Kena kahwin p4ksa, bila aku mengandung suami suruh gugurkan. Sekali kantoi suami masih simpan gambar dan mesej bekas tunang

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Lepas ada anak, memang jelas suami tak nak anak. Dia langsung tak nak belajar jaga anak. Dia anggap anak ni beban. Bila anak sulung lahir, akulah yang jaga semua. Dia cuma beli pampers. Pakaian pun orang sedekah.

#Foto sekadar hiasan / AI. Orang lain minta upah semua RM100 ke atas. Orang kampung tak mampu. Tapi dengan Kak Wani, dia langsung tak minta upah. Assalamualaikum. Aku sekadar nak luah. Aku sebenarnya agak kecewa hidup berumahtangga ni.

Kalau ikutkan aku, memang dari dulu aku tak nak pun kahwin. Tapi aku diani4ya oleh orang yang aku anggap sahabat dari sekolah. Rupanya dalam diam – diam dia tik4m aku dari belakang. Sebelum kahwin, hidup aku memang sendiri. Keluarga aku pun tak berapa suka dengan aku.

Buat apa pun tetap dipandang h1na. Aku berhenti sekolah dan terus kerja. Buat dua kerja, tak ada masa makan atau mandi sebab nak bantu keluarga. Tapi tak ada siapa pun yang nampak usaha aku. Aku memang jarang bergaul dengan orang. Hanya kawan – kawan di sekolah je, itu pun perempuan. Sebab aku takut dengan lelaki.

Kesucian aku hampir dir4gut berkali – kali, tapi tak pernah jadi sebab aku sempat lari. Disebabkan kejadian tu, aku jadi sangat tr4uma. Aku takut dengan semua lelaki. Ayah, atuk, adik beradik lelaki, aku tak pernah duduk sekali dengan mereka.

Nak berbual pun aku jauhkan diri. Kalau mereka ajak teman pun aku tolak. Memang aku buat hal aku je. Aku tak pernah cerita apa yang jadi dekat diri aku. Aku balik kerja, makan, tidur. Kadang – kadang tak sempat makan pun, terus tidur sebab penat.

Bila aku dip4ksa kahwin, awal – awal tu memang tak selesa sebab aku tak cinta pun dekat dia. Tapi dia dah jadi suami aku, jadi aku cuba belajar semua benda. Mula – mula perkahwinan tu nampak indah. Bila aku dapat tahu aku mengandung anak sulung, aku sorang je yang happy sangat. Tapi suami aku tak boleh terima.

Dia marah aku sebab aku mengandung. Dia cakap dia belum bersedia nak jadi bapa, belum bersedia nak ada anak. Dia usaha nak gugurkan kandungan, tapi aku bertahan demi anak sulung. Masa tu kantoi suami aku masih simpan gambar bekas tunang dia. Chat lama pun masih ada.

Semua dia simpan. Bila aku padam diam – diam, dia marah aku dan m4ki aku. Lepas ada anak, suami aku mula berubah. Memang jelas dia tak nak anak. Dia langsung tak nak belajar jaga anak. Dia anggap anak ni beban dalam hidup dia. Bila anak sulung lahir, akulah yang jaga semua.

Dia cuma beli pampers. Pakaian pun orang sedekah. Yang lain semua aku urus seorang diri. Bila anak sulung dah besar sikit dan mula faham, barulah dia konon – konon nak rasa sayang. Masa tu baru dia nak jadi “bapa yang jaga anak”. Tak lama lepas tu aku mengandung anak kedua. Dia terus marah – marah.

Dia cakap aku ambil perancang jenis cucuk untuk elak mengandung, tapi mengandung juga. Sampai sanggup suruh aku cari hospitaI swasta untuk ik4t atau buang rahim. Tapi aku malas nak layan. Aku pernah jatuh dalam bilik air masa mengandung anak kedua. Dia tak hirau pun.

Dari tengah hari aku jatuh, Maghrib baru dia balik. Itu pun waktu biasa dia balik kerja. Balik rumah, dia langsung tak rasa serba salah. Nasib baik tak ada apa – apa jadi. Maghrib tu baru aku pergi hospitaI sebab risau jadi apa – apa. Alhamdulillah, Allah jaga kandungan aku.

Sampailah sekarang anak – anak dah umur empat tahun dan dua tahun. Anak kedua ni dia memang tak berapa suka. Sampai sekarang. Sebab anak kedua ni terlalu aktif dan sangat manja dengan ayah dia, walaupun ayah dia tak suka. Suami aku rimas bila anak tu asyik nak berkepit dan nak berdukung je.

Dia jadi rimas dan tertekan. Kadang – kadang dia m4ki, dia tengking, dia pukuI anak tu. Aku memang tak pernah diam. Aku akan marah balik. Aku dah banyak kali cakap, kalau dia tak suka anak, bermakna dia pun tak suka aku. Aku rela dia lepaskan aku dan aku akan bawa anak – anak. Tapi dia tak nak.

Dia pilih kasih. Dia lebihkan yang sulung. Tapi kadang – kadang anak sulung pun dia marah juga. Cuma jarang. Selalunya anak kedua yang selalu kena. Aku dah banyak kali minta dia lepaskan aku. Aku pernah pergi pejabat agama, tapi kes aku tak jalan. Pegawai pun macam tak nak bantu.

Diorang suruh bincang elok – elok. Itu je alasan mereka. Siap salahkan aku sebab pergi pejabat agama tanpa izin suami. Katanya itu salah, dan suami boleh ambil tindakan. Semua jadi tak kena. Sampai satu tahap aku dah putus asa. Kalau aku minta izin, memang dia takkan bagi.

Aku pernah dengar dia cakap, kalau satu hari jadi juga perceraian, dia nak ambil anak sulung dan aku ambil anak kedua. Aku tahu dia memang takkan jaga pun anak tu. Dia akan letak anak dekat mak dia. Memang aku betul – betul kecewa.

Perasaan aku h4ncur. Aku penat pendam sendiri. Kalau cerita dekat keluarga, belum tentu mereka nak dengar. Aku dah mula hilang perasaan dekat suami. Nanti aku akan berjauhan dengan dia sebab aku nak kerja. Aku akan bawa anak – anak.

Dia langsung tak ada perasaan pun. Malah dia lagi galakkan aku kerja. Aku kerja pun sebab dia yang suruh. Aku tak tahu kalau dia ada perempuan lain. Sebab sebelum ni pernah kantoi dan aku maafkan. Tapi kali ni aku tak tahu. Sebab dia selalu sibuk dengan telefon. Tidur pun dah asing.

Hubungan suami isteri pun m4kin kurang. Kalau bersama pun macam terpa4ksa. Kena cakap banyak kali baru dia mengalah. Itu pun mulut bising, jenis tak ikhlas. Walaupun kami ni masih muda, awal 20-an, aku dari awal pun rasa serba salah nak tinggalkan dia sebab nak kerja. Tapi bila tengok sikap dia macam tu, dalam hati aku cakap, cepat – cepatlah tinggalkan dia. Aku dah tak sanggup nak hadap. Bukan niat aku nak berd0sa, cuma hati ni s4kit sangat.

Komen Netizen :

Anonymous member 535 : Macam tu lah dik hidup. Bagi aku yang berpengalaman hidup berkahwin berbelas tahun, selagi nafkah diberi, bukan kaki pukuI, tak malas kerja, laluilah dik. Kalau tak, pahala besar dari sabar dengan ujian. Dari mana lagi kita nak dapat pahala tu kalau hidup tak diuji. Semoga dipermudahkan urusan awak dan anak – anak. Akak dah menyerah lepas 16 tahun. Tapi hidup ni tak berhenti dekat sini je. Panjang lagi masalah selagi tak tutup mata.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.