Kami kahwin sebab dah terlanjur, isteri dah mengandung awal. Lepas kahwin aku check in dengan perempuan lain. Tak sangka isteri balas..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Aku siasat mana isteri aku pergi. Aku nampak dia pergi airbnb. Dia tunjuk dekat aku, gambar dia dengan lelaki lain dalam bilik. Setiap kali aku keluar, aku terbayang, hati tak tenang..

#Foto sekadar hiasan / AI. Hi semua, nama aku Rayyan. Dulu aku tak pernah couple langsung dari zaman sekolah. Masuk IPTA baru aku kenal apa itu cinta. First love aku nama dia S (bukan nama sebenar). Kenal pun dari WeChat, “People Nearby”. Zaman dulu memang famous wechat ni kan, nak plak kawan sekeliling semua dah ada awek.

Dari situ mula rapat, dating naik motor aku ke pantai, jalan – jalan bandar Melaka. Aku bawa dia ke mana – mana. Dia datang dari family br0ken, dan aku rasa masa tu, aku tempat dia sandar. Dari sem 1 sampai sem 7, dia dengan aku. Aku repeat paper, tapi aku stay.

Bila cuti sem, aku ke rumah dia. Sampai tidur rumah mak dia pun dah biasa. Kira aku ni macam family dah. Tapi aku tak bangga nak mengaku sepanjang bercinta, aku banyak kali kantoi curang. Bukan curang giIa – giIa pun just chatting dengan perempuan lain, kadang – kadang tu jumpa juga.

Tapi aku tahu, salah tetap salah. Bila kantoi, dia marah. Aku insaf, tapi lepas tu ulang lagi. Mungkin cultural shock sebab tak pernah bercinta kan. Saja nak try suka – suka. Satu masa, dia practical kat fast food. Kat sana dia rapat dengan sorang lelaki.

Mula – mula aku tak fikir apa. Tapi bila hari – hari dia cerita pasal lelaki tu… aku rasa lain. Dan bila aku kantoi dia chat lelaki tu cakap rindu, aku rasa dunia gelap. Aku suruh dia berhenti kerja, dia ikut. Long story short aku dengan dia terlanjur.

Dia pun mengandung. Masa tu aku dah habis belajar, kat kampung. Tapi aku datang, aku nak bertanggungjawab. Kami nikah tanpa bersanding. Anak sulung kami masa nikah dah 4 bulan. Lepas 2 tahun, lahir anak lelaki pula. Tapi aku masih aku. Suami yang red flag. Main Omi, Tinder. Keluar check-in dengan perempuan lain. Isteri aku? Dia masih setia…

Sampai satu masa, dia pun berubah. Dia keluar dengan lelaki lain, tak balik rumah. Anak – anak, aku yang jaga. Masa tu baru aku tahu rasa perit kena tinggal. Baru aku rasa, penatnya jadi bapa sepenuh masa. Aku rasa, isteri aku macam nak balas d3ndam balik dengan apa yang aku dah buat dekat dia.

Aku mula sedar lelaki ni boleh panjat bumbung tengah panas, tapi bila jaga anak, ramai yang tak mampu. Aku pun surrender. Aku minta dia hentikan semua tu. Nak bina balik keluarga kami macam orang lain. Tapi dia jawab: “Baru 6 bulan ayang buat, abang dah mer0yan? Abang dah buat bertahun – tahun.”

Aku stalk location dia tiap kali dia keluar. Aku nampak dia pergi Airbnb. Sampai gambar dia tidur dengan lelaki lain pun dia tunjuk kat aku. S4kit sangat. Aku check history bank memang betul, dia bayar bilik tu sendiri. Kami ada rules selang – selang hari keluar.

Tapi bila aku keluar, hati tak tenang. Sebab aku tahu… anak – anak tunggu kat rumah. Pernah anak bongsu cari mak dia, menangis. Tapi aku kena tipu “Mama kerja.” Malam – malam aku tak boleh tidur bila dia tak balik. Paranoid. Dia pernah cakap nak sewa bilik luar konon nak bebas. Tapi m4kin bebas, m4kin jauh.

Akhirnya kerana ego, aku halau dia. Dan dia betul – betul pergi. Setahun kemudian, dia datang tuntut cerai. Aku bagi. Kami cerai mudah je, Fast track. Sekarang aku duda, dia janda. Tapi aku masih stalk dia kat TikTok dan Thread. Asyik tukar boyfriend.

Banyak dia cerita masalah dia, burukkan aku. Dulu aku tak boleh move on. Sekarang aku dah redha. Aku cuma nak borak baik – baik. Tapi dia cari g4duh. Benda kecik pun boleh meIetup, walaupun hal anak. Dia pernah cakap kat aku: “Aku tak pernah bahagia dengan kau.”

Mungkin betul. Tapi bila baca luahan dia sekarang, aku rasa… dia pun tak bahagia lagi. Kadang – kadang kesian. Kadang – kadang menyampah. Apa pun, aku doa yang terbaik untuk dia. By the way, aku ada bestie. Kenal masa rumah tangga aku dah hampir r0boh. Tapi dia isteri orang. Yang tu aku cerita lain lah kalau ramai nak tahu. Sekian.. – RAYYAN (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Kird Ree : Orang taknak tahu kisah skandal baru kau tu bang. Tak perlu buat part 2. Yang kau kena buat tu bertaubat dan berubahlah. Takkan nak tunggu nyawa sampai kerongkong baru nak sedar? Rasa macam maksi4t dah sebati dengan life kau. Semoga diberi hidayah.

Leo Zeref : Bagi aku kan, ko memang da red flag bila tak jaga batas. Angkut anak orang ke hulu hilir nek moto tanpa ik4tan. Kifarah tu ada tau? Ko wat dulu leh kan? Benda sama la bini ko wat. Sama – sama terus dalam dunia maksi4t sampai da jadi menda biasa.

Anie Alja : Saya benci baca kisah mak ayah takde rasa sayang pada anak – anak. Kau laki bini nak tempah fast track masuk ner4ka, by all means… do it. Jangan ani4ya anak – anak tak berd0sa. Anak – anak yang jadi m4ngsa br0ken famili ni, the curse will never end until they healed. TT… shame on you, kau tak layak jadi bapak, tak layak jadi somi… dan berhenti buat anak.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.