
Masa dekat mahkamah, hakim suruh kami bersalaman, buat kali terakhir. Dia menangis teresak – esak, minta ampun. Aku tak mampu tahan air mata. Menangis tanpa suara. Hakim lelaki. Dia pun lap air mata…
#Foto sekadar hiasan / AI. Baru ini ada baca nukilan adik Syamil >> Bakal isteri pinjam duit 30k, nak renovate rumah untuk kahwin. Dah lebih separuh siap, dia putuskan hubungan. Kahwin dengan lelaki lain. Aku ini jenis malas nak menulis, tapi sebab adik Syamil aku gagah tulis.
Sebab aku pernah duduk di tempat Syamil. Aku jenis budak nerd. Pakai spek, rambut macam Nobita. Kena buIi itu biasa lah. Dari sekolah aku memang tak ada kawan sangat lah. Orang tak nak kawan dengan aku sebab aku bukan budak hot.
Belajar pun biasa – biasa sahaja. Kerja pun biasa sahaja. Jadi aku faham perasaan kita yang lelaki ini tak ada g3ng nak melepak macam lelaki – lelaki lain. Aku memang jenis lepak mamak sorang sahaja lah. Steamboat pun aku pergi makan sorang – sorang.
Meningkat usia, perasaan nak ada pasangan dah ada dalam diri aku. Masa itu umur dalam dua puluhan, aku kerja mini market. Kerja aku susun – susun barang. Aku memang jenis pendiam. Aku rasa aku sendiri pun kadang – kadang lupa suara aku macam mana.
Sampai tak ada kawan nak bercakap. Masa itu ada budak baru masuk. Perempuan. Dia selalu susun barang dengan aku. Dia rajin tanya itu ini, akhirnya aku kenal balik suara aku macam mana. Perasaan cinta pun mula berputik. Sebab dia sorang sahaja terima aku dan layan aku baik. Tapi perasaan itu aku simpan sahaja lah.
Aku rajin juga ajak dia makan bihun sup lepas habis kerja. Kadang – kadang dia akan kata tak ada duit. Masa itu aku kata aku belanja. Lepas itu setiap hari pun aku sahaja lah belanja. Milo ais. Teh ais. Rojak. Makanan B40. Dia belum kenal T20 masa itu.
Lepas itu bila hari jadi dia, dia minta hadiah. Masa itu aku beli benda apa entah. Tapi ada tulis “I love you” lah. Dia ambil sambil senyum – senyum malu – malu. Aku yakin dia pun suka aku. Raya dia ajak aku datang rumah, aku pun ajak dia datang rumah.
Sekali itu makcik aku tanya, serius kah kamu berdua ini? Dia macam senyum – senyum sahaja. Tapi lepas itu dia kata dia nak sambung belajar. Dapat masuk universiti. Katanya takkan lah selama – lamanya nak kerja mini market. Dia ajak aku ikut sekali. Aku memang tak minat belajar. Aku suruh dia sahaja lah sambung.
Siap pesan kat aku jangan curang. Jangan mengata, jangan menggedik dengan perempuan lain. Habis belajar tunang katanya. Aku memang setia orangnya. Tapi perempuan memang banyak yang tak setia, Syamil. Tahu kenapa? Sebab perempuan zaman sekarang tak macam zaman mak – mak kita.
Di mana janji itu ibarat orang pegang sampai m4ti. Perempuan sekarang janji pun tak tahu apa maksud janji. Perempuan zaman sekarang mudah berubah perasaan. Mudah bosan. Sentiasa nak nampak lebih baik, mewah. Asal ada pilihan lebih baik, itu yang dipilihnya. Sebab orang perempuan ini spesis yang tak pernah rasa cukup.
Tak kata semua, tapi kebanyakan lah. Nanti marah pula pembaca wanita yang setia ini. Manusia sekarang dah tak kenal peribahasa “lembu diik4t pada tali, manusia diik4t pada janji.” Kita masa kecil – kecil tinggal barang pun tulis alif lam lam ha… Nak kata betapa kuatnya janji itu.
Balik cerita bekas teman wanita itu, awal – awal rajin lah dia hubungi aku. Cuti semester kadang – kadang balik datang jumpa aku. Lepas itu makan pun dah naik taraf sikit dah. Kita ajak makan laksa, dia ajak makan KFC. Lepas itu kata nak beli kasut lah baju lah, nak pakai pergi kuliah. Ratus – ratus juga lah habis masa itu.
Lepas itu perlahan – lahan dah tak hubungi. Alasan sibuk itu ini. Lepas itu tahu – tahu dia dah kahwin dengan orang lain dah. Patah hati frust menonggeng tak payah cakap. Menangis malam – malam, oh aku. Aku berhenti kerja nak lupa kenangan.
Pergi kerja tempat lain. Aku sama macam Syamil, sedih setiap masa fikir orang itu bahagia. Tapi kita d3rita. Lepas itu aku kerja sahaja lah. Kumpul duit, beli kereta terpakai sepuluh ribu tunai. Tapi kereta tak naik sangat pun. Beli kononnya biar orang nampak kita ada sesuatu.
Sebab bos aku Cina, dia selalu cakap manusia ini hidup kena sentiasa maju ke hadapan. Dari basikal, beli motor, lepas itu kereta. Tingkatkan hidup. Tapi biasalah Cina kan, material itu kebahagiaan. Termasuk lah spesis perempuan yang Syamil kenal itu.
Tapi kadang – kadang kita buat bukan sebab diri kita nak, tapi sebab nak menunjuk konon aku dah maju sikit bila kamu tak ada. Nak memuaskan hati orang, tapi hati sendiri selalu juga s4kit. Umur masuk tiga puluh dah, keluarga mara jiran tetangga asyik tanya bila nak makan nasi minyak. Aku akan diam tak tahu nak jawab apa.
Aku mana pandai cari perempuan. Tempat kerja masa itu pun semua lelaki. Sama macam Syamil lah. Balik kerja duduk rumah tengok Doraemon. Tapi betul lah, perasaan sunyi itu lain sangat rasa. Rasa nak disayangi, nak dibelai dimanja. Hanya dari seorang perempuan sahaja boleh dapat semua itu.
Ramai lah orang masa itu jodohkan sana sini.. Semua tak jadi. Sampai satu tahap rasa malu sangat. Tapi macam Syamil kata lah, takdir Tuhan tentukan. Umur tiga puluh tiga, berkahwin lah dengan seorang perempuan. Dia pun sederhana macam aku sahaja lah. Sekufu macam orang kata.
Dari segi rupa, pelajaran, pekerjaan. Semua sama. Kami pun orang kampung sahaja.. Jadi rasa macam faham antara satu sama lain itu ada. Aku bersyukur sangat lah masa itu dapat isteri. Dia tak kisah nak makan bihun sup, tak teringin nak KFC. Apa aku ajak dia ikut sahaja.
Dia sangat baik. Lemah lembut. Tutur kata dia sopan sahaja. Dia tak kerja masa itu.. Duduk sekali dengan mak aku. Aku sahaja lah kerja. Aku habis kerja pukuI lima tiga puluh. Sampai rumah sahaja kami akan pergi ronda naik motor. Pusing– pusing kampung. Makan cendol ais kacang.
Kadang – kadang aku tanya nak makan apa, dia akan kata ikut abang lah. Hari cuti pula kadang – kadang pergi pekan. Makan – makan, beli – beli baju. Kadang – kadang balik rumah mak dia. Kadang – kadang pergi pantai, berkelah. Setiap minggu kami isi aktiviti kami dengan sangat bahagia.
Kami tak pernah berg4duh. Aku dan dia ibarat macam kawan baik. Hari – hari berbual, sebab dia rajin bercakap. Mulut becok. Tanya itu ini. Lagipun dia tak kerja. Duduk kampung, banyak gosip lah dia dengar lepas itu cerita kat aku. Semasa dengan dia, waktu seolah – olah bergerak sangat pantas.
Tiba – tiba sahaja dah lima tahun dah kami kahwin. Tapi tak ada anak. Duduk kampung ini biasalah, orang asyik tanya sahaja. Ramai yang macam nak salahkan dia. Sebab dia berbadan besar. Jadi orang rasa itu punca susah lekat. Jadi petang – petang dia ajak aku joging lah. Tapi aku tak suka sukan – sukan. Tapi kalau kayuh basikal aku mahu lah.
Banyak lah kenangan kami petang – petang itu. Sebab aku banyak main – main, dia akan marah – marah manja. Aku suka usik dia. Aku tak rasa pun kekurangan tak ada anak itu satu halangan untuk kami bahagia. Sebab lima tahun itu, aku ibarat macam tak puas bercinta dengan dia.
Pergi kerja aku selalu fikir bila nak balik. Tak sabar nak jumpa dia, tak sabar nak melepak dengan dia. Jujurnya aku sangat bahagia dengan dia. Masa itu kami tak pernah lah periksa di klinik semua. Satu hari dia ajak aku pergi periksa. Aku ok sahaja walaupun aku kata belum ada rezeki.
Macam – macam lah aku pujuk dia. Tapi sebab dia nak periksa, dia risau sebab dia gemuk rahim dia ada masalah. Masa itu aku macam berdebar, sebab aku tiba – tiba risau kalau dia ada masalah.. Nak bedah – bedah semua, aku sangat risau kalau dia tak sihat. Sebab aku sayang dia sangat – sangat.
Sekali keputusan keluar, dia normal sahaja.. Aku yang ada masalah.. Masa itu rasa dunia aku gelap sangat. Dia pun macam terdiam. Terus rasa kebahagiaan yang selama ini aku ada, hilang sekelip mata. Keluarga aku tahu, ada lah cadang petua itu ini.
Tapi masa itu aku ada satu perasaan takut, takut aku akan hilang dia.. Syamil perasan tak, kadang – kadang kan, Allah dah hantar hint itu tahu. Gerak hati kita ini bukan saja – saja, kadang – kadang itu memang betul – betul nak berlaku. Itu sebenarnya tanda Allah sayang, Dia nak kita bersedia dengan perasaan kita.
Tapi kita selalu abaikan perasaan itu. Perasaan di mana perkara yang Allah bagi pinjam, Allah nak tarik balik. Aku dan dia terus jadi macam orang bisu. Komunikasi antara kami terus tutup. Aktiviti petang kami dah tak ada. Cuti pun aku duduk rumah sahaja. Tengok televisyen.. Tak ada ajak dia keluar.
Sebenarnya kan, masa doktor cakap keputusan itu, sepatah pun dia tak cakap apa. Itu yang aku sedih. Macam tak ada pujuk aku kah apa kah. Aku macam harap kata – kata semangat dari dia lah. Tapi aku fikir mungkin dia pun tak tahu nak pujuk aku macam mana kot.
Lepas pada itu, dua tahun juga lah kami masih bersama sebagai orang asing dalam rumah itu. Dia kerap minta izin balik rumah mak dia.. Aku akan cakap ok sahaja lah. Sebab aku tak tahu apa perasaan aku masa itu. Takkan aku pula nak pujuk dia, tak apa. Nanti kita akan ada anak.. Takkan aku nak cakap macam itu. Sedangkan benda must4hil. Aku memang tak boleh bagi zuriat kat sesiapa pun.
Lepas tujuh tahun, satu hari dia kata, dia nak minta perpisahan.. Sebab dalam Islam pun katanya isteri boleh minta cerai kalau suami tak mampu bagi anak semua. Aku cuma angguk lemah sahaja lah masa itu. Sebab aku dah rasa dari awal, hint yang Tuhan bagi.. Dia akan tinggalkan aku.
Kalau aku ini pem4buk kah, kaki d4dah kah, biawak hidup kah.. Boleh lah aku berjanji atau pujuk dia kata aku nak berubah. Tapi aku diuji macam ini. Nak berubah macam mana? Kalau pun kuasa Tuhan mampu sembuhkan aku, aku mampu kah janji dengan dia yang aku mampu bagi anak?
Hati ini tak payah cakap lah. Depan dia setitik air mata tak keluar. Tapi aku meraung dalam kereta. Masa dekat mahkamah, hakim suruh kami bersalaman, buat kali terakhir. Dia menangis teresak – esak, minta ampun minta halal. Aku pun tak mampu tahan air mata. Menangis tanpa suara.
Semua orang pun sedih kat situ. Hakim lelaki. Dia pun lap air mata. Aku ini peluk dia masa itu, macam tak mahu lepas dah. Tapi dia berhak bahagia kan. Dia mesti nak jadi ibu. Nak ada zuriat sendiri. Kalau tak, orang kampung akan cakap buruk pasal dia.
Aku rasa dia pun dah fikir masak – masak dah. Dia dah pilih jalan yang dia nak.. Kita kena lepaskan juga. Sebab bahagia ini bukan untuk kita sahaja, tapi untuk sesiapa pun lah yang dia rasa dia boleh bahagia dengan orang itu. Aku jadi macam Syamil lah. Kemurungan.. Tak ada mood.
Dulu masa dia ada, aku sangat ceria walaupun aku dulu – dulu pendiam.. Tapi aku sangat peramah dengan dia. Balik rumah, sunyi tak payah cakap lah.. Tujuh tahun orang itu ada dengan kita. Kita dah biasa tidur ada peneman. Pagi dia akan k3jut. Sekarang telefon yang k3jut. Rumah rasa macam dah gelap terus, termasuk hidup aku.
Perubahan itu susah sangat nak terima. Soalan kita pada Tuhan kenapa, kenapa, kenapa.. Tak pernah ada jawapan.. Tuhan sahaja yang tahu. Orang selalu cakap, fikir positif itu perlu. Aku cuma sedih dia tinggalkan aku. Tapi aku fikir kalau ada anak, mungkin anak aku jahat.
Ujian lagi besar untuk aku kah. Jadi Tuhan selamatkan aku dari azab yang lebih melalui anak. Aku sayang dia. Aku tak nak anak, aku cuma nak dia. Bila Tuhan bagi ujian, kita kerap lah ingat Tuhan. Masa itu lah solat sunat tak berhenti.. Asyik minta sahaja Allah lembutkan hati dia, kembali kepada aku.
Syamil tak salah pun rasa marah pada Tuhan. Sebab ada satu ustaz ini kata, bila kita ada rasa kecewa, merajuk, marah, itu tandanya kita masih percaya Allah itu ada. Kita masih harap Allah bantu kita. Dari persoalan kita, Allah pasti jentik jawapan yang halus dalam hati kita…
Lama aku ambil masa nak terima perubahan yang aku dah ‘single’. Baru macam nak okey sikit, Tuhan uji lagi. Mak aku cakap, “Ina dah kahwin tahu tak…” Ya Allah, rasa nak runtuh hati. Kita ingat dia akan balik pada kita. Tapi kita lupa, jodoh sampai situ sahaja. Dia pun dah ada orang lain.
Bekas isteri dah kahwin dengan lelaki lain. Ada anak tiga orang dah. Alhamdulillah, rezeki untuk dia. Dua atau tiga tahun lepas, aku ada jumpa dia dekat satu kenduri. Suami dia itu ala – ala ustaz aku tengok. Kopiah putih, ada janggut. Anak dia pun berpakaian sangat sopan dan muslim.
Yang perempuan bongsu itu macam dua atau tiga tahun sahaja umur. Pakai tudung, jubah… Comel sangat. Anak lelaki pun berkopiah. Sejuk tengok keluarga itu. Dia pun tudung agak labuh. Tapi tak pandang atau tegur aku. Aku fikir masa itu, suami dia pandai didik dia.
Banyak yang Tuhan nak ajar aku sebenarnya. Tanggungjawab kita sebagai lelaki sangat besar. Nak didik anak isteri. Selama ini aku dengan dia, fikir seronok sahaja. Tak pernah terfikir pasal akhirat. Masa itu aku faham satu benda, kalau kita ini betul – betul sayang orang itu, kita tak akan ada d3ndam. Kita akan gembira dengan kebahagiaan dia.
Tapi aku pun susah juga nak redha. Masa itu aku terbaca satu tips, baca “Ya Latif” seratus dua puluh sembilan kali setiap hari. Lepas itu doa minta dia balik kepada kita kalau dia milik kita. Kalau bukan, minta Allah redha kan kita. Tahu tak Syamil, pertama kali aku baca, terus hati aku rasa ringan… Seolah – olah macam, aku tak nak dah dia.
Tips itu kata cuba buat untuk seminggu, aku buat dua hari sahaja, terus hati aku redha. Ibarat Tuhan hilangkan terus rasa cinta itu pada dia. Ibarat dia satu orang yang aku tak pernah kenal. Syamil kata Syamil dah doa minta dapat pasangan baik, tapi yang datang tak baik. Kita rasa sahaja kita baik… Tapi baik ini dari segi apa sebenarnya?
Aku pun rasa dulu aku baik… Aku k0rbankan duit juga dekat bekas teman wanita aku. Aku pun tak ani4ya orang. Dengan bekas isteri, aku rasa dah jadi suami sempurna… Bagi kasih sayang, bagi perhatian… Tak pernah marah. Tapi agama aku tak bagi.
Aku tak pernah tanya dia sembahyang ke tak ke… Tak pernah ajak dia mengaji kah. Baik di mata kita belum tentu baik di mata Allah. Mungkin Allah nak jadikan Syamil betul – betul baik di mata Tuhan sebelum dapat isteri yang baik macam Syamil.
Pasal kena tipu duit, pasal bekas tunang itu semua anggap sahaja nilai pengajaran untuk kita. Syamil dah sangat untung. Tahu kenapa? Orang kata nak belajar bersyukur tengok ujian orang. Syamil tak jadi kahwin, Syamil dah rasa macam nak m4ti… Kalau Syamil diuji macam aku?
Tujuh tahun ada tempat bermanja, ada orang belai kita… Masak untuk kita. Bagi kita rasa dunia ini sangat indah… Tiba – tiba Allah tarik nikmat itu. Sekurang – kurangnya Syamil tak alami semua itu. Sekadar berjumpa lama – lama sekali, berhubung dari telefon, itu pun Syamil dah rasa nak m4ti…
Cuba bayangkan aku? Tujuh tahun kot. Berjumpa hari – hari, tidur bangun sama – sama. Macam mana perasaan aku pula? Orang kata kita akan diuji dengan apa yang kita sayang, lepas ini sayang orang berpada – pada sahaja lah. Letak Allah nombor satu.
Syamil bagus dah itu solat mengaji, walaupun tanpa rasa, tapi masih buat kan… Bersyukurlah Syamil. Berapa banyak orang Tuhan tak bagi nikmat sembahyang. Solat lah nikmat paling besar dalam hidup kita sebab Allah masih nak jumpa kita. Kalau Allah dah benci, kita terus akan lupa untuk solat.
Orang kata cara letak Allah nombor satu, tunggu waktu solat. Lima minit sebelum, siap ada sejadah, tunggu azan. Solat awal waktu… Zikir, selawat, istighfar. Tiga benda ini jangan tinggal. Quran sahabat kita, dia pasti tolong kita. Awal – awal dulu, aku nekad beli basikal kayuh petang – petang. K
ita ini bila banyak sangat masa lapang, sebab itu akan teringat pada orang yang dah pergi. Kita kena keluar dari zon selesa kita… Balik kerja aku kayuh jauh – jauh. Walaupun duduk teringat buat dengan dia, tapi percayalah, lama – lama kita akan buat untuk diri kita sendiri.
Lepas itu cuti, aku pergi tolong satu abang ini berniaga air balang dekat padang. Aku ini pendiam, tapi suruh berniaga. Lama – lama aku jadi seronok. Sebab yang datang beli banyak budak – budak. Kadang – kadang tengok budak – budak, hati rasa seronok.
Ibu bapa bawa anak, seronok, walaupun dalam hati ada terdetik, kalau lah aku pun ada keluarga macam ini. Tapi aku cepat – cepat istighfar, sedarkan hati. Mungkin masa kecil – kecil seronok. Nanti besar aku tak mampu bagi didikan yang baik.
Ramai yang mengeluh, kalau tahu anak jadi jahat, baik biar m4ti sahaja dari dalam perut. Lagi satu, banyak lah selawat. Kadang – kadang m4kin kuat selawat, m4kin kuat perasaan itu datang… Itu semua gangguan perasaan, gangguan sy4itan.
Jujurnya perasaan nak ada pasangan masih ada sahaja… Tapi apa sahaja aku mampu bagi? Aku pun dah lewat empat puluh dah. Ibarat kalau ada itu ada lah… Orang pun ramai dah tahu kelemahan aku. Malu memang malu, tapi lama mana orang nak ingat pasal kita sahaja… Masing – masing ada ujian masing – masing.
Jadi Syamil cuba lah ubah rutin itu. Pergi sahaja lepak mamak kah… Pergi gym kah. Sibukkan diri. Beranikan diri keluar dari zon selesa kita. P4ksa diri buat juga walaupun awal itu memang rasa berat. Malam pergi surau bagus dah… Tapi badan tak letih. Otak sahaja letih. Sebab itu tak boleh tidur.
Ataupun jalan kaki dua tiga jam kah… Bila badan mula letih, otak rasa nak rehat. Masa itu semua kenangan itu akan hilang macam itu sahaja lah. Hati pun perlahan – lahan akan lapang. Orang putih kata “time heal everything.” Manusia pun datang dan pergi dalam hidup kita. J
angan lah sebab putus cinta Syamil nak murung lebih – lebih, ke depan nanti banyak lagi ujian Tuhan nak bagi. Selagi mana Syamil tak mampu atasi ujian ini, selagi itu Syamil akan diuji dengan benda yang sama sahaja lah. Abang doakan semua adik Syamil jumpa jodoh yang baik. Aamiin. – Putat (Bukan nama sebenar)
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.