
Isteri minta cerai bukan sebab saya tak bagi nafkah. Bukan sebab saya pukuI dia atau abaikan dia. Tapi kerana dia mencintai lelaki lain. Suami orang berumur 40-an dan ada anak empat orang anak.. Kata isteri, lelaki tu lebih power!
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Terima kasih kepada admin kerana sudi siarkan kisah saya. Saya cuma mahu berkongsi satu kisah yang mungkin agak berat untuk saya luahkan, tapi saya yakin ada di luar sana yang sedang melalui situasi hampir sama.
Mungkin ada yang boleh bagi saya nasihat atau sekurang – kurangnya pandangan ikhlas. Saya seorang suami, baru berumur 29 tahun. Masih muda, baru nak bina kehidupan. Tapi dugaan rumah tangga yang saya sedang hadapi sekarang ini benar – benar menguji tahap kesabaran dan iman saya sebagai seorang lelaki.
Saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang saya cintai sepenuh hati. Kami dikurniakan beberapa orang anak dan pada awal perkahwinan semuanya nampak baik – baik sahaja. Tapi siapa sangka, ujian datang dari arah yang saya tak jangka langsung.
Isteri saya minta cerai. Bukan sebab saya tak bagi nafkah. Bukan sebab saya pukuI dia. Bukan sebab saya abaikan dia. Tapi kerana dia mencintai lelaki lain. Lelaki yang bekerja satu tempat dengan dia. Mereka selalu berjumpa secara sembunyi – sembunyi.
Kadang – kadang isteri saya akan menipu kata nak buat kerja lebih masa, padahal selang – seli dengan berdating. Siap luahkan masalah hidup masing – masing dan berkongsi hal – hal sulit sekali. Mula – mula saya tak tahu pun. Saya percayakan dia sepenuhnya.
Sampailah satu hari, naluri saya rasa tak sedap. Saya cuba siasat, pasang perisian dalam komputer pejabat, dan sambung kabel telefon bimbit isteri. Apa yang saya jumpa sangat meng3jutkan. Bukti – bukti dalam bentuk mesej, WhatsApp, Telegram semua ada.
Walaupun belum menjurus kepada hubungan fizikal, tapi gaya perbualan mereka dah jelas macam pasangan yang sedang hangat bercinta. Kalau saya tak dapat tahu awal, mungkin dah berakhir di dalam bilik. Antara mesej yang sempat saya salin:
“Awak saya balik dulu lah, line tak secure.”
“Awak jangan call nombor ni, suami saya ada di rumah.”
“Tidur lah dulu, saya mengantuk lagi. Jaga diri.”
“Benci lah tengok dalam senarai kawan ada nama mamat tu (merujuk kepada saya).”
“Awak tak apa, mesej dia tak boleh tengok bila kita online.”
“Pagi ni nak keluar makan tak?”
“Kalau boleh jangan pindah negeri lain. Saya tak bersemangat kerja kalau awak tak ada.”
“Kerja tak hari ini?”
Dan macam – macam lagi yang sangat meny4kitkan hati untuk dibaca. Apa yang lebih perit, lelaki tersebut berumur 40-an dan sudah mempunyai empat orang anak. Isteri saya pula sebaya dengan saya. Saya dah bawa dia pergi berubat juga, manalah tahu ada unsur guna – guna. Tapi semuanya negatif.
Sebenarnya, dia memang dah tiada hati dengan saya. Katanya dia jatuh cinta secara semula jadi. Katanya lelaki itu pandai berkata – kata. Power ayat katanya. Saya? Saya suaminya yang sah. Saya tetap beri nafkah. Duit pengasuh anak, duit susu, duit lampin pakai buang, duit utiliti, semua saya sediakan.
Tapi layanan daripada dia? Sudah lama tiada. Balik rumah, terus naik bilik, kunci pintu. Saya pernah cuba masuk senyap – senyap waktu malam sebab naluri lelaki saya memuncak, tapi dia sedar dan halau saya keluar rumah. Jerit – jerit sampai jiran pun mungkin dengar.
Saya cuba juga usaha terakhir, saya jumpa pengarah tempat kerja dia, minta tukar unit supaya dia tak lagi terlibat dengan kerja lebih masa. Saya cuma nak selamatkan rumah tangga. Tapi isteri m4kin membenci. Katanya saya dah ganggu urusan pejabat.
Sejak itu, dia langsung tak layan saya sebagai suami. Apa dia nak buat, dia buat sendiri. Nak keluar, keluar. Nak balik kampung, balik saja. Anak – anak pun sudah macam tak berbapa. Tiba – tiba pengasuh beritahu anak – anak sudah diambil oleh keluarga mentua tanpa maklumkan saya.
Saya rasa terpinggir dalam rumah tangga sendiri. Akhirnya, saya taklik isteri. Saya cakap, kalau dia balik kampung dalam bulan itu, maka jatuh taklik. Saya terbaca perbualan WhatsApp dia dengan ibunya:
“Kau balik je kampung, lelaki kau ingat dia hebat. Kalau kau balik jatuh talak tu, nanti mak uruskan rumah kau dan anak – anak.” Saya betul – betul buntu. Selama dua tahun saya sabar. Tapi setiap kali berg4duh, isteri minta cerai. Bila saya tanya kenapa layan saya begini, dia jawab:
“Saya tak boleh nak layan awak sebab memang saya dah tiada perasaan pada awak. Jadi awak faham – faham lah apa yang patut dibuat. Jangan siksa saya.” Sekarang saya dalam dilema. Saya masih sayangkan dia. Tapi sampai bila saya perlu bertahan dengan isteri yang sudah tiada hati, tiada rasa hormat, dan sedang mencintai lelaki lain?
Saya masih muda. Nafsu saya kuat. Tapi saya tak mahu terjerumus dalam maksi4t. Buat sendiri itu pun bukan penyelesaian jangka panjang. Sedangkan saya ada isteri yang halal, tapi dia tak benarkan saya. Saya tahu ramai kisah yang dikongsi biasanya melibatkan suami yang curang atau tidak bertanggungjawab.
Tapi kali ini, saya mahu buka mata semua, bahawa ada juga isteri yang sanggup curang dan meminta cerai kerana cinta yang bukan pada tempatnya. Mohon pandangan dan nasihat ikhlas dari semua. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya ini. – Jobot (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Anis Rahiman : Walaupun saya perempuan tapi s4kit hati bila baca per4ngai isteri tt ni. Takde kompromi ye bila bab curang ni tak kira lelaki atau perempuan, tetap salah. Hati dia dah takde untuk kita, buat apa nak p4ksa – p4ksa. Lepaskan dia kalau itu yang dia nak. Cari kebahagiaan awak sendiri. Duk lama – lama pun menambah d0sa.
Erni Abu Bakar : Rasanya sudah boleh dilepaskan isteri itu dik, mungkin awak masih menaruh harapan, mungkin awak rasa ia masih boleh diselamatkan, tapi percayalah ianya akan m4kin meny4kitkan kedua – dua pihak, awak s4kit sebab dicurangi, dia s4kit sebab tak dapat bebas, rasanya seperti garisan yang tak bertemu.
Lagi teruk bila ada campurtangan mertua. Sekarang yang penting simpan semua bukti, bila ditanya kat mahkamah awak boleh bagi, sebagai bapa pastikan hak anak – anak tak terabai, dan pastikan hak awak juga perlu dipatuhi oleh pihak sana jika awak beri hak penjagaan kepada dia, jangan sebab marahkan dia, anak – anak dijadikan m4ngsa.
Biasalah kadang – kadang isteri curang ni semua dia nak, dia nak penjagaan anak, dia nak nafkah, dia nak harta, jadi kalau rasa awak boleh mampu jaga anak, baik awak yang jaga sebab ada jaminan ke dia punya masa untuk jaga sebab rasanya yang akan menjaga anak tu nanti adalah nenek dan atuk. Semoga tabah dalam menghadapi dugaan.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.