Dari awal kahwin suami bagitahu impian dia nak poligami. Katanya, itu fitrah lelaki. Lepas pantang anak ke-4, suami nak bawak bakal madu

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Sepanjang 8 tahun kahwin, dah macam – macam perempuan yang suami aku bawak untuk dijadikan bakal madu. Seorang pun tak menjadi. Sehinggalah, aku sedang mengandung anak yang ke-4..

#Foto sekadar hiasan / AI. Aku seorang isteri yang sejak awal perkahwinan telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Aku dan suami sekarang sudah masuk tahun ke-8 dalam alam perkahwinan. Anak pun sudah empat orang. Alhamdulillah, semuanya rezeki yang Tuhan beri walaupun cab4ran tu sentiasa ada.

Sejak aku menjadi suri rumah, memang seluruh masa aku tertumpu kepada keluarga. Aku jaga anak – anak, urus rumah, masak, kemas, dan segalanya tentang rumah tangga aku cuba uruskan sebaik mungkin. Anak bongsu aku baru sahaja berusia enam bulan. Jadi boleh bayangkanlah betapa rapat jarak anak – anak kami.

Tapi setakat ini, kami okay. Kami cuba jalani hidup dengan harmoni walaupun kadang – kadang agak penat juga. Dari segi kewangan, alhamdulillah suami banyak membantu dan memang tip – top dalam bab tanggungjawab nafkah. Aku bersyukur sangat tentang itu.

Tapi hari ini aku cuma minta izin untuk meluah sedikit Iuka di hati aku yang tidak semua orang nampak. Suami aku memang dari dahulu ada cita – cita hendak berkahwin dua. Masalahnya, aku hanya tahu tentang impian itu selepas kami berkahwin.

Kalau aku tahu dari awal, mungkin aku akan fikir dua tiga kali sebelum pilih dia. Tapi semuanya sudah tertulis. Tuhan yang aturkan jodoh kami. Masa mula – mula suami luahkan hasrat dia hendak berpoligami, aku betul – betul rasa macam hendak giIa. Aku tak tipu.

Sukar sangat nak terima walaupun dia cakap niat dia baik dan suci. Aku pernah minta cerai juga masa itu, mungkin sebab aku pun masih muda dan d4rah tengah panas. Banyak benda aku tidak dapat kawal secara emosi masa tu. Walaupun suami aku seorang lelaki yang baik, aku tetap tidak mampu lawan perasaan sendiri. Aku cemburu.

Aku tercari – cari apa kekurangan aku. Kenapa dia masih mahu mencari yang lain? Adakah aku tidak cukup baik sebagai isteri dan ibu kepada anak – anak dia? Suami aku tetap tidak setuju untuk bercerai. Dia cakap dia sayang aku. Dia kata aku tidak ada kurang apa pun.

Tapi katanya ini adalah fitrah dia sebagai lelaki. Bertahun – tahun dia cuba didik aku untuk terima niat dia. Dan aku tahu, kalau suami aku hendak sesuatu, dia akan usaha sampai dapat. Dia bukan jenis cepat mengalah. Jadi dia teruskan juga dengan impian poligaminya itu. Akhirnya, setelah bertahun – tahun, aku belajar untuk terima kenyataan itu.

Aku sedar, suami bukan milik mutlak aku seorang. Tapi itu tidak bermakna hati aku tidak s4kit. Bila fikir – fikir, siapa yang sanggup berkongsi kasih? Tapi demi suami, demi keluarga, aku redha. Beberapa calon sudah aku jumpa dan kenal. Ada yang datang dari pihak dia, ada yang aku cuba buka hati untuk terima.

Tapi kebanyakannya tidak jadi. Sama ada aku atau suami tidak berkenan, atau calon itu sendiri yang tidak bersedia. Selalunya, keluarga pihak perempuan pun tidak bersetuju. Yalah, bukan semua orang boleh terima anak perempuan mereka jadi isteri kedua. Aku faham. Aku sendiri pun rasa berat.

Apa sahaja yang suami aku buat, dia memang akan kongsi dengan aku. Setakat ini, aku tahu semua kawan perempuan yang dia rapat. Dia bukan jenis sembunyi – sembunyi. Jangan risau, niat dia hendak berpoligami itu pun dia nak buat cara yang betul.

Tapi semuanya berubah bila baru – baru ini aku dapat tahu yang dia sedang kenal dengan seorang perempuan tanpa pengetahuan aku. Dia tidak pernah cerita langsung pasal perempuan itu. Bila aku selidik, aku terk3jut sebab mereka sudah kenal sejak aku sedang mengandung anak keempat, waktu aku dalam trimester ketiga. Allah… gelap sekejap dunia aku.

Aku baca mesej mereka. Aku tidak salahkan perempuan itu langsung. Dia pun tidak tahu yang suami aku adalah suami orang, dan isterinya masa itu sedang sarat mengandung. Aku salahkan suami aku sepenuhnya. Kenapa perlu sorok? Kenapa buat waktu aku sedang lemah dan memerIukan dia paling kuat?

Perempuan itu baru tahu selepas aku bersalin. Aku pasti dia pun terk3jut. Tapi, walaupun sudah tahu, dia masih mahu teruskan hubungan dengan suami aku. Aku rasa mungkin sebab dia memang sudah sayang dan suka dengan suami aku. Aku faham, aku pun seorang wanita. Bila hati sudah suka, susah hendak padamkan perasaan.

Akhirnya, aku cakap aku okay untuk mereka teruskan. Aku cuba jadi isteri yang redha. Walaupun jujur aku cakap, aku mengamuk teruk juga masa itu. Aku baru lepas habis pantang, badan masih penat, emosi belum stabil, anak – anak semua memerIukan perhatian… Tapi aku bukan hendak merungut. Aku cuma berharap suami nampak peng0rbanan aku. Itu sahaja.

Bila baca mesej mereka, aku nampak seakan – akan suami aku pun beri harapan dekat dia. Dia pun nampaknya ikhlas. Dia cakap dia tidak minta banyak, cuma nak sedikit masa bersama suami. Yang lain, dia tidak kisah kalau suami lebihkan kami sekeluarga.

Suami aku ada cakap dia hendak bawa perempuan itu jumpa aku selepas aku habis pantang. Tapi sampai sekarang belum jadi. Mungkin dia tunggu aku betul – betul bersedia. Sekarang aku pun dah penat hendak menaip. Penat hati, penat badan, penat otak.

Tapi aku masih ada kekuatan untuk teruskan. Doakan aku kuat untuk anak-anak dan keluarga. Aku sayang suami aku. Aku sayang anak – anak aku. Dan aku pun sebenarnya tidak sabar hendak kenal dengan bakal madu aku. Aku harap semuanya manis. – CE (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Fatyn Molhit : Lah ingatkan mampu sediakan maid. Sekali bini yang uruskan semua. Ni nak tanya, beranak sepital private? Ada confinement lady? Atau hantar balik kampung suh mak awak yang jaga? Atau pantang sendiri? Now you tell me kat mana suami engko yang baik naw tu.

Badan susah nak balik asal sebab beranakkan anak dia. Bin kan binti kan dia, hantaran takat 10k dah defisit dah susukan anak sampai anak sekolah pastu sedap je kata nak feed fitrah dia. Engko bagi je suami baca komen aku ni. Aku nak ajak dia g4doh.

Munira Zali :  8 tahun kahwin anak 4. Bagi je la dia kahwin. awak tu Sudah – sudah la beranak. Part anak – anak sekolah, jangan hantar anak sekolah biar dia uruskan transport, carikan driver amik hantar anak sekolah. Jaga diri jaga emosi. Awak perlu kuat emosi untuk anak – anak.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.