15 Tahun kahwin takde anak. Suami aku terlalu baik, layan aku macam puteri. Tiba-tiba suami cakap, kalau gaji dia 100k dia akan kahwin lain

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Maksudnya suami aku ada niat je nak anak walaupun dari perempuan lain. Aku macam baru kena t4mpar untuk sedar, bahawa suami yang aku ingat sayangkan aku sepenuh hati, ada juga perasaan nak kahwin lain kalau mampu…

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam semua.. Aku menulis ni masa suami aku kat masjid. Aku rasa ni paling menyentuh hati aku dan buat aku betul – betul tersedar yang memang takde apa yang milik mutlak aku. Untuk intro.. Nama aku Lin, umur dah 46, kahwin dengan suami dah 15 tahun. Tapi masih belum ada anak. Gugur 6x sejak kahwin.

Tak pernah suami aku persoalkan zuriat dan dia selalu sokong je semua rawatan kesuburan aku. Memang kami dah check doktor, aku yang bermasalah sebab rahim lemah. Suami aku baik sangat dan meratukan aku. Semua kerja kat rumah ni dia buat, kecuali memasak je.

Rumah tiptop, jaga aku tiptop, bukan jenis lepak luar, tak hisap r0kok, hobi dia layan aku dan layan motor kereta dia je. Dia cakap tak pernah sunyi sebab aku ni ceria and selalu bahagiakan dia. Baru – baru ni, kawan aku satu sekolah asrama dulu, dia doktor pakar, lelaki, contact aku.

Nama dia aku letak Azrul lah. Dia pun dah kahwin lama, tapi belum ada anak. Suami isteri doktor pakar and PJJ. Dia contact sebab nak minta tolong aku pujuk isteri dia untuk buat IVF. Sebab dia tahu aku ni kalau cakap apa – apa, orang mesti percaya dan mampu influence.

Sebab kitorang dulu kawan baik sangat masa sekolah menengah, dalam team debate. Masalahnya aku sendiri pun belum ada anak dan tak yakin nak pujuk isterinya. Doktor pakar pula tu, berbanding aku. Tapi aku kesian kat Azrul tu. Bila dia cakap, “aku ni dah sampai tahap rasa nak kahwin lain sebab aku betul – betul nak anak. Kitorang berdua gaji bulanan dah lebih 200k, tapi duit banyak nak buat apa? Dia sibuk sini, aku sibuk sana.

Aku lelaki dan aku mampu, tapi aku tak sanggup duakan isteri aku. Aku taknak dia sedih, sebab dia tak salah. Cuma dia tak boleh mengandung. Tu je,” End up, aku cakap sorry sebab tak mampu nak galas amanah tu. Azrul tu pun bagus je, dia takdelah terus kacau aku dan p4ksa – p4ksa aku pujuk isteri dia.

Dia pun sangat jaga batas dengan aku, takde pun sesi luah perasaan, minta simpati, curhat – curhat. Dia sangat respek aku as isteri orang dan cakap pun straight je. Memang fully tak ada intention lain. Padahal masa zaman belajar dulu, 2x aku tolak cinta dia sebab dia terlalu skema.

Tapi yang jadi masalahnya sekarang, aku. Aku terbawa – bawa perasaan Azrul. Aku cuba letak suami aku sebagai Azrul. Bezanya, Azrul gaji 100k, suami aku gaji tak sampai separuh pun dari aku. Tapi suami aku tak culas tanggungjawab. Rumah, makan, bil api air semua atas dia. Tak mewah, tapi ada. Jaga hati aku, tak romantik dalam perkataan, tapi small gesture everyday sangat menenangkan hati aku, Syukur.

Sampailah minggu lepas, macam biasa lepas dating, kami akan borak – borak pasal kerja, atau apa saja. Tak ada langsung cerita antara kami yang dirahsiakan. Sampailah aku tercerita pasal Azrul. “Awak, kalau awak kat tempat Azrul, dengan kewangan yang kukuh macam tu, awak akan kahwin lain ke?” Aku tanya suami.

Suami tarik nafas panjang. Dia cakap, kalau dah mampu sangat, yes kahwinlah. Nabi pun suka ummat dia ramai. Lagipun niatnya baik. Gaji 100k kot, sayang kalau takde anak. Entah kenapa, hati aku remuk, dalam kereta masa suami drive, aku menangis senyap – senyap sambil buat – buat tidur. Aku terlalu terIuka.

Maksudnya suami aku ada niat je nak anak walaupun dari perempuan lain kalau dia mampu. Walaupun secara dasarnya dia tak cakap direct. Aku tak tahu kenapa aku sedih sangat. Aku macam baru kena t4mpar untuk sedar, bahawa suami yang aku ingat sayangkan aku sepenuh hati, ada juga perasaan nak kahwin lain kalau mampu.

Sedih dia terbawa – bawa sampai mimpi. Selama ni aku terlalu selesa dengan perasaan aku sebab suami aku jaga dan tatang aku sungguh – sungguh. Dia bukan jenis berkawan dengan perempuan, password phone dia semua aku tahu dan boleh akses bila – bila aku suka.

Sekarang ni aku menyesal tanya dia. Tapi sekurang – kurangnya aku sedar, yang aku kena sayang suami aku berpada – pada. Bila – bila boleh terjadi. Natijah dia sekarang, aku berhenti dah doa supaya suami aku kaya. Dulu aku selalu doa sebab aku kesian tengok duit dia habis untuk keperluan rumah. Dia sikit pun tak mengeluh. Dia tak malu pun bawa bekal hari – hari sebab nak jimat dan bangga makan bekal aku yang sedap – sedap.

Kat sini, Aku nak tanya pendapat para wanita dan para suami. Kalau wanita lain dalam situasi aku, apa yang korang rasa ya? Valid tak untuk aku rasa sedih macam ni? Sebab aku rasa suami aku tak buat salah pun, dia hanya bagi pendapat jujur.

Para suami yang dalam situasi suami aku pula, apa definisi mampu kahwin 2 bagi korang? Aku tak pernah rasa para suami yang kahwin 2 atau lebih ni, dapat beri keadilan sepenuhnya, especially dari segi perasaan dan kasih sayang. Dan, kalau tak ada anak, korang memang sanggup kahwin lain demi nak dapat anak?

Terima kasih sebab baca. Dulu aku sayang sangat – sangat kat suami aku, sekarang aku masih sayang, tapi aku belajar sayang dia berpada – pada dan serah pada Allah. – Lin (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Aliff Nizam : Tak payah overthinking. Lelaki ni kalau dia dah nak kahwin lain, mampu ke tak mampu ke dia kahwin juga. Pendapat saya, suami akak jawab tu secara spontan dan santai saja. Masa dia jawab tu dia tengah makan kuaci tak? Kalau ya tu memang betul – betul santai laa tu. Belum tentu dia maksudkan pun. Macam saya cakap, lelaki ni kalau dia nak kahwin dua, tak nanti kaya, tak nanti nak ada anak, dia nak kahwin dia kahwin juga.

Zaki Zinaldin : Hahaha jahat betul perasaan kau kak. Ni antara sebab Tuhan bagi lelaki jadi pemimpin / ketua keluarga. Lelaki ni generally (majority): Direct, jawab dan buat decision ikut logik. That doesn’t mean dia nak cari lain. Dah kau tanya mcm tu, dia jawab je la ikut logik. Dah sekarang husband kau jadi mcm jahat pulak sebab “ada probability nak anak dengan perempuan lain kalau dia kaya”

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5133 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.