
Mak ada habit suka menunjuk. Dia suka post status, post dekat sosiaI media. Nak makan luar, pergi tempat viral. Tunjuk kemesraan mak ayah macam happy family padahal belakang orang macam nak runtuh.
#Foto sekadar hiasan / AI. Kami 3 beradik. 2 perempuan 1 lelaki. Yang perempuan semua dah bekerja. Yang bongsu masih sekolah tapi selalu buat part time untuk cari duit lebih. Kami bertiga makan hati dengan mak sendiri. Yang bongsu dia saja yang masih tinggal dengan mak tapi sekarang dia banyak duduk rumah makcik daripada rumah sendiri. Sebab mak suka bising. Membebel dari bukak mata sampai tutup mata.
Kalau balik semua mesti kena tambah – tambah kalau dia berg4duh dengan ayah. Ayah pun jarang balik rumah selalu pergi melepak dengan kawan sebab mak bising. Kalau berg4duh macam – macam ayat nanti mak cakap sehinggakan mencarut.
Selalunya saya dan adik no 2 jadi tempat dia meluahkan perasaan. Panjang – panjang nanti dia akan whatapps bagitau. Kami 2 selalu tersepit. Takkanlah kami nak burukkan ayah sendiri semata nak jaga hati mak? Ayah kami baik, dia jaranglah nak bising atau mengadu ke apa.
Semua dia pendam sendiri saja tapi selalunya kalau kami balik, dia balik rumah. Bila kami tak dak dia cuba untuk elak duduk dengan mak. Mak jangan cakaplah, sampai jiran, keluarga, saud4ra mara semua dia ceritakan aib ayah. Pernah sekali berg4duh besar sebab mak pergi mengadu dengan nenek (mak ayah) pasal ayah.
Sampaikan petik nama datuk yang dah meninggaI cakap anak tak gunalah. Tak sayang keluargalah. Tak kisah pasal keluarga macam – macam la. Lagi 1 mak ada habit suka menunjuk. Dia suka post status, post dekat sosiaI media. Nak makan luar, pergi tempat viral. Tunjuk kemesraan mak ayah macam happy family padahal belakang orang macam nak runtuh.
Dia demand nak pergi sana nak pergi sini semua tapi yang keluar belanja mestilah kami anak – anak. Bila kami cakap duit nak simpan ke duit dah kurang ke nanti dia akan bising cakap duit gaji banyak – banyak pun tak cukup. Apa kami buat pakai guna untuk apa? Kenapa membazir dan macam – macam lagi. Padahal itu duit kami?
Dengan saya dia jarang meminta sebab saya dah berkahwin lagi satu mungkin sebab saya tegas. Saya jarang ikut kemahuan dia. Kami pernah berg4duh sampaikan saya tak balik setahun termasuk hari raya. Ayahlah yang call nangis – nangis cakap jangan buang keluarga, maafkan mak semua.
Kenapa saya terasa sampai tak balik sebab mak marah saya bawa anak makcik saya pergi makan dan tak bawak adik bongsu. Saya tegur sembang dia buat muka masam lepastu saya tanya dia mula cakap saya teruk, berkira dengan d4rah daging, hati busuk jahat sampaikan saya Iawan dia sebab kami keluar makan untuk bincang soal kerja. Setakat pergi mamak saja bukan pergi hotel 5 star.
Time tu saya pregnant kami berg4duh mulut sampai last sekali mak saya tvmbuk muka saya sebab saya kurang ajar. Terus suami ajak balik. Selepas itu mungkin ayah ada tegur mak, dia dah mula slowdown dengan saya. Tapi adik no 2 tak, dia demand macam – macam sebab adik no 2 tu lembut sikit. Dia ikutkan saja apa mak nak.
Tapi adalah dia mengadu dekat saya. Kalau tegur mak nanti dia akan tarik muka masam mulalah drama cakap kami teruklah. Duit yang kami bagi belum cukup lagi nak bayar susu badan yang dia bagi, segala duit yang dia habiskan sewaktu membesarkan kami.
Yang bongsu tu dia belum ada akaun bank jadi kadang – kadang duit part time dia akan masuk dalam akaun bank mak. Adik bongsu nak minta duit sendiri pun macam – macam soalan dia tanya. Pernah sekali adik bongsu nak datang tidur rumah saya sebab mak cakap adik bongsu makan banyak, habiskan duit lepas ni dia takmau tanggung dah adik.
Menangis – nangis adik dalam kereta. Padahal duit dia semua mak pegang. Dia mintak untuk minyak motor dengan duit topup saja. Mak dia kisahkan sangat pandangan dengan mulut orang. Jadi dia suka control. Kalau nak keluar pergi makan ka apa dia akan tetapkan dress code semua wajib ikut kalau ada yang tak ikut memang tak tenanglah sepanjang masa makan sebab dia akan buat muka siap pakej perli, h1na, cerca semua.
Kalau saya post gambar bercuti keluarga saya dia mulalah. Kenapa tak ajak mak? Mak pun nak pergi berjalan. Bosan duduk rumah. Selalu pergi mana – mana tak bawak mak. Boleh nak bawak tapi kenapa tak bawak? Sebab dia demand. Kalau pergi sini nanti kena singgah sini sebab nak try tempat viral.
Bayangkan pergi KL jenguk saud4ra tuptup dia bagitau plan dia, lepastu kena pergi Pahang kemudian pergi Melaka turun singgah Cameron Highlands. Semua demi mak. Dia nak pergi semua tempat tapi duit tak keluar. Kalau kami bagi duit ka hadiah ka dekat ayah, dia akan bising.
Oh kenapa bagi dekat ayah saja. Kenapa mak tak dapat? Padahal tiap bulan saya dengan adik bagi duit dekat 1k untuk mak saja. Kalau kami bagi hadiah dekat dia time tu juga kalau dia tak puashati dia akan cakap. Macam tahun lepas adik belikan beg dia cakap kenapa beg takda jenama? Kecik design tak lawa.
Then saya bagi ayah kasut, dia cakap dekat adik time birthday dia, saya bawak pergi makan ja. Tak bagi hadiah pun. Tahun ni dia mengadu microwave rosak bulan puasa nak hangatkan makanan susahlah apalah. Saya dengan adik share duit belikan dia microwave.
Ayat 1st waktu saya bagi dekat dia “Kenapa kecik sangat?” “Tak eloklah colour ni” macam – macam lagi. Sumpah saya terasa sebab kami bukannya orang senang. Selesa tapi bukanlah kaya. Tapi mak demand macam kami takda komitmen sendiri. Semua duit kena bagi dekat dia.
Baru semalam dia cakap dekat adik, suruh buat loan beli tanah dekat kampung sebab dia teringin nak rumah landed. Saya dah geleng kepala dah. Malas nak campur. Kalau ikutkan banyak lagi. Tapi saya nak meluahkan perasaan saja. Terima kasih sudi baca. – Sulung (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Junaida Abdul Jalal : Allahu… saya baca kisah si Sulung ni sampai sesak nafas dibuatnya. Arw4h mak saya dulu ada jugak sesekali ‘merajuk’ sebab dia fikir saya macam lebihkan mak mertua saya. Sebenarnya tidak begitu. Tapi kita faham orang tua mudah silap faham dan mudah terasa hati.
Saya yakinkan dia dengan membeli hatinya. Namun dia pergi terlalu awal pada tahun 2000. Sebelum saya benar – benar berjaya dalam hidup untuk meraikan ibu sendiri dengan hasil titik peluh saya. Kini saya sendiri sudah punya anak – anak yang dewasa dan sudah bekerja, ada seorang menantu dan seorang cucu.
Saya dan suami sepakat buat keputusan tidak akan meminta – minta dengan anak kami. Kalau mereka nak bagi duit atau apa – apa hadiah, kami terima dengan tangan terbuka, Alhamdulillah. Kalau tiada, tidak mengapa. Kos sara hidup yang tinggi zaman sekarang, menyebabkan mereka terp4ksa berhempas pulas untuk ada simpanan masa depan. Kami faham sangat – sangat.
Apa yang kami boleh bantu, kami usahakan sedaya upaya kami. Asal mereka tidak meminta – minta dari kami yang sudah bersara ini, kami sudah cukup bersyukur! Kalau anak cucu hidup dalam harmoni dan selesa, kami jugak yang rasa gembira. Tak perlu kami mendesak mereka untuk memenuhi keinginan kami. Bukan begitu caranya.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.