Saya duduk rumah mertua, saya geram tengok mak mertua suka arah isteri saya buat kerja. Mak mertua tak buat kerja rumah, sibuk berjalan

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Saya pelik tengok mak mertua layan isteri saya macam bibik. Dia akan jerkah dan marah – marah isteri saya, p4ksa isteri saya buat kerja rumah. Saya sebagai suami pun tak pernah mengarah isteri. Saya nak buat macam ni…

#Foto sekadar hiasan / AI. Salam guys. Ada satu masalah yang saya harapkan korang semua boleh bantu la. Saya lelaki dan baru berkahwin . Sekarang duduk di rumah mak mertua. Isteri saya anak last dalam family, then isteri saya ada 2 orang abang lelaki. Masing – masing dah berkahwin and duduk di kediaman masing – masing.

Problem dia macam ni tau, mak mertua saya tu balu sebelum saya berkahwin lagi dengan isteri saya. Isteri saya duduk berdua dengan mak dia. Isteri saya tu lembut and manja orangnya. Berbeza dengan ibu nya yang kasar dan lantang sampai kalau bercakap atau melawak dengan orang, boleh terasa orang tu. Jenis lawak kasar tak tengok mood room tempat tu.

Masalahnya kan, sebelum kahwin pun, dia selalu mengarah dengan kasar lantang macam jerkah suara kuat gitu dekat anak perempuan dia sorang ni (isteri sayalah) lagi – lagi kalau orang nak datang rumah apa semua. Dia tu pulak selalu mengajak orang datang rumah, tapi kebanyakan kerja – kerja dekat rumah sebelum ni pun dikerahnya dengan suara kasar dan kuat terpekik – pekik dekat anak perempuan dia ni masa si perempuan ni bujang.

Lagi satu, sebelum kahwin dulu si isteri saya ni mengadu kat saya dalam call nangis – nangis, sebab kena p4ksa buat itu ini dan kata mak dia tak faham. Saya simpati sangat dekat dia. Problem ni memang dah dari dulu lagi, tapi menjadi – jadi lagi – lagi lepas arw4h abahnya meninggaI.

Isteri saya ni dari dulu rapat dengan arw4h abahnya. Bila arw4h abahnya dah takda, sayalah jadi tempat mengadunya before kahwin dulu. Kemudian, ingatkan dah kahwin ni dan saya pun duduk sekali dengan mertua, ingat dah okay tabiat tu takda. Tapi masih sama jugak.

Saya dan isteri masing – masing kerja mencari rezeki then saya faham sangat yang isteri saya tu penat dengan kerja dia sampai mak sendiri tak faham. Kalau bagitau dekat mak sendiri pun, memang mak tak akan faham dan asyik mengajaknya kawan – kawan dia datang rumah dengan cara tiba – tiba, waktu malam pun suka hati dia ajak. Dia p4ksa isteri buat kerja itu lah ini lah.

Maknya pun (ibu mertua) jenis suka keluar ke sana sini kawan itulah kawan inilah sebab katanya sunyi takda peneman sejak jadi balu. Kerja rumah semua dip4ksanya pada anak perempuan dia sorang ni. Kerja kat rumah pun kadang – kadang buat kadang – kadang tak buat langsung pun.

Nak kata tua takda energy bohong sangat, berjalan merata sana sini rajin sungguh. Saya jadi geram sangat, dalam masa yang sama mertua baik orangnya. Memang takda isu pun dengan dia. Problem dia per4ngai dengan anak perempuan dia ni je, yang ini yang masalah.

Balik – balik dipanggil anak dia buat itu ini apa semua dengan keadaan mem4ksa. Saya sendiri pun tak panggil isteri saya dengan nada mem4ksa dan keras macam tu. Mertua buat anak perempuan dia dah macam bibik dah. Geram sungguh.

Sampai saya offer diri untuk bantu apa yang patut dengan harapan tak perlu panggil isteri saya tu dengan mem4ksa. Walau saya dah offer diri pun tetap dia panggil anak perempuan dia ni jugak dan macam habit harian. Kesian saya tengok isteri saya nangis – nangis malam – malam mengadu sampai mata bengkak – bengkak sebab malu, lagi – lagi dah kahwin dengan saya.

Takkan nak marah mertua tetiba pula kan? Sebab saya pun takda issue dengan dia. Plan nak duduk luar je takyah duduk rumah mertua, tapi mertua kadang – kadang buat ayat sedih pulak takda orang teman apa semua. Isteri pun kesian dengan mak dia sorang – sorang apa semua.

Saya pula kesian kat bini saya ni haa bila dapat ibu yang macam ni yang kurang memahami. Saya ada juga suruh isteri saya tu berlaku jujur dengan maknya, tapi dia tu tak berani. Isteri memang anak yang baik, tapi banyak memendam rasa dalam hati.

So saya nak minta pendapat untuk next action yang sesuai. Plan saya sekarang, nak tegur depan – depan dengan tegas dan betul, tapi mak mertua tu banyak sikit jawapan dia takut saya yang koyak kang tak pasal pasal saya tinggi suara betul – betul sampai di cop derh4ka pula.

Kita ni punya lah nak tunjuk yang kita ni menantu yang bagus bertanggungjawab apa semua. Consequences yang saya kena aw4re sekarang adalah:

1. Takut mak mertua merajuk kalau ditegur

2. Takut dicop menantu derh4ka pulak lepas tegur.

3. Takut hubungan kekeluargaan dengan mertua retak dan rosak pulak, kot la mak mertua pi mengadu kat abang ipar apa semua. Saya ni nak jaga hubungan dengan keluarga mertua sebab saya takda issue dengan mertua. Dia ni jujur cakap dengan saya dia baik tapi mulut Ya Allah laser dia kalau orang tak biasa confirm doa bukan – bukan. Kasar lantang sangat tu haa problem Isteri pula jenis lembut manja.

Haih serba salah, ada idea atau pandangan tak tuan puan ? Sekarang mampu berdoa moga diberikan kesabaran dan tak melakukan perkara luar kew4rasan.

Komen Netizen :

Pn Halimah Rasuan : Bawa isteri awak pindah duk menyewa ke takpe. Tak payah duk sekali. Lagipun tak bagus kita duduk campur dengan mentua awak. Dah kahwin kena berdikari. Duk luar tak adalah dia nak mengarah isteri awak lagi.

Abadi Selamanya : Isteri tu tanggungjawab encik. Encik yang akan bimbing dan bentuk isteri tu. Bukan mak dia lagi. Elok encik bawa isteri tu jauh dari mertua, jangan sampai rosak mental isteri tu. Mak mertua pun kalau nak menyuruh anak tu beragak la sikit anak dah jadi isteri orang, tak berhak lagi kita sebagai mak mengarah kalau menantu tak redho, yang dapat d0sa je.

Takpe mertua tu merajuk, encik kena bertegas kalau boleh bincang depan – depan abang – abang ipar semua. Biar tiada salah faham kemudian hari. Katakan pada ipar – ipar tu, saya nak bimbing dan bentuk rumahtangga ikut cara saya. Tiada apa – apa bantahan. Kalau mertua nak merajuk sedih lantak dia lah. Anak dia dah jadi isteri orang. Tiada hak dia lagi.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.