
Anak saya semua perempuan, isteri saya ada anak lelaki. Sebelum kahwin dah buat perjanjian, anak lelaki tiri tak boleh duduk sekali sebab saya nak jaga aurat, keselamatan anak – anak perempaun saya. Tapi mereka Ianggar janji..
#Foto sekadar hiasan / AI. Salam… maaf ya, saya mohon ruang untuk meluahkan dan minta pandangan ikhlas daripada semua. Panjang sedikit cerita saya, tapi saya betul – betul perIukan nasihat dan panduan. Saya duda anak tiga, kem4tian isteri.
Beberapa tahun lepas, saya berkahwin dengan seorang janda anak empat, juga kem4tian suami. Alhamdulillah, di awal perkahwinan semuanya berjalan lancar. Kami tinggal serumah, semua anak – anak bersama di bawah satu bumbung. Masa tu anak – anak semua masih kecil dan mudah diurus, termasuk anak – anak isteri.
Yang menjadi isu sekarang ialah anak sulung isteri, satu – satunya lelaki dalam keluarga dia. Anak – anak saya semua perempuan, begitu juga dengan anak – anak isteri yang lain kecuali anak sulung tu. Sebelum kahwin lagi, kami dah bincang isu ni dengan keluarga.
Waktu tu anak sulung dia masih belajar di pondok agama, dan hanya balik dua kali setahun masa raya. Kami semua setuju, bila umur dia cecah 18 tahun atau selesai belajar, dia akan tinggal sendiri di rumah peninggalan arw4h ayah dia – rumah tu memang akan jadi milik dia sebagai pew4ris.
Tapi bila dah kahwin, saya perhatikan perkembangan anak sulung tu di pondok kurang baik. Sampai surah – surah mudah pun tak dapat hafal. Jadi saya dan isteri buat keputusan tukarkan dia ke sekolah agama terbaik di daerah kami, tinggal di asrama.
Alhamdulillah, dua tahun pertama dia tunjuk prestasi baik. Dapat anugerah, jadi pelajar contoh. Masuk tahun ketiga, mula jadi lain. Member0ntak tak nak duduk asrama, nak tinggal di rumah, nak motosikal, nak pergi sekolah sendiri. Kami pujuk elok – elok, tapi dia tetap berkeras.
Sebab saya ada anak perempuan dan soal batas aurat sangat penting, saya tetap dengan pendirian. Saya tak boleh benarkan anak lelaki tinggal sebumbung dengan anak – anak perempuan saya. Bukan sebab benci atau pilih kasih, tapi demi keselamatan dan kehormatan semua.
Saya cadangkan supaya anak lelaki tu tinggal dengan nenek sebelah kiri atau kanan, rumah pun dekat – dekat. Tapi semua tolak dan minta isteri saya bawa semua anak – anak keluar dari rumah saya dan tinggal semula di rumah arw4h suaminya dulu.
Jadi saya benarkan isteri dan anak – anak dia ikut kehendak mereka, tinggal asing selama tiga bulan. Puan – puan dan tuan – tuan tahu apa jadi lepas tiga bulan? Anak lelaki m4kin teruk dalam pelajaran. Kehadiran ke sekolah merosot, selalu ponteng.
SosiaI m4kin teruk dah mula ket4gih vape, lepak dengan g3ng motosikal, ikut kawan sana sini. Duit pun mula dicuri, sebab nak ikut kawan, nak baiki motosikal, nak beli barang. Yang anak bongsu perempuan pula dah mula merayap dengan kawan sampai malam baru balik rumah.
Dah kena saman dengan polis sebab naik motosikal tanpa lesen. Dulu masa tinggal dengan saya, semua takut nak buat benda bukan – bukan. Tapi sekarang, bila mak marah pun buat tak tahu je. Cakap lepas, tak hormat mak dia langsung. Yang paling saya kecewa, keluarga yang sebelum ini bersungguh suruh isteri saya keluar rumah, suruh anak tinggal sendiri, semua dah menghilang bila anak – anak ni mula buat hal.
Tak ada seorang pun yang datang bantu, tegur, atau ambil tahu. Isteri saya hadap semua seorang diri. Sebab tu sekarang isteri saya minta untuk balik tinggal semula bersama saya. Dia dah tak sanggup nak hadap kerenah anak – anak sorang – sorang.
Saya tahu dia tak lari dari tanggungjawab, tapi dia terlalu penat. Saya pun sayangkan dia, dan saya faham situasi dia. Saya pun bukan suami yang buang anak tiri. Saya sayang anak – anak dia macam anak sendiri. Tapi saya juga ada tanggungjawab untuk anak – anak saya.
Mereka semua perempuan. Saya tak boleh abaikan batas aurat dan keselamatan mereka. Saya dah bagi ruang. Saya dah beri peluang. Tapi hasilnya begini. Saya sekarang tersepit. Kalau teruskan duduk asing – asing, isteri m4kin lelah, anak – anak m4kin hanyut.
Tapi kalau tinggal sekali, saya risau jadi fitnah atau bah4ya kepada anak – anak perempuan saya. Saya tak mahu ambil ringan soal ini. Kalau saya p4ksa isteri tinggal bersama, mungkin anak – anak dia akan rasa terp4ksa, dan hubungan keluarga jadi m4kin tegang.
Saya ada juga terfikir untuk lepaskan isteri, bukan sebab benci, tapi sebab nak jaga semua pihak. Tapi saya tahu kalau saya lepaskan, isteri saya akan hadap semua ini sorang – sorang semula, dan saya tahu dia tak kuat. Sebelum saya hadir dalam hidup dia pun, dia dah susah besarkan anak – anak sendiri.
Saya tak sampai hati nak tengok dia ulang semula pend3ritaan tu. Saya cuma nak tanya… Adakah saya salah? Adakah saya patut terus bertahan dengan sistem sekarang, jumpa hujung minggu, isteri tinggal di rumah lama atau cari penyelesaian yang lebih jelas, walaupun pahit?
Saya betul – betul buntu. Saya bukan nak membuka aib sesiapa. Tapi saya perIukan pandangan yang jujur, yang boleh bantu saya buat keputusan terbaik untuk semua. Saya serba salah… saya cuba adil, saya cuba bertimbang rasa. Tapi m4kin lama saya rasa m4kin penat. Saya sayang isteri. Saya sayang anak – anak. Tapi saya juga perlu jaga anak – anak perempuan saya. Mohon pandangan dan nasihat dari semua. Terima kasih.
Komen Netizen :
Hazar Saad : Untuk part anak lelaki tu, mungkin ada perkara di asrama yang membuatkan dia tak nak duduk di asrama. Tapi yang ni dah selesai. Part anak bongsu plak, cekak je bawak balik rumah. Ibunya kena bertegas dengan semua yang terlibat. “ini anak saya, jangan sesiapa nak tentukan hal anak saya”. Biar pahit sekarang, nanti manis akhirnya.
Kalau perlu suami masuk campur, silalah masuk campur. Sebab tu isteri tuan. Takkan nak biarkan orang pijak isteri tuan. Jangan biarkan dia lemas dengan keadaan tu. Dia memang perIukan tuan dalam hal ni. Orang tak boleh salahkan tuan, sebab tuan memang dah amik tanggungjawab itu.
Kalau saya di tempat isteri tu, saya memang perIukan susuk suami untuk membantu selesaikan hal – hal itu. Bukan untuk berg4duh, tapi untuk bertegas bagi pihak isteri. Semoga tuan temui jalan penyelesaian. Jangan biarkan isteri lemas sendirian. Kesian dia.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.