air mata aku. Tergamak dia cakap macam tu. Masa orang tu ada duit, pandai pula dia nak duit tu.
Kadang – kadang aku tolak duit dari mak ayah aku, dia sanggup berg4duh, tak tegur aku sebab aku tolak duit dari mak ayah aku. Tapi bila orang tu s4kit macam ni, layanan dia macam tu. Dia cakap dengan aku bukan nada biasa, dia tinggikan suara macam nak berg4duh. Sedangkan aku ni cuma nak tengok mak ayah aku je.
Aku kerap balik sebab ayah aku s4kit. Dalam tiga minggu adalah empat lima kali balik. Tu pun bukannya tidur pun dekat rumah family, aku balik hari je. Aku ada beli kend3raan terpakai, niat aku nak belajar bawa kereta. Dan nanti aku dapat duit lagi dari kerja lama aku yang tertunggak, ingat nak buat lah lesen dengan duit tu.
Tapi tu lah, suami aku guna. Kereta tu aku tak tahu ke mana, nak kata jual tak ada pula duit dia masa tu. Dia pun tak nak cerita dekat aku. Aku tak kisah pun dia nak guna kereta tu. Masa aku dapat duit dari kerja lama, tiba – tiba suami pula kena buang kerja sebab bos tak mampu bayar pekerja.
Jadi nak tak nak, aku terp4ksa guna duit tu. Suami aku janji dekat aku, dia akan bantu aku ambil lesen. Tak lama lepas tu suami dapat kerja gaji dua ribu lima ratus. Tak ada pun dia tunaikan janji dia. Bila aku tanya, dia marah aku. Dia cakap aku ni tak reti sabar. Dia dah mula ungkit banyak tanggungjawab itu ini.
Aku masa tu nak kerja, dia tak bagi sebab anak – anak tak ada siapa nak jaga. Cari pengasuh nanti guna duit dia pula. Tak lama lepas tu aku dapat tahu dia nak bantu adik dia buat lesen. Tak tahu lah guna duit dia atau duit adik dia. Tapi masa tu aku agak terkilan lah.
Masa tu dia janji lagi, dia cakap kali ni gaji dia dia akan hantar aku ke pusat memandu. Tapi tak ada pun, dah berapa tahun tak ada pun. Sekarang aku dapat tahu dia ada ambil lesen lori pula. Tapi tak ada pun dia bawa lori, dan berapa bulan aku perhatikan, tak ada pula dia bawa.
Aku juga pernah cakap dengan dia yang aku nak jual kereta yang suami pakai ni. Tak ada guna aku beli tapi aku tak boleh pakai, tak boleh buat lesen. Aku nak jual dan duit tu nak ambil lesen. Terus dia marah aku. Dan dia cakap, “Kereta ni nama awak je, tapi hak saya.” Tapi betul apa yang aku nampak.
Sejak dia pakai kereta tu, dia buat macam harta dia. Kalau aku nak letak barang aku, dia marah. Ada peraturan sebelum nak masuk kereta. Dan kereta tu pun dia dah ubah macam – macam tanpa aku tahu. Aku dapat tahu pun bila aku dah masuk dalam kereta.
Nampak buruk sangat – sangat, tebuk sana sini. Aku tegur, dia naik angin. Aku tak kisah pun dia nak guna kereta tu, tapi jangan lah buat aku macam ni. Sejak aku beli kereta tu, tak dapat aku rasa. Aku rasa mungkin sebab tu dia tak bagi aku ambil lesen. Dia takut aku akan ambil kereta tu dari dia. Aku balik kampung pun naik bas je, dukung anak – anak yang masih kecil.
Komen Netizen :
Norlaila Yusof : Sebagai isteri, tak perlu nak jadi hero dalam family sendiri bila dah kahwin. Bertenang dengan kehidupan sendiri. Biar adik beradik belajar dari pengalaman mereka. Mereka dah besar. Jangan sesakkn fikiran dengan masalah yang kita tak boleh selesaikn. Bukan budak – budak tadika lagi.
Balik sebulan sekali pun dah terlalu kerap. Saya balik kampung 2 kali setahun! Sebab? Pentingkn suami dan anak – anak kerana Allah SWT. Tentang suami, tak perlu berteriak menjerit bertekak berg4duh. Buat jer apa yang kita nak buat. Nak belajar ambil lesen, jika perlu jual kereta, jual jer. Hak kita. Tak perlu tanya suami. Maklumkn jer.
Duit isteri, suami tak ada hak. Duit suami, duit kita. Jika suami nk tolong adik beradik dia, syukur. Nanti, rezeki lain yang Allah SWT berikn utk kita. Sentiasa menghorm4ti suami. Berkhidmat untuk suami sebaik mungkin. Pahala yang kita dapat atas kebaikan yang kita lakukn akan dibalas Allah SWT.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.