
Lepas habis SPM, aku dapat sambung belajar di luar negara. Aku sengaja letak gambar dekat FB supaya cikgu nampak. Aku tunjuk yang aku mampu travel 30 negara. Aku jemput cikgu datang majlis aku kahwin dengan doktor..
#Foto sekadar hiasan / AI. Kadang – kadang, orang selalu fikir zaman sekolah adalah waktu yang paling indah dalam hidup. Kawan ramai, tak perlu fikir pasal bil, tak perlu fikir pasal kerja, cuma belajar dan main. Tapi hakik4tnya, tak semua orang dapat rasa zaman sekolah yang manis.
Ada yang setiap hari pergi sekolah dengan hati berat, bukan sebab malas belajar, tapi sebab terp4ksa berdepan dengan layanan tidak adil, kata – kata sindiran, dan pandangan h1na yang datang daripada orang yang sepatutnya jadi pelindung dan pemberi semangat.
Aku salah seorang daripada mereka. Orang nampak aku diam, orang ingat aku sombong. Orang nampak aku kuat, tapi sebenarnya aku sedang bert4rung setiap hari untuk bertahan. Bagi aku, zaman sekolah bukan hanya tentang buku teks, peperiksaan atau kawan – kawan.
Ia juga tentang bagaimana aku belajar untuk berdiri semula setiap kali dijatuhkan, walaupun oleh orang yang aku panggil “cikgu”. Kisah ini bukan untuk men4gih simpati. Bukan juga untuk membuka aib sesiapa. Tapi aku tulis sebab aku nak orang tahu, kadang – kadang kata – kata dan perlakuan kecil boleh tinggalkan kesan yang besar dan lama dalam hidup seseorang.
Dan aku nak buktikan, walaupun kita bermula dari bawah, walaupun kita pernah dipandang rendah, kita masih boleh bangun, melawan, dan menang – dengan cara kita sendiri. Cikgu, Saya Masih Ingat… Dulu, aku pelajar biasa. Muka pun biasa.
Bukan datang dari keluarga orang berada. Anak yatim B40, orang selalu nampak aku senyap dan serius, jadi mudah sangat orang label aku sombong, keras atau suka member0ntak. Tapi hakik4tnya, aku cuma belajar bertahan. Form 3, aku antara top 20 pelajar setiap tahun.
Tapi bila cikgu S, cikgu Sains tu tanya pasal ranking, aku jawab ikut sistem daftar manual sekolah. Masa tu memang ada dua sistem – satu online, satu offline. Tapi entah macam mana, ada pelajar lain “mengaku” nombor aku. Aku keliru, tapi cikgu tu tak peduli.
Dia marah aku, katanya “pandai konon, ranking sendiri pun tidak tahu.” Depan satu kelas, dia suruh aku berdiri. Di makmal Sains tu, dia ambil klip buaya biru – merah dan sepit di jari aku. Katanya, “Biar rasa sikit.” S4kit tu memang terasa, tapi yang paling pedih bila semua orang pandang dan aku tahu, tak seorang pun akan bersuara.
Dia tak pernah layan aku baik. Kalau budak lelaki, dia suka. Kalau budak perempuan pun, mesti yang cantik – cantik. Aku? Biasa. Tak bergaya. Tak pandai ambil hati. Jadi senang sahaja dia cari salah aku. Form 4, aku kantoi bawa telefon. Tapi itu telefon bekas teman lelaki aku yang aku simpankan.
Waktu tu memang ramai pelajar kena r4mpas telefon dan cikgu – cikgu simpan di bilik. Tapi kecoh satu sekolah bila telefon – telefon tu hilang, rupanya senior yang sorokkan. Ironinya, aku yang dijadikan kambing hitam. Kebetulan aku dan senior tu satu dorm.
Tapi lepas kes tu, dia tak pernah lagi masuk tidur di dorm. Pelik kan? Tapi cikgu – cikgu buat tak nampak. Cikgu S psik0 aku habis – habisan. Jemur aku tengah panas, suruh aku mengaku. Tapi aku takkan mengaku sebab aku tahu aku tak bersalah.
Aku dah cerita perkara sebenar, tapi dia tak peduli. Dia lebih suka tengok aku tersiksa. Orang cakap, dia suka tengok budak menangis, lagi – lagi budak B40, anak yatim macam aku. Tapi aku tak menangis. Aku dig4ntung sekolah dua minggu. Senior tu? Tak kena apa – apa.
Paling aku tak boleh lupa, cikgu S call ayah aku. Masa tu aku cuba simpan semuanya sendiri, tak mahu susahkan ayah. Tapi dia tetap bongkar, katanya nak “bagi pengajaran”. Aku telan semua. Diam. S4kit hati yang tak boleh cerita pada sesiapa.
Kemudian ada satu lagi perkara. Masa tu aku couple dengan seorang pelajar lelaki yang agak terkenal… tapi dikenali sebagai “bottom” student. Bila prestasi dia naik mend4dak, ada cikgu lain perasan katanya sebab aku. Tapi cikgu S tak suka. Dia ser4ng aku, ungkit pasal biasiswa, keluarga aku, semua sekali.
Akhirnya, aku putuskan untuk clash. Hujung Form 4. Semua orang tahu. Beberapa bulan sebelum SPM, aku pernah masuk kelas tambahan. Aku bawa air mineral dan roti. Masa rehat, aku duduk di belakang, makan perlahan – lahan sambil ulang kaji.
Tiba – tiba cikgu S lalu, terus sindir, “Oh, pandailah sekarang. Makan roti pun sambil baca buku.” Semua orang ketawa. Masa tu aku cuma tunduk, tahan hati yang dah lama Iuka. SPM habis, aku dapat taw4ran belajar di luar negara. Aku sambung degree sambil kerja part-time di kedai kopi, restoran, jadi tutor, semua aku buat untuk tampung hidup.
Dari situ aku dapat peluang travel – 30 negara, dari Norway sampai ke Turki, dari Kyoto ke Prague. Aku seronok. Bukan nak menunjuk, tapi aku tahu cikgu – cikgu yang pernah pandang aku h1na, mereka nampak. Aku sengaja post di media sosiaI, bukan untuk riak, tapi untuk jadi simbol bahawa budak yang mereka pij4k dulu tak selamanya akan kekal di bawah.
Bila balik Malaysia, aku kahwin dengan seorang doktor. Lelaki baik, keluarga mertua yang terima aku seadanya. Aku jemput cikgu – cikgu ke majlis kahwin aku termasuk cikgu S. Ramai tak datang. Mungkin malu. Tapi aku datang bukan nak balas d3ndam. Aku cuma nak mereka tahu, budak perempuan yang mereka h1na dulu, dia tak jatuh. Dia bangun. Dia Iawan. Dan dia menang dengan diam. Terima kasih cikgu. – Melati (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Lyly Qaleda : Been there. Cikgu janda anak satu free hair nama Nadia tahun 86 – 87 mengajar English sekolah rendah perempuan. Dih1nanya stvpid, lepas tu siap cakap “I hate her face” sebab tak dapat habis sebut kiraan dalam English. Semoga anak cucu kau juga jadi kebenciaan orang lain tanpa sebab.
Hairun Nisha Shahul Hamid : Haha. Sama lah. Cikgu- c ikgu sendiri suka raikan konsep beauty privilege. Dan cikgu – cikgu akan sentiasa in denial dan takkan rasa bersalah dengan sikap sendiri. Semoga cikgu macam ni hidup dia tak tenang lepas bersara, penuh hutang, masalah kesihatan, kemurungan dan akhirnya m4ti sia – sia. To LSJ, saya mungkin dah boleh move on. Tapi I will never forgive.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.