6 tahun kahwin, berapa kali je aku dapat bersama isteri. Dia asyik bagi alasan penat. Bulan 4 lepas aku terlafaz talak 1 tapi anak kami suruh rujuk balik..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Isteri balik kerja terus buka telefon tengok TikT0k. Hari tu aku minta layanan sikit, ditepis aku. Aku marah, aku cakap, aku tak redha dia kerja. Sampailah aku buka WhatsApp isteri. Dia luah dekat kawan dia…

#Foto sekadar hiasan / AI. Aku tak tahu nak luah macam mana. Aku kahwin tahun 2018. Aku seorang suami, aku bagi nafkah elok, rumah barang dapur semua ada alhamdulillah. Orang rumah buat kuih tolong mak dia. Bila aku balik kerja, aku pun tolong buat sekali.

Bahkan kadang – kadang aku ambil alih semua lima jenis kuih tu, aku suruh dia rehat. Siap kuih rumah aku kemas. Masalah aku adalah aku minta benda yang satu tu, tapi tak dapat – dapat. Dalam enam tahun boleh kira berapa kali dapat, tu pun kadang – kadang macam terp4ksa bagi. Sedih betul.

Aku dah cakap banyak kali, “Aku minta, kalau awak tak boleh layan hari ini tak apa, esok pun boleh.” Esoknya dia buat – buat lupa, begitulah seterusnya hampir enam tahun. Aku cakap tak boleh bagi A sampai Z, bagi A sampai H atau apa – apa jenis huruf pun boleh. Faham kan maksud aku?

Maksudnya aku tak minta dia menari tiang ke apa ke, tak minta posisi pelik – pelik. Kalau malas sangat, bagi aku pegang sikit pun jadilah. Aku bukan giIa s3ks ke apa, cukup untuk redakan kemahuan je. Aku tak curang, aku cakap dah ini je satu hal yang seseorang tak boleh nak dapat dari orang lain melainkan dari pasangan yang halal. Tapi tak ada apa pun yang berubah.

Alhamdulillah solat aku jaga, dia s4kit aku tolong urus, kerja dia aku tolong, nafkah aku bagi. Tak lah banyak tapi ada juga. Lepas enam tahun, akhir bulan empat hari tu aku meIetup. Aku terlafaz talak satu sebab dah lah tak dapat, keluar pula ayat yang aku rasa s4kit hati seolah aku tak layak dapat benda tu.

Weh kalau benda tu tak penting, d0sa z1na bukan termasuk dalam sepuluh d0sa besar lah. Aku rujuk semula beberapa hari lepas tu sebab anak cakap nak balik rumah semula, nak ayah mak sama – sama semula. Alhamdulillah okaylah seminggu dapatlah aku.

Lepas tu ada la orang tua cakap buat kuih ni penat, carilah kerja lain yang lepas kerja balik tak payah penat – penat. Isteri dapat kerja di mall aku layankan je, tapi sebenarnya aku macam tak suka dia kerja kat situ. Kerja shift sabtu ahad tak ada cuti.

Lepas tu tak ada dah layanan macam seminggu tu lagi. Tapi aku ni bukan la jenis asyik nak je, aku tunggu lah masa yang sesuai. Keluar semula jawapan macam dulu, esoklah, nanti lah, penatlah. Balik kerja terus buka telefon tengok TikTok.

Ni lepas dua bulan kerja, satu hari tu aku cakap, lagi dua tahun kalau ada jawatan office hour ambillah. GiIa lah takkan tak ada cuti weekend langsung kan. Dapat salah satu hari pun okaylah sebab aku nak juga spend masa bersama anak bini hujung minggu.

Kan banyak event, ada kenduri kahwin, ada masa pergi pantai ke, sebab anak pun cuti sekolah sabtu ahad. Kalau dia balik shift petang pukuI 10, anak pun dah tidur. Kesian anak aku. Hari tu aku minta layanan sikit, ditepis aku. Padahal dah beberapa hari lepas aku minta elok – elok.

Aku marah, aku cakap takkan sebab kerja kau tinggalkan tanggungjawab hakiki kau. Aku tak redha kau kerja. Sebab aku str3ss, bulan tujuh hari tu aku dah la kena sc4m, duit gaji hilang. Bini pula macam tu. Jadi panjang – panjang aku tulis ni nak bagitahu, dalam seminggu dia diam je dengan aku, tak nak bercakap.

Balik kerja tutup pintu. Aku yelah, aku bagiIah peluang mungkin dia penat ke apa ke. Tapi ada juga aku tanya awak okay tak, dia jawab pun sepatah je. Sampailah aku buka WhatsApp dia. Aku nampak mesej dia dengan kawan dia. Dia luah aku panas baran, dia tak mampu nak tunaikan tanggungjawab sebagai isteri lagi, dia rasa aku kongkong dia pasal batas kat tempat kerja, suruh solat lah apa lah aurat lah.

Dia nak plan nak minta cerai sebab dah ada kerja gaji sedap. Aku tanya dia, dia cakap ya dia nak cerai. H4ncur hati aku. Dan aku nampak WhatsApp mak dia. Rupanya selepas enam tahun, mak dia tak suka aku kahwin dengan dia sebab aku tak ada ap a- apa.

Awal – awal aku sedih, lama – lama aku macam terima kalau ini takdirnya. Terima tu terima, cuma nak lupa susah la. Sekarang ni tunggu peguam panggil untuk settle kes dia minta cerai ni. Hampir seminggu duduk bilik asing. Aku nak bercakap pun macam batu.

Ya aku suami, d0sa dia aku tanggung. Aku nak suruh solat pun kalau hati dah keras macam mana. Harap settle cepat la urusan cerai ni. Dan aku harap hal penjagaan anak tak terpisah, anak dan mak ayah dia jaga sama – sama walaupun dah berpisah nanti.

Rumah aku beli dari sebelum kahwin. Duit dapur sebulan dalam RM500 gitulah. Duit nafkah anak ada. Dan aku bagi dia RM400 – RM500 untuk dia belanja. Kuih tu aku tak pernah buat dari kecil. Bila kahwin aku belajar buat sama – sama sampai benda tu jadi rutin aku. Malah aku pula yang suka nak buat.

Ya aku pun ada salah. Sesekali aku meIetup juga, aku marah juga. Yelah aku tolong kau, kau tolong lah aku. Aku bukan suruh kau t3rjun gaung, aku minta hak aku tu je. Pasal kerja baru dia ni, dari awal kahwin aku tak halang dia kerja. Cumanya carilah kerja yang aku pun senang hati dia kerja situ.

Alih – alih dia cakap, “Saya suka kerja sini, ada duit sendiri, tak boleh nak harap duit suami je. Tapi kalau awak boleh bagi saya duit sampai saya tak perlu keluar satu sen pun, saya berhenti.” Aduh, ya ada juga guna duit dia, tapi untuk benda bukan – bukan jelah macam tengok wayang ke, makan kat kedai ke sesekali.

Isteri aku ni okay. Kalau aku tak ada duit, dia dahuIukan. Mak aku pun suka dia. Cuma bab layanan tu dia keras. Dia cakap aku rosakkan hati dia lepas aku lafaz cerai dulu. Cakap macam aku tak ada hati pula. Enam tahun macam – macam aku hadap untuk dia.

Bila dia dapat kerja baru, dah ada income sendiri, dia cakap macam tak ada laki pun dia boleh hidup. Haiyyo aku bukan tak bagi dia kerja, aku minta balik kerja sesekali tunaikan tanggungjawab dia. Ni dia pos kat status WhatsApp, tiktok dia pasal isteri terIuka lah apa lah. Baik cerai dari dapat suami t0ksik lah. Sampai mak aku sedih rupanya aku dilayan macam ni sejak kahwin. Ah panjang – panjang aku tulis, nak tulis lagi panjang tapi tulah orang pun tak baca luahan aku.

Kimen Netizen :

Anonymous participant 897: Sebab tu isteri ni tak patut kerja. Pada pendapat aku lah. Memang aku sendiri tak bersetuju untuk para isteri ni bekerja. Maaf cakap ya, perempuan ni kalau bekerja dia ada income dia akan jadi ego. Lagi pula income dia lagi tinggi dari suami.

Mungkin tak semua, tapi kebanyakannya macam tu. Macam aku pula, syarat aku nak kahwin dengan isteri dulu aku cakap terus terang. Kalau nak kahwin dengan aku, awak kena berhenti kerja. Bab perbelanjaan barang dapur, rumah, bil semua aku selesaikan. Tugas dia jaga anak – anak sahaja di rumah.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.