
Isteri mula cakap kasar dengan aku. Isteri ambik handphone aku dan pec4hkan screen. Aku baru je repair HP tu 2 minggu lepas. Isteri sempat kh1nzirkan aku dan terus lari kunci bilik..
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku adalah bapa kepada seorang anak (medium autistik) dan suami kepada seorang isteri. Isteri aku adalah suri rumah sejak tahun 2021. Sejak dari itu aku jadi pencari nafkah utama untuk keluarga. Mula – mula memang susah nak jadi pencari nafkah, serba tak cukup.
Aku jenis suka simpan duit. Bila sumber gaji isi rumah kurang, aku dah tak boleh bagi duit kepada mak ayah aku seperti dulu. Aku masih pergi kerja naik motor, kereta aku bagi isteri pakai. Disebabkan itu aku jadi berkira. Aku sering berg4duh dengan isteri pasal duit.
Tapi bukan bermaksud aku tak beri duit kepada keluarga. Aku sediakan duit barang dapur, duit belanja isteri, dan ada poket sendiri. Tetapi aku masih digelar kedekut sebab bila nak beli benda yang sekali – sekala, aku akan berkira. Walaupun begitu, kadang – kadang aku beli juga.
Walaupun aku kedekut, aku tetap bawa isteri dan anak aku jalan – jalan. Cuma biasalah, mesti g4duh juga sebab nak jimat kos sana sini. Tahun 2018 pergi Sabah, 2019 pergi Krabi dan Hong Kong, 2020 jalan – jalan dalam Malaysia, 2023 pergi New Zealand dan Jepun.
Gaji aku m4kin bertambah tahun 2024. Aku bekerja keras siang malam nak impress bos. Segala kerja tambahan aku telan sahaja. Walaupun gaji bertambah, kos hidup pun naik. Anak aku disahkan autistik hujung 2022. Aku tukarkan dia ke tadika yang lebih baik sikit, yang memang boleh bantu perkembangan dia.
Dalam masa yang sama, duit belanja isteri, duit bagi pada mak ayah pun naik. Alhamdulillah, masih boleh simpan duit kecuali tahun yang ada trip luar negara. Walaupun semua perbelanjaan aku tambah, aku tetap digelar kedekut. Kadang – kadang aku kecewa, aku marah sampai keluar kata – kata macam “kikis harta siaI” dan sebagainya.
Kadang – kadang isteri aku pun sama, suka panggil aku “b0doh siaI” dan sebagainya. Dua kali lima. Pertengahan 2023, isteri minta tambah duit belanja sebab nak beli set penjagaan muka. Aku marah, tapi aku tak pernah nak tangan dekat dia.
Aku marah sebab masa tu aku belum dapat kenaikan gaji lagi. Memang susah nak adjust perbelanjaan. Masa balik kampung, dia merajuk tak nak balik. Aku balik seorang diri naik bas ke kampung aku. Sampai sana aku jumpa mak, mak nasihatkan bagi sahaja.
Jadi walaupun berat hati, aku tambah juga RM100 duit belanja. Sekali – sekala walaupun dah ada duit tambahan tu, dia tetap minta belikan barang tambahan macam make up, supplement dan sebagainya. Kadang – kadang aku redha sahaja.
Alhamdulillah lepas tu aku tak lagi dipanggil kedekut. Tapi bila selalu berg4duh, masa untuk sejuk balik m4kin lama m4kin panjang. Lepas tu g4duh pun bukan pasal kedekut lagi, tapi pasal benda – benda kecil. Contoh macam sebelum trip Jepun, aku nak bawa tiga beg.
Memang susah nak bawa tiga beg roda tu. Tapi pukuI 3 pagi hari flight, dia tiba – tiba tak nak ikut kalau aku tetap nak bawa tiga beg. Dia masuk bilik, kunci pintu. Padahal pukuI 3 tu dah kena gerak ke airport naik Grab. Aku pun mengalah. Dia salahkan aku sebab tak beli beg besar.
Aku seperti biasa la, kedekut. Bukan apa, awal tahun dah habis belasan ribu pergi New Zealand, tiba – tiba trip Jepun untuk kerja, kena keluar duit lagi banyak, memang aku tak nak la beli. Fast forw4rd, bulan July, memang waktu kerja aku paling sibuk.
Setiap tahun macam tu dan isteri pun tahu. Bulan tu anak aku ada persembahan. Majlis tu ada tema, pakaian tradisional negara asing. Disebabkan ada masalah dengan kedai sewa kostum, kami kena sewa dua kali, sekali untuk rehearsal, pulangkan, dan ambil balik untuk majlis sebenar. Kedai tu di Hartamas. Rumah aku di Puchong, tempat kerja di city centre.
Masa kali pertama kena pulangkan kostum, isteri suruh aku pulangkan waktu lunch hour. Aku k0rbankan lunch, pergi Hartamas, pulangkan baju. Ok je, masih boleh manage busy aku. Kali kedua masa nak ambil balik, itulah punca perbalahan paling besar (bagi aku).
Masa tu aku sibuk giIa, siapkan slide, paperwork semua. Tapi isteri tetap suruh aku ambil baju tu waktu lunch hour. Aku rasa macam tak boleh ke dia yang ambil? Dia tak bekerja. Dia kata nak pergi Mydin beli kopiah untuk anak. Bagi aku, lepas Mydin pergi la Hartamas. Aku tak cakap apa – apa lagi.
Time lunch hour hujan. Aku naik motor, rely pada GPS. Aku cakap tak boleh pergi sebab hujan. Dia suruh naik Grab. Aku redha sahaja, tapi tunggu punya tunggu, satu Grab pun tak ambil. Maybe sebab waktu lunch busy. Aku gagahkan naik motor pakai baju hujan bocor.
Tengah jalan nak tengok telefon pun susah, basah. Sesat juga. Lebih 20 minit baru sampai. Sampai sana kena cari tempat berteduh, buka baju hujan semua. Sangat leceh. Sampai di kedai, orang kedai pula tak jumpa kostum anak. Hampir pukuI 2, aku kena bergegas balik office sebab ada presentation dengan bos. Aku mula naik marah.
Telefon rosak sikit sebab masuk air hujan, nak call pun tak boleh. Kostum tak dapat, baju kerja basah. Aku marah isteri (tanpa kata – kata kesat) sepatutnya dia yang ambil. Kalau dia ambil, aku takkan hadap semua ni. Aku pecut balik office sambung presentation.
Dalam hati aku, aku nekad, biar isteri uruskan ambil baju tu lepas ni. Tapi dia tetap suruh aku, siap marah balik, kata bukan salah dia. Dia siap panggil aku “siaI, b0doh” dan sebagainya. Aku kata ok, aku ambil, tapi esok lepas presentation penting dengan director.
Dia kata tak boleh, kalau aku tak ambil hari tu juga, anak aku akan pakai jubah sahaja tanpa kostum. Aku memang marah betul. Tapi lepas habis kerja pukuI 6, aku bergegas balik ke Hartamas dalam hujan lagi sekali, ambil baju, balik semula office sambung kerja sampai pukuI 8 malam.
Sejak hari tu, isteri aku on and off mood dia. Masa majlis graduasi anak, dia ok. Lepas tu aku belanja dia makan Jepun, dia ok. Esoknya parents aku datang rumah pun dia ok. Tapi lepas semua balik, dia berubah balik. Aku balik kerja lewat sikit sebab ada presentation lagi, rumah gelap.
Aku buat semua rutin aku, mandi, makan, basuh barang. Nak masuk bilik, bilik kunci. Aku pelik apa lagi yang tak kena. Malam tu dia marah aku sebab lupa simpan vacuum. Aku admit aku lupa, aku simpan dan tidur. Malam tu aku sambung kerja sampai 3 pagi.
Alhamdulillah, esoknya presentation dengan director berjalan lancar. Tapi aku sangat letih. Balik rumah aku uruskan anak, mandikan dia, ajar menulis, main water colour. Sambil tu aku sempat tengok telefon. Dia marah aku sebab tak fokus main dengan anak, ugvt nak ambil telefon.
Aku letak tepi, tapi dia ambil dan letak atas meja dengan kata – kata kasar. Aku pelik kenapa dia panggil aku dengan nama buruk sedangkan aku tak pernah buat macam tu. Aku naik suara, aku marah sebab dia asyik panggil aku dengan kata – kata kesat.
Dia masih marah, aku pergi ambil telefon dia dan letak kuat atas meja. Dia cuba r4mpas telefon aku, ugvt nak hempas kamera. Aku biar sahaja. Lepas tu dia r4mpas telefon aku dan pecahkan screen. Aku memang hilang akal masa tu. Baru seminggu aku repair telefon tu dengan kos RM250. Aku hempas telefon aku sebab terlalu marah.
Dari situ lah perg4duhan m4kin teruk. Dia cak4r aku, koyakkan baju aku, ugvt macam – macam. Sampai satu tahap dia panggil aku “b4bi”. Itu tr1gger point aku. Aku memang tak boleh terima. Tangan aku terus naik dekat kepala dia. Lepas tu aku menyesal, tapi ego aku tinggi. Aku tahu aku salah.
Sejak kejadian tu, hubungan kami m4kin renggang. Dia cerita pada mak aku, dia kata nak cerai. Aku minta maaf, aku menangis tak berhenti. Aku tahu masa depan aku gelap. Aku minta maaf (versi tak berapa ikhlas), tapi aku minta maaf sebab aku sesal.
Dia masuk bilik lain sambung baring dengan anak. Lepas sekejap, aku nak ambil balik telefon dia. Aku berjaya ambil tanpa ada sebarang pergelutan, sebab aku nak tengok apa yang dia tulis pada mak aku. Bila aku dapat tengok, rupanya dia cakap aku pukuI dia, dia nak cerai sebab dah tak tahan. Aku pun sambung bawah tu, “sebab aku kata dia b4bi”.
Dia cakap kepala dia s4kit (memanglah s4kit) dan gigi dia pun s4kit. Dia nak buat laporan polis dan hospital. Lepas tu, dia dah block semua benda, beritahu mak ayah dia dan cakap jangan cari dia lagi. Aku terus minta maaf berkali – kali. Dia pula cakap anak aku tak nak duduk dengan aku lagi.
(Padahal aku tahu itu tak betul sebab dia baru 3 tahun, dia cuma tak faham apa yang berlaku). Aku menangis dekat pejabat tanpa boleh kawal diri, penuh dengan penyesalan, tak tahu nak buat apa. Aku telefon mak aku, mak aku cuma cakap sabar. Menangis sampai kantoi dengan bos.
Aku menangis sebab aku fikirkan masa depan anak aku yang autistik. Dia perIukan kami berdua. Aku sayang anak aku. Aku malu nak jumpa mertua. Aku sesal, aku minta maaf, aku sanggup dia panggil aku apa sahaja, aku takkan marah.
Sekarang isteri aku bawa anak balik kampung. Aku di sini, menangis, tak tahu nak buat apa. Aku sesal, aku takut masa depan anak aku gelap. Aku cuma harap masih ada peluang untuk betulkan semua. – Yang benar, suami yang sesal.
(P/S: untuk elakkan orang kata aku tak tolong isteri, aku sebenarnya banyak buat kerja rumah. Aku mandikan anak sebelum dan selepas kerja, aku basuh pinggan, bersihkan tandas, vacuum, mop, semua bilik aku buat. Baju kerja aku basuh dan iron sendiri walaupun isteri aku tak bekerja.) – Zangetsu
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.