
Abang Naim ni tua lebih 20 tahun dari aku. Orangnya peramah, tinggi, macam Adi Putra. Memang taste aku 100%. Aku dah jatuh cinta pandang pertama. Mula – mula borak kosong je, kemudian kami mula berhubung melalui game..
#Foto sekadar hiasan. Salam, aku tak tau nak cakap aku ni layak digelar sebagai penyondol ke tak. Jadi korang komen la nanti pendapat korang ye. Aku akan baca dan hadamkan semua. Umur aku dalam awal 20an. Aku kerja di selatan tanah air. Aku pindah ke sini atas sebab kerja.
So far ok je hidup aku tapi agak sunyi sebab aku takde sesiapa kat sini. Takde kawan, takde kenalan, takde keluarga. Semua benda aku buat sorang – sorang, aku kena berdikari. Nak dijadikan cerita, tempat kerja aku ni besar, sangat besar. So hari – hari aku akan terserempak dengan macam – macam orang, pelbagai ragam.
Aku kan selalu sorang – sorang, jadi kadang – kadang tu ada je pakcik – pakcik yang peramah tegur – tegur aku, ajak borak. Aku layan je tapi layan gitu – gitu je. Tapi dalam banyak – banyak yang borak dengan aku tu, ada sorang ni yang buat hati aku terpaut, Abang Naim, bukan nama sebenar.
Abang Naim ni orangnya peramah, tinggi, badan macam Adi Putra dalam cerita Mat Kilau. Memang taste aku 100%. Kalau dia pakai kaca mata hitam aku auto cair secair cairnya. Fuhhhhh macho dia lain macam. Aku dah jatuh cinta pandang pertama dengan dia tapi aku tak pernah try dia.
Just tengok dari jauh je. Awal – awal tengok dari jauh je, lepastu dah mula borak borak kosong, kemudian m4kin rancak bersembang (kinda in flirty way sikit). Ohh ya lupa nak mention yang Abang Naim ni tua lebih 20 tahun dari aku. Dah kahwin dan ada anak.
selalu puji cakap aku ni cantik, comel. Hati sape je tak berbunga bunga bila kena puji macam tu kan? Nak plak dengan orang yang kita suka. Hurmmmm.. M4kin lama kenal, aku m4kin jatuh cinta. Otak ni 24/7 fikir pasal dia je. Kalau sehari tak nampak dia rasa macam hidup ni tak lengkap.
Yes, aku dah start obses dengan dia. One day, aku dalam perjalanan nak balik kerja pastu terserempak dengan dia. Masa tu aku tengah main game then dia tanya game apa. Aku cakap la aku main X, bukan nama game sebenar hahaha. Nama game terp4ksa dirahsiakan sebab tak nak kantoi aku ni siapa.
Dalam game ni ada banyak mini games yang korang boleh main sama – sama dengan kawan dan boleh chatting. Start situ la hubungan kitorang m4kin rapat. Hari – hari main game, chatting, flirting, bersayang – sayang bagai. Tapi kitorang main time waktu bekerja sahaja.
Kalau dia dah balik rumah atau hujung minggu, dia takkan main. Yelah takut kantoi dengan bini. Mungkin sebab tu kot dia tak penah minta nombor aku. Takut kantoi dengan bini dia, jadi dia contact aku kat game tu je lah. Hubungan kitorang ni berlanjutan dalam game tu tapi tak lama.
Dalam 2 bulan je. Lelaki tu dah pindah tempat kerja. Start dia pindah tu memang kitorang dah tak jumpa, tak main game. Dia delete game tu. Aku jadi macam hilang arah. Aku tak pernah suka someone macam mana aku suka dia. S4kit sangat bila dia dah takde dalam hidup aku.
Aku tau aku tak layak pon untuk rasa ‘s4kit’ sebab tu bukan suami aku, bukan hak aku. Aku tau aku salah sebab flirt dengan suami orang tapi aku tak boleh control perasaan aku. Rasa ni datang sendiri. Kalau diberi pilihan, aku pon taknak jatuh cinta dengan suami orang.
Sekarang dah genap 6 bulan kami bawa haluan masing – masing. Aku masih tunggu dia. Aku tau aku b0doh tapi aku pon taktau macam mana nak move on dari dia. Perkenalan kitorang 2 bulan lebih je tapi penangan dia lain macam.
Dah macam – macam cara aku buat untuk move on tapi aku tetap tak boleh lupakan dia. Malah sampai sekarang aku masih teringat dia. Setiap hari dari pagi, petang, siang, malam, aku masih berharap yang dia akan muncul balik dalam hidup aku.
Lepas aku lost contact dengan Abang Naim, ada 2 – 3 lelaki cuba dekat dengan aku tapi hati aku ni memang untuk Abang Naim je, kalau Abang Naim tu ajak kahwin, aku on je walaupon jarak umur kami jauh. Aku terlalu sayangkan dia. Sayang sangat. Sekian dari saya, – Fatin (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Izani Wahab : Dah kantoila tu sebab tu dia ilang. Hmm ntahla. Belum kahwin memang sweet je semua, dah kahwin baru rasa pahit, masam semua keluar. Banyak masalah kahwin dengan laki orang. Percayala. Kalau dia cerai dengan bini pertama lagi haru hidup awak.
Kena pulak gilir – gilir jaga anak. Tak pasal kena jaga anak dia. Sanggup ke? Kalau bermadu sanggup ke nak berg4duh dengan isteri pertama / kena gilir – gilir. Kalau isteri pertama baik tak kisah memang takpela. Fikirla jauh – jauh. Buat istikharah. Apapun moga awak jumpa jodoh bujang yang lebih baik.
Faezah Za : Selalu orang tak lawa je yang cepat dibuai pujian comel ni. Kalau ko lawa, ko introvert la macam mana pon akan berderet orang bujang nak kan ko. So aku assume ko penyondol muka awam.. bini dia sah – sah lawo dari ko sebab tu dia jauhkan diri dari ko. Sorry dek.. realitynya pedih tapi aku terp4ksa jujur.. ko takde special mana pon.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.