Lepas dapat isteri baru, suami jijik dengan aku. Badan berlemak, ada parut ceaser, selulit, rambut uban. Aku sabar demi duit

Aku tak mampu nak bercerai sebab tak berduit. Aku biarkan je suami kahwin. Suami m4kin lama m4kin abaikan kami. Satu hari, aku dapat panggiIan dari hospitaI. Suami terlantar di hospitaI sebab str0ke. Bini kedua lepas admitkan suami, terus hilang. Hanya datang untuk berg4duh minta duit pencen..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Kak Rose ucapkan kepada semua pembaca. Kak Rose baca – baca kisah kat sini rupanya ramai betoi para isteri yang mengalami masalah suami curang. Sama dengan Kak Rose.

Kak Rose dari keluarga yang berantakan. Mak bapak selalu g4duh – g4duh walaupun anak dah sampai 5 orang. Kak Rose anak sulung jadi Kak Rose yang banyak kena uruskan hal rumah dan adik – adik. Bila mak bapak g4duh, masing – masing akan merajuk tak nak masak, tak nak basuh baju, tak nak uruskan anak – anak, jadi Kak Rose kena buat semua demi adik – adik.

Habis SPM, Kak Rose kesian pada adik – adik jadi Kak Rose tak sambung belajar. Kak Rose kerja dekat pasaraya. Gaji Kak Rose dapatlah tampung sikit – sikit keperluan adik – adik nak belajar. Masa berumur 21 tahun Kak Rose kenal dengan suami.

Dia tua tiga tahun dari Kak Rose. Suami supervisor di tempat Kak Rose kerja. Kak Rose rasa bahagia dengan dia sebab dapat lupakan seketika masalah keluarga. Ramai kawan dan juga adik – adik Kak Rose tak berkenan dengan suami sebab dia ada ciri – ciri narsiistik tapi Kak Rose tengah angau bercinta jadi Kak Rose buta hati dan mata ketika itu.

Lagipun mak bapak Kak Rose tak kisah pasal anak – anak. Kami berkahwin walaupun kedua – dua keluarga tak berapa berkenan. Majlis kahwin pun buat kecil – kecil saja. Awal – awal perkahwinan, semuanya indah – indah belaka.

Kami sewa rumah flat dan ada motor saja. Rumah pun kosong tak banyak perabot. Kami masing – masing takde ilmu rumahtangga jadi kami main redah jea. Baru kahwin 3 bulan Kak Rose dah mengandung. Masa ni Kak Rose alahan teruk sampai s4kit – s4kit kena berhenti keje.

Kak Rose buat kuih, kek, nasi lemak untuk dijual. Kak Rose tak cukup tido s4kit badan tapi gagahkan juga diri ni demi nak ringankan beban suami. Anak dari satu jadi dua. Anak sulung lelaki yang kedua perempuan. Kami dah beli rumah sendiri.

Kecik tapi selesa. Kak Rose dan suami kumpul – kumpul duit beli kereta untuk kegunaan suami. Suami mula balik lewat dan culas nafkah tapi Kak Rose ada duit sendiri. Kak Rose kesian kat suami jadi Kak Rose mengalah.

Suami Kak Rose mula layan perempuan lain lepas lahir anak kedua. Awal – awal Kak Rose marah sangat, s4kit hati dan memang g4duh. Dia insaf sekejap kemudian jadi balik. Hidup kami macam tulah sampailah Kak Rose berumur 38 tahun, dia bawak perempuan lain nak kahwin. Kita panggil dia Alia.

Dia bukan nak mintak izin tapi dia nak maklumkan supaya Kak Rose tak ser4ng Alia. Awal – awal Kak Rose mer0yan juga yelah mana tak s4kit hati. Alia muda cantik belajar tinggi jadi Kak Rose tak faham kenapa dia nak suami orang.

Tapi orang keliling Kak Rose suruh Kak Rose redha dengan ketentuan Allah. Poligami itu sunnah, dah jodoh mereka. Kak Rose tak nak ke payung emas? Semua orang nasihatkan Kak Rose. Tapi tak ada orang pun tanya suami Kak Rose.

Kenapa curang? Kenapa berz1na? Kenapa abaikan isteri dan anak – anak? Kenapa tak beri nafkah? Mampukah berlaku adil? Sebab dia lelaki dan lelaki biasalah memang camtu. Kak Rose yang tak pandai jaga laki. Kak Rose tak minta cerai sebab memang Kak Rose tak mampu hidup sendiri.

Kak Rose takde pelajaran tinggi, kerja pun biasa – biasa dan selalu s4kit lepas beranak. Kak Rose biarkan suami Kak Rose kahwin dua asalkan Alia tak kacau kami anak beranak. Kak Rose mengalah demi anak – anak. Suami balik rumah sekali sekala, Kak Rose akan layan dia walaupun dia sudah mula benci dengan Kak Rose.

Dia balik sebab anak – anak. Dia tak tidur dengan Kak Rose sejak ada bini baru. Jijik dia dengan Kak Rose. Badan berlemak, ada parut Ceaser, selulit, rambut uban. Kak Rose telan sahaja semua sebab nak duit untuk anak – anak.

Maru4h Kak Rose dah lama Kak Rose buang. Kak Rose didik anak – anak dengan segala ilmu yang Kak Rose tahu. Kak Rose ajar anak – anak untuk sentiasa taati suami. Dia masih ayah. Suami m4kin lama m4kin abaikan kami.

Dia sibuk dengan bini kedua dan anak – anak tiri. Nafkah pun dah m4kin kurang. Anak – anak m4kin membesar dan mula faham perkara sebenar. Kak Rose suruh mereka sabar banyak – banyak dan belajar tinggi – tinggi supaya tak jadi macam Kak Rose.

Orang yang selalu nasihatkan Kak Rose dan suruh poligami pun hilang. Tak sesekali bantu Kak Rose dan anak – anak masa susah. Takde orang tegur suami Kak Rose. Tapi alhamdulillah Kak Rose ucapkan pada Yang Maha Esa, anak – anak Kak Rose belajar tinggi – tinggi dan kerja bagus – bagus.

Mereka berkahwin dengan pasangan elok – elok dan bahagia hidup masing – masing. Kak Rose tak nak kacau hidup mereka jadi Kak Rose duduk asing. Teman Kak Rose adalah pokok – pokok bunga, kebun sayur dan kucing.

Kadang – kadang Kak Rose ke rumah adik – adik. Anak – anak juga selalu melawat Kak Rose sebab duduk berdekatan. Kak Rose ada banyak masa terluang jadi Kak Rose jaga mak bapak masa mak bapak s4kit. Ayah Kak Rose meninggaI dulu kerana masalah jantung kemudian mak meninggaI kerana k3ncing manis.

Mereka meninggaI tanpa sempat minta maaf atau berdamai. Kak Rose tak mampu nak ubah mak bapak Kak Rose. Kak Rose hanya mampu jaga mak bapak masa s4kit sehingga ke akhir nyawa. Kak Rose tak nak jadi macam mak bapak Kak Rose.

MeninggaI dengan penuh marah dan kebencian. Kak Rose mula mencari ketenangan untuk diri. Semua orang akan tinggalkan kamu suatu hari nanti kecuali amalan kamu. Itu pesan Kak Rose dengar kat satu ceramah kat surau.

Kak Rose mula tambah amalan Kak Rose. Suatu hari, Kak Rose dapat panggiIan dari pihak hospitaI. Suami Kak Rose terlantar di hospitaI sebab str0ke. Paru – paru dia pun tak kuat dah. Doktor bagi 50 / 50 masa tu. Bini kedua dia lepas admitkan suami terus hilang.

Kak Rose uruskan hal hospitaI suami dan jaga dia. Anak – anak Kak Rose berbeIah bagi tapi Kak Rose minta mereka redha sahaja. Jangan s4kiti orang masa dia berada dalam keadaan s4kit. Dia masih ayah kamu jadi pahala d0sa masih dicatatkan oleh malaik4t.

Kak Rose bawak suami balik rumah Kak Rose. Dia tak berani pandang muka Kak Rose. Diam sahaja. Kami tidur bilik asing. Alia ada datang rumah tapi berg4duh sebab nak duit pencen suami. Kak Rose bagitau dia yang duit ke harta suami semua dia boleh ambik.

Kak Rose hanya jaga suami sebab menjalankan kewajipan sahaja. Anak – anak Kak Rose dah boleh tanggung Kak Rose dan diri masing – masing. Kalau nak, bawaklah dia balik. Sampai ke sudah Alia tak datang lagi. Kak Rose nampak suami menangis tapi Kak Rose tak bertanya apa – apa.

Suami mula rajin solat sunat dan sunah hari – hari dan selalu menangis ketika berdoa. Masa suami m4kin tenat, dia mula meracau – racau. Kak Rose dan anak – anak tenangkan dia. Setiap hari Kak Rose kena teman suami tidur sebab dia takut tidur sorang – sorang.

Dia akan pegang tangan Kak Rose erat – erat. M4kin lama s4kit dia m4kin teruk. Anak – anak bergilir – gilir datang rumah tolong jagakan suami. Ada satu malam, suami Kak Rose munt4h teruk. Kak Rose lapkan badan dia tukar baju cadar.

Masa ni suami mula menangis teresak -esak. Buat pertama kalinya dia pandang muka Kak Rose. Dia tanya kenapa masih baik dengan dia? Kenapa sanggup susah – susah jaga dia? Kenapa tak tinggalkan dia? Kak Rose senyum sahaja.

Kak Rose cakap sebab Kak Rose dah berdamai dengan takdir jadi hati Kak Rose dah lapang menerima ujian Allah. Kak Rose sekarang hanya cinta pada Yang Maha Esa. Sejak dari malam tu, hari – hari suami Kak Rose menangis dan menyesal abaikan Kak Rose dan anak – anak.

Hari – hari dia minta maaf. Anak – anak memang maafkan dia tapi Iuka di hati tak mungkin sembuh. Kak Rose cakap dah lama Kak Rose maafkan dia tapi hati Kak Rose dah h4ncur dan perasaan sayang ke cinta sudah lama m4ti.

Masa dah hujung – hujung ni, Kak Rose tak nak g4duh – g4duh. Jadi kami berdamai. Kak Rose suruh suami berikan saja apa yang Alia dan anak – anak tiri dia nak sebab mereka hidup kesusahan jugak. Anak – anak tiri masih ada yang bersekolah.

Lepas dapat duit, Alia hilang dengan anak – anak tiri. Rupanya lepas suami s4kit – s4kit 3 – 4 tahun lepas, memang Alia dan mula abaikan suami. Suami syak dia ada orang lain. Dia memang tunggu duit suami sahaja. Suami cakap dia menyesal Iukakan hati Kak Rose dan anak – anak.

Andai dia masuk syurga, dia akan tunggu Kak Rose di sana. Kak Rose hanya senyum sahaja. Suami Kak Rose meninggaI ditemani Kak Rose dan anak – anak. Kami tak menangis mahupun bergembira. Perasaan hanya kosong.

Lega hati sebab Kak Rose dah jalankan satu lagi tanggungjawab di dunia ini. Kak Rose cuma menyesal sebab tak sambung belajar masa muda – muda dulu. Mungkin Kak Rose mampu elak dari takdir sekarang. Tapi dah Kak Rose yang pilih jalan ni, Kak Rose tak salahkan sesiapa.

Kak Rose jalankan semua kewajipan dan tanggungjawab Kak Rose seeloknya. Bila hati dah mula berdamai dengan takdir dan mengejar cinta Allah untuk bekalan ke akhir4t, InshaAllah segala ujian yang sulit akan dipermudahkan.

Curang dan berz1na dalam perkahwinan sekarang ini sudah menjadi satu tiket untuk suami kahwin dua tiga. Malah artis – artis pun sekarang ini bangga tayangkan sana sini ada pasang dua tiga walaupun anak bini diabaikan.

Komen – komen netizen pun kadang kala sangat menyedihkan seolah – olah meraikan berita – berita tersebut. Runtuuhnya rumahtangga satu pasangan maka bersorak – sorak ibIis sy4itan. Moga anak cucu Kak Rose dijauhkan dari berkelakuan sebegitu.

Nabi tidak pernah poligami sebab curang. Nabi sentiasa adil dengan semua bini dan anak – anak. Rujuk semula kitab kenapa dan bagaimana cara Nabi berpoligami. Kak Rose doakan para – para isteri yang dicurangi mampu terus kekal kuat untuk meneruskan kehidupan.

Kalau bukan untuk diri sendiri tapi demi anak – anak. Terima kasih kepada yang membaca kisah Kak Rose. Kak Rose mohon ampun kalau ada silap cakap cuma ingin meluahkan perasaan di hati. – Rose (Bukan nama sebenar)

Komen waarganet :

Nayl Inara : Kak Rose, you are an amazing woman! Semoga yang baik – baik saja hadir dalam hidup untuk orang sebaik kak Rose. Pengajaran juga kepada suami – suami yang menganiaaya isteri, ingat… Allah tu tak tidur.

Atas dunia dah ada kifarahnya, belum lagi di alam sana kelak. BaIasan atas d0sa menganiaaya isteri dan anak – anak. Nabi dah pesan, takutlah dengan doa orang – orang teraniaaya kerana doa orang – orang teraniaaya ni tiada hijab denganNya.

Shafiza MN : Cerita kak ros ni antara cerita rumah tangga yang banyak pengajaran. Patut dibaca oleh kedua – dua lelaki dan perempuan. Buang eg0 kat tepi. Baca dan nilai dengan Iman. Kena sedar eg0 kita bukan boleh bawa sampai ke m4ti.

Apa sahaja tindakan kena ingat bahawa kita ada akhir4t. Dunia bukan untuk seronok semata – mata. Akan tiba hari tua dan hari s4kit. Sakratul m4ut, barzakh, mahkamah mahsyar, penjara ner4ka dan istana syurga adalah suatu yang pasti.

Ahmad Fauzi III : Bagusnya kak rose ni. Kalau netizen nasihat mesti terus mintak cerai je. Takda nasihat macam kak rose ni. Seumur hidup terlalu lama katanya. Tapi mereka tak tahu dunia ni hanya seketika. Yang lama nanti kat akhir4t kelak. Semoga kak rose terus berbahagia di dunia dan akhir4t kelak.. Aminn..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.