Dari kecik berk0rban untuk keluarga. Tapi keluarga aku cakap, aku ni anak maIang, anak tak guna. Suami pun cakap benda yang sama. MaIang!

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku berk0rban berhenti sekolah, kerja untuk sara adik beradik aku belajar. Semua duit aku habis untuk keluarga. Bila masing – masing dah senang, yang sulung h1na aku b0doh, tak sekolah!

#Foto sekadar hiasan / AI. Aku sebenarnya kan terasa lah macam diri aku ni dipergunakan. Tak tahu lah kadang – kadang hidup ni macam malang pun ya. Aku bercerita bukan mengungkit. Dulu masa aku masih sekolah, aku sanggup berhenti sekolah demi nak sara keluarga.

Orang tua aku tak minta pun, aku yang berhenti. Aku bagi macam – macam alasan supaya aku dapat berhenti sekolah. Bila dah berhenti, aku terus kerja pada usia 15 tahun. Aku kerja kantin sekolah, aku kerja kedai makan. Gaji hari aku banyak habis untuk keluarga.

Adik – adik masih sekolah, memang untuk belanjaan aku tak ada. Sebab aku dah tanam dalam diri aku, aku kerja untuk keluarga. Aku bukan anak sulung, aku anak nombor dua. Aku rela mengalah dengan sulung sebab sulung nak kejar t4rget untuk kerja kerajaan.

Bila umur aku dah 18 tahun, aku cari pula kerja gaji bulanan. Sama juga, aku habiskan untuk keluarga. Aku tak ada simpanan untuk aku. Macam – macam aku lalui. Hanya Allah sahaja yang tahu. Dari awal, orang tak hargai pun setiap apa yang aku buat.

Aku penuh dengan nangis je. Sampai aku sanggup telan ubat batuk satu botol lepas balik kerja sebab tak nak dengar apa – apa yang bising dekat rumah. Aku str3ss. Str3ss sebab orang suka cari kesalahan aku. Salah aku juga sebab aku tak reti jaga kewangan.

Ada duit je terus bagi keluarga semua sekali. Kadang – kadang belum sampai gaji, duit dah habis. Orang tekan – tekan suruh cari duit. Sampai aku sanggup berhutang dengan orang. Sampai lah usia aku 23 tahun, aku jumpa pasangan, iaitu pasangan aku sekarang.

Dia sejak kenal aku, dia tahu kisah aku macam mana. Dulu aku percaya dia boleh bahagiakan aku sebab dia banyak lah bagi perhatian dekat aku. Aku sepanjang hidup tak pernah sekali pun rasa dapat perhatian, sebab mak ayah aku selalu g4duh dan anak – anak jadi m4ngsa. Kena marah, kena m4ki, aku lah paling banyak kena dalam adik beradik.

Jadi aku rasa bahagia masa tu. Sampai lah pasangan aku bawa aku kahwin. Masa kami kahwin, semua keluarga aku salahkan aku. Katanya aku ni gatal nak kahwin, dah tak fikir keluarga, sibuk cari duit, terus jumpa jantan lupa segalanya. Yang sulung, alhamdulillah masuk kerja kerajaan.

Tapi sulung pun h1na aku. Dia cakap, “Dah lah b0doh sekolah, pemalas, tak ada masa depan, tak boleh harap dalam keluarga.” Masa tu aku betul – betul sedih sangat. Selama ni peng0rbanan aku tak ada pun orang nilai. Yang aku dapat, h1naan.

Masa tu aku betul – betul berg4ntung pada suami je sebab aku percaya hanya dia boleh bahagiakan aku. Masuk je dalam keluarga suami, mak mentua aku tak suka aku sebab dia tahu kehidupan keluarga aku. Dia cakap aku ni datang dari keluarga bermasalah.

Katanya, “Nanti menyusahkan kita, nanti kau jadi m4ngsa pula tanggung keluarga dia.” Jujur aku cakap, selepas aku kahwin, keluarga aku tak pernah pun susahkan aku. Dah berubah semua. Tapi h1naan terhadap aku masih ada. Masa tu suami pertahankan aku.

Dia cakap sikap mak dia memang macam tu. Dulu dengan bekas isteri dia pun macam tu juga. Mak dia suka cari masalah sampai mereka bercerai. Dia cakap, “Tak apa, selagi aku ada, aku akan sentiasa dengan kau.” Masa tu aku berharap sangat pada suami. Aku rasa tenang sangat.

Tapi kadang – kadang tu aku terasa yang suami aku pergunakan aku. Masa tu aku masih kerja, tapi bukan dekat dengan keluarga aku. Aku ikut suami duduk berdekatan dengan keluarga dia. Aku tengok suami aku suka – suka je guna duit aku tanpa minta izin.

Mula – mula sikit aku okay lagi, fikir mungkin dia memerIukan. Lama kelamaan, dia dah mula guna semua duit aku. Masa tu aku ada juga tegur dia dengan cara baik. Tapi dia melenting, langsung tak rasa bersalah. Dia cakap aku ni berkira. Dia cakap, “Sebab tu hidup kau maIang je, orang tak suka sebab kau berkira. Aku boleh ganti lah berapa ribu.”

Masa tu aku kecewa sangat dengan kata – kata dia. Aku selama ni tak pernah berkira pun. Cuma yelah, janganlah habiskan semua. Aku pun nak beli keperluan aku. Masa tu aku tengah mengandung anak dia. Tapi dia langsung tak beli keperluan anak.

Suami aku tak nak aku mengandung lagi masa tu sebab katanya dia belum bersedia. Dia nak aku kumpul duit dulu. Tapi dah rezeki, kan. Lepas aku lahirkan, aku duduk rumah besarkan anak. Masa tu dia mula mengeluh, dia yang tanggung semua benda.

Mak mentua pun tak suka, dia kait balik kata – kata dia yang dulu, “Kan mak dah cakap, mesti lepas beban dekat kau. Kalau keluarga bermasalah memang habislah. Sebab tu kalau kita tahu asal usul dia bermasalah, kalau boleh elakkan lah untuk dijadikan pasangan.”

H4ncur hati aku. Tak ada tempat aku nak lepaskan perasaan ni. Aku pendam je. Suami pun mula berubah bila dah ada anak. Asyik mengeluh, rasa terbeban je. Aku pernah duduk berjauhan dengan dia. Aku balik kampung, kerja dekat kampung sebab suami aku tak nak bayar pengasuh.

Jadi aku balik kampung dan upah adik – adik jaga anak. Aku dah selesa dah kerja dekat kampung. Dia pula suruh berhenti sebab susah katanya kalau aku tak ada, dia nak makan apa semua. Dia cakap tak apa, dia boleh tanggung, tak payah kerja.

Berapa hari je okay, lepas tu ungkit balik. Sebenarnya gaji dia cukup je. Aku pun bukan jenis meminta. Tapi dia tu yang tak reti jaga duit. Ada duit, hias kend3raan, beli benda tak penting pun. Sebenarnya lebihkan benda tak penting dari anak bini.

Dia cakap dia str3ss keluar duit untuk kami je. Padahal duit tu banyak habis dekat diri dia sendiri, untuk kereta. Aku diam je. Tegur pun tak boleh, nanti melenting. Bila duit habis, dia sendiri yang meng4muk. Dulu tak ada anak, dia guna duit aku.

Aku pernah minta dia lepaskan aku. Aku cakap dekat dia, “Aku boleh jaga anak, kau hiduplah macam bujang.” Tapi dia tak nak. Kadang – kadang aku pun tak tahu kahwin dengan aku untuk apa. Aku rasa lagi tersiksa. Aku tak ada siapa. Aku solat pun tak boleh nak fokus.

Otak aku terfikir macam – macam masalah aku hadapi. Sampai setiap kali solat, aku menangis terus. Mungkin betul lah kata keluarga aku. Aku ni anak maIang, anak tak guna. Suami pun cakap benda yang sama. MaIang. Sebab tu aku tak ada kebahagiaan pada diri aku ni.

Lima tahun aku hidup berumah tangga, aku je yang disalahkan. Aku pun tak tahu apa silap aku. Adakah sebab aku tak kerja, tak mampu bagi duit. Kadang – kadang tu terasa nak lari tanpa khabar. Biar diorang semua cari aku. Tapi aku memikirkan anak aku. Macam mana keadaan anak aku. Takkan dia nak ikut orang maIang macam aku ni. Aku teringin nak bahagia.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.