
Aku jerit bila baju aku tak dijemur. Aku tengking bila mak terlupa beli barang yang aku nak. Aku tinggalkan pinggan kotor atas meja sambil mak kutip satu – satu. Aku malas layan bila mak ajak borak..
#Foto sekadar hiasan. Aku anak bongsu. Orang selalu cakap, anak bongsu ni manja, paling rapat dengan mak ayah. Tapi aku rasa, aku adalah anak yang paling banyak menyusahkan mak. Semua benda nak tunggu mak buat. Baju kotor aku lempar je tepi mesin basuh.
Makan aku tunggu mak panggil. Rumah sepah, aku buat tak nampak. Malah kadang – kadang mak ajak teman ke pasar pun aku mengeluh penat. Tapi mak tak pernah marah. Dia tetap senyum. Tetap cakap, “Takpe, mak boleh buat.” Aku jadi terbiasa. Terlalu selesa. Terlalu terlupa yang mak aku… juga seorang manusia.
Satu hari tu, semuanya berubah. Malam tu aku baru balik dari lepak dengan kawan. Jam dah pukuI 12.30 tengah malam. Aku lalu depan bilik mak. Lampu bilik masih terpasang, tapi tak ada bunyi TV. Bila aku lalu perlahan, aku dengar suara orang teresak – esak.
Perlahan. Sayu, dan cukup untuk buat aku berhenti. Aku tak fikir panjang. Aku ketuk pintu. Tak ada suara. Aku tolak perlahan. Aku nampak mak duduk bersila atas sejadah, kepala tunduk, bahu dia terhenjut – henjut. Aku tergamam. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah tengok mak menangis, apatah lagi macam tu.
Aku panggil, “Mak… kenapa?” Mak tak jawab. Tapi tiba – tiba dia cakap… “Mak penat, nak. Mak penat sangat… Mak rasa macam duduk sorang – sorang dalam rumah ni.” Masa tu d4da aku rasa berat sangat. Macam ada batu hempap. Lidah aku kelu.
Aku terus duduk sebeIah mak, genggam tangan dia. Panas. Tangan orang yang tak cukup rehat. Yang dah terlalu lama simpan letihnya dalam diam. Mak sambung, perlahan… “Mak tak ada kawan nak cerita. Ayah pun dah m4kin uzur. Anak – anak semua dengan hidup masing – masing.
Mak nak rehat pun rasa bersalah. Mak rasa kalau mak tak buat semua benda… rumah ni tak jalan.” Malam tu, aku tak tidur. Aku termenung lama kat tepi katil mak. Dan waktu tu, semua flashback datang; Aku jerit bila baju aku tak dijemur, Aku tengking bila mak terlupa beli barang yang aku pesan, aku tinggalkan pinggan kotor atas meja sambil mak kutip satu – satu.
Aku malas layan bila mak ajak borak, aku buat mak rasa… tak dihargai. Keesokan paginya cuti, aku bangun awal. Pertama kali aku bangun sebelum mak. Aku cuba kemas – kemas dapur, kemas rumah. Lipat kain mana yang sempat. Bawa ayah ke klinik.
Bila pulang ke rumah, aku ke dapur, dan nampak mak ada di meja makan. Aku letak kopi depan mak, dia tengok aku lama. Mata dia berkaca. Dia senyum sambil cakap, “Mak ingat mak mimpi…” Dan masa tu aku menangis. Sebab aku tahu… aku dah banyak sia – siakan mak.
Dari hari tu, hidup aku berubah. Aku tak nak jadi anak yang hanya “sedar” bila mak dah tak ada. Aku tak nak rasa menyesal depan batu nisan satu hari nanti. Aku mula cari kerja betul – betul. Aku nak bagi duit bulanan dekat mak. Aku nak luang masa dengan mak. Teman dia masak. Dengar dia bercerita.
Kadang – kadnag cuma duduk sebelah dia sambil tengok TV. Benda simple, tapi mak akan senyum panjang. Dan aku mula perasan, bila kita mula hargai mak… rumah jadi tenang. Hati jadi lapang. Rezeki pun rasa terbuka. Kadang – kadang hidup kita rasa sempit, sebab kita lupa nak bahagiakan orang yang paling berjasa.
Korang kalau dah baca sampai sini… Tolong. Sekarang juga, pergi peluk mak kau. Kalau tak mampu, telefon dia. Tanyakan dia penat ke tak. Tanyakan dia apa dia rasa. Mungkin kau akan dengar jawapan yang buat kau rasa bersalah seumur hidup… Atau mungkin kau masih sempat ubah semuanya. Macam aku.
Sebab realitinya, mak kita bukan selamanya ada. Tapi bila dia dah tak ada nanti… segala benda kecil yang kita abaikan hari ni, akan jadi benda besar yang kita tangisi esok. – Amar (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Sakinah Safiyya Hisyam : Sebagai mak, hari ni aku s4kit hati bila ada orang keronyok resit, buang ke lantai, tak buang ke bakul sampah berdekatan.. apalah salahnya tolong sikit settlekan benda – benda simple macam tu supaya mak tak payah tengok ada sampah mak kena kutip di lantai.
Supaya mak tak rasa benda kecil macam tu pun tak ada orang nak tolong mak! Sombong betul kamu ya! ..haa dan – dan s4kit hati mak tu jadi penat.. penat mental sebab rasa dibabukan, rasa peraturan mak dalam rumah ni diambil mudah.. hahahaa.. kalau tak tolong kerja rumah yang utama pun, tolong settle yang simple – simple dan buat sekali sekala pun dah ok.. yang penting ambil hati mak, jaga hati mak.
Lau Siu Hong : Mujur tersedar awal, ada yang dah tua bangka pun masih perh4mbakan Ibu, ramai yang anggap Ibu sebagai robot yang tak ada rasa penat dan tak ada perasaan, sebab itu sebagai ibu pun kita kerana berterus terang dengan anak tentang isi hati dan ketidakpuasan hati kita.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.