
Saya terbaca wasap suami dengan bekas isterinya. Sangat galak mereka kutuk saya sebab dapat isteri tak pandai masak, tak nak mengemas, suka meIawan. Dan hari ini, saya nekad untuk failkan permohonan cerai…
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum pembaca semua. Terpanggil nak meluah atau meminta pendapat secara tepatnya. Aku Sham berusia awal 40an. Ayah kepada 3 anak. Dah 11 tahun aku berkahwin. Aku nak memujuk isteri yang dah m4kin menjauh dari aku.
Dia isteri yang baik tapi mungkin dah letih dengan aku. Kebanyakan hal rumah, isteri aku yang uruskan sebab isteri aku surirumah sepenuh masa. Segala soal kewangan dalam rumah pun isteri aku yang selesaikan semua. Dia sempurna buat aku. Dia uruskan kami anak beranak tanpa pernah kata letih.
Sempurnanya isteri aku ni untuk aku, setiap pagi dia bangun awal pagi sediakan sarapan untuk kami, buatkan bekal. Seminggu sekali mesti ada menu special yang dia sendiri masak. Anak – anak lebih suka jika ibunya masak. Lagi sedap dari kedai.
Setiap kali aku balik kerja, dia hulurkan air dan dah bersiap wangi untuk aku. Rumah tiptop bersih. Aku masuk rumah, hati tenang. Tapi kebelakangan ni aku perasan dia dah mula lain. Dia masih uruskan semuanya sama. Tapi dia dah kurang bercakap. Dah tak selalu aku nampak senyum comel dia. Muka dia selalu nampak penat.
Aku tanya dia aku ada buat salah dengan dia. Dia menangis. Dia kata dia penat uruskan semuanya sendiri. Sedangkan aku, aku kerja isnin – sabtu. Kadang – kadang aku balik lewat, pergi melepak dulu. Ahad pula samada aku tidur ataupun aku keluar jumpa kawan.
Tersentak aku tapi entah kenapa aku cuba defend diri aku. Aku tak cuba minta maaf. Aku bagitahu dia aku melepak sebab aku str3ss kerja. Kerja aku berat. Banyak benda aku nak fikirkan. Aku tak melepak hari – hari. Mungkin 2 – 3 kali sehari.
Selepas sesi luahan dia, isteri aku m4kin diam. Dia masih uruskan rumah macam biasa. Masih layan aku tiptop macam selalu. Tapi senyum dia dah takda. Senyum dia dah hilang. Baru – baru ni isteri aku tiba – tiba kata nak berpisah. Tapi dia nak berpisah secara baik dengan aku.
Dia kata dia dah taw4r hati dengan aku. Selama 11 tahun kami berkahwin, dia kata aku tak nampak peng0rbanan dia. Dia sunyi. Bila anak dah tidur, dia tunggu aku dekat meja makan sampai aku balik. Bila dia nak bersembang dengan aku, aku dengar tapi aku rasa kata – kata dia umpama leteran, jadi aku dengar dia bercerita sambil main hp.
Bila dia ajak aku pergi beli barang dapur, aku suruh dia pergi sendiri sebab aku cuma ada masa sehari untuk berehat. Selama ni dia tak pernah cakap apa pun. Aku ingatkan dia okay. Aku tak mampu. Aku tak mampu hilang isteri aku. Aku dah terlalu biasa ada dia.
Aku mohon pendapat untuk pujuk isteri aku. Macam mana aku nak menang hati dia kembali. Aku tak tahu nak mula macam mana. Aku bukan jenis bersembang. Aku tak tahu nak mulakan perbualan dengan isteri aku. Aku tak reti tiba – tiba nak bermanja dengan dia kalau bukan dia yang mulakan. Tolong aku. Tolong aku dapatkan cinta isteri aku balik.. – Sham (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Salam.. Terbaca confession Memujuk Isteri ni, terbayang diri sendiri. Cumanya saya ni tak sehebat isteri confessor ni, untuk saya cukuplah 8 tahun, saya dah cukup – cukup taw4r hati. Saya perkenalkan diri, Melah, 44 tahun, dah 8 tahun berkahwin, dan pada bulan anniversary yang ke-8 ini, rasa memang dah nekad untuk meneruskan permohonan cerai.
Walaupun saya taklah sehebat isteri confessor ni dalam bab penjagaan rumah tangga, isteri confessor ni memang tip top, saya biasa – biasa sahaja. Asbabnya saya pernah bertanya pada suami saya, kenapa berkahwin dengan saya. Lama dia diam. Akhirnya terkeluar dari mulut dia, yang dia nak someone yang boleh uruskan rumah, bak kata lain bibik.
Sedih mendengarnya, di tahun ke-3 saya berkahwin tu saya bertanya, tak sangka itu faktor dia nak berkahwin dengan saya. Dan mula dari hari itu, saya memang tak ada hati nak buat kerja – kerja rumah. Masak pun lebih kepada memasak untuk anak – anak saya yang 2 orang ini, sekarang dah umur 7 tahun dan 5 tahun. Buat mana yang terdaya je, malas dah nak kisah.
Saya diperkenalkan dengan suami melalui kawan. Masa tu umur pun dah lanjut, teringin juga nak berumahtangga. Tanya pada kawan – kawan, akhirnya ada seorang kawan saya perkenalkan suami saya kepada saya. Itupun kawan dia yang perkenalkan, kira macam kawan atas kawan.
Dia seorang duda, masa tu dia dah nak masuk 50-an. Mungkin dah lama bersendirian, teringinlah nak berkahwin lagi. Tapi itulah, asbabnya agak k3jam untuk seorang perempuan. Dan tambah menyedihkan lagi, bilamana saya perasan selepas berkahwin, dia tak ada minat nak berborak dengan saya.
Balik kerja hanya mengadap telefon sampai tidur. Bercakap dengan saya tentang hal kerja dia sahaja, tentang masalah dia, segalanya tentang dia. Bila saya nak bercakap tentang saya, apa jawabnya, itu masalah kau, bukan masalah aku. Setiap kali balik kerja, itulah aktivitinya.
Tengok hp dari balik kerja sampailah ke tidur. Berhenti untuk makan, mandi, atau nak berborak dengan saya tentang hal kerjanya sahaja. Yes, everything is about him. Dan biasalah, bila dah tengok hp tu, kalau nak bercakap dengan saya, tak pandang pun muka saya. So I can feel macam mana perasaan si isteri confessor ni, pedih. Sangat – sangat pedih!
Lagi satu, saya ingatkan memang suami saya ni seorang yang pendiam dan pemalu. Rupanya bila saya terbaca wasap dia dengan bekas isterinya, ok, bukan pendiam rupanya. Bergurau macam tak ingat dunia. H4ncur luluh hati ini. Saya dapat tahu pada tahun pertama saya berkahwin, memang h4ncur hati saya dibuatnya.
Patutlah selama ini tak pernah nak bergurau senda dengan saya, tangki emosinya dah dipenuhi oleh bekas isterinya. Dan terus membiarkan tangki emosi saya ni sampailah ke tahun ke-8 kami berkahwin ni. Cukup – cukuplah, saya sudah penat.
Tahun ke-4, ke-5 pula, dah pecah tembelang dia. Muka baik, tapi hmmmm, belakang – belakang saya dia dan bekas isterinya mengutuk – ngutuk saya. Sangat galak mereka mengutuk saya, kononnya luahan hati sebab dapat isteri yang tak pandai masak, tak nak mengemas, suka meIawan bla bla bla.
Hampir setahun setengah, galak mereka mentertawakan saya di dalam wasap mereka itu. Hati bagai dik0yak – k0yak, tak tahu nak kata apa. Dan hari ini, saya nekad untuk memfailkan permohonan cerai. Dah tak sanggup lagi dih1na – h1na. Apa yang saya buat, semua didowngradekan oleh dia. Susah nak meraikan kegembiraan saya. Ada sahaja yang tidak kena.
Tambahan lagi dengan bekas isterinya yang suka menghasut dan berkata buruk tentang saya. Ada sahaja yang tidak kena pada mata mereka berdua. Disuruh kahwin balik tak nak pulak, tapi galak membezakan antara saya dengan bekas isterinya.
Kepada si isteri confession memujuk isteri ini, jika dah tak mampu bertahan, keluarlah. Lepaskan segalanya. InsyaAllah Allah akan membalas dengan yang lebih baik. Kepada si suami confession memujuk isteri ini, terkadang, semuanya sudah terlambat. And nothing you can do about it.
Seperti di komen – komen, u takut kehilangan bibik berbanding kehilangan isteri. Sebab jika betul – betul u sayangkan isteri, u takkan buat apa yang u dah buat tu selama 11 tahun. 11 tahun tu, bukan masa yang sekejap. Entah berapa kali taw4r hati dah isteri u tu.
U sebenarnya dah lama kehilangan isteri u. Lepaskan jelah, biarkan dia mencari kebahagiaan dia sendiri tanpa u di sisi, sebab u memang dah tak mampu untuk membahagiakan dia. Bila hati dah betul – betul taw4r, memang susah untuk menjadi manis kembali. – Melah (Bukan nama sebenar)
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.