Aku takde rasa hormat dekat bapak dan mama. Dari kecik tak pernah nampak mereka solat. Aku dikerah bagi duit, bapak terbongkang dekat rumah

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Bapak ni level miskin patut pakai wira buruk je. Tapi bapak berlagak, beli kereta mewah secondhand. Tapi setiap bulan bapak jadi macam pen4gih, t4gih duit anak – anak bayar hutang. Anak aku ada autism..

#Foto sekadar hiasan / AI. Aku perempuan umur 40 tahun, sulung, anak 2 angkat. Aku rasa macam terlalu str3ss lately. Dengan bapak aku. Aku nak cerita pasal bapak aku. Cerita dah lama tapi masih kau tak berubah. Aku tak ada rasa hormat kat bapak aku.

Ada banyak sebenarnya beban dalam jiwa aku yang tak terluah. Yang terp4ksa aku simpan dan diamkan, sebab aku ni anak, dan dia orang tua kita. Kalau boleh aku luah, aku nak dia duduk depan aku, aku selotape mulut dan ik4t kaki tangan dia, hadap aku dan dengar yang:

Aku tak hormat kau sebab kau baran waktu aku kecil. Dan sekarang pun kau selalu jerit, herdik, m4ki, cekik pun pernah. Satu lorong akan tahu kalau kau tengah r0tan kitorang (esp. aku dan adik ke-2). Aku malu dan rasa terh1na dengan jiran – jiran.

Orang akan cakap lepas tu jadi orang, tapi tak semestinya memukuI baru jadi orang. Aku develop jadi pend3ndam dan pemarah sampai sekarang. Aku tak hormat kau dan mama sebab tak pernah solat dan ajar kitorang solat. Bila dah tua ni kau orang solat, so tak apalah, alhamdulillah aku dah maafkan.

Aku tak hormat kau sebab aku tengok betapa kurangnya tanggungjawab kau pada kami, esp. AKU. Akulah anak yang paling kurang dapat bantuan, semua usaha sendiri. Setiap kali masuk semester baru, buat part time. Masuk uni, dapat loan PTPTN, tapi tiap kali duit masuk, kau tarah dulu.

Kau akan call on the same day, acah – acah tanya khabar, lepas tu kau mintak beberapa ratus, lepas tu kurang seminggu kau mintak lagi. Kau mintak lepas tu tak pernah bayar balik. Dan aku mer4na dalam ketidakcukupan kat uni yang jauh. Tak pernah dapat beli apa nak beli, makan bercatu.

Aku try cukupkan juga sampai habis sem. Aku tak minta balik sebab kenang adik – adik kat rumah dan tak nak kau ungkit which is memang betul pun. Lama kelamaan aku develop sikap member0ntak, kurang ajar. Tapi aku tak boleh nak luah kat kau yang aku benci sikap kau.

Tapi aku lepas amarah kat mama tanpa mama tahu masalah utama aku. Adik – adik cop aku derh4ka. Sebab dia orang tak duduk dalam kasut aku. Kau memang tak hisap r0kok, tak makan d4dah. Tapi failed bab financial. Penjawat awam level rendah tapi selera besar. Asyik tukar kereta.

Kalau level kita patut Wira buruk je, tapi dalam 25 tahun lepas pakai Waja. Lepas tu merangkak nak bayar. Pastu kaki loan bank. Kaki loan berlesen. Makan pakai family tak cukup. Anak sulung ni jadi m4ngsa. Bila kau call nak duit, tipu kiri kanan.

Kata mama s4kit lah, apa lah. Padahal aku tahu je kau hutang keliling pinggang. Level kita mana mampu pakai Astr0, tapi kau pakai, pastu tiap bulan bayar caj penyambungan. Dan benda ni berterusan sampai aku kerja. Dahlah kerja separuh m4ti sebab nak kahwin, tak tahan kena manipulasi dengan kau dan mama. Kau masih sama.

Aku gaji RM2.5K, RM1K aku bagi gaji hari pertama untuk kau bayar rumah sewa kau dan belanja. Tapi tak pernah cukup. Dua tiga hari lagi kau call minta lagi. Macam pen4gih d4dah tapi ini pen4gih duit. Yang paling pedih bila kau tanya khabar aku, tak rasa keikhlasan pun. Kau cuma nak duit aku.

Dan s4disnya, kau pencen awal. Sebab tak suka bos muda mengarah kau. Kau cakap nanti dapat *grand duty* akan setel semua hutang. Tapi kau lupa adik – adik bawah still belajar. Pencen kau tak sampai RM1.5K. Yang bongsu masih sekolah menengah. Kau lupa mama tu tanggungjawab kau, bukan aku.

Tapi sampai kiamat aku rasa per4ngai kau tak berubah. Kau masih meminta – minta. Sebab masih terjebak hutang. Tapi kau duduk terbongkang kat rumah, tak mencari duit tambahan pun. Harap aku dan adik lelaki aku yang tak sambung belajar bagi duit.

Aku tak hormat kau sebab kau ajar adik ke-2 aku tu berhutang. Nama dia blacklist sebab kau. Pastu ajar dia hutang Ahl0ng berlesen. Dah tu sampai sekarang dia berg4ntung kat Ahl0ng. Sama macam kau. Sikit – sikit masalah cari Ahl0ng. Tambah hutang.

Dan macam – macam lagi lah. Kena bayar RM4K ambil balik kereta kau dari kena lelong. Gaji 1st aku, kau keluarkan tanpa discuss dengan aku sampai tinggal RM300. Kenduri aku, kau sesen tak support tapi duit keruk kau ambil semua. Sebab aku penat dan berharap kau setelkan masalah kau tapi tak berubah. Kau buat t4hi baru.

Nasib baik jumpa hubby aku. Dia kata aku kena manipulate dengan kau. Sebab kau tahu aku marah – marah, s4kit hati pun at the end aku tetap bagi, kan? Hati kau ringan buat aku macam ni. Padahal kau yang prov0katif dan buat aku kurang ajar tapi kau tak fikir apa lepas tu.

Kau buat aku mend3rita overthinking. Overthinking diri ni derh4ka tak minta maaf kat kau, tapi bukan salah aku pun. Nak tolong kau lagi ke nak buat b0doh? Sampai aku tak boleh tidur malam berhari – hari. Hubby cakap, actually aku pun *enabler*, macam mama.

Sebab apa kau nak, aku bagi, walaupun aku s4kit. Sebab tu hubby ajak kahwin cepat tapi terp4ksa PJJ setahun. Setahun aku pregnant PJJ. Hujung minggu masih lah aku balik rumah kau. Setiap kali balik str3sskan aku dengan masalah duit.

Sampai anak aku str3ss dalam perut. Now mild autism. Aku tak tahulah relate ke tak. Banyak lagi tak tertulis dah. Dan seiring masa, kau masih sama walaupun Allah kurniakan kau dengan rezeki terpij4k. Kau mula rasa diri orang kaya. Upgrade kereta mewah second hand. Boros.

At the end, kau balik to square one. Masih masalah duit. Walaupun lima orang anak dah bekerja. Dan kami contribute tapi masih tak cukup. Itu sump4han untuk kau ke atau kami? Atau aku? Aku dan adik – adik ada tanggungjawab. Ada anak – anak yang perlu dibesarkan. Ada life sendiri.

Bukan tak bagi. Aku yang paling sikit mampu contribute bayar rumah dua tingkat kau duduk dalam RM300 tapi kau tak nampak. Duduk terbongkang rumah selesa ingat bayar pakai air liur? Tapi kau suruh aku berk0rban untuk kau? Aku tahu maksud kau, bagi juga duit tak kisahlah pinjam ke apa.

Kau cakap hidup kau tak ada apa dah untuk anak – anak, tapi apa kau buat? Kau terdesak nak bayar insurans kereta mewah kau. Jadi aku kena utamakan kau dari anak – anak aku ke? Kau call aku tapi bila aku cakap aku tak ada duit, aku tengah susah, kau jadi marah, kau m4ki aku lagi macam aku budak mentah macam dulu?

Lepas tu kau cakap aku ada pendidikan, tak sepatutnya hidup aku macam ni. Tapi rezeki Allah tulis macam ni. Ujian untuk aku, ujian untuk kau. Per4ngai mem4ki kau tak sudah – sudah. Tapi kali ni aku dah penat, dan sedikit matang, aku cakap kalau call nak tambah str3ss, baik tak payah call (auto defense mechanism aku bila dipr0vok) dan aku *silent treatment* sampai kau tutup call.

Orang akan cakap yang lepas jangan kenang, maafkan. But how? Sebab masih *on going*, per4ngai masih sama. Aku pun try hard nak baik dengan kau, aku layankan je kau borak gebang walaupun tak ada benda pun boleh hormat kat kau. Tapi kau? Tak pernah try hard jaga hati aku.

Sampai sekarang aku masih tertanya – tanya, kau dan mama actually ada ke sekelumit rasa sayang kat aku? For who I am? Atau kau sayang bersyarat? Kena bagi infiniti money baru sayang… – Anonymous (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Salina Gunawi : Saya simpati… Cuba buat hati batu dan jangan ambil peduli. Kalau dia call cakap sepatah sepatah atau tanya terus apa yang dia mahu. Kalau duit… terus m4tikan talipon… jangan layan. Orang berlagak ni biar dia terduduk sebab dia memang tiada harga diri.

Syakriah Ishak : Ada sorang penulis sebelum ni, abang yang tak pernah berbakti malah menyusahkan dia call minta tolong bayar apa tah, dia layan saja baik – baik, minta no akaun konon – konon nak transfer. Baik punya puji – pujianlah dia dapat.

Lepas letak call, terus diblock no contact si abangnya. Memang sengaja dia lost contact dengan abang – abnganya yang dahlah lupa tanggungjawab, siap menyusahkan lagi adalah. Mungkin tt pun patut hilangkan diri daripada parent t0ksik bukan sebab putus silaturahim tetapi demi menjaga mental health sendiri.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.